Folio Baotown

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Wang Anyi () dilahirkan pada tahun 1954 di Nanjing, China dan dibesarkan di

Shanghai. Bapanya ialah seorang penulis terkenal dan ahli Parti Komunis, Ru Zhijuan ().
Bapanya telah dikecam sebagai berhaluan kanan ketika Wang Anyi berumur tiga tahun.
Ketika bermulanya Revolusi Kebudayaan, sistem pendidikan formal telah terganggu. Beliau
tidak dibenarkan meneruskan pelajaran di sekolah tinggi junior disebabkan oleh Revolusi
Kebudayaan China. Ketika dia berusia lima belas tahun, beliau telah ditugaskan sebagai seorang
buruh ladang ke sebuah komun di Anhui yang merupakan sebuah wilayah miskin berdekatan dengan
Sungai Huai dan dibebani dengan kebuluran.
Pada tahun 1970, iaitu pada zaman Revolusi Budaya China, Wang Anyi telah berumur enam
belas tahun. Dia dihantar ke kawasan luar bandar yang berdekatan dengan Sungai Huai di bahagian
utara Anhui untuk mempelajari ilmu pertanian. Beliau menyelamatkan dirinya dengan menyertai
rombongan kesenian , sebagai pemain Ranau.
Pada tahun 1972, Wang Anyi telah dipindahkan ke kumpulan kebudayaan di Xuzhou. Di situ,
beliau mula menerbitkan cerpen pada tahun 1976. Satu cerita yang ditulis berdasarkan
pengalamannya bertajuk, Life In a Small Courtyard (Hidup Dalam Perkampungan Kecil) yang
mengisahkan rumah tangga, adat perkahwinan, dan hubungan sekumpulan pelakon.
Selepas Revolusi Kebudayaan China pada 1978, dia kembali ke Shanghai dan bekerja untuk
majalah kanak-kanak. Pada tahun 1980, beliau menjadi ahli Persatuan Penulis China. Beliau juga
menerima latihan profesional tambahan daripada Persatuan Penulis China hinggakan beliau
mencapai peringkat kebangsaan dan memenangi anugerah sastera di China. Novelnya yang paling
terkenal pada waktu itu ialah The Everlasting Regret (Penyesalan yang Tidak Berakhir).
Wang sering dibandingkan dengan seorang lagi penulis wanita dari Shanghai, Eileen Chang,
kerana kedua-dua kisah-kisah mereka sering berlatarkan Shanghai, dan memberi penerangan yang
jelas dan terperinci bandar itu sendiri. Sebuah novel dan enam daripada ceritanya telah
diterjemahkan dan dibukukan dalam sebuah antologi Lapse of Time (Luputya Masa).
Antara karya-karya yang telah dihasilkan oleh Wang Anyi adalah Lapse of Time (1988), Love
in a Small Town (1988), Love on a Barren Mountain (1988), Baotown (1989) dan The Song of
Everlasting Sorrow (1995)
Pada Mac 2008, Bukunya, The Song of Everlasting Sorrow telah diterjemahkan ke Bahasa
Inggeris. Pada tahun 2011 , Wang Anyi telah dicalonkan untuk memenangi Man Booker International
Prize. Kini, Wang Anyi tinggal di Shanghai dan merupakan seorang profesor kesusasteraan Cina di
Universiti Fudan.
BAB 1
Isteri Bao Yanshan yang terlantar di atas katil ketika sedang menunggu kelahiran anaknya.
Suaminya, Bao Yanshan yang sedang bekerja segera pulang. Selepas beberapa ketika, anak yang
dinantikan telah selamat dilahirkan dan Bao Yanshan masuk ke dalam rumah untuk melihat anaknya.
Dia telah memberikan nama Bao Renping dan Dregs sebagai nama panggilan bagi anaknya. Ketika
Bao Yanshan sedang berseloka di luar rumah bersama beberapa lelaki tua, tiba-tiba Big Dog datang
dengan membawa khabar kematian Society yang merupakan cucu Atuk Hitam Bao yang telah
dijangkiti penyakit tibi sejak tahun lalu. Atuk Hitam berasa sangat sedih sambil mengenang nasibnya
yang agak malang kerana hidup lebih lama daripada isteri, anak lelaki serta cucunya seorang diri.
Kemudian, Atuk Hitam mula berasa tenteram selepas ditenangkan oleh ketua trup.

