5-Puisi Tradisional Edisi Guru1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional

152

NOTA RUJUKAN



PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasiih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum
1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud

Rangkap 1
Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.

Rangkap 2
Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.

Rangkap 3
Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.

Rangkap 4
Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan
hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


153

TEMA

Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik

PERSOALAN

1. Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
2. Persoalan ketinggian nilai budi.
3. Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang
ditaburkan.

BENTUK

1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima.
Anak itik terenang-renang (tiga perkataan)
Jika tak kenang kepada saya (lima perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
Terang bulan terang di paya (9 suku kata)
Orang yang mati meninggalkan nama (11 suku kata)
5. Rima akhir pantun ini ialah abab
6. Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional.

GAYA BAHASA

1. Asonansi - Terang bulan terang di paya - pengulangan vokal a
2. Aliterasi Orang yang mati meninggalkan nama. pengulangan konsonan g
3. Kata ganda - Anak ikan terenang-renang
4. Sinkope Jika tak kenang kepada saya
5. Repitasi - Terang bulan terang di paya

NILAI

1. Nilai menghargai budi.
Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.
2. Nilai keihlasan.
Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.
2. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.
3. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan
berkekalan.

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


154

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal,
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap,
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut,
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu,
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan,
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Harun Mat Piah (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

MAKSUD

Rangkap 1
Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak
tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Rangkap 2
Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia
akan ditertawakan.

Rangkap 3
Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


155

Rangkap 4
Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar
berkemampuan.

Rangkap 5
Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa
daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.


TEMA

Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.


PERSOALAN

1. Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga.
2. Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
3. Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
4. Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa .
5. Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.


BENTUK

1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan)
kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
Apa guna berkain batik (9 suku kata)
Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata)
5. Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac
6. Pantun ini adalah puisi terikat.











Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


156

GAYA BAHASA

1. Asonansi - Kalau tidak memakai capal pengulangan vokal a
2. Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu pengulangan konsonan m
3. Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal
4. Personikasi
Ikan kering lagi ketawa
Mendengar tupai membaca kitab

5. Unsur alam
Haiwan ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu
Tumbuhan rotan,saga


NILAI

1. Nilai bertanggungjawab
Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.

2. Nilai kegigihan
Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.

3. Nilai rasional
Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.


PENGAJARAN

1. Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih
harmoni.
2. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
3. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan
masalah kepada orang lain.













Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


157

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikuti dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah ia jalan tersunjam.

Telek pandangan dan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya ditambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.


Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka





Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


158

MAKSUD

Rangkap 1
Manusia yang berakal dipandang mulia, malahan golongan anbia dan aulia amat
mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan
memperoleh kebahagian.

Rangkap 2
Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih
sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan
tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.

Rangkap 3
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan
orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut
terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

Rangkap 4
Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak.
Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari
bahawa dunia ini tidak kekal.

Rangkap 5
Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-
ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan
taulan.

Rangkap 6
Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa
berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan,
merendah diri dan sedia berkhidmat.

Rangkap 7
Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa
membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.











Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


159

TEMA

Ciri-ciri orang yang berakal.


PERSOALAN

1. Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1)
2. Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2)
3. Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4)
4. Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4)
5. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)


BENTUK

1. Terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan)
4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)
Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
6. Syair ini adalah puisi terikat.


GAYA BAHASA

1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e
2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k
3. Sinkope Ibanya tahu dunia tak kekal
4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja
Tiadalah menyombong pada bekerja
5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu


NILAI

1. Nilai kebijaksanaan.
Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.
2. Nilai kasih sayang
Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.
3. Nilai ketaatan.
Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


160

4. Nilai kerajinan.
Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa
rasa jemu.


PENGAJARAN

1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia
agar kehidupan akan lebih bahagia.
2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang
bersikap negatif agar tidak terpengaruh.
3. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar
daripada sifat riak dan takbur.
4. Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
































Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


161

SYAIR SITI SIANAH

Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada berhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya dikatahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


162


Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.

Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud

Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di
muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang
selengkapnya.

Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia
akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup
membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya
kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.

Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk
menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehingga putih semata-
mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke
pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran
dengan lelaki.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


163


Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun,
tindakan mereka diketahui Allah.

Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat
daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti
perempuan yang tidak berakhlak.

Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai
buruknya selama ini.

Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya
perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.


TEMA

Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.


PERSOALAN

1. Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
2. Persoalan ketaatan kepada Allah.
3. Persoalan kesan buruk perjudian.
4. Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.


BENTUK

1. Terdiri daripada sebelas rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.
Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)
Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
6. Syair ini adalah puisi terikat.

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


164

GAYA BAHASA

1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela
pengulangan vokal e
2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki
3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela
4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya ,
Seperti buaya besar mulutnya
5. Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah
6. Peribahasa - makan angkat


NILAI

1. Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti
jangan ketawa mengilai-ngilai.

2. Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.

3. Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.

4. Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.


PENGAJARAN

1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang
lain.
2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah
secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya
pembaziran.
4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar
terpelihara daripada maksiat.








Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


165

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka

MAKSUD

Rangkap 1
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.

Rangkap 2
Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat
menyelesaikan setiap kemusykilan.

Rangkap 3
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.

Rangkap 4
Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan


TEMA

Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.


PERSOALAN

1. Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
2. Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .
3. Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia


Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


166

BENTUK

1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima.
Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)
Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan)
4. Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.
Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata)
Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aa
6. Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.


GAYA BAHASA

1. Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat pengulangan vokal a
2. Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n
3. Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)
4. Penggunaan kata klasik : cahari
5. Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata
suami)


NILAI

1. Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat
kepadanya.

2. Nilai ketaatan.
Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.

3. Nilai keikhlasan
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.


PENGAJARAN

1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika
susah dan senang.
2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat
membimbing kita.
3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan
mereka berkekalan.

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


167

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
Dewan Bahasa dan Pustaka

MAKSUD

Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan
makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang
sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan
rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya
sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung
hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.


TEMA

Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga
sendiri.


PERSOALAN

1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.


BENTUK

1. Terdiri daripada satu rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


168

Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.


GAYA BAHASA

1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4. Anafora-
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan


NILAI

1. Nilai kebijaksanaan.
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu
tindakan.

2. Nilai bertanggungjawab.
Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.

3. Nilai berbudi
Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.


PENGAJARAN

1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli
keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.
3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya
pembaziran.







Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


169

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN


BENTUK SOALAN

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu) ... Soalan i (2 markah)

Pemahaman teks (bertumpu) ... Soalan i (2 3 markah)
(mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan)

Kemahiran berfikir (bercapah) ... Soalan ii (3 4 markah)
(memberikan pandangan atau pendapat, alasan, menyatakan kewajaran dan
sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) ... Soalan iii( 3 4 markah)
(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan
pengajaran daripada petikan dan keseluruhan puisi)

TEKNIK MENJAWAB

Jawapan menggunakan ayat sendiri
Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang
diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.
Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan
sebagai jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan kemahiran berfikir, jawapan mestilah logik dan relevan dengan
kehendak soalan.
Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan,
pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.







Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


170



CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam 12 Fasal yang Keenam
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.


i. Nyatakan maksud Yang boleh menyerahkan diri. [2 markah]

Tips Menjawab Soalan:
Untuk menjawab soalan, pelajar hanya perlu memberikan maksud frasa yang
boleh menyerahkan diri berdasarkan petikan tersebut. Jawapan yang boleh
diterima ialah taat / setia .

Contoh Jawapan Lengkap:
Maksud rangkai kata yang boleh menyerahkan diri ialah setia.



ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhati-hati memilih sahabat?
Berikan tiga alasan anda.
[3 markah]

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


171


Tips Menjawab Soalan:
Soalan berasaskan KBKK ini ada perkaitan dengan pengalaman hidup semua
orang. Oleh itu, pelajar perlu mengemukakan pendapat sendiri sebab perlu
berhati-hati memilih sahabat. Calon dinasihatkan supaya mengemukakan
sekurang-kurang empat isi penting walaupun hanya tiga markah yang
diperuntukkan.

Contoh Jawapan Lengkap:
Pada pendapat saya, kita perlu berhati-hati memilih sahabat supaya kita tidak
terpengaruh melakukan perbuatan tidak baik, mendapat kawan yang ikhlas dan
jujur dalam persahabatan, dan dapat meneladani sikap positif yang ditunjukkan
kawan.

iii. Huraikan dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam.
[4 markah]
Tips Menjawab Soalan:
Pelajar harus memahami petikan dan mengenal pasti dua persoalan yang
terdapat dalam gurindam.

