Assgnmnt Ombak Rindu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SGRM 3133 SENI MENGARANG

ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM



1

PENGENALAN
Filem merupakan satu bentuk hiburan atau halwa pancaindera yang menjadi keperluan bagi
sesetengah manusia. Filem adalah satu medium atau perantara yang menghidangkan cerita
dan kisah kepada penonton. Setiap orang tanpa mengira usia, keturunan dan kedudukan akan
mempunyai keinginan untuk menonton sesebuah filem. Filem sebenarnya mampu memberi
pengaruh dan kesan yang sangat kuat sama ada positif atau negatif kepada penontonnya.
Dewasa ini kita sering disaji dengan kepelbagaian genre filem yang memenuhi pasaran
negara sama ada filem tempatan mahupun filem luar negara. Kebanjiran filem terutamanya
filem-filem daripada luar negara seperti filem-filem Hollywood, Bollywood dan Indonesia
memang tidak boleh dinafikan lagi. Walaupun ianya memberi impak keburukan yang banyak,
namun jika dipandang dari sudut yang positif, kemasukan filem-filem daripada luar negara
ini sebenarnya mencabar penggiat-penggiat filem tanahair atau tempatan untuk lebih kreatif
dalam usaha melahirkan filem yang lebih baik dan bermutu.
FILEM OMBAK RINDU

(PLOT, TEKNIK, TAHAP PERSEMBAHAN DAN PENGHAKIMAN.)
Ombak Rindu adalah sebuah filem yang telah diadaptasikan daripada sebuah novel karya
seorang novelis yang agak terkenal di Malaysia iaitu Fauziah Ashari. Novel Ombak Rindu
telah diterbitkan pada tahun 2002 keluaran Alaf 21 Sendirian Berhad. Novel ini mengikut
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub; adalah antara
novel terbaik terbitan syarikatnya. Novel ini telah diulang cetak lebih sepuluh kali sebelum
dijual kepada Syarikat Tarantella Pictures Sdn. Bhd. untuk diangkat menjadi sebuah filem.
Ombak Rindu adalah sebuah filem genre drama dan cinta atau melodrama dibawah arahan
seorang pengarah muda Osman Ali dan ditayangkan di panggung seluruh Malaysia pada 1
Disember 2011. Filem ini telah mendapat kutipan tidak rasmi sebanyak RM 5.5 juta setelah
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

2

tujuh hari tanyangannya. Filem ini adalah keluaran Syarikat Tarantella Pictures Sdn. Bhd.
dan Astro Shaws Sdn. Bhd.
Filem Ombak Rindu ini secara umumnya membawa kisah tentang cinta antara Hariz dan
Izzah, dua insan yang dilahirkan di dalam dua dunia yang berbeza. Kisah percintaan antara
dua darjat yang tidak direstui oleh keluarga yang berdarjat tinggi. Berbagai halangan yang
terpaksa ditempuhi oleh Hariz dan Izzah untuk menggapai titik kebahagiaan.
Izzah adakah seorang gadis yatim piatu yang berasal dari kampong. Dia telah dijual oleh
bapa saudaranya, seorang yang banyak hutang kepada sebuah kelab malam di Kuala Lumpur
untuk dijadikan pelacur. Izzah adalah seorang ustazah yang mengajar Al Quran kanak-kanak
di kampungnya.
Hariz adalah anak kepada Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Safiah Katering telah
melanggan Izzah dan membeli Izzah daripada pemilik kelab malam tersebut untuk dijadikan
perempuan simpanan dan pemuas nafsunya. Izzah telah dibawa balik ke rumah rehat keluarga
secara rahsia dan tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali pemandu keluarga Datuk Sufiah
dan isterinya. Izzah seorang gadis yang naf dan mempunyai pengetahuan agama yang agak
baik telah merayu kepada Hariz untuk menikahinya supaya hubungan mereka menjadi halal.
Hariz akhirnya bersetuju dan meletakkan syarat Izzah tidak akan menuntut sebarang hak
sebagai seorang isteri. Kehidupan yang dilalui bersama saban hari telah menyebabkan Hariz
yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta kepada Izzah yang penuh dengan kelembutan
seorang gadis kampung.
Namun begitu, kepulangan Mila seorang artis dan kawan zaman persekolahan Hariz telah
mengganggu hubungan cinta Izzah dan Hariz yang mula berputik. Datuk Sufiah mendesak
anaknya berkahwin dengan Mila yang amat mencintai Hariz. Semasa Hariz koma akibat
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