BAB 2
Di sebelah lain bahagian Gunung Bao, seorang budak perempuan bernama Huitz telah
meninggalkan Fengtown untuk mengemis bagi mencari makanan. Dalam perjalanannya, dia telah
terjumpa seorang budak lelaki berusia dua tahun yang dipanggil Picked-up. Budak lelaki tersebut
mengikuti Huitz sepanjang perjalannanya. Selepas Huitz kembali ke pekan Fengtown, tidak lama
kemudian, penduduk di kawasan tersebut memanggilnya mak cik. Mak cik sangat sayang akan
Picked-up dan sentiasa memastikan Picked-up mendapat sesuatu yang lebih baik daripadanya.
Malah, hanya sekali sahaja ada org ternampak mak cik memarahi Picked-up. Setiap kali Picked-up
keluar rumah untuk berjalan-jalan, penduduk pekan tersebut sering kali menyindir dan mencemuh
tentang hubungannya dengan mak cik. Mereka tidur di atas katil yang sama sehingga suatu hari,
timbul suatu perasaan yg berdebar-debar dalam diri Picked-up. Pada esok hari, Picked-up membawa
pulang satu rangka katil untuk mengasingkan tempat tidur mereka.

BAB 3
Bao Renwen adalah seorang yang minat menulis. Dia berazam untuk menghasilkan satu
novel yang bertajuk A Tale of the Heroic Sons and Daughters of Bao Mountain (Kisah Wira dan
Wirawati Pergunungan Bao). Dia terlalu tekun untk mencari sumber-sumber terutama daripada Bao
Yanrong yang berjuang bersama-sama pasukan Chen 1. Namun begitu, Yanrong tidak begitu
menyokong usaha Bao Renwen dan sering kali mempersoalkan apa yang dilakukannya. Setiap kali
Bao Renwen mengajukan soalan kepada Yanrong, dia sering kali mencari jawapan untuk mengelak
daripada menjawab soalan-soalan Renwen. Orang sekeliling juga menggelar Bao Renwen seorang
yang Gila bahasa. Dia berpegang pada satu ungkapan yang mendorongnya untuk terus menulis
yang ditulis di setiap bukunya iaitu Seekor helang boleh terbang lebih rendah daripada seekor
ayam, malangnya sang ayam tidak boleh terbang setinggi sang helang.
BAB 4
Bao Bingde duduk di atas buaian sambil mendendangkan sebuah balada sambil diperhatikan
oleh Bao Yanrong yang terpegun dari jauh. Ketika itu, anak sulung Bao Yanshan sedang menyabit
rumput kering untuk diberi kepada Bingyi. Rumput kering itu dijadikan makanan untuk lembu-lembu
yang dijaganya. Ketika kecil dahulu, Bingyi telah menyertai persembahan opera bergerak yang
ditentang oleh keluarganya. Kini, ramai orang suka mendengar dia menyanyi balada-balada lama.

BAB 5
Dregs telah membesar dan pandai merangkak ke merata-rata tempat. Orang
menganggapnya sebagai seoran yang membawa kebahagiaan. Abang sulungnya, construction telah
berumur sembilan belas tahun, namun masih belum bertemu jodoh. Suatu hari, seorang budak
perempuan datang sambil menggoncangkan loceng yang diperbuat daripada buluh untuk mengemis.
Ibu Dregs berasakan ada sesuatu yang menarik pada budak perempuan itu. Selepas diberikan
semangkuk bubur, budak perempuan itu terus menuju ke pokok willow untuk memberikan bubur
tersebut kepada ibunya yang sakit. Ibu Dregs membawa mereka tinggal bersama sehingga ibunya
sihat. Kemudian, ibunya meningalkan Baotown, tetapi budak perempuan itu tetap tinggal bersama
mereka. Budak perempuan itu digelar Little Jade. Dia sering menemani Culture, abang ngah Dregs
dan bermain-main bersama Dregs. Semua orang suka akan Dregs kecuali Atuk Hitam kerana dia
menganggap bahawa kelahiran Dregs yang menyebabkan kematian anaknya. Atuk Hitam kini bekerja
sebagai pemintal tali menggunakan tali lama dan rumput kering. Little Jade bersama Dregs juga telah
datang ke tempat kerja Atuk Hitam untuk mengisar tepung. Dregs duduk di tepi sementara Little
Jade memasang tuntun mata pada keldai. Atuk Hitam berasa geram pada Dregs dan perlahan-lahan
berkata setan pada Dregs. Dregs tetap gelak pada Atuk Hitam dan menyebabkan dia berkata,
Setan, kau! pada Dregs kerana kelakuannya menyerupai anak lelakinya.

