Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1 | P a g e

1.1 . Penangguran

A) Takrif Pengangguran, Guna Tenaga dan Upah

i) Tenaga Buruh
merupakan penduduk sesebuah negara yang berumur 15 hingga 64 sama ada yang
bekerja atau yang menganggur.
Walau bagaimanapun, tidak semua penduduk dalam lingkungan umur tersebut adalah
tenaga buruh . Golongan yang tidak termasuk sebagai tenaga buruh adalah
Mereka yang cacat anggota atau mental dan tidak berkeupayaan untuk bekerja,
Pelajar di sekolah atau institusi pengajian tinggi ,
Suri rumah dan kanak-kanak , dan
Pesara.
Di Malaysia, had umur minimum sebagai tenaga buruh ialah 15 tahun. Manakala umur
maksimum tenaga buruh di Malaysia pula ialah 60 tahun.
ii) Guna Tenaga
Guna tenaga ialah tenaga buruh yang bekerja, iaitu penduduk yang aktif bekerja
bertujuan untuk mendapatkan upah atau gaji.
Terdapat tiga golongan penduduk yang dikategorikan sebagai guna tenaga. Mereka
terdiri daripada:
Penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau gaji,
Penduduk yang ada pekerjaan walaupun buat sementara waktu mereka sedang bercuti
atau sebab-sebab lain. Dan
Pekerja yang tidak bergaji tetapi membantu menjalankan aktiviti ekonomi keluarga.
Guna tenaga penuh merujuk kepada keadaan apabila semua guna tenaga buruh digunakan
sepenuhnya dalam kegiatan ekonomi dimana masih terdapat kadar pengangguran 4% atau
kurang.

iii) Pengangguran
Penganggur ialah tenaga buruh yang sepatutnya bekerja tetapi tidak bekerja.
Pengangguran pula merupakan satu situasi apabila terdapat orang yang sanggup bekerja
tetapi tidak memperoleh pekerjaan.
Jumlah pengangguran merupakan perbezaan antara jumlah tenaga buruh dengan jumlah
guna tenaga.
Jumlah pengangguran dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut:

Jumlah Pengangguran = Jumlah tenaga buruh Jumlah guna tenaga

Kadar pengangguran merupakan peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak bekerja
berbanding dengan jumlah tenaga buruh.
Kadar pengangguran dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut:


1. PENGANGGURAN, GUNA TENAGA, DAN UPAH
2 | P a g e

Kadar Pengangguran = Jumlah pengangguran X 100
Jumlah tenaga buruh

Contoh pengiraan: Jumlah penduduk di Negara A ialah 28 juta orang. 10 juta daripada
merupakan tenaga buruh.Daripada 10 juta tenaga buruh, 9 juta merupakan guna tenaga.
Berapakah kadar pengangguran di Negara A?










Kadar pengangguran sebanyak 4% atau kurang adalah dianggap sebagai kadar
pengangguran semula jadi atau disebut guna tenaga penuh.
iv) Jenis-jenis Pengangguran.
Pengangguran yang berlaku dalam sebuah negara dapat dibezakan mengikut punca atau
sebab yang mewujudkan pengangguran tersebut.

a) Pengangguran Struktur
disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi sesebuah negara.
Misalnya apabila sebuah negara mengalami perubahan struktur ekonomi daripada sektor
berasaskan sektor utama kepada sektor pembuatan, maka pekerja-pekerja di sektor
utama yang tidak mempunyai kemahiran dan tidak mempunyai mobiliti akan
menganggur.
merupakan jenis pengangguran jangka panjang dan sukar diatasi kerana pengangguran ini
memerlukan masa yang panjang untuk membolehkan buruh di pasaran memperoleh
kemahiran tertentu.
Di Malaysia, perubahan struktur ekonomi telah berlaku mulai tahun 1980an apabila
Malaysia yang pada asalnya adalah sebuah negara berasaskan pertanian telah mula
mengembangkan sektor perindustriannya.
Kesannya, guna tenaga dalam sektor pertanian telah merosot dan pengangguran dalam
sektor ini semakin meningkat.

b) Pengangguran Bermusim
berlaku akibat berlakunya perubahan musim tertentu.
Misalnya apabila musim hujan, penoreh getah tidak dapat menjalankan pekerjaannya.
Apabila musim tengkujuh pula, nelayan-nelayan di Pantai Timur tidak dapat turun ke laut
untuk mengangkap ikan kerana laut bergelora.
Biasanya berlaku di sektor utama seperti pertanian dan perikanan.
Pengangguran bermusim merupakan pengangguran jangka pendek dan dapat diramalkan.