3

kemalangan jalanraya, Datuk Sufiah yang mengetahui tentang pernikahan antara Izzah dan
Hariz telah bertindak menghalau Izzah daripada rumah sehelai sepinggang. Izzah pulang ke
kampung dalam usaha mengubat hati yang lara. Dalam waktu yang sama Izzah mengetahui
dia telah mengandungkan anak Hariz. Datuk Sufiah juga memfitnah Izzah dengan
memberitahu Hariz bahawa Izzah telah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Izzah ditemani oleh Mail yang ingin mencari pekerjaan di Kuala Lumpur pergi ke rumah Pak
Dollah dan Mak Jah untuk menziarahi mereka yang baru pulang daripada menunaikan umrah.
Hariz juga yang datang menziarahi Pak Dollah dan Mak Jah terserempak dengan Izzah di situ
terus mempercayai fitnah Datuk Sufiah setelah melihat Mail juga berada bersama Izzah.
Izzah yang merasa kecewa dengan sikap Hariz sekali lagi pulang ke kampung dan
meneruskan kehidupan di sana. Pak Dollah yang bersimpati dengan nasib Izzah yang tidak
bersalah telah membuka rahsia siapa sebenarnya Hariz dalam kehidupan Datuk Sufiah.
Hariz yang merasa bersalah dan amat merindui cuba memujuk Izzah di kampung untuk
kembali ke pangkuannya. Dalam waktu yang sama, Mila juga datang ke kampung Izzah
untuk menuntut penceraian daripada Hariz. Akhirnya Hariz diterima kembali oleh Izzah
dalam hidupnya dan mereka melalui saat bahagia sebagai pasangan suami isteri sambil
menunggu saat-saat kelahiran cahaya mata tanda cinta mereka berdua. Mereka hidup sebagai
pasangan suami isteri tanpa perlu berahsia lagi akan hubungan mereka.
Keistimewaan dan kelainan yang dicetuskan oleh penulis novel Ombak Rindu ini
membuatkan pihak produksi dengan beraninya mengangkat karya ini menjadi sebuah filem.
Jalan cerita yang dipaparkan di dalam filem agak baik dan seronok untuk ditonton sebab
ianya lari daripada adegan-adegan yang agak stereotype seperti selalu ditonjolkan di dalam
filem-filem Melayu lain. Selalunya filem-filem yang dihidangkan mempunyai tema yang
lebih kurang sama sahaja. Filem yang bergenre cinta antara dua darjat ini agak seronok untuk
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

4

ditonton. Walaupun pada mulanya jalan ceritanya iaitu seorang gadis kampung yang dipaksa
melacurkan diri tanpa kerelaan agak hambar dan biasa dilihat di dalam filem-filem lain.
Garapan cerita ini menjadi lebih seronok dan menarik apabila pengarah berjaya membina dan
menghidupkan watak Hariz, anak seorang konglomerat terkenal. Hariz seorang yang panas
baran, kasar, angkuh dan kaki perempuan telah berubah menjadi baik dan mula mengenali
serta merasai erti cinta selepas hidup bersama gadis kampung yang ditemui dan dibeli
daripada sarang pelacuran yang pada mulanya untuk dijadikan perempuan simpanan namun
akhirnya dikahwini di sempadan setelah dipujuk. Izzah pula adalah seorang gadis yang
dididik cukup dengan pegangan agama dan berpegang teguh dengan prinsip hidup yang baik
serta bermoral dalam hidupnya. Kelembuatan Izzah telah dapat membeli hati batu seorang
Hariz.
Kita selalu dihidangkan dengan watak-watak antagonis yang akan hitam dan kelam sehingga
akhirnya di dalam filem-filem yang lain. Watak-watak ini hanya akan menjadi putih dan insaf
bila mendapat hukuman sama ada hukuman dunia atau hokum karma sahaja. Namun watak
Hariz dalam Ombak Rindu amatlah berlawanan kerana watak jijik yang dipertontonkan pada
awalnya seperti kaki perempuan dan mabuk-mabuk berubah menjadi baik dan suci kerana
kehebatan dan ketinggian nilai-nilai agama yang diamalkan di dalam kehidupan. Cara
bagaimana Izzah yang telah dirogol menawan dan menyucikan hati suaminya adalah sebuah
idea yang segar serta mempunyai kelainan untuk ditonton dan menyebabkan khalayak
penonton melekat di tempat duduk pawagam menonton sehingga ke akhir cerita.
Plot cerita Ombak Rindu ini amat menarik dan puas untuk ditonton terutama oleh
penggemar-penggemar filem cinta Melayu yang telah diberi sentuhan ajaib pengarahnya. Plot
cerita yang selalu dipaparkan di dalam filem-filem Melayu yang lain adalah berlainan sama
sekali dengan plot cerita Ombak Rindu. Cerita yang dipaparkan dan diangkat oleh filem ini
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

