Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks Ucapan Persaraan.

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera,salam Perpaduan dan salam satu Malaysia....

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis,yang diraikan, Puan
Salmiah Bt Ariffin ,Yang Berusaha En Darwis Bin Ahmad, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Utan Aji, Yang Dihormati

Yang Dihormati En Salim b Dahaman, YDP PIBG SK Utan Aji,


barisan Guru-guru Penolong Kanan ,guru-guru yang dikasihi, dan
rakan-rakan yang disayangi dan di rahmati Allah sekalian.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,
dapat kita berkumpul bagi meraikan majlis persaraan guru yang
kita sayangi iaitu Puan Salmiah Bt Ariffin.Saya mewakili pelajar
mengambil kesempatan pada majlis ini menyampaikan ucapan
penghargaan sebagai tanda terima kasih daripada kami.

Hari ini bolehlah dianggap sebagai hari terakhir untuk kita
dapat bersama-sama dengan guru yang tersayang dalam dunia
pendidikan secara formal, sebelum beliau meninggalkan SK Utan
Aji secara rasmi selepas ini.

Tarikh pada hari ini mungkin menjadi satu kesedihan atau
kegembiraan, kami hanya mampu melihat dan tumpang
meraikannya.Kami berharap dan mendoakan agar Puan
Salmiah Bt Ariffin ,cikgu kami beroleh kegembiraan dan
kebahgiaan hendaknya. Semoga beliau sentiasa mendoakan
kejayaan kami dalam akademik mahupun dalam bidang
pembinaan sahsiah, peribadi yang mulia.

Guru yang kami raikan ,guru-guru dan rakan sekalian,
Tujuan majlis ini diadakan bukan sekadar meraikan persaraan
sahaja tetapi adalah menghargai jasa beliau yang telah banyak
berpenat lelah,menyumbangkan bakti sepanjang berkhidmat di
sekolah ini. Majlis ini juga diadakan sebagai medan untuk
beramah mesra sesama kita dan melunaskan rasa rindu kepada
guru kami ,.. sebelum beliau pergi meninggalkan sekolah ini.

Segala usaha yang dicurahkan oleh beliau untuk mengajar
kami tidak terbalas dengan wang ringgit dan harta benda. Kerana
beliau begitu komited dalam mengajar dan mendidik kami.
Komitmen beliau ini membuktikan bahawa beliau begitu
mengambil berat dan kasih kepada kita .

Sifat beliau yang keibuan menjadikan beliau mudah
disenangi oleh semua pelajar.Walaupun ketika marah, beliau
tetap mampu memberikan senyuman menandakan beliau
seorang yang penyayang. Beliau juga seorang yang gigih dan
penyabar walaupun mengalami kesulitan dalam perkara tertentu.
Sikap inilah yang membuatkan beliau sentiasa disanjungi dan
dihormati oleh semua warga SKUA.

Saya selaku ketua murid, mewakili rakan-rakan ingin
memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tingkah laku yang
tidak sopan dan perkara yang tidak menyenangkan hati.Sekali
lagi, kami berharap agar cikgu tidak melupakan kami di sini dan
mendoakan kejayaan kami di dunia dan juga di akhirat.

Mengakhiri ucapan ini, kami ucapkan selamat bersara,semoga
selepas ini cikgu dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga
tercinta.Sebelum mengundur diri izinkan saya melafazkan
serangkap pantun sebagai tanda kasih dan ingatan tulus ikhlas
buat guru yang kami sayangi,


Bunga mawar dalam jambangan,
Campur sedikit haruman melati;
Budi puan jadi kenang - kenangan,
Tersemat kukuh di dalam sanubari.

Sekian,terima kasih.

Wasalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

You might also like