BAB 6
Isteri Bao Bingde mengamuk lagi hingga memecahkan beberapa periuk belanga. Isteri Bao
Yanshan datng membawa bubur pekat dan roti untuk diberikan kepada Bao Bingde namun dia
enggan mengambilnya. Dahulu, semua orang berkata bahawa Bingde mengahwini seorang bidadari
kerana isterinya begitu cantik. Namun, selepas berkahwin, dia telah keguguran sebanyak lima kali.
Hal ini telah menyebabkan isteri Bao Bingde menjadi gila. Ada juga orang yang mendesaknya untuk
mmenceraikan isterinya, namun dia tetap setia menjaga isterinya. Kemudia, Word Crazy telah
mengeluarkan sebuah rencana yang ditulis oleh Bao Renwen bertajuk Class Fellings are as Deep as
the Sea (Perasaan Perkauman Sedalam Lautan) atau Class Affections are Vast as the Oceans (Kasih
Sayang antara Kaum Seluas Lautan). Rencana tersebut telah disiarkan di stesen radio Komun. Bao
Bingde berasa benci terhadap Bao Renwen sebaliknya, Bao Renwen berasa takut seolah-olah dia
berhutang sesuatu kepada Bingde. Sekali lagi, isteri Bao Bingde telah bergelut di atas tanah dan
menggali lubang. Kemudian, dia berjaya melepaskan diri dan terus berlari menuju ke arah danau dan
terjun ke dalam parit. Bingde terus melompat untuk menyelamatkan isterinya tanpa menedari
bahawa dia tidak pandai berenang. Bao Renwen ada memberikan cadangan untuk menghantar isteri
Bingde ke Institut Sakit Jiwa namun semua orang membangkang.
BAB 7
Picked-up dan makciknya tidak lagi tidur di katil yang sama. Picked-up semakin menjauhkan
dirinya daripada mak cik. Mak cik mencadangakan untuk menjual seekor babi supaya dapat membeli
kain untuk dibuat cadar baru dan katil biasa untuk Picked-up. Jadi, mak cik menyuruh Picked-up
mengambil cuti sehari untuk menjual babi tersebut tetapi Picked-up enggan. Kemudian, mak cik
yang sudah naik berang terus menukar pakaian dan membawa babi tersebut dengan kereta sorong.
Menjelang petang, mak ciknya masih belum pulang lagi. Picked-up mula berasa risau tatkala teringat
akan mak ciknya. Tanpa berlengah, dia terus keluar menuju ke bandar untuk mencari mak ciknya.
Dalam pgelap, dia menyusuri jalan seorang diri dan tiba-tiba dia terlihat lembaga yang sedang
berjalan menuju ke arahnya. Semakin dekat lembaga tersebut, semakin ia menyerupai mak ciknya.
Dia ternampak mak ciknya membawa katil dan raga berisi kain, daging, dan rokok di atasnya. Dia
terus mendapatkan mak ciknya dan mengambil alih kedudukan mak ciknya dan menolak kereta
sorong itu pulang. Saat itu, dia mula berasa lega, tenang, riang dan gembira.

BAB 8
Little Jade yang sudah membesar kini pandai menghidupkan api, memasak, mencuci pinggan
mangkuk, serta memotong rumput untuk diberikan kepada babi. Little Jade tidak pernah
menghiraukan Construction dan mereka juga tidak pernah bercakap sesama sendiri. Kelakuan
mereka berdua apabila bertemu seperti musuh yang bertembung. Isteri Bao Yanshan berpendapat
bahawa perkara ini menunjukkan bahawa jodoh mereka adalah kuat. Namun begitu, Isteri Bao
Yanshan juga berasa risau kerana Little Jade merupakan seorang yang bijak, tetapi anaknya,
Construction pula terlalu bodoh dan lemah. Isteri Bao Yanshan sring kali menyuruh Little Jade
melakukan kerja-kerja rumah serta mengambil air yang kebiasaannya dilakukan oleh Culture selepas
pulang dari sekolah. Suatu hari, ketika Isteri Yanshan menyuruh Little Jade pergi mengambil air,
Culture bertegas bahawa dia akan pergi mengambil air itu sendiri. Ketika dalam perjalanan ke perigi,
Little Jade tetap mengikutinya. Mereka seolah berebut-rebut untuk mengambil air hingga ketika
pulang, mereka bersama-sama memngangkat baldi-baldi yang berisi air ke rumah dengan
menggunakan galah.