5

membuatkan penonton mengadap filem ini tanpa berganjak dan melayannya dengan linangan
air mata. Air mata yang dipertontonkan oleh para pemegang watak dalam file mini amatlah
bernilai kerana emosi yang dihidangkan mampu menyampaikan mesej-mesej yang tersirat
dan menguatkan lagi jalan cerita filem ini. Ia dapat meruntun jiwa para penonton.
Cerita ini juga mampu diterjemahkan sebaiknya oleh Osman Ali menjadi garapan yang hebat
dan dibawakan pula wataknya oleh para pelakon yang hebat juga. Analoginya juga senang
untuk difahami. Karya ini juga bersifat realisme dan tidak mengenepikan unsur-unsur
realistik kehidupan yang sebenar. Selalunya cerita sebeginilah yang dikehendaki oleh
penonton kita yang sudah pandai menilai kehebatan sesebuah karya dan membanding dengan
filem-filem luar.
Menariknya filem ini terletak pada sinematografinya. Ombak Rindu merakamkan sudut
fotografi yang amat cantik, daripada Khalid Zakaria. Latar pemandangan terutama di
kampung Izzah, di tepi pantai di rumah Hariz memang sangat indah dan cantik. Selain itu
suasana di lading teh yang nyaman dan mendamaikan rasa. Inilah kekuatan Ombak Rindu
selain daripada runut bunyi dan lagu temanya yang membuai perasaan nyanyian Hafiz dan
Adira AF.
Namun begitu sentuhan Osman Ali sebenarnya sedikit sebanyak terpengaruh dengan filem-
filem dari Bollywood. Adegan Izzah terjatuh ke jalan, di luar pusat hiburan ( dimana Izzah
dilacurkan). Pada mulanya hujan turun rintik-rintik telah menjadi menjadi lebat secara tiba-
tiba.Sinematografinya yang kelam pada waktu ini memang cukup mengesankan. Kita dapat
merasakan seolah-olah menonton filem dari luar negara. Cuma yang membezakannya ialah
dari segi bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Melayu. Ombak Rindu membuatkan air mata
penonton mengalir ke pipi tanpa disedari, hati berdetak dan berombak laju; seterusnya
anda pasti akan merasai merindui orang yang anda sayang.
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

6

Ombak Rindu sememangnya sebuah karya yang menyentuh perasaan semua penonton.Ia
sebuah telefilem atau telemovie yang amat baik, kata Hassan Muthalib. Tanpa bahasa filem
atau falsafah yang memeningkan, Ombak Rindu boleh dianggap milik penonton sepenuhnya.
Antara krew-krew yang terlibat dalam pembikinan Ombak Rindu ialah:
1. Penerbit Penyelaras Jailani Ab Ghani
2. Pengarah Kreatif Renu Sharan dan Mohamad Khairul Md Dan
2. Solekan dan Dandanan Adnan Rahman
3. Penata dan Adunan Bunyi Nur Zaidi Abd Rahman
4. Penyunting Affandi Jamaluddin
5. Pengarah Muzik Nur Zaidi Abd Rahman
6. Adaptasi Lakon Layard dan Dialog Armantono dan Osman Ali
7. Pengarah Sinematografi Khalid Zakaria
Karya yang telah diterjemahkan oleh daripada bentuk penulisan ke layar panggung ini telah
didukung oleh pemegang-pemegang watak yang tersohor di dalam dunia perfileman Melayu
dewasa ini. Watak Izzah telah dibawa secara jujur dan baik oleh Maya Karin. Sudah tentulah
watak yang mencabar ini mampu digalas oleh Maya Karin yang telah pernah mendukung
watak-watak utama di dalam filemnya yang terdahulu seperti Pontianak Harum Sundal
Malam I dan II, Hati Malaya, Waris Jari Hantu, Pisau Cukur dan lain-lain lagi. Pastinya
watak-watak yang dibawanya tidak pernah mengecewakan. Pembawaan watak Izzah sungguh
realistik walaupun ada yang menganggap watak ini tidak sesuai diberikan kepada Maya Karin
kerana wajah Pan Asianya. Itu bukan menjadi satu masalah kerana sekarang sudah ramai
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