3 | P a g e

c) Pengangguran Geseran.
disebabkan oleh pekerja-pekerja secara sukarela berhenti bekerja untuk mencari
pekerjaan yang lebih baik.
Pengangguran ini juga disebabkan oleh pekerja kurang mobiliti dan tidak maklumat
tentang peluang-peluang pekerjaan. Apabila keadaan ini berlaku, mereka tidak menjumpai
peluang pekerjaan yang dicari.
berlaku dalam jangka masa pendek sahaja dan bukan menjadi masalah yang besar
kepada sesebuah negara kerana mereka yang menganggur tidak akan menganggur dalam
tempoh masa yang lama.
juga dikenali sebagai pengangguran normal.


d) Pengangguran Kitaran
berlaku kesan daripada perubahan ekonomi global yang tidak stabil. Ini bermaksud,
pengangguran yang berlaku akibat kemelesetan ekonomi dunia.
Semasa kemelesetan ekonomi dunia, tingkat permintaan agregat adalah rendah. Hal ini
mendorong pengeluar mengurangkan pengeluaran barang dan tenaga buruh yang
digunakan. Maka, ramai tenaga buruh terpaksa menganggur
sukar diramal dan biasanya berlaku dalam jangka waktu yang panjang.
Misalnya keadaan kemelesetan ekonomi pada tahun 1985 hingga 1987 yang disebabkan
kenaikan harga minyak dunia
Pengangguran yang berlaku pada akhir tahun 1990an akibat krisis kewangan telah
menyebabkan banyak firma atau kilang terpaksa mengurangkan penggunaan buruh.

e) Pengangguran Teknologi
akibat daripada penggantian buruh dengan penggunaan mesin dan alatan moden dalam
proses pengeluaran.
Apabila mesin dan alatan moden banyak digunakan , maka penggunan buruh terutamanya
buruh kurang mahir semakin kurang digunakan. Oleh itu, mereka menjadi penganggur.
pasti berlaku dalam sebuah ekonomi yang dinamik yang sentiasa berusaha meningkatkan
daya pengeluaran serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
Penciptaan alat-alatan moden dan canggih seperti mesin, jentera, robot, dan komputer
telah mengambil alih tugas yang sebelumnya dilakukan oleh buruh.
Golongan yang paling ketara mengalami kesan ialah buruh tidak mahir dan separuh mahir
kerana tugas mereka mudah diambil alih oleh penggunaan alatan-alatan atau teknologi
moden.
ketara di negara maju atau negara-negara perindustrian apabila banyak sektor
perindustrian telah menggantuikan buruh dengan mesin automatik.

f) Pengangguran Tak Ketara
berlaku apabila pengunaan buruh lebih banyak daripada bilangan yang sepatutnya
digunakan.
Maka lebihan buruh ini sebenarnya tidak menyumbangkan kepada jumlah keluaran
kerana keluaran sut mereka adalah sifar atau negatif
juga dikenali sebagai pengangguran tersembunyi.
4 | P a g e

biasa berlaku dalam sektor pertanian di negara-negara kurang maju yang mengalami
kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi kerana daya pengeluaran sut buruh bukan
menjadi ukuran penting.