Contoh Jawapan Lengkap:
Dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam ialah pentingnya memilih
sahabat dengan berhati-hati agar kita mendapat manfaat daripada persahabatan
tersebut dan perlunya menuntut ilmu untuk memudahkan kita menghadapi
permasalahan dalam hidup seharian.











Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


172


PRAKTIS TOPIKAL

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

PRAKTIS 1

(i) Terangkan maksud rangkap ketiga dalam pantun di atas. [2 markah]

- seseorang yang berbudi walaupun sedikit, namanya tetap akan
diingati / disebut- sebut / dikenang

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita membalas jasa orang
terhadap kita? [3 markah]

- menolong mereka apabila memerlukan pertolongan
- memberi hadiah
- menjalinkan hubungan yang baik dengan orang yang berjasa
kepada kita
- tidak menyusahkan hidup mereka yang berjasa kepada kita
- mendoakan kesejahteraan hidup mereka

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.
[4 markah]

- kita hendaklah rajin menabur budi agar kita disukai orang
- kita hendaklah membuat kebaikan di dunia agar dapat
meninggalkan nama yang baik selepas meninggal dunia.
- kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain
agar hubungan berkekalan.
- kita mestilah ikhlas menabur budi tanpa mengharapkan balasan
orang lain


PRAKTIS 2

(i) Apa yang dimaksudkan dengan Resam di dunia dalam pantun di atas?
[2 markah]
- sudah menjadi kebiasaan
- sudah menjadi adat
- sudah menjadi lumrah hidup


Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


173

(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat berbudi kepada orang?
[4 markah]

- membantu orang miskin/anak yatim dengan menghulurkan
sumbangan ikhlas
- menyumbangkan makanan dan pakaian mangsa yang ditimpa
musibah
- turut serta dalam menjayakan sesuatu majlis/program
- memberi bimbingan dan nasihat kepada pihak yang memerlukan

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah]

- persoalan ketinggian nilai budi.
- persoalan budi yang sentiasa dikenang
- persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada
budi yang ditaburkan /budi yang mengikat hubungan sesama
manusia dan menjadikan seseorang itu sangat terhutang budi.


PRAKTIS 3

(i) Nyatakan maksud Sebagai hutang seribu tahun dalam pantun budi di
atas. [2 markah]

- tidak mungkin dapat dibalas selama-lamanya

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat pada hari ini kurang
mengamalkan sikap berbudi kepada masyarakat? [3 markah]

- terlalu mementingkan diri sendiri
- tidak tahu bagaimana hendak menaburkan budi
- kurang bergaul dengan masyarakat
- kurang didikan agama
- terlalu mengharapkan balasan

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

- nilai berbudi. Contohnya, dalam kehidupan kita hendaklah berbudi
kepada orang lain.
- nilai mengenang / menghargai budi. Contohnya, jika seseorang
berbudi, biarpun kecil atau besar, pasti dihargai / dikenang.
- nilai keikhlasan dalam berbudi. Contohnya, berbudi tanpa
mengharapkan apa-apa balasan



Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


174

PRAKTIS 4

(i) Nyatakan maksud Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun.
[2 markah]

- Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan
menyebabkan hubungan mereka akan berterusan ke akhir hayat.

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan pantun dalam kehidupan
masyarakat pada zaman dahulu? [4 markah]

- Sebagai bahan hiburan
- Memberi didikan dan nasihat
- Menyindir / kiasan kepada pihak tertentu
- Digunakan dalam sesuatu majlis / upacara adat istiadat Melayu
- Dijadikan media untuk melahirkan/meluahkan perasaan

(iii) Nyatakan tiga latar masyarakat yang terkandung dalam pantun di atas?
[3 markah]

- Masyarakat yang mementingkan budi / sentiasa menabur budi
dalam kehidupan
- Masyarakat yang mengenang budi orang yang berjasa kepadanya
- Masyarakat yang ikhlas dalam menabur budi


PRAKTIS 5

(i) Apa yang dimaksudkan oleh pengarang tentang orang yang mati
meninggalkan nama dalam rangkap kedua pantun di atas? [2 markah]

- Nama orang yang berjasa sentiasa disebut walaupun sudah
meninggal dunia

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat kini semakin kurang
mengenang budi yang ditaburkan kepada mereka? [4 markah]

- lebih mementingkan diri sendiri daripada orang yang berbudi
kepada mereka
- tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
- tidak mempunyai masa untuk menghargai orang yang berbudi
kepada mereka kerana sibuk dengan urusan seharian
- kurangnya didikan agama



Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


175

(iii) Huraikan tema pantun di atas. [3 markah]

- Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik, iaitu nama sentiasa
dikenang atau disebut-sebut dan perasaan kasih sayang akan
berpanjangan.



PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)


PRAKTIS 1

(i) Huraikan maksud duduk termenung harimau tua, melihat kambing
mencabut janggut. [2 markah]

- Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah
kuasanya telah hilang.

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga ciri yang perlu ada pada seseorang
pemimpin pelajar. [3 markah]

- Bertanggungjawab / amanah pada tugas
- Berdisiplin
- Berilmu
- Berpekerti mulia
- Rajin

(iii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
[4 markah]

- Persoalan tanggungjawab isteri terhadap rumah tangga
- Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan
- Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa
- Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa
- Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian


PRAKTIS 2

(i) Huraikan maksud apa guna beristeri cantik, kalau tak pandai menumbuk
sambal. [2 markah]

- Seorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan
jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


176

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang isteri yang baik?
[4 markah]

- Taat kepada suami
- Sentiasa mengerjakan suruhan agama
- Mengurus rumah tangga dengan baik
- Pandai membawa diri / tingkah laku mulia

(iii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam puisi tersebut. [3 markah]

- Nilai tanggungjawab seorang isteri menguruskan rumah tangga
- Nilai kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat
- Nilai rasional dalam melakukan sesuatu perkara


PRAKTIS 3

(i) Apakah maksud ikan kering lagi ketawa, mendengar tupai membaca
kitab? [2 markah]

- jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian,
sudah pasti dia akan ditertawakan.

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga kepentingan menuntut ilmu.
[4 markah]

- Dapat menyelesaikan masalah dengan baik/mudah
- Tidak akan sesat pemikiran / petunjuk hidup
- Dihormati oleh masyarakat
- Masa depan lebih cerah
- Menjadi bekalan ke akhirat

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. [3 markah]

- Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar
kehidupan lebih harmoni
- Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang
rendah
- Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak
mendatangkan masalah kepada orang lain.






Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


177

PRAKTIS 4

(i) Huraikan maksud hairan sungguh hati saya, burung terbang disambar
ikan. [2 markah]

- Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya
mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang
berpengaruh.

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita meningkatkan ilmu
pengetahuan? [4 markah]

- Rajin membaca
- Menghadiri seminar/ceramah/bengkel/kursus/ kelas tuisyen
- Mengembara/ melancong/ pengalaman sendiri
- Mendengar/ berkongsi pengalaman orang lain / berguru/ bertanya
- Melayari internet
- Menonton rancangan televisyen / mendengar radio
- Membuat kajian/ penyelidikan

(iii) Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam puisi di atas. [3 markah]

- Masyarakat yang menitikberatkan kemampuan seorang isteri dalam
menguruskan rumah tangga
- Masyarakat yang cuba menunjukkan kepandaiannya tanpa ilmu yang
mencukupi
- Masyarakat pemimpin yang kehilangan kuasa/ pangkat/ kedudukan


PRAKTIS 5

(i) Huraikan maksud rangkai kata hati di dalam menaruh bimbang, melihat
ikan memanjat kayu. [2 markah]

- Kebimbangan masyarakat apabila orang yang tidak mahir cuba
melakukan sesuatu yang bukan kemampuannya.

(ii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika pelajar lalai dalam pelajarannya?
[4 markah]

- Gagal peperiksaan
- Tidak menguasai ilmu / kemahiran
- Tidak mencapai cita-cita
- Dimarahi oleh guru/ ibu bapa
- Dipandang rendah oleh masyarakat/ rakan-rakan

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


178

(iii) Jelaskan tema pantun di atas. [3 markah]

- Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa
- Orang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaiannya
- Orang bawahan yang berjaya mengambil alih kuasa daripada pihak
atasan.



SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

PRAKTIS 1

(i) Apa yang dimaksudkan dengan pakaian anbia dan aulia? [2 markah]

- Menjadi amalan para nabi dan orang-orang yang soleh

(ii) Pada pendapat anda, mengapa orang berilmu dipandang mulia oleh
masyarakat [3 markah]

- Pendapat bernas
- Membantu menyelesaikan masalah/ memudah cara
- Menjadi suri teladan
- Berkarisma / berketrampilan

(iii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terkandung dalam syair di atas.
[4 markah]

- Ketinggian status orang yang berilmu
- Kebijaksanaan orang yang berakal dalam menyelesaikan masalah
- Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan
- Kepatuhan kepada hukum syarak
- Keikhlasan dalam persahabatan


PRAKTIS 2

(i) Berikan maksud Menjauhkan tamak hendak tawakal dalam syair di atas.
[2 markah]

- Menghindarkan sifat tamak dan berserah diri kepada Tuhan



Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


179

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir sebelum bertindak?
[4 markah]

- Supaya tidak menyesal kemudian hari
- Menghindari kesilapan
- Supaya tidak bertindak mengikut emosi / nafsu
- Supaya tidak menyinggung/menyusahkan orang lain

(iii) Nyatakan 3 nilai dari syair tersebut. [3 markah]

- Nilai ketaatan kepada hukum syarak
- Nilai kerajinan dalam menuntut ilmu pengetahuan
- Nilai kasih sayang antara satu sama lain
- Nilai rendah diri dalam kehidupan



PRAKTIS 3

(i) Berikan maksud Tiadalah menyombong pada bekerja dalam syair di atas.
[2 markah]

- Tidak bersikap angkuh dengan kebolehannya

(ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan agama dalam kehidupan kita?
[4 markah]

- Menjadi panduan / pegangan /pedoman/ petunjuk hidup
- Menghindarkan kita daripada melakukan perkara yang tidak baik
- Menenangkan gangguan emosi
- Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat / perpaduan

(iii) Berikan pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut [3 markah]

- Kita haruslah mencontohi para anbia dan aulia agar kehidupan
lebih bahagia
- Kita mestilah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai
agar terhindar daripada sikap riak dan takbur.
- Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada
kemungkaran.
- Kita mestilah menghindari orang yang bersikap negatif agar tidak
terpengaruh.




Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


180

PRAKTIS 4

(i) Nyatakan dua ciri orang berakal yang terdapat dalam syair di atas.
[2 markah]

- Berpandangan jauh
- Patuh pada perintah Tuhan
- Bersikap rendah diri
- Mementingkan ilmu pengetahuan / ilmu
- Bijaksana

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu ikhlas dalam persahabatan?
[3 markah]

- Mengelakkan perasaan iri hati
- Mewujudkan persefahaman/ harmoni
- Mewujudkan perasaan saling mempercayai

(iii) Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

- Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
- Masyarakat yang patuh pada perintah Tuhan
- Masyarakat yang berpandangan jauh
- Masyarakat yang bersikap rendah diri


PRAKTIS 5

(i) Berdasarkan syair di atas, apakah kelakuan negatif yang perlu
dihindarkan oleh orang berakal? [2 markah]

- Mengasihi orang jahat / bersahabat dengan orang jahat
- bersikap tamak
- bersikap sombong
- melanja-lanja / berjalan-jalan sesuka hati

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap rendah diri dalam
kehidupan seharian? [3 markah]

- dikasihi oleh rakan/ masyarakat
- dihormati/ disanjungi/ disegani
- dapat dijadikan suri teladan
- mudah bergaul dengan masyarakat/ mudah didekati



Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


181

(iii) Nyatakan tema syair di atas. [4 markah]

Ciri-ciri orang berakal
- Berpandangan jauh
- Patuh pada perintah Tuhan /Bersikap rendah diri /Mementingkan
ilmu pengetahuan ilmu/ Bijaksana


SYAIR SITI SIANAH

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan tiga sifat buruk perempuan yang cuba diingatkan oleh penyair.
[3 markah]

- Ketawa mengilai-ngilai
- Membuang masa terlalu lama di hadapan cermin
- Memakai rambut palsu
- Memakai alat solek secara berlebihan
- Berpeleseran dengan lelaki / bergaul bebas
- Suka berjudi
- Mencukur bulu roma
- Berhias untuk memikat lelaki

