Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah berjaya menyiapkan tugasan Muzik Pendidikan Awal Kanak-kanak sehingga saya dapat menempuhi segala dugaan dengan sempurna sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu saya tidak dapat dilaksanakan tugasan dengan sempurna.
PELAKSANAAN
Muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar, maka sebagai pelatih guru yang akan mengajar kanak-kanak ini, adalah bersesuaian dan wajar saya mempelajari tentang muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Kerja Kursus Pendek Muzik Pendidikan Awal Kanak-kanak ini merupakan subjek minor yang perlu saya dan rakan-rakan Prasekolah ikuti pada semester ini Pada semester kedua ini, Muzik Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah merupakan kesinambungan daripada semester 1.
Selepas memperoleh tugasan, saya dan rakan-rakan bersama-sama mengumpul bahan yang berkaitan dengan konsep muzik dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan yang terbaik dalam tugasan kali ini Terdapat banyak cabaran dan dugaan yang berlaku sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Pada awal tugasan iaitu memperolehi tugasan yang diberi oleh pensyarah, saya merasa kurang berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik.
BINA INSAN GURU FASA II KHIDMAT MASYARAKAT
KELEBIHAN
Melalui Kerja Kursus Pendek Muzik Pendidikan Awal Kanak-kanak, saya dapat melihat beberapa kekuatan dalam memastikan guru pelatih dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sekaligus menimba ilmu di dalam bilik darjah. Antaranya semangat kerjasama antara rakan-rakan dalam pengumpulan maklumat bagi memastikan kerja kursus ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Semangat kerjasama yang di tunjukkan, samada dalam kalangan ahli kumpulan mahupun seluruh rakan-rakan mengambarkan sikap pelatih guru yang sentiasa mengamalkan amalan bantu membantu. Contohnya dalam proses memahami konsep muzik untuk analisis skor muzik yang pada kami adalah sesuatu yang amat mencabar untuk diterjemahkan kedalam bentuk pendidikan muzik.
Selain itu juga, kerjasama yang diberikan dari sudut pensyarah kami amat dihargai. Peranan pensyarah, Puan Fauzila Abd Latif sebagai menunjuk cara dan pembimbing kami menjadikan kami sangat berbangga dengan tunjuk ajar beliau walaupun beliau sibuk dengan tanggungjawab. Buah fikiran, tunjuk ajar dan komentar dari Puan Fauzila Abd Latif untuk memastikan kerja kursus pendek yang kami lakukan adalah antara yang terbaik dan menepati kehendak dalam tugasan yang diamanahkan.
Memandangkan bidang Muzik ini adalah merupakan sesuatu yang baru saya terima, namun ia tidak menjatuhkan semangat saya untuk terus berusaha mencari bahan, malahan ia telah membantu saya membina keyakinan dalaman diri. Perasaan ingin mencari bahan yang bersesuaian dengan tugasan juga menjadikan saya seorang yang sentiasa bersifat teliti dan bersungguh-sungguh.
Dari segi tugasan berkumpulan, walaupun kami tidak berjumpa selama 3 minggu untuk tugasan PBS dan cuti Hari Raya, namun dengan kemudahan ICT seperti emel dan facebook menjadi perantara antara kami ahli kumpulan untuk berinteraksi sekaligus mengumpul maklumat.
BINA INSAN GURU FASA II KHIDMAT MASYARAKAT
KELEMAHAN
Memandangkan kami melakukan tugasan ini secara individu dan berkumpulan, kekangan masa serta interaksi yang kurang antara ahli kumpulan menjadikan tugasan berkumpulan kami sukar untuk dilaksanakan. Kami hanya sempat mengumpul maklumat seminggu selepas naik bercuti. Memandangkan, ramai rakan-rakan yang pulang ke kampung dan terdapat rakan-rakan yang tidak dapat mengakses internet dengan baik di kampung halaman. Situasi ini menjadi masalah kepada kami ahli kumpulan untuk berinteraksi di alam maya.
Selain itu juga, saya menghadapi masalah untuk mencari bahan rujukan untuk Muzik. Kebanyakan rujukan yang saya perolehi adalah bahan-bahan rujukan lama dan tidak berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Namun berkat kesungguhan, saya berjaya memperolehi bahan-bahan rujukan ini jauh walaupun jauh dari maktab. Kebanyakan rujukan saya peroleh melalui pembelian dalam talian, di perpustakaan awam Johor dan juga di kedai buku di Johor Bahru. Situasi ini juga mengundang masalah kos kepada saya.
Selain itu juga, pertindihan kerja kursus matapelajaran lain juga menjadi salah satu sebab yang menganggu saya untuk menyiapkan tugasan Muzik ini dengan segera. Namun demikian, situasi ini berjaya saya atasi dengan menyusun semula jadual menyiapkan tugasan yang lain tanpa menjejaskan tugasan yang penting.
Kekangan masa merupakan faktor penyumbang utama dalam menyiapkan tugasan saya. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang diikuti sekaligus menjalani PBS menjadikan masa untuk mengumpul maklumat dan menyiapkan terganggu serba sedikit. Situasi ini menganggu saya untuk menyiapkan tugasan dengan kadar yang segera. Namun itu sukar dilaksanakan disebabkan fakto tersebut.
BINA INSAN GURU FASA II KHIDMAT MASYARAKAT
PENAMBAHBAIKAN
Apabila wujudnya kelemahan, maka perlulah dilakukan penambahbaikan supaya kelemahan itu tidak menutupi kekuatan yang dilaksanakan. Maka, antara pelaksanaan penambahbaikan yang boleh diaplikasikan adalah merancang tugasan- tugasan subjek lain dengan baik dan teratur tanpa perlu pertindihan tugasan yang banyak.
Selain itu juga, bahan-bahan rujukan Pendidikan Muzik yang baru di perpustakaan maktab perlu di pertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan pelatih guru dapat memperolehi maklumat tanpa perlu mencari bahan rujukan ditempat lain.
Dari segi kekangan masa, cara mengatur dan mengolah perjalanan menyiapkan kerja kursus lain perlu dilaksanakan secara berjadual dan sistematik tanpa perlu berlaku pertindihan untuk menyiapkannya.
PENUTUP
Kesimpulannya kelemahan dan kekurangan sepanjang melaksanakan tugasan ini akan dijadikan panduan untuk terus berjaya manakala kejayaannya dijadikan sandaran. Pepatah pernah mengatakan bahawa :
Pendidikan bukanlah sesuatu yang diperoleh seseorang tapi pendidikan adalah sebuah proses seumur hidup
Pendidikan Prasekolah Adalah Pendidikan Asas Yang Penting Dan Telah Mendapat Perhatian Oleh Semua Peringkat Masyarakat Kerana Pendidkan Prasekolah Merupakan Pendidikan Awal Dalam an Hidup Seseorang Individu