1.2 Pengangguran di Malaysia

Arah Aliran Pengangguran, Guna Tenaga, dan Tenaga Buruh

Jadual di bawah menunjukkan tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran mengikut data
agregat

a) Jadual 1 : Kadar pengangguran, Guna Tenaga, dan Tenaga, dan Tenaga Buruh di
Malaysia dari tahun 2008 hingga 2011

Butiran 2007 2008 2009 2010
Tenaga buruh (000) 11 775.1 11,967.5 12 083.4 12 361.3
Guna tenaga (000) 11 398.0 11 576.5 11632.1 11937.1
Pengangguran (000) 377.1 391.0 451.3 424.2
Kadar pertumbuhan tenaga buruh (%)
Kadar pertumbuhan guna tenaga (%)
Kadar Pengangguran (%)



Jumlah tenaga buruh menunjukkan arah aliran yang semakin meningkat dari tahun 2007
hingga tahun 2010
Jumlah guna tenaga menunjukkan arah aliran yang semakin meningkat dari tahun 2007
hingga tahun 2010.
Jumlah pengangguran meningkat dari tahun 2007 hingga tahun 2009 tetapi menurun
dari tahun 2009 hingga tahun 2010.
Kadar pertumbuhan tenaga buruh
menurun dari tahun 2008 hingga tahun 2009.
meningkat dari tahun 2009 hingga tahun 2010.
Kadar pertumbuhan guna tenaga
menurun dari tahun 2008 hingga tahun 2009
meningkat dari tahun 2009 hingga tahun 2010
Kadar pengangguran
meningkat dari tahun 2008 hingga tahun 2009 kerana kadar pertumbuhan tenaga
buruh adalah lebih cepat daripada kadar pertambahan guna tenaga.
menurun dari tahun 2009 hingga tahun 2010 kerana kadar pertumbuhan tenaga
buruh adalah lebih perlahan daripada kadar pertumbuhan guna tenaga
Kadar pengangguran meningkat dari tahun 2008 hingga tahun 2009 kerana
kemelesetan ekonomi global kesan daripada krisis gadaian subprime di Amerika
Syarikat dan kemerosotan permintaan ekonomi global ke atas industri berasaskan
eksport.
pelaburan langsung asing dalam projek yang diluluskan merosot serta persaingan
pelaburan langsung asing dengan negaras seperti China, Indias dan Vietnam
5 | P a g e

kadar pertumbuhan ekonomi benar merosot menyebabkan pengeluaran domestik
merosot.
perbelanjaan penggunaan swasta benar merosot
tekanan inflasi menyebabkan harga barang eksport relatif lebih mahal dan harga
barang import relatif lebih murah.

Kadar pengangguran menurun dari tahun 2009 hingga tahun 2010 kerana
ekonomi global bertambah pulih
kadar inflasi yang menurun menggalakkan peningkatan eksport dan pengurangan
import
peningkatan aliran masuk pelaburan sekuriti, terutama dari China
perbelanjaan kerajaan meningkat, terutama dalam sektor perkhidmatan
Pengendalian pelaburan swasta lebih mudah.

b) Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sector di Malaysis dari tahun
2007 hingga tahun 2010.

Jadual 2 : Guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2008 hingga 2011
Guna tenaga
mengikut
sektor
2008 2008 2009 2010
000 % 000 % 000 % 000 %
Sektor utama 1432.8 12.5 1433.7 12.4 1433.3 12.3 1432.9 12.0
Sektor kedua 4054.0 35.3 4096.7 35.4 3972.3 34.2 4147.2 34.7
Sektor ketiga 6001.2 52.2 6046.1 52.2 6226.5 53.5 6357.0 53.3
Jumlah 11488.0 100 11576.5 100 11632.1 100 11937.1 100

Kadar pertumbuhan guna tenaga bagi sektor utama menurun dari tahun 2008 hingga
tahun 2010. Alasanya ialah peluang pekerjaan dalam sektor lain meningkat, terutama
sektor kedua pada tahun 2010 dan sektor ketiga pada tahun 2009. Permintaan
terhadap komoditi dunia juga menurun.
Kadar pertumbuhan guna tenaga bagi sektor kedua menurun dari tahun 2008 hingga
tahun 2009 dan meningkat pada tahun 2010. Alasannya ialah pada tahun 2009, wujud
kemelesetan ekonomi global dan menjejaskan permintaan eksport Malaysia , tekanan
inflasi, perbelanjaan agregat swasta merosot dan pengurangan pelaburan langsung
asing.
Kadar pertumbuhan guna tenaga bagi sektor ketiga meningkat dari tahun 2008 hingga
tahun 2009 dan menurun pada tahun 2010. Kadar pertumbuhan guna tenaga bagi sektor
ketiga meningkat melebihi 2 % pada tahun 2009 kerana pelaksanaan Pakej Rangsangan
Ekonomi (PRE) kerajaan, terutama projek infrastruktur berimpak tinggi.

