Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rumusan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan jayanya saya telah menyiapkan
kerja kursus prinsip perakaunan pada tahun ini. Tugasan ini telah memberi peluang kepada saya
untuk mengenali seluruh kitaran perakaunan yang telah diajar oleh guru perakaunan saya
sewaktu di tingkatan empat pada tahun lepas. Proses catatan dan pengeposan yang komprehensif
diaplikasikan dalam tugasan ini. Saya telah berjaya menyediakan satu set laporan kewangan
untuk permiagaan perkongsian saiz sederhana. Dalam proses ini juga, saya telah
mengaplikasikan pengetahuan pelarasan di akhir tempoh yang kritikal.
Selain menyediakan laporan yang boleh dipercayai, mudah difahami serta informatif,
saya telah berjaya menganalisi laporan yang telah disediakan. Di sini, saya telah mentafsirkan
aspek keberuntungan, kecairan dan aktiviti operasi perniagaan yang telah berlaku dalam bulan
April 2014. Saya dapat merancang perniagaan untuk tempoh 3 bulan akan datang melalui
penyediaan Belanjawan Tunai yang lengkap dan cadangan bagi memperkembangkan perniagaan
perkongsian ini.
Saya amat berterima kasih kepada guru perakaunan saya, iaitu Puan Nor Husna Bt Lot
yang telah banyak mengorbankan masanya untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini. Selain
itu, saya ingin berterima kasih kepada rakan rakan saya yang telah membantu saya dalam
menyiapkan projek ini iaitu Wan Nor Afiqah bt. Mohd Nazri dan Abdul Rahman bin Abdul
Majid dan tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam
melakukan tugasan ini.
Apabila saya melakukan projek ini, banyak nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri
saya. Antaranya ialah saya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugasan, saya
lebih disiplin dalam menepati masa yang telah ditetapkan. Saya juga menjadi lebih sabar dalam
menyiakan projek ini yang mengelirukan. Hubungan saya dengan rakan rakan mnejadi lebih
akrab apabila kami saling berkomunikasi menyanyakan apa yang tidak faham dalam melakukan
projek ini. Ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saya
dengan rakan rakan dan guru saya. Sekian terima kasih.

You might also like