BAB 9
Dregs sudah mula pandai berbicara beberapa patah perkataan. Ketika Bao Yanshan memanggil Atuk
Hitam untuk makan, Dregs juga mengajuk kata-kata ayahnya itu. Ketika Dregs datag ke arahnya
sambil membawa sekeping roti sambil tersemnyum dengan ikhlas ketika Atuk Hitam merenungnya.
Atuk mengusap kepala Dregs dan berkata bahawa dia seolah-olah pernah bertemu orang seperti
Dregs. Ketika itu, kedengaran Suara Bao Binyi mendendangkan balada dari arah kandang lembu.

BAB 10
Satu pertempuran telah berlaku di Beijing manakala senjata telah sedia di Shanghai dan
mereka sedang bersiap sedia untuk menyerahkan senapang.

BAB 11
Umur Picked-up akan genap lapa belas tahun pada tahun baru yang akan datang. Mak cik
memeberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia beristeri. Kemudian, mak cik mula
menceritakan tentang seorang perempuan yang tinggal di Hengtown yang dirasakannya sesuai
untuk menjadi isteri Picked-up. Picked-up seolah-olah memberontak dan terus keluar dari rumah
dan pulang ketika matahari sudah pun terbenam. Mak ciknya yang menanti kepulangan Picked-up
tidak dihiraukan. Dia terus menuju ke katilnya dan menutup seluruh badannya dengan selimut. Mak
cik tetap memberitahu bahawa dia telah membeli galah penjaja dan rak untuknya pergi. Pada
keesokan hari, Picked-up akur dengan kata-kata mak cik dan melangkah pergi dengan galahnya
bersama-sama ketuk-ketuk yang diberikan oleh mak cik. Hal itu membuatkannya teringat akan
keadaan ketika dia dimarahi oleh mak cik kerana bermain ketuk-ketuk tersebut ketika kecil. Mak cik
melihat pemergiaan Picked-up dengan penuh rasa sayu dan tiba-tiba, air mata mula berlinangan di
mata mak cik.

BAB 12
Khabar angin berkaitaan kedatangan seorang penulis ke desa tersebut telah tersebar.
Penulis tersebut dikhabarkan ingin mengumpulkan maklumat berkenaan pengawalan banjir dan dia
akan menginap di Rumah Tamu Nombor Satu di desa tersebut. Bao Renwen bertekad untuk
berjumpa dengan penulis tersebut. Dia sibuk mengemaskini hasil-hasil tulisannya. Selepas dia
mengumpulkan kesemuanya, dia menulis Kumpulan Karya di muka hadapan karya-karyanya.
Ibunya ingin menyuruh Renwen membawa sebakul telur untuk dijaja, namun dia lebih
mementingkan agendanya utntuk bertemu dengan penulis tersebut. Dia berpura-pura tidak
mendengar arahan ibunya lalu terus beredar pergi sambil membawa Kumpulan Karya di tangannya.
Dia menyusuri jalan yang lengang seorang diri dan apabila dia tiba di Rumah Tamu Nombor Satu, dia
berjumpa dengan penjaga kaunter untuk memastikan keberaadaan penulis di situ. Namun begitu,
penjaga kaunter tersebut tidak menghiraukannya. Kemudian, Renwen membuat keputusan untuk
menghubungi rakannya di Jabatan Propaganda tetapi dia tidak mengetahui tentang kedatangan
penulis tersebut. Dia mencadangkan Renwen supaya menghubungi Ketua Divisyen Wang dan
kemudian menhubungi Ketua Divisyen Zhang. Selepaas itu, dia diberitahu bahawa penulis tersebut
telah menukar fikirannya untuk datang. Renwen pulang dengan perasaan yang hampa. Dalam
perjalanan pulang, dia membaca akhbar di hadapan pejabat pos. Kemudian dia terfiki tentang idea
menghantar manuskrip yang ditulisnya kepada penulis tersebut. Selepas dia menghantar dua boah
novel dan sebuah prosa, dia berasa lega. Dia mula menyanyi ketika dalam perjalanan pulang kerana
terlalu gembira.