7

gadis kampung Melayu yang cantik dan lawa. Riak muka, gerak tubuh dan lontaran kata-kata
Maya sungguh menjadi. Kesabaran, kepedihan, kesengsaraan, kebahagiaan dan kegembiraan
sungguh hidup dan menjadi. Para penonton pastinya tidak dapat menahan perasaan dan
linangan air mata. Tidak dapat disangkal lagi lakonan Maya Karin sungguh menjadi dan
harus diberi pujian tinggi.
Watak Hariz pula dibawa oleh Aaron Aziz, pelakon yang dicari dan dinanti-nantikan oleh
khalayak penonton. Aaron Aziz menjadi kegilaan semua orang. Pengarah memilih Aaron
sebagai hero di dalam cerita ini memanglah tepat. Aaron berjaya membentuk dan
menterjemahkan watak Hariz sebaik-baiknya. Aaron berjaya menggegarkan hati wanita-
wanita diluar dengan mimik muka, tutur kata dan bahasa badannya bagi menggambarkan
Hariz di dalam Ombak Rindu. Hariz yang asalnya kaki perempuan, pemabuk, panas baran,
kasar dan sebagainya akhirnya rebah, tumpas dan lemah dengan nilai cinta dan kasih sayang
seorang gadis kampung. Runtuh dan hilang ego seorang lelaki bernama Hariz. Aaron juga
berjaya menitiskan air mata mahal seorang lelaki dimana adegan ini mampu memberi impak
yang cukup hebat buat Ombak Rindu. Watak lelaki yang keras tapi mempunyai jiwa yang
lembut.
Watak Mila yang didukung oleh Lisa Surihani berjaya dilakonkan sebaiknya. Banyak yang
dibuat oleh Lisa untuk menghidupkan watak Mila ini. Ini kerana Lisa sebelum ini banyak
membawa watak-watak yang agak bertentangan denga watak Mila yang antagonis. Cuma
impak watak Mila di dalam Ombak Rindu tidaklah sehebat mana. Ia cuma sekadar penghias
untuk melengkapkan cerita. Lisa sudah pasti dapat membawa watak sebagai seorang artis
kerana itu memanglah scenario kehidupan sehariannya. Cuma aura artis terkenal dan diva
tidak ditonjolkan dan diserlahkan sebaik mungkin. Namun pendirian seorang artis seperti
Mila di akhir cerita begitu mengesankan.
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