1.3: Faktor yang Mempengaruhi pengangguran

i) Kitaran Perniagaan
bermaksud keadaan ekonomi yang mengalami turun naik atau keadaan ekonomi yang tidak
menentu.
6 | P a g e

Apabila ekonomi dalam keadaan stabil, kegiatan ekonomi berjalan lancar, permintaan
agregat adalah tinggi dan kadar pengangguran adalah rendah.
Apabila berlaku ekonomi yang tidak stabil atau kemelesetan, maka tingkat keluaran
sesebuah negara merosot seperti yang berlaku kepada Malaysia pada tahun 1985 hingga
1987 yang disebabkan kenaikan harga minyak dunia serta pada akhir tahun 1990an
akibat krisis kewangan, banyak firma akan mengurangkan keluarannnya dan ada yang
menutup operasi, bekalan wang di pasaran berkurang, permintaan agregat adalah
rendah. Kesannya banyak buruh yang terpaksa diberhentikan kerja dan terpaksa
menganggur.

ii) Permintaan Agregat yang Rendah.
Permintaan yang sedia ada disesebuah negara menjadi aset yang penting.
Jika sesebuah negara mengalami permintaan agregat yang rendah, ini akan mewujudkan
lebihan dalam penawaran agregat.
Kewujudan lebihan penawaran ini memaksa pengeluar atau firma mengurangkan keluaran.
Pengurangan keluaran dapat dilakukan sama ada dengan mengurangkan penggunaan buruh
atau memberhentikan pekerja. Keadaan ini mewujudkan pengangguran.

iii) Kejatuhan dalam Penawaran Agregat
Kejatuhan dalam penawaran agregat juga boleh mewujudkan pengangguran.
Misalnya apabila kerajaan menaikkan cukai terhadap pengeluar, kos yang ditanggung oleh
pengeluar akan meningkat dan ini memberikan beban kepada pengeluar. Bagi
mengurangkan beban ini, para pengeluar akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh
atau memberhentikan sebahagian daripada pekerjanya. Lantaran itu, pengangguran akan
berlaku
Kenaikan kos juga boleh berlaku jika tuntutan kesatuan sekerja dalam menaikkan kadar
upah berjaya. Upah yang meningkat juga membebankan pengeluar. Untuk mengurangkan
kos yang semakin meningkat, para pengeluar akan mengambil tindakan dengan
mengurangkan penggunaan teanaga buruh atau memberhentikan sebahagian daripada
operasi pengeluarannya yang tidak memberi keuntungan kepada firma
Perkara-perkara lain yang menyumbankan kepada kenaikan kos pengeluaran seperti
kenaikan kos bahan mentah, kenaikan sewa tapak, dan sebagainya akan menyebabkan
kejatuhan dalam penawaran agregat. Kejatuhan dalam penawaran agregat akan
mewujudkan pengangguran.

iv) Sebab-sebab lain

Pertumbuhan penduduk secara relatifnya lebih tinggi daripada peluang pekerjaan yang
disediakan. Sebab ini paling ketara di negara kurang maju.
Perkembangan dalam tingkat teknologi telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik dan
efisien untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin
berkurangan. Maka ramai buruh telah digantikan oleh mesin dan robot.
Sesetengah pengangguran disebabkan perubahan musim yang menghalang tenaga buruh
melakukan kegiatan ekonomi. Misalnya, selepas musim menuai, pesawah akan
menganggur untuk sementara waktu.