BAB 13
Bunyi ketuk-ketuk terngiang-ngiang di fikiran makcik kerana teringatkan Picked-up.

BAB 14
Culture dan Little Jade pergi memotong rumput. Little Jade mula menanyakan apakah yang
Culture pelajari di sekolah. Mereka berbicara tentang perkara yang diketahui oleh Culture.Mereka
masih tidak lagi memenuhkan bakul dengan ruput. Little Jade mula mempersoalkan tentang
tindakan ibu Culture yang akan memarahinya jika dia membawa pulang bakul yang tidak penuh
dengan rumput, dan sebaliknya jika Culture yang membawa pulang bakul tersebut. Ibunya juga
membenarkan Culture pergi ke sekolah tetapi abangnya, Construction tetap tingggal di rumah.
Kemudian, Little Jade meminta Culture menceritakan apa yang dipelajarinya di sekolah. Sebagai
balasan, Little Jade akan menyanyikan lagu The Month of December untuk Culture.

BAB 15
Atuk Hitam bertegas untuk tidak menerima makanan dari orang lain. Namun, apabila Dregs
yang membawa makanan tersebut, dia berasa serba salah jika tidak mengambilnya. Dregs suka
berbual-bual dan menanyakan soalan bertalu-talu kepada Atuk Hitam. Mereka telah melepaskan
seekor cengkerik bersama sambil diperhatikan oleh Second Son, anak kepada Bao Renyuan.
Kemudian, mereka bermain permainan yang menggunakan dahan-dahan pokok. Dregs telah
memenangi permainan tersebut. Tatkala Dregs melihat Second Son mula menangis, Dres terus
menukar peraturan permainan dan membenarkan Second Son memenangi semua permainan. Atuk
Hitam berasa sangat bangga akan sikap Dregs yang riang serta lebih rela melihat orang lain gembira
daripada menangis atas kemenangannya.

BAB 16
Mak cik asyik terdengar bunyi paluan ketuk-ketuk difikirannya.

BAB 17
Bao Renwen berjalan menuju ke arah timur pekan untuk melihat sama ada posmen datang
atau belum untuk mengetahui berita tentang karya yang dihantarnya. Namun, masih tiada surat
yang dihantar. Apabila Renwen pulang ke jalan utama, dia dapat mendengar bunyi ketuk-ketuk
penjaja yang semakin menghampirinya. Kemudian, dia menanyakan lelaki yang berjalan ke arahnya
itu, iaitu Picked-up sama ada dia terlihat orang dalam pedati lalu di jalan tersebut dan dia menjawab
tiada. Kemudian, datang seorang wanita, balu Bao Yanchuan ingin membeli jidal sebelum isteri Bao
Yanshan datang bersama beberapa orang wanita lagi. Kemudian, mereka mula menanyakan
beberapa soalan kepada Picked-up berkaitan kehidupannya. Semua orang yang bertandang ke
arahnya bersimpati terhadap Picked-up. Pada malam itu, Picked-up telah bertemu Bao Bingde dan
tidur bersamanya di kandang lembu sambil mendengar dendangan baladanya.

