Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUN DATUK HJ.

MOHAMMAD FUAD STEPHENS








Tun Datuk Hj. Mohammad Fuad Stephens telah dilahirkan pada 14 September 1920. Beliau
merupakan anak kepada Jules Stephens Pavitt dan Edith Cope. Beliau mempunyai enam
orang adik-beradik. Tun Hj. Mohammad Fuad berkahwin pada tahun 1950 dengan Ida
(meninggal dunia pada April 1957) dan dikurniakan seorang anak bernama John Benedict
(Johari) yang dilahirkan pada tahun 1952. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Toh Puan
Rahimah (Cecilia June Lutter) pada 8 Februari 1958.Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu
Affandy (Richard Bernard-1958), Asgari (James Denis-1960), Faridah (Jean Heather-1962) dan
Fauziah (Aimah Eluk-1964).
1

Tun Fuad pernah menerima pendidikan di St.Marys Boys School, Sandakan; Sekolah
St. James di Kudat; Sekolah Vernakular di Keningau dan Sekolah Sacred Heart di Jesselton.
Beliau merupakan seorang yang periang dan aktif di sekolah dan merupakan pemenang
Biasiswa Chee Swee Ching. Tun Fuad boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan
Inggeris, selain boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan Hakka.
Tun Fuad mula bekerja sebagai guru. Pada tahun 1941, beliau berhenti untuk pergi ke
Singapura kerana ingin memasuki Latihan Udara British, tetapi beliau tidak berjaya. Beliau
kemudian berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John
Bagnell. Seterusnya beliau memasuki Pasukan Pertahanan Singapura(Volunteer Force) dan
bekerja di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah penaklukan Jepun ke atas Tanah
Melayu, Singapura dan Borneo.
2


1
http://www.sabah.gov.my/istana/Biodata%20Tun%20Haji%20Mohd.%20Fuad%20Stephens.html
2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Fuad_Stephens
Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Fuad bekerja sebagai
kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja
Raya. Selepas itu, beliau telah menjadi pemberita bagi North Borneo News (NBN) di Daerah
Pantai Barat, Borneo Utara.
Pada tahun 1953, Tun Fuad menubuhkan The Sabah Times. Beliau telah
menggabungkan North Borneo Newsdengan The Sabah Times beberapa bulan kemudian dan
menamakannya sebagai North Borneo News and Sabah Times. Beliau telah dilantik sebagai
Ahli Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1955.
3
Tun Fuad adalah salah seorang yang
memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia. Beliau merupakan
salah seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Tunku Abdul
Rahman, Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United Peoples Party (SUPP); Lee Kuan Yew,
Ghani Gilong dan lain-lain lagi.
4

Tun Fuad pernah dianugerahkan Panglima Mangku Negara yang membawa
gelaranTan Sri pada tahun 1970. Selain itu, beliau juga dianugerahkan Seri Panglima Darjah
Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima pada tahun 1963; Panglima
Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada tahun 1964 dan Seri Maharaja Mangku Negara
(S.M.N.) yang membawa gelaran Tun pada tahun 1974. Sumbangan beliau dalam dunia
kewartawanan juga dihayati melalui anugerah The Malaysian Press Institute: Tokoh Wartawan
Negara yang disampaikan secara Posthumous ketika itu oleh Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad pada tahun 1998.
5






3
Ketika awal kemasukan UMNO ke Sabah, allahyarham Tun Datu Mustapha, Bapa
Kemerdekaan negeri Sabah juga dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Khas Sabah.
4
http://borneoinsider.com/2013/09/20/bicara-tokoh-memberi-ruang-kepada-generasi-muda-untuk-memahami-
perjuangan/
5
Beliau mewakili Malaysia ke mesyuarat menteri-menteri Komanwel di Buckingam Palace,
London tahun 1965.

You might also like