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk
peribadi mulia dalam diri anak-anak? [3 markah]

- Memberi didikan agama secukupnya
- Memberikan kasih sayang / perhatian sepenuhnya
- Meluangkan masa bersama anak
- Menjadi suri teladan

(iii) Kemukakan tiga persoalan yang terdapat dalam syair. [3 markah]

- Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar
hukum syarak
- Persoalan ketaatan kepada Allah
- Persoalan kesan buruk perjudian
- Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan






Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


182

PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu
bersolek? [2 markah]

- Supaya mereka kelihatan cantik pada pandangan lelaki.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah wanita tidak digalakkan berhias
secara berlebih-lebihan? [3 markah]

- Menjadi mangsa penjenayah/ ragut/ perogol
- Membazir wang/ masa
- Membangkitkan rasa cemburu/ iri hati orang lain
- Bangga diri / takbur


(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang cuba diterapkan oleh penyair
dalam syair di atas. [4 markah]

- Nilai kesopanan seseorang wanita yang berada di khalayak ramai
perlu bersopan santun seperti tidak ketawa mengilai-ngilai. - 2m
- Nilai kesederhanaan seseorang wanita perlu bersederhana
dalam penampilan diri. 2m
- Nilai ketaatan kepada agama setiap tindakan yang ingin
dilakukan haruslah berlandaskan ajaran agama. 2m
- Nilai kesyukuran bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan
menerima kekurangan diri.


PRAKTIS 3

(i) Apakah maksud rangkai kata kerana perangai sudah membadi dalam
rangkap kesepuluh syair tersebut? [2 markah]

- disebabkan tingkah laku telah rosak atau buruk akhlaknya.

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk sekiranya kita melakukan
aktiviti perjudian? [3 markah]

- Menimbulkan pergaduhan
- Keretakan rumah tangga
- Keselamatan terancam
- Terdedah dengan hutang
- Maruah diri tercemar / tergadai


Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


183

(iii) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

- seseorang wanita haruslah menjaga adab dan tingkah laku agar
dihormati oleh orang lain.
- Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri agar
tidak menimbulkan fitnah
- Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar
tidak berlakunya pembaziran.
- Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan
golongan lelaki agar terhindar daripada maksiat.


PRAKTIS 4

(i) Berikan maksud memakai cemara berjela-jela dalam syair ini. [2 markah]

- menggunakan rambut palsu yang berlebih-lebihan

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mengelakkan pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan. [4 markah]

- Mendapat didikan agama secukupnya
- Mendengar nasihat dan didikan ibu bapa
- Bijak memilih rakan/ tidak terpengaruh dengan kawan
- Bijak memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah

(iii) Huraikan tiga perwatakan Siti Sianah dalam syair ini. [3 markah]

- Suka berdandan secara berlebih-lebihan
- Suka menggoda lelaki dengan kecantikannya
- Ketawa mengilai-ngilai
- Suka dipuji
- Suka berjudi


PRAKTIS 5

(i) Berikan maksud Sembahyang ibadat sudahlah bantut dalam syair ini.
[2 markah]

- Mengabaikan solat dan amal ibadat




Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


184

(ii) Pada pendapat anda, apakah punca gejala sosial yang semakin
berleluasa dalam kalangan remaja? [4 markah]

- Didikan agama yang rapuh
- Perceraian ibu bapa
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh media massa

(iii) Huraikan tema syair ini. [3 markah]

- Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri
wanita dilarang berhias secara berlebih-lebihan wanita sentiasa
mematuhi ajaran agama / tidak bergaul bebas



GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan maksud Yang boleh menyerahkan diri. [2 markah]

- taat / setia kepada suami.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhati-hati memilih
sahabat? Berikan tiga alasan anda. [3 markah]

- supaya tidak terpengaruh melakukan perbuatan tidak baik
- supaya mendapat kawan yang ikhlas dan jujur dalam persahabatan
- supaya boleh meneladani sikap positif yang ditunjukkan kawan
- supaya kita tidak dipergunakan untuk kepentingan orang lain
- supaya boleh membantu semasa kita menghadapi masalah

(iii) Huraikan dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam. [4 markah]

- pentingnya memilih sahabat dengan berhati-hati agar kita
mendapat manfaat daripada persahabatan tersebut / mendapat
bantuan semasa kita dalam kesulitan
- perlunya menuntut ilmu untuk memudahkan kita menghadapi
permasalahan dalam hidup seharian.
- kita perlu mencari seorang isteri yang taat setia dan pandai
menjaga keperluan/ makan minum suami.



Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


185

PRAKTIS 2

(i) Nyatakan maksud pilih segala orang setiawan. [2 markah]

- perlu mencari sahabat yang setia dalam persahabatan

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri guru yang dapat menyampaikan
pengajaran yang berkesan kepada murid-murid? [3 markah]

- mempunyai persediaan lengkap sebelum mengajar.
- memiliki sikap humor
- menggunakan pelbagai pendekatan dan bahan
- prihatin terhadap masalah / keperluan murid

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang boleh kita peroleh daripada gurindam.
[4 markah]

- Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan
bersama-sama ketika susah dan senang
- Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana
agar dapat membimbing kita
- Kita sebagai suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar
hubungan berkekalan
- Kita haruslah bijak memilih kawan agar tidak dikhianati


PRAKTIS 3

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

(i) Nyatakan maksud rangkap gurindam di atas . [2 markah]

- cadangan agar memilih sahabat yang dapat membantu ketika
susah dan senang.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai sahabat yang
setia? [4 markah]

Berikan empat alasan anda.

- boleh membantu semasa kita dalam kesusahan/ berkongsi masalah
- boleh dihubungi pada bila-bila masa.
- Sahabat setia selalunya jujur/ikhlas dalam persahabatan.
- Sahabat setia selalu menasihati jika kita membuat sebarang kesilapan.
- Boleh menyimpan rahsia dengan baik/ dipercayai
Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


186


(iii) Nyatakan tiga contoh nilai kebijaksanaan yang dikemukakan dalam
gurindam. [3 markah]

- Kebijaksanaan memilih sahabat/ kawan yang baik
- Kebijaksanaan memilih guru yang berilmu
- Kebijaksanaan memilih isteri yang setia


PRAKTIS 4

(i) Nyatakan maksud yang boleh dijadikan ubat. [2 markah]

- yang dapat membantu meringankan beban / menyelesaikan masalah

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri guru yang baik? [3 markah]

- Bertanggungjawab menjalankan tugas
- Memberi peluang kepada pelajar membetulkan kesilapan
- Mesra pelajar
- Menepati masa
- Prihatin terhadap permasalahan pelajar

(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam. [4 markah]

- Nilai berhati-hati memilih sahabat agar mendapat kawan yang setia
dan baik.
- Nilai berusaha menimba ilmu daripada guru yang benar-benar berilmu.
- Nilai bijaksana memilih isteri yang taat setia kepada suami.



PRAKTIS 5

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru

(i) Nyatakan maksud rangkap kedua gurindam [2 markah]

- cadangan agar belajar dengan guru yang benar-benar berilmu dan
dapat menyelesaikan setiap kemusykilan

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang isteri menunjukkan
kesetiaan kepada suaminya? [3 markah]

- sentiasa bersikap penyayang terhadap suami dan anak-anak
Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


187

- sentiasa bertolak ansur
- tidak curang/ tidak menduakan suami
- sentiasa mendoakan kesejahteraan suami

(iii) Jelaskan tema gurindam ini? [3 markah]

- Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi memilih kawan
yang sanggup bersama ketika susah dan senang memilih isteri yang
setia / memilih guru yang bijaksana/ memilih kawan yang setia.

SELOKA EMAK SI RANDANG

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan dua tindakan tidak rasional Emak Si Randang dalam seloka di
atas. [2 markah]

- memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya
- merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api
- mengabaikan anak sendiri
- berhutang untuk berbudi

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga
sendiri dahulu berbanding orang lain.