BAB 18
Isteri Bao Yanshan melihat Little Jade membesar sehingga menjadi anak gadis berumur
enam belas tahun. Isteri Bao Yanshan juga risau akan anak sulungnya, Construction yang bakal
berumur dua puluh lima tahun tetapi masih belum berkahwin. Dia bercadang untuk mengahwinkan
Construction dan Little Jade. Namun, Little Jade membangkang. Selepas dia mendapat tahu berita
tersebut daripada Dregs, dia terus berlari menuju pokok willow, merebahkan diri dan memeluknya
lalu menangis teresak-esak. Dregs yang melihatnya terus pulang dan memberitahu hal tersebut
kepada isteri Bao Yanshan. Bao Yanshan, isterinya serta hampir semua penduduk pekan itu bergegas
ke arah pokok willow itu. Little Jade terus-terusan berkata Aku baru enam belas tahun, beberapa
kali walaupun dipujuk oleh isteri Bao Yanshan. Akhirnya, Little Jade melepaskan pelukannya selepas
Bao Yanshan mengumumkan penangguhan perkahwinan tersebut selama dua tahun. Culture terlalu
gigih untuk bersikap baik di hadapan Little Jade tetapi Little Jade sering kali bersikap dingin
terhadapnya. Suatu hari, Culture telah menyekat Little Jade di telaga untuk menanyakan punca
kelakuan Little Jade terhadapnya selama ini tetapi Little Jade menyalahkannya. Dia telah menyentap
galah sehingga menyebabkan Culture terjatuh terduduk. Ini menyebabkan Little Jade tertawa
dengan kuat hinggakan Culture tidak mampu untuk memarahi Little Jade atas apa yang dilakukannya
tadi.

BAB 19
Isteri Bao Bingde terasa sebak dan menangis kerana merasakan bahawa dia hanya memberi
beban kepada Bingde. Kemudian, Bao Bingde teringat akan pertama kali dia melihat isterinya di
rumah ibu bapa mertuanya, teringat wajah isterinya ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung,
teringat keadaan isterinya ketika pertama kali mengandung dan dia juga teringat akan apa yang
dilakukannya terhadap isterinya apabila isterinya melahirkan anak yang tidak bernyawa. Dia telah
menendang dan memukul isterinya. Isterinya juga rela disuruh untuk melakukan apa sahaja. Namun
begitu, Bingde kemudiannya berasa sugul dan menyesal akan perbuatannya. Pagi itu, isterinya telah
menyuruh Bingde untuk pergi kerja dan dia menganggapnya sebagai satu kelakuan yang waras.
Ketika di tempat kerja, Bao Eyre dan teman-temannya yang lain menyarankan supaya dia pulang
untuk menjaga isterinya. Selepas pulang, dia cuba membuka pintu tetapi tidak berjaya. Selepas
beberapa ketika, pintu itu berjaya dibuka tetapi, Bingde melihat isterinya telah menggantungkan
dirinya dari bumbung. Selepas berjaya diturunkan, orang berkata bahawa dia masih hidup lalu dia
terus dikejarkan ke hospital. Selepas dua hari,Bingde pulang bersama isterinya dari hospital.

BAB 20
Guru besar di kampung menggesa supaya Dregs pergi ke sekolah tetapi, Bao Yanshan
kekurangan wang untuk menanggung yuran perbelanjaan jika Culture dan Dregs Bersekolah
serentak. Lalu, Yanshan mencadangkan supaya Culture ditamatkan sekolah kerana dia sudah pandai
menulis dan mengira. Culture menangis, menjerit serta tidak mahu makan kerana dia tetap ingin ke
sekolah. Ketika Dregs melihat abangnya menangis dengan begitu teruk sekali, dia mengalah. Culture
terus berhenti menangis dan memberikan seekor cengkerik kepada Dregs. Suatu hari, kakak Dregs
datang ke rumah mereka bersama anak kecilnya. Jadi, dia tidak mempunya tempat tidur dan dia
telah bermalam dengan Atuk Hitam. Atuk Hitam memberitahu bahawa dia sanggup membayar yuran
persekolahan jika Dregs mahu ke sekolah.

BAB 21
Bao Bingyi sedang menyanyikan balada.

BAB 22
Picked-up telah bertandang ke rumah Mak Ngah untuk memulangkan pau tembakau.
Kemudian, Picked-up dipelawa untuk masuk ke dalam rumahnya. Dia membantu Mak Ngah
menghidupkan api di bawah kuali untuk memasak lempeng. Saat itu, Picked-up merasakan sesuatu
yang dekat dan mesra antara mereka. Mak Ngah juga mempelawa Picked-up untuk datang lagi ke
rumahnya jika dia memalui kawasan itu lagi untuk makan serta berehat.

BAB 23
Makcik tidak mendengar bunyi ketuk-ketuk buat pertama kali. Kini, dia dapat tidur dengan
nyenyak.

