Pada 20 April 2011 yang lalu, kumpulan BC 1, Sains dan
Pemulihan Januari 2011 telah melibatkan diri dalam malam persembahan dan kebudayaan di Kem Alapong, Lundu pada pukul 9:00 malam. Pada malam kebudayaan, setiap kumpulan akan mempersembahkan persembahan kumpulan mereka. Selepas itu, persembahan karaoke dari setiap dua orang ahli kumpulan turut akan diadakan. Kedua-dua persembahan ini adalah merupakan pertandingan. Terdapat tiga orang pensyarah yang akan menilai persembahan kumpulan manakala bagi persembahan karaoke, penilainya adalah semua ahli kumpulan BC 1, Sains dan Pemulihan. Terdapat enam jenis persembahan yang akan diadakan pada malam kebudayaan iaitu tarian etnik bumiputera Sabah, dikir barat, tarian Melayu, lakonan, tarian cina dan teater muzikal. Senarai persembahan bagi Kumpulan 1-Kumpulan 6 Bilangan Kumpulan Jenis Persembahan 1. 1 Teater Muzikal 2. 2 Lakonan 3. 3 Tarian Cina 4. 4 Dikir Barat 5. 5 Tarian Etnik Bumiputera Sabah 6. 6 Tarian Melayu
Pertandingan menyanyi terdiri daripada lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan perlu menyediakan lagu sendiri dan hantar kepada AJK Kebudayaan sebelum Program BIG dijalankan supaya majlis kebudayaan pada malam itu berjalan dengan lancar. Senarai nama pertandingan karaoke lelaki dan perempuan Bilangan Kumpulan Lelaki(Lagu) Perempuan(Lagu) 1. 1 Muhd Faisal B Muhd Fauzi (Permainan duniawi) Teoh Li Ming (Guru Pembina Negara Bangsa ) 2. 2 Clement Wong Kiing Yiing (Tian Tang) Lim Shuk Ling (Sayang-Sayang) 3. 3 Izuwan Nasri B Che Ibrahim (Mungkin nanti) Nor Azeera Bt Azman (Aku lebih tahu) 4. 4 Chang Tun Kuet (Peng You Chu Qu Zou Zou) Nora Hafizah Bt Suhaili (Seindah Biasa) 5. 5 Mohd Sharif B Taip (Poco-Poco) Norizatul Aini Bt Abdullah (Bertakhta di hati) 6. 6 Muhd Syafiq B Ahmad Kasman (Butakah Cinta) Khong See Ling (Gemuruh)
Disediakan oleh, ______________ (CHIEW MEE TING) AJK Persembahan dan Kebudayaan PISMP BC-01 JAN 2011