T2 (Persekitaran Keluarga)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Persekitaran Pengasuhan

Kualiti Pengasuhan
Nama: Nur Anisah Bt Zahari
Kuliah : PISMP 6.12 (Pen. Prasekolah)
PRA 3123
PERSEKITARAN
KELUARGA
Persekitaran Pengasuhan
Situasi fizikal yang disediakan untuk
program pendidikan awal kanak-kanak.
Contoh:
a) Taska, Tadika, Prasekolah
b) Ruang Dalam dan Luar
c) Peralatan dan Keselamatan
Taska, Tadika, Prasekolah
Merupakan tempat pendidikan awal kanak-kanak.
Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.
Pihak pengurusan perlu menjelaskan program yang
dijalankan kepada para ibu bapa.
Pihak pengurusan juga hendaklah mendengar
cadangan dan pandangan idea yang
dikemukakan oleh ibu bapa.
Ibu bapa perlu mendapatkan maklumat yang
sebenar untuk memastikan anak mendapat
pendidikan yang wajar.
Ruang Dalam
Ruang hendaklah sentiasa kondusif supaya kanak-
kanak selesa.
Ruang yang diwujudkan di dalam kelas haruslah
mencukupi dan sesuai bagi kanak-kanak untuk
menjalankan aktiviti.
Suasana yang berbeza antara rumah dan
tadika/prasekolah menyebabkan kanak-kanak
mengalami kesukaran menyesuaikan keadaan.
Guru perlu bijak membimbing kanak-kanak
menyesuaikan keadaan dengan cara yang wajar
dan sesuai.
Ciri-ciri ruang dalam yang kondusif:
Selamat
Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah
selamat.
Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan
murid.
Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan
keadaan fizikal murid.
Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.
Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan
punca kuasa.
Selesa
Keluasan yang bersesuaian
Pengudaraan yang baik
Pencahayaan yang baik

Mudah alih
Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari
semasa ke semasa.
Peralatan boleh ditambah mengikut kesesuaian tema
dan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai guna
Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan
untuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Bermakna
Ruang yang disediakan dapat merangsang murid
untuk terlibat secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan
dengan kehidupan seharian. Peralatan dan bahan
dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan
fizikal dan mental kanak-kanak.


Ruang Luar
Tempat permainan luar hendaklah rata dan
selamat (tidak terdapat batu dan benda
tajam).
Setiap alat permainan hendaklah berada
dalam keadaan selamat untuk digunakan
(tidak berkarat / rosak).
Kaki lima perlulah sentiasa kering dan bersih.
Rak kasut sentiasa kemas dan tersusun.
Longkang berada dalam keadaan bersih
dan selamat dengan meletakkan penutup di
setiap longkang.
Ruang Dalam & Ruang Luar
Peralatan & Keselamatan
Prinsip keselamatan:
a) Bahan permainan berbucu bulat.
b) Soket elektrik tidak dapat dijangkau atau ditutup.
c) Pastikan lantai tidak licin.
d) Ruang dapur adalah tempat larangan.
e) Di ruang luar, longkang perlu bertutup, alat permainan
perlu dipastikan keselamatannya.
f) Kawasan perlu berpagar.
g) Latihan kecemasan sekurang-kurangnya dua kali
setahun.
h) Prosedur latihan kebakaran
a) Pastikan satu kawasan lapang yang agak jauh di luar
bangunan untuk kanak-kanak berkumpul.
b) Sediakan pelan arah laluan.
c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan bergerak
secara tenang apabila berlaku kecemasan.

Kualiti Pengasuhan
Kualiti pengasuhan berkait rapat dengan:
1) Kelayakan guru
2) Latihan guru
3) Pengalaman guru
Oleh itu, guru perlu mendapat latihan khusus
menerusi institusi yang diiktiraf. KPM berperanan
dalam meningkatkan kualiti ini dengan:
Menaikkan taraf guru-guru ke peringkat ijazah,
termasuk guru-guru yang mengajar di prasekolah di
sekolah bantuan kerajaan.
Latihan jangka panjang dan jangka pendek.
Mengadakan bengkel dan seminar kepada guru-
guru.

Kelayakan Guru
Di Malaysia, kelayakan guru prasekolah boleh
diperolehi daripada kursus yang ditawarkan oleh
KPM seperti :
Sijil Perguruan dan Pengkhususan Prasekolah (1993)
Diploma Pendidikan Pengkhususan Prasekolah (1996)
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Sijil KSPK Pengkhususan Prasekolah.
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
Bagi premis swasta, pengurus perlu mendaftarkan
guru masing-masing di JPN.
Mereka diwajibkan mengikti kursus ketika cuti
sekolah.



Saiz Kumpulan & Nisbah
Kanak-kanak
Guru prasekolah= 25 orang murid. Dibantu
oleh seorang pembantu prasekolah
(memasak dan pengurusan murid)
Nisbah kanak-kanak dan orang dewasa
penting untuk menjamin kualiti pendidikan.

You might also like