Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bahaya melakukan aktiviti di makmal sains adalah seperti berikut :

1. Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang


digunakan.
2. Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya.
3. Guru tidak merancang aktiviti dengan baik
4. Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan.
5. Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan.
6. Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali.
7. Tergesa-gesa dalam melakukan amali.
8. Sikap tidak apa pengguna makmal
9. Peralatan di makmal mudah rosak dan terbakar

1. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tuliskan dialog utuk setiap
AJK Pengurusan Makmal Sains yang sedang bermesyuarat untuk
pembelian alatan makmal yang berharga RM 1,000.00 ke atas.
2. Kajian Kes:
Baru sahaja melaporkan diri di sebuah sekolah, Cikgu Siti diarahkan
memegang jawatan Ketua Panitia Sains. Guru Besar menyatakan
bahawa walaupun terdapat 3 orang lagi guru sains yang lebih kanan,
tetapi guru-guru itu bukan berpengkhususan sains semasa mengikuti
kursus perguruan dahulu. Cikgu Siti yang berkelulusan ijazah Perguruan
(Pendidikan Sains Sekolah Rendah) dianggap oleh guru besar sebagai
calon yang paling sesuai untuk menjawat Ketua Panitia Sains. Cikgu Siti
serba salah adakah saya patut menerima jawatan ini? Adakah guru-guru
yang lebih kanan itu akan memberi kerjasama kepada saya? Lalu
terlintas dalam pemikirannya: Adakah apa yang saya pelajari di IPG
dapat membantu saya untuk menguruskan hal ehwal Panitia Sains?
Adakah pengurusan makmal sains yang saya pelajari dapat membantu
saya dalam tugas yang mencabar ini?
Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Cikgu Siti sebagai Ketua
Panitia Sains dan siapakah AJK pengurusan Makmal Sains di
bawahnya? Sila bina carta organisasi




SOALAN 1
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Makmal Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Bukit Mutiara telah diadakan pada 9 Januari 2014, jam
2.30 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar dan dihadiri
oleh semua ahli Jawatankuasa Pengurusan Makmal Sains sekolah yang
terdiri daripada Puan Siti selaku Ketua Panitia Sains, Guru Panitia Sains
iaitu Puan Aminah dan guru-guru Sains iaitu Encik Adam dan Puan
Rohaya.
Guru Besar : Assalamualaikum, saya mengucapkan terima
kasih kepada semua yang hadir pada petang ini. Kita terus kepada
agenda pertama iaitu untuk membincangkan tentang pembelian
peralatan makmal sekolah. Saya serahkan kepada Puan Siti untuk
membentangkan laporan beliau.
Puan Siti : Terima kasih Puan Pengerusi. Saya telah
membuat senarai semak berkaitan keperluan-keperluan di makmal
sekolah. Saya ingin mencadangkan makmal sekolah kita dilengkapkan
dengan 10 unit lego bagi kegunaan guru dan murid membuat amali
sains.
Encik Adam : Saya setuju dengan cadangan Puan Siti kerana
pada pendapat saya penggunaan lego semasa amali sains merupakan
salah satu kaedah berkesan menarik minat murid meminati bidang
sains.
Guru Besar : Satu cadangan yang bagus. Puan Siti, berapakan
anggaran kosnya.
Puan Siti : Saya telah membuat pertanyaan dengan pihak
pembekal dan dimaklumkan harga satu set lego adalah RM100.00.
Maka kos untuk 10 set lego ialah RM 1000 saja.
Guru Besar : Pembelian harta modal ini kosnya di bawah
RM1000 dan boleh dibuat secara pembelian terus kepada mana-mana
pembekal. Saya minta Puan Siti menyediakan kertas kerja cadangan
pembelian tersebut dan dapatkan senarai harga daripada pembekal.
Puan Siti : Saya akan menguruskannya dan akan
menyediakan Borang Nota Minta sebaik sahaja mendapat senarai harga
daripada pembekal. Setelah mendapat persetujuan Puan, pembelian
akan dibuat menggunakan Borang Pesanan (LO).
Guru Besar : Baiklah, kita tangguhkan mesyuarat pada kali ini.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada
petang ini.
SOALAN 2

Sebagai Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Guru Besar, Cikgu Siti
akan bertanggungjawab membantu Guru Besar serta Ketua Bidang
Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan
dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Cikgu Siti juga
bertanggungjawab memimpin guru-guru mata pelajaran Sains dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Ketua Panitia Sains akan secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah. Beliau bertanggungjawab memastikan semua tugas
dapat dilaksanakan oleh panitia dengan berkesan.

Selain itu, sebagai Ketua Panitia Sains, Cikgu Siti mempunyai tugas dan
tanggungjawab seperti berikut:

a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan
peralatan dan bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi
keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk
tujuan hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan
manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik
sains seperti pesanan peralatan dan bahan sains, stok makmal sains,
pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains dan
sebnagainya.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air,
gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri
keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi
dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik
sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik
sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan
selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru dalam panitianya dan
kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi
panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik
sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan
bahan sains di bawah jagaannya.
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk
guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru
Besar dari masa ke semasa.

Cikgu Siti telah dilantik sebagai Ketua Panitia Sains oleh Guru Besar
kerana beliau berkelulusan Ijazah Perguruan (Pendidikan Sains Sekolah
Rendah) yang mempunyai pengkhususan dalam pengajaran Sains. Jika
dilihat kepada senarai tugas dan tanggungjawabnya, ternyata ianya
amat mencabar dan merupakan suatu yang amat berat memberikan
kerjasama kepada Cikgu Siti melaksanakan tugasnya.

Sementara guru-guru yang lebih kanan memberikan buah fikiran
berdasarkan pengalamannya, Cikgu Siti pula akan menggunakan segala
ilmu yang dipelajarinya untuk bersama-sama menjayakan tugas yang
telah diamanahkan.

Salah satu bidang tanggungjawab Cikgu Siti sebagai Ketua Panitia
Sains adalah menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Makmal Sains
di sekolahnya. Jawatankuasa ini bertanggungjawab mempastikan
makmal sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. diketuai oleh
Guru Besar, diikuti oleh Ketua Penitia Sains dan dibantu oleh ahli yang
terdiri daripada Guru Panitia Sains dan guru-guru Sains dan Pembantu
Makmal.

You might also like