8

Watak Mail yang hanya muncul sekali sekali dibawa oleh Bront Palare harus diberi pujian.
Beliau berjaya membawa watak pemuda kampung yang naf dimana cintanya ditolak namun
tetap setia sehingga menjumpai cinta ynag baru. Bront boleh dikatakan pelakon yang hebat
kerana dapat membuat penonton merasai jiwanya yang amat cintakan Izzah. Mimik muka
beserta suara yang garau dan besar memberi kesan dan menunjukkan kejantanan seorang
pemuda kampung yang mempunyai cinta yang amat tulus. Bront Palare dapatlah disimpulkan
sebagai pelakon yang mempunya bakat dan jiwa yang besar di dalam dunia perfileman
Melayu.
Watak-watak tambahan lain seperti Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan, Pak Dollah
lakonan Zaidi Omar, Mak Jah lakonan Normah Damanhuri dan Wafiah lakonan Julia Ziegler
adalah sekadar pembantu untuk menyedapkan dan mencukupkan perisa sesebuah cerita.
Mutu lakonan mereka memanglah tidak boleh disangkal lagi kerana mereka adalah pelakon-
pelakon yang telah lama bermain watak di dalam dunia perfileman. Mereka adalah pelakon-
pelakon yang mempunyai bakat dan berada di dalam kelas mereka yang tersendiri.
Penghayatan mereka walaupun hanya sebagai pelakon tambahan cukup hebat dan mampu
membuat filem lakonan mereka menjadi lebih gah dipanggung.
Namun begitu banyak juga kelemahan yang tidak dapat dipastikan sama ada disedari atau
tidak oleh para krew ada di dalam filem Ombak Rindu ini. Antaranya ialah:
a- Babak di stesen kereta api Alor Setar. Izzah sepatutnya menaiki keretapi ke Kuala Lumpur
tidak menaiki kereta api yang menghala ke sana. Kereta api yang dinaiki oleh Izzah adalah
kereta api yang sedang menuju ke Arau seterusnya ke Siam.
b- Babak Hariz yang basah kuyup terkena hujan kerana cuba menolong Izzzah yang dijual
oleh bapa saudaranya di luar kelab malam. Namun semasa Hariz masuk ke dalam kelab untuk
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

9

melanggan Izzah seluar dan baju Hariz langsung tidak menampakkan dia basah walaupun ada
adegan yang menunjukkan dia mengelap mukanya yang basah dengan tisu. Malah baju,
seluar dan kasut yang sama yang dipakai oleh Hariz semasa dia balik berjumpa dengan
ibunya di rumah.
c- Anak kucing yang Izzah jumpa di perhentian bas masih kecil membesar terlalu cepat. Di
dalam beberapa adegan kita dapat lihat Izzah memegang kucing yang telah dewasa. Kalau
reality kehidupan seharian, pastinya kucing mengambil masa yang agak lama untuk menjadi
besar dan dewasa.
d- Jam tangan yang dipakai oleh Izzah semasa dia ditiduri oleh Hariz di kelab malam
berpemukaan segi empat tepat. Namun semasa dia menghadiahkan jam tangannya kepada
Hariz selepas upacara pernikahan mereka di Selatan Thailand berpemukaan bulat dan lebih
besar daripada jam yang dipakai diawal cerita.
e- Semasa Hariz mencari Izzah yang menyembunyikan diri di sebalik batu di tepi pantai; air
pasang naik secara tiba-tiba sedangkan semasa Izzah menyembunyikan diri di awalnya
kawasan itu airnya surut dan tidak dinaiki air.
f- Semasa adegan sebelum Hariz kemalangan, kereta Izzah pada mulanya melalui jalan yang
berbukit. Namun di dalam syot yang seterusnya ditunjukkan kereta Izzah melalui jalan di
dalam lading teh kemudian diikutu semula oleh jalan yang berbukit.
g- Semasa Hariz yang baru sedar dari kemalangan dan cuba menelefon Izzah; Hariz
menggunakan telefon rumah. Namun nombor telefon yang naik di skrin telefon Izzah adalah
nombor telefon bimbit dan tertera nama Abang Hariz sedangkan Hariz tidak menggunakan
telefon bimbit untuk menelefon Izzah kerana telefonnya telah disembunyikan oleh datuk
Sufiah.
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

