Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

http://www.slideshare.

net/syamilaaini/pentaksiranpengujian-dan-penilaian

http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/10/konsep-pentaksiran-pengujian-dan.html

JSU http://husnanasihahakimi.blogspot.com/2012/07/tutorial-1-jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

Jsu http://tautan-ilmu.blogspot.com/2011/09/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html



1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS
DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH. BMM 3103 PENTAKSIRAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHPENGUJIAN,
PENTAKSIRAN & PENILAIAN DISEDIAKAN OLEH: CHE NOORAINI
NAWI NUR FAZLILA JALALUDI SITI NOR ADIBAS BINTI AB
RAHMAN
2. PENGUJIAN
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan
selepas sesuatu pengajaran Ia juga satu cara bagi mengukur
tingkah laku seseorang individu. Pengujian merupakan satu kaedah
dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.3.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama
ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan
yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap
P Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku
dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai
ujian pra atau pretest.4. &P guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P5. & Contohnya, jika guru menguji
tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan
bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya Ujian
menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan
menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah
digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.P bahasa,
ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah
dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.
Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman
membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.
6. PENTAKSIRAN
Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian,
soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.
Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan
kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan
pengajaran guru. Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.7.
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:- i. Instrumen ii.
Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v.
Skor8.
Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek- aspek
pembelajaran yang lain. Mengesan jenis kemahiran yang
diperoleh. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.9.
Fungsi Pentaksiran
10. PENILAIAN
11. Definisi & Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan
perubahan tingkah laku dan Penilaian merupakan satu proses untuk
memperolehi maklumat kuantitatif. Penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan. (Terry D. TenBrink :1974)Konsep Penilaian
Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau
kepada keseluruhan kurkulum. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa
atau selepas satu sesi pengajaran guru. Pentafsiran penilaian
berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Proses
menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan
sesebuah kurikulum.12.
Terdapat 6 jenis penilaian bahasa, iaitu:1) Ujian Formatif2) Ujian
Sumatif3) Ujian Kefasihan4) Ujian Kemajuan5) Ujian Bakat6) Ujian
Pencapaian13. Jenis Penilaian Bahasa
Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan
asas yang sedia ada pada pelajar- pelajar dalam perkara yang
hendak diajar.14. Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya
ialah untuk:
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka. Membandingkan pencapaian
seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan
peringkat kelas yang sama di sekolah.15.
Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan- kelemahan mereka
dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
memperbaikinya. Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan
teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian
mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka.16.



http://drmaridah.blogspot.com/2013/06/definisi-pentaksiran-pengujian-dan.html
Definisi Pentaksiran, Pengujian
dan Penilaian
PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam
kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang
berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran

instrumen
kumpulan yang ditaksir
respon
kumpulan pentaksir
skor
PENGUJIAN

Definisi

Pengujian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur
pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah
untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian
dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya
dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang
sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu.
Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan
perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian,
seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian
objek, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk
ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert
atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991)
yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan.(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap
berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya
telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh
guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian
amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum
yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

DefinisiPenilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Diagnosis
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat
memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada
tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada
sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat
mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan
pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat
keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan
pembelajaran bersesuaian dengan keperluan pelajar.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan
memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan
kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru
tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah
dalam pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat
berkenaan akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau
menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat
diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan
akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

PencapaianPenilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,
penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun
6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk
menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada
peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil
kepada pelajar.Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar
mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak
sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar
berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk
tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan PenempatanPenilaian adalah penting sebelum pengajaran dan
pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-
pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak
diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan
penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran
manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan
sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam
menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu
kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka
berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-
masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut
keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah
untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan
kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran
sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Bimbingan dan kaunselingPenilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan
dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya
mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu
motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar
disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh
pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula
motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti
dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan
pelajar.2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar
dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang
lain.3. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan
pencapaian dalam subjek lain.4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan
yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya5. Membantu guru dalam
menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.6. Membantu
guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap
pembelajaran.7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha
meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.9. Pelajar berpeluang mengetahui
kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

You might also like