Kemukakan tiga alasan anda. [3 markah]

- keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita
- keluarga merupakan darah daging/keturunan kita sendiri
- keluarga merupakan orang utama yang akan membantu apabila
kita berada dalam kesusahan
- membantu keluarga merupakan tuntutan agama/tanggungjawab

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.
[4 markah]

- kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan /tindakan supaya
tidak merugikan diri sendiri
- kita hendaklah memberikan pertolongan secara berpada-pada
agar kebajikan keluarga sendiri tidak terabai
- kita hendaklah berjimat cermat supaya tidak mengalami kesusahan
pada kemudian hari/supaya tidak dibebani hutang
- kita mestilah bertanggungjawab terhadap keluarga kerana
keluarga ialah amanah Tuhan kepada kita

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


188

PRAKTIS 2

Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui

(i) Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. [2 markah]

- menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan

(ii) Sekiranya anda merupakan jiran kepada Emak Si Randang
bagaimanakah anda dapat membantunya? [4 markah]

- menasihatinya supaya bertindak rasional apabila menolong orang
dagang
- menyediakan makanan kepada anaknya supaya tidak kelaparan
- menyuruh Emak Si Randang mengutamakan diri dan keluarga
sebelum menolong orang dagang
- menasihati supaya mengurus hal rumah tangga secara berhemat
tanpa boros

(iii) Huraikan tema seloka di atas. [3 markah]

- sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding
ahli keluarga sendiri memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di
depan rumahnya - merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api -
mengabaikan anak sendiri - berhutang untuk berbudi



PRAKTIS 3

(i) Apakah maksud Dagang lalu ditanakkan dalam seloka di atas?
[2 markah]

memasakkan nasi untuk orang asing

(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah Emak Si Randang sepatutnya
melayan orang dagang? [3 markah]

- memberi makan minum hanya setakat yang mampu
- menyediakan tempat penginapan sekiranya perlu
- bertanya khabar serta berbual-bual
- membawa orang dagang bersiar-siar
- memperkenalkan kepada jiran-jiran

Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


189

(iii) Huraikan dua perwatakan Emak Si Randang berdasarkan seloka di atas.
[4 markah]

- tidak rasional. Contohnya, Emak Si Randang sanggup meruntuhkan
rumah sendiri untuk menanak nasi.
- tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya orang dagang
diutamakan, anak sendiri diabaikan.
- kurang bijak. Contohnya, Emak Si Randang sanggup berhutang untuk
menolong orang lain.
- tidak mengasihi anak sehingga anak pulang kelaparan


PRAKTIS 4

(i) Bagaimanakah bentuk layanan Emak Si Randang terhadap dagang lalu?
[2 markah]
- ditanakkan nasi
- rumah diruntuhkan untuk dibuat kayu api

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melayan tetamu dengan
baik? [3 markah]

- Tuntutan agama
- Mengeratkan hubungan persahabatan/persaudaraan/semangat
kekitaan
- Murah rezeki
- Menjaga nama baik
- Memupuk sifat mulia/ nilai ketimuran

(iii) Huraikan dua nilai yang cuba diterapkan dalam seloka di atas. [4 markah]

- nilai baik hati. Contohnya, Emak Si Randang menolong orang
dagang yang dalam kesusahan
- nilai budi pekerti. Contohnya, Emak Si Randang telah
menunjukkan budi pekerti terhadap orang asing yang datang ke
rumahnya
- nilai menghormati tetamu. Contohnya, Emak Si Randang melayan
tetamu yang datang ke rumahnya.
- nilai bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Contohnya, Emak
Si Randang sepatutnya mengutamakan ahli keluarganya
berbanding orang lain.





Modul Sinergi KOMSAS Genre Puisi Tradisional


190

PRAKTIS 5

(i) Apa yang dimaksudkan oleh penulis Anak di pangku diletakkan dalam
seloka di atas. [2 markah]

- anak sendiri dibiarkan/diabaikan/ditinggalkan/tidak dipedulikan

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan sekiranya ibu bapa
anda bersikap tidak rasional seperti Emak Si Randang? [4 markah]

- menasihati ibu atau bapa secara baik
- minta kerjasama jiran yang rapat dengan keluarga untuk
menasihati ibu atau bapa
- menunjukkan cara yang terbaik untuk menolong orang
- menghalang supaya tidak berhutang kerana orang lain

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam Seloka Emak Si Randang.
[3 markah]

- membantu golongan yang memerlukan pertolongan seperti membantu
orang dagang.
- membuat kebaikan kepada orang lain tanpa mengabaikan diri dan
keluarga sendiri.
- merugikan diri sendiri dengan dibebani hutang dan ditimpa kesusahan.

You might also like