7 | P a g e

1.3 A) Kesan Pengangguran terhadap Sosioekonomi
Pengangguran bukan sahaja memberikan kesan kepada penganggur itu sendiri, tetapi juga
memberikan kesan terhadap sosioekonomi keseluruhannya.
Apabila berlaku penganggur menghadapi masalah kewangan untuk memenuhi keperluan diri
dan keluarga.
Manakala di peringkat negara, pengangguran akan menyebabkan kegiatan ekonomi
terjejas. Antara kesan sosioekonomi ialah:

a) Pembaziran sumber
terdapat sumber pengeluaran atau buruh yang tidak digunakan dalam proses
pengeluaran.
Oleh itu, keluaran negara yang dihasilkan lebih kecil daripada yang sepatutnya.
Keadaan ini menyebabkan ekonomi tiada berada pada tingkat guna tenaga penuh.
b) Pertumbuhan ekonomi terjejas
Apabila pengangguran berlaku, kegiatan ekonomi menjadi lembap, permintaan agreat
berkurang dan berlaku lebihan penawaran barangan.
Ini akan menyebabkan keupayaan sesebuah negara untuk menikmati pertumbuhan
ekonomi yang lebih baik tidak tercapai dan pertumbuhan ekonomi akan terjejas.
Pengangguran dikaitkan dengan lompang deflasi. Semakin besar lompang deflasi, maka
semakin serius masalah pengangguran dan semakin besar perbezaan antara pendapatan
negara potensi dengan pendapatan negara yang sebenarnya dicapai.

c) Pendapatan per kapita berkurangan dan taraf hidup akan merosot
Taraf hidup diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita benar.
Pendapatan per kapita benar diperoleh apabila pendapatan negara benar dibahagian
dengan jumlah penduduk.
Akibat daripada pengangguran, pendapatan negara akan merosot dan pendapatan negara
benar juga merosot. Ini menyebabkan taraf hidup masyarakat juga merosot. Ini
menyebabkan taraf hidup masyarakat juga merosot.

d) Kemahiran buruh akan hilang.
Pengangguran yang berlaku menyebabkan kemahiran buruh semakin hilang. Ini kerana
pengekalan kemahiran buruh boleh dilakukan jika buruh terus bekerja.
Jika buruh tidak bekerja atau menanggur, lama-kelamaan kemahiran yang sedia ada
akan hilang.

e) Kadar kemiskinan meningkat
Pengangguran menyebabkan kadar kemiskinan meningkat.
Kadar kemiskinan yang tinggi akan menjejaskan usaha kerajaan untuk membangunkan
ekonomi negara kerana sebahagian daripada perbelanjaan kerajaan yang sepatutnya
disalurkan untuk pembangunan negara telah digunakan untuk mengatasi masalah
kemiskinan.

f) Masalah sosial
Pengangguran menyebabkan individu hilang pendapatan bagi memenuhi keperluan diri dan
keluarga. Hal ini akan membawa pelbagai masalash sosial seperti kecurian, rompakan,
8 | P a g e

ragut, penipuan, dan sebagainya apabila penganggur tidak dapat memenuhi keperluan asas
hidupnya. Mereka sanggup melalukan kegiatan anti sosial ini untuk mendapatkan punca
kewangan.
Selain itu, hubungan kekeluargaan juga terjejas kerana kehilangan pendapatan membawa
masalah kewangan kepada keluarga. Pelbagai masalah keluarga adalah berpunca daripada
masalah kewangan.
Masalah tekanan jiwa dan kehilangan keyakinan diri juga berlaku dalam kalangan para
penganggur itu sendiri.

g) Ketidakstabilan politik
Masalah pengangguran pada kadar yang tinggi dan tidak terkawal akan mengancam
ketenteraman dan kestabilan politik negara.
Hal ini kerana ada golongan tertentu akan mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi
pemikiran rakyat supaya menentang kerajaan. Mereka mungkin menganjurkan
demorastrasi,rusuhan, dan sebagainya untuk mencapai tujuan mereka.

