Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan
buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik. Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia. Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil- hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik. Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa- sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut. Kesan Pencemaran Air Dari aspek ekonomi, pencemaran sungai yang berlaku ini telah menambahkan bebanan kerajaan bagi membaikpulih keadaan sungai yang telah tercemar. Hal ini telah menyebabkan kos pembersihan meningkat. Umpamanya, dalam RMK-8, sebanyak RM250 juta telah diperuntukan untuk pembersihan dan pengindahan sungai yang tercemar ini. Bagi mengurangkan bebanan kerajaan, kempen Cintai Sungai Kita perlu diperkasakan lagi dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana pencemaran sungai telah membazirkan kewangan negara. Alangkah baiknya jika kewangan ini dapat disalurkan bagi meningkatkan lagi pembangunan negara. Oleh sebab itu, masyarakat setempat seharusnya memastikan kebersihan sungai sentiasa terpelihara agar tidak menambahberatkan lagi bebanan kerajaan. Seterusnya, pencemaran sungai yang semakin menjadi-jadi ini akan menjejaskan industri pelancongan bagi negara kita. Hal ini disebabkan oleh tumpahan minyak dan sampah-sampah sarap telah menyebabkan bau yang tidak selesa serta menjejaskan kawasan terumbu karang apabila berlakunya pencemaran air di negara kita. Bukan itu sahaja, pulau dan pantai akan kurang dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing seandainya tarikan alam marin ini terjejas dan musnah. Pelancong-pelancong asing yang menginginkan sungai dan tasik yang bersih akan berasa kecewa apabila melihat pencemaran air di negara kita. Tiada lagi aktiviti rekreasi seperti berenang, berkayak dan memancing kerana persekitaran telah tercemar dan tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai tempat yang berkesan bagi menenangkan fikiran sesetengah pelancong.
Manakala, kesan pencemaran sungai dari aspek sosial ialah pencemaran sungai ini akan mengakibatkan kepupusan hidupan akuatik kerana pencemaran sungai ini telah menjejaskan semua hidupan akuatik di sungai. Hal ini menyebabkan binatang marin seperti ikan dan udang akan terjejas disebabkan pencemaran sungai serta membunuh tumbuhan air seperti pokok bakau. Selain itu, pencemaran sungai ini juga akan mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi hidupan akuatik di sungai. Hal ini kerana setiap hidupan air mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain. Akhirnya, ketidakstabilan rantaian makanan ini akan menyebabkan kepupusan haiwan akuatik menjadi semakin berleluasa. Selain itu, pencemaran sungai ini akan menjejaskan kesihatan manusia yang terdedah dengan air kotor. Disebabkan air sungai menjadi kotor, manusia juga akan kehilangan sumber air bersih. Menurut laporan Alam Sekitar Bangsa- bangsa Bersatu, hampir 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak akan mendapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka. Persoalannya, salah siapa?. Lantaran itu, pencemaran sungai ini akan menatijahkan penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan yang dibuang ke dalam sungai dengan mudah. Akhirnya, penyebaran mikroorganisma ini akan mengakibatkan penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan muntah-muntah semakin meningkat. Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pencemaran sungai ini menjejaskan sumber pendapatan penduduk setempat khususnya bagi para nelayan. Hal ini kerana hidupan air yang tinggal di kawasan air kotor akan berpindah habitat yang lebih selamat. Apa yang kita dapat lihat ialah melalui tumpahan minyak atau pembuangan sampah ke dalam sungai akan menyebabkan segala peralatan yang digunakan para nelayan rosak. Seterusnya, nelayan yang kurang pendapatan ini terpaksa membaikpulih segala kerosakan peralatan-peralatan penting bagi nelayan untuk menangkap ikan, udang dan sebagainya. Misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan Konklusinya, ternyata sungai amat penting bagi setiap penduduk di bumi untuk meneruskan hidup. Tambahan pula, pencemaran sungai di negara kita telah meninggalkan parut yang sukar untuk disembuhkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Senario ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana akan memberi kesan negatif terhadap aspek-aspek tertentu. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, bersama-samalah kita berhempas-pulas memelihara dan mengekalkan keindahan serta kebersihan sungai kita. Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah. Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan. d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala. Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan caraini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai. e) Kempen kesedaran melalui iklan TV. Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri.
Rumusan. August 26th, 2008 by Augustine Towonsing Sebagai rumusan, didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar dan jika kita melihat bacaan TDS meter iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di kawasan kajian ini sebagai sungai 'air keras' sekali gus kehilangan fungsi sebagai sumber keguanaan air domestik. Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah yang membuat air sungai ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan air sungai ini tidak boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan sungai membuang sampah dan tidak memikirkan akibatnya. Manakala, sistem perparitan sekolah dan sistem perparitan utama di Taman Seri Utama dilihat menghadapi masalah untuk menyalirkan air. Keadaan yang tidak terurus ini membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran. Namun begitu, adalah menyadi harapan agar penduduk di kawasan kajian mengambil mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya pencemaran yang ada dapat ditanggani atau kita biarkan sahaja dan terpaksa menanggung kesan negatif berpanjangan pada masa hadapan. Oleh itu kita perlu menjaga sistem perparitan dan kebersihan sungai untuk bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga sungai adalah sumber air percuma.
Sumber Rujukan 1) www.malaysian-ghost-research.org/education/kgt-1/langkah-mengatasi- pencemaran-sungai.html#.U7Fqf5SSyoo 2) http://dubb95.blogspot.com/2013/07/stpm-kesan-pencemaran- sungai.html 3) http://cikgushakinah.blogspot.com/search?q=punca+pencemaran+udara
Orang Sumber Encik Abdul Aziz bin Mustafa , 45 tahun , PT 716 , Jalan Rahmat 18/51 Desa Rahmat Guchil Bayam , 15200 , Kota Bharu , Kelantan . Puan Hasma binti Hasan , 42 tahun , PT 716 , Jalan Rahmat 18/51 Desa Rahmat Guchil Bayam , 15200 , Kota Bharu , Kelantan .