10

h- Ada satu adegan yang menunjukkan pada awalnya Izzah memegang dan membaca surat
khabar Berita Harian. Namun bila gambar diclose-upkan surat khabar yabg dipegang Izzah
adalah surat khabar Harian Metro.
Itu adalah antara kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat di dalam Ombak Rindu. Walaupun
kesalahan itu tidak memberi kesan kepada mutu filem; namun perkara remeh sebegitu juga
perlu diberi perhatian kerana ia boleh mencacatkan sebuah filem yang baik.
Ombak Rindu sememangnya sebuah karya yang menyentuh perasaan semua penonton.Ia
sebuah telefilem atau telemovie yang amat baik, kata Hassan Muthalib. Tanpa bahasa filem
atau falsafah yang memeningkan, Ombak Rindu boleh dianggap milik penonton sepenuhnya.
Filem ini adalah sebuah filem yang wajib ditonton dan Osman Ali beserta para krew, para
pelakon dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Ombak Rindu patut diberi pujian. File
mini layak diberi sebanyak empat setenha bintang dari lima bintang yang ada. Apa yang
pastinya, tidak rugi menonton Ombak Rindu dan ada yang masuuk panggung lebih daripada
sekali untuk menatap hasil tangan pengarah muda Osman Ali ini.
Antara anugerah yang pernah dicalonkan dan diraih oleh Ombak Rindu di dalam dunia
perfileman negara ialah:
Majlis Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Perfileman Kritik
Kuala Lumpur 2012
Pengarah Terbaik Osman Ali Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Khalid Zakaria Dicalonkan
SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

11

Anugerah Blockbuster 2012
Anugerah Filem Paling
Hebat

Dicalonkan
Anugerah Tuan Direktor
Terhebat
Osman Ali Dicalonkan
Anugerah Hero Terhebat Aaron Aziz Dicalonkan
Anugerah Heroin
Terhebat
Maya Karin Dicalonkan
Anugerah Lagu Filem
Terhebat
Hafiz & Adira -
"Ombak Rindu"
Menang

KESIMPULAN
Persaingan bagi menarik lebih ramai khalayak menonton filem tempatan adalah satu cabaran
yang hebat. Selalunya filem-filem daripada luar negara terutamanya filem-filem Hollywood
amat bermutu dan menggunakan teknik-teknik pembikinan filem yang canggih dan terbaru
dimana ianya dapat memikat khalayak penggemar-penggemar filem untuk berada
dipanggung tanpa merasa jemu serta bosan. Tambahan pula filem-filem luar ini mempunyai
garapan yang cukup baik, sempurna ramuannya serta lengkap perisanya.
Namun kini, kita semua sedia maklum bahawa pengusaha-pengusaha syarikat perfileman dan
para pengarah di Malaysia telah membuat pelbagai pembaharuan serta mengambil pelbagai
pendekatan bagi menjadikan filem-filem keluaran dan arahan mereka lebih bermutu dan
mendapat tempat di hati khalayak penonton.

SGRM 3133 SENI MENGARANG
ULASAN KRITIS SEBUAH FILEM

12

RUJUKAN
Baharudin Latif. (1983). Krisis filem Melayu. Kuala Lumpur. Snippet View Sdn. Bhd.
Mansor Puteh. (1989). Glosari perfileman. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahman Shaari. (1983). Kualiti drama dan filem Melayu. Kuala Lumpur. Munova Sdn. Bhd.
Syed Mohd. Zakir. (2010). Sinema: kumpulan esei ulasan filem. Kuala Lumpur. Nusabuku
Enterprise.
Asiah Sarji. Perfileman dan kesannya terhadap masyarakat: ke arah pengekalan dan
penyuburan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Jurnal Komunikasi, 19, 1-21.
Juliana Abdul Wahab dan Mahyuddin Ahmad. Filem box office dan ideology: satu kajian
terhadap filem-filem terpilih di Malaysia. Jurnal of Art Discourse, 8, 44-68.
Fuziah Katini Hassan Basri, Asiah Sarji dan Arfah Yusof. Era digital: cabaran baru karyawan
serta pendidik penyiaran dan perfileman di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 20, 1-15.
Ridzuan Abdul Rahman. (2011, 09 November). Kontroversi Ombak Rindu. Metro Online.
Filem Negara Malaysia (FNM). Filem cereka. 2010. Capaian 22 Mac 2013, dari
http://www.filemkita.com/
Abang Nara. Tentang filem Malaysia. 7.12.2011. Capaian 28 Mac 2013, dari
http://beautifulnara.com/tentang-filem-malaysia/
Amy Ikram. Ombak Rindu milik penonton. 19.12 2011. Capaian 22 Mac 2013, dari
http://www.amyikram.com/2011/12/ombak-rindu-milik-penonton.html
Sharad Sharan. (2011). Ombak Rindu. Tarantella Pictures Sdn. Bhd. dan Astro Shaws Sdn.
Bhd.Kuala Lumpur.

You might also like