1.3 B) Cara Mengurangkan Pengangguran dan meningkatkan peluang pekerjaan

i) Dasar fiskal mengembang .
Salah satu cara untuk meningkatkan perbelanjaan agregat ialah dengan menjalankan
dasar fiskal mengembang melalui dasar belanjawan kurangan.
Melalui dasar ini, pihak berkuasa boleh mengurangkan cukai tanpa kenaikan dalam
perbelanjaan kerajaan atau menambahkan perbelanjaan kerajaan tanpa mengubah cukai
atau kedua-duanya sekali secara serentak, iaitu mengurangkan cukai dan
menambahkan perbelanjaan kerajaan.
Apabila kerajaan menjalankan dasar diatas, tingkat perbelanjaan penggunaan (C),
pelaburan (I), dan perbelanjaan kerajaan (G) akan meningkat.
Kesannya perbelanjaan agregat akan meningkat. Apabila perbelanjaan agregat meningkat,
kegiatan ekonomi akan berkembang dan permintaaan buruh bertambah seterusnya
pengangguran dapat dikurangkan.

ii) Dasar kewangan mengembang
Bagi mengatasi masalah pengangguran, kerajaan boleh menjalankan dasar kewangan
mengembang dengan menambahkan bekalan wang di pasaran.
Apabila bekalan wang di pasaran bertambah, kadar bunga pasaran akan jatuh. Ini akan
mengurangkan kos untuk pengguna dan pelabur membuat pinjaman.
Apabila keadaan ini berlaku, pelaburan meningkat, perbelanjaan agregat bertambah.
Dalam pada itu kegiatan ekonomi berkembang dan permintaan buruh turut bertambah
yang akhirnya kadar pengangguran dapat dikurangkan

iii) Menambahkan peluang pekerjaan
dapat ditambah dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu atau
mengembangkan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi.
Misalnya kerajaan membuka tanah baharu untuk pertanian dan penternakan. Dengan ini
masalah pengangguran bermusim dan pengangguran tidak ketara dapat dikurangkan.
9 | P a g e

Kerajaan juga boleh menyediakan tapak-tapak perindustrian yang baharu dan
menyediakan insentif-insetif tertentu seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan ,
dan kawasan perdagangan bebas kepada pelabur tempatan dan luar negara untuk menarik
mereka supaya melabur dalam negara

iv) Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia
Perancangan dalam bidang ini penting terutamanya untuk menangani masalah
pengangguran struktur.
Perluya perancangan yang sistematik dalam pembangunan sumber tenaga manusia agar
sektor ekonomi yang sedang berkembang mendapat sumber tenaga buruh yang
mencukupi.
Perancangan yang baik dan rapi dari segi penyediaan kemahiran dan pembentukan modal
insan di institusi pengajian tinggi atau di institusi kemahiran tertentu baik yang
dikelolakan oleh pihak kerajaan atau swasta perlu sesuai dengan keperluan kemahiran
yang diperlukan oleh pasaran kerja.

1.4 : Upah

1.4a) Upah wang
Jumlah wang yang diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam
proses pengeluaran atau kegiatan ekonomi.
Conohnya, seorang guru mendapat gaji sebanyak RM5000 sebulan, maka upah wang guru
tersebut ialah RM5 000.

1.4 b) Upah bukan wang
merupakan upah yang diterima oleh buruh dalam bentuk selain daripada wang.
Upah bukan wang tersebut pakaian seragam,tempat tinggal, pengangkutan, perubatan
dan sebagainya.

1.4 C) Upah benar
ialah kemampuan atau keupayaan upah wang untuk mendapatkan barang dan
perkhidmatan.
Upah benar juga merupakan kuasa beli upah wang, iaitu upah benar mengukur berapa
banyak barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli dengan menggunakan upah wang
tersebut.
Upah benar dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut:


Upah benar = ------------------------------------- X Upah wang


Upah benar berkait rapat dengan perubahan harga barang dan perkhidmatan di
pasaran.
Upah benar berhubung secara songsang dengan harga barang di pasaran.
Apabila harga barang dan perkhidmatan meningkat dengan upah wang yang sama, maka
upah benar turun dan sebaliknya.
10 | P a g e

Contoh Pengiraan
Contoh 1. Andaikan pada tahun 2010, gaji yang diterima oleh seorang guru ialah RM 5 000.
Manakala pada tahun 2011, berlaku kenaikan harga barang 20%. Ini bermakna indeks harga
pengguna pada tahun 2010 dan 2011 ialah 100 dan 120. Berapakah upah benar guru
tersebut pada tahun 2011?

Penyelesaian :

Upah benar =







Contoh 2: Andaikan pada tahun 2010, gaji yang diterima oleh seorang buruh ialah RM5
000 sebulan. Manakala pada tahun 2012, gaji buruh tersebut ialah RM6 000 sebulan.
Indeks harga pengguna pada tahun 2010 ialah 100 dan indeks harga pengguna tahun 2012
ialah 110.

a) Hitung upah benar pada tahun 2010 dan 2012.
b) apakah rumusan yang boleh dibuat terhadap taraf hidup buruh tersebut?
c) Hitung kadar perubahan upah benar.

1.4 D) Faktor faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan

i) Permintaan dan penawaran buruh
Jika permintaan terhadap buruh bagi sesuatu pekerjaan lebih tinggi daripada
penawarannya, upah cenderung untuk meningkat.
Sebaliknya , jika permintaan terhadap buruh bagi sesuatu pekerjaan lebih rendah
daripada penawarannya, upah cenderung untuk jatuh.
Contohnya. Pekerjaan seperti doktor pakar dan jurutera petroleum mempunyai
permintaan tinggi berbanding dengan penawarannya, maka pekerjaan ini akan menerima
kadar upah yang tinggi.

ii) Perbezaan tahap pendidikan dan pengalaman
Pekerja yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman akan dibayar upah yang lebih
tinggi daripada pekerja yang bependidikan rendah.
Pekerja yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman mempunyai kebolehan dalam
melaksanakan pekerjaan yang berkualiti tinggi dan penting.

iii) Perbezaan kecekapan dan kemahiran
Pekerja yang lebih cekap dan mahir akan menerima upah yang lebih tinggi berbanding
dengan pekerja yang kurang cekap dan mahir.
11 | P a g e

Biasanya buruh yang mempunyai kemahiran yang tinggi adalah terhad. Oleh itu,
permintaannya adalah tidak anjal.
Majikan juga sanggup membayar upah yang lebih tinggi kepada buruh yang dapat
menghasilkan jumlah hasil yang banyak.

iv) Perbezaan tanggungjawab
Bagi pekerja yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan berat akan menerima upah
yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja yang mempunyai tanggungjawab yang rendah
dan ringan.
Misalnya, upah seorang pengurus yang mempunyai tanggungjawab yang berat lebih tinggi
berbanding dengan upah seorang penyelia yang mempunyai tanggungjawab yang lebih
rendah

v) Perbezaan faedah bukan wang
Pekerja yang menerima faedah bukan wang seperti jaminan kedudukannya, kemudahan
perumahan, perubatan, kadar bunga pinjaman perumahan dan kereta yang lebih
rendah serta lain-lain yang disediakan oleh majikan.
Faedah bukan wang yang diterima menyebabkan pekerja akan menerima upah yang lebih
rendah berbanding dengan pekerja yang tidak mendapat faedah bukan wang.
vi) Perbezaan mobiliti
Individu yang mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi akan menerima upah
yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang kurang mempunyai mobiliti.
Mobiliti pekerjaan merujuk kepada keupayaan atau kebolehan seorang buruh untuk
melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Mobiliti geografi pula merujuk kepada keupayaan
buruh untuk bergerak dari sebuah tempat ke tempat yang lain.

vii) Perbezaan sektor
Buruh yang bekerja di sektor utama menerima upah yang lebih rendah berbanding
dengan buruh yang bekerja di sektor industry.
Ini kerana penawaran komoditi sektor utama adalah tidak anjal berbanding dengan
sektor industri.

1.4 E) Faktor-faktor yang membezakan upah mengikut sektor.
Di Malaysia, umumunya upah di sektor pertanian adalah lebih rendah berbanding dengan
upah di sektor perindustrian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan upah yang
diterima oleh buruh di kedua-dua sektor ini berbeza

i) Perbezaan keanjalan penawaran








12 | P a g e

ii) Perbezaan keanjalan permintaan harga






iii) Perbezaan keanjalan permintaan pendapatan







iv) Musim dan bencana







v) Harga keluaran








vi) Daya pengeluaran sut








******300414******

You might also like