BAB 24
Culture terpaksa menamatkan persekolahannya kerana dia perlu mengerjakan tanah mereka
yang baru. Bao Renwen berjumpa Yanshan untuk cuba memberitahu cerita kejayaan petani yang
bertani menggunakan kaedah sains. Tujuannya adalah untuk memujuk Yanshan supaya
membenarkan Culture meneruskan persekolahannya tetapi Yanshan tetap dengan pendiriannya.
Tiba-tiba Little Jade menjadi garang. Dia meminta Culture memulangkan semua lagu-lagu yang
dinyanyikan kepadanya dengan menyanyikan kembali kepadanya, tetapi Culture tidak pandai
menyanyi. Dia pun menyanyikan lagu berkaitan revolusi kepada Little Jade dan dipuji olehnya. Guru
besar di kampung itu telah datang ke rumah Culture dan berbincang dengan Yanshan. Dia berkata
bahawa jika Yanshan menghantar Dregs ke sekolah, dia sanggup membayar yuran persekolahannya
untuk semester pertama. Yanshan bersetuju tetapi dia sendiri yang akan membayar yuran tersebut.
Yanshan juga telah membelikan beg dan buku baru untuk Dregs. Atuk Hitam pula memberikan
sebatang pensel yang dibeli daripada Picked-up. Dregs telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan dan
menimbulkan kecemburuan dalam hati Culture. Suatu hari, ketika Little Jade memotong batang
gandum, dia tidak pulang ke rumah.
BAB 25
Bao Renwen menghantar manuskripnya ke merata-rata tempat sehinggakan dia tidak ada
masa untuk mengerjakan tanahnya yang penuh dengan rumpai. Ibunya sanggup bejalan berbatu-
batu ke sebuah kuil untuk berdoa memohon pertolongan. Suatu hari, rakan Renwen yang bekerja di
Jabatan Propaganda memberitahu berita tentang Persidangan Penulis. Renwen berasa teruja untuk
menyertai persidangan tersebut. Pihak Daerah juga telah diarahkan untuk mencantikkan tempat
mereka sebelum kedatangan penulis-penulis tersebut. Namun begitu, persidangan tersebut telah
dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kebanyakkan penulis tidak mahu datang ke Pergunungan Bao.
Renwen berasa sungguh hampa dan hanya mampu menunggu. Balu Bao Yanchuan telah membawa
anak lelakinya ke kawasan tanah mereka untuk membantunya mengerjakan tanah. Sekali sekala, Bao
Renwen melihat Picked-up akan datang membantu Mak Ngah di kawasan tanahnya.

BAB 26
Bao Yanshan dan adik-beradiknya datang ketika Picked-up sedang membajak di tanah milik
Mak Ngah. Mereka membelasah dan memukul Picked-up sehingga Mak Ngah datang untuk
mempertahankannya. Kemudian, kedua-dua mereka juga dipukul. Kemudian, Picked-up membuat
keputusan untuk pergi meninggalkan tempat tersebut tetapi dia berpatah balik apabila Mak Ngah
meluahkan jika dia tidak malu dengan umurnya dan tidak kisah tentang anak-anaknya, dia meminta
Picked-up untuk tetap tinggal di situ. Suatu hari, selepas dibantai, dia terus berlari menuju ke
pejabat kerajaan wilayah untuk mngesahkan kedudukannya di rumah Mak Ngah supaya orang
kampung tidak lagi mempertikaikan kedudukannya. Kini, Picked-up dapat merasai kehidupan
seorang yang berumah dan dialah yang melakukan segala kerja-kerja di sawah.

BAB 27
Ramalan menunjukkan bahawa hujan lebat akan turun di kawasan Baotown. Kemudian,
pusat kawalan banjir telah ditubuhkan sebagai satu langkah keselamatan.

BAB 28
Hujan lebat telah turun. Beberapa rumah juga telah runtuh di bahagian barat. Ketua wilayah
mengunjungi Baotown untuk melihat keadaan manakala Datuk bandar gigih mengarahkan seluruh
penduduk agar berpindah ke kawasan puncak gunung. Bunyi guruh yang berterusan menjadi
petanda bahawa banjir besar akan berlaku. Semua orang lari bertempiaran. Saat ini juga, penyakit
isteri Bao Bingde menjadi teruk. Dia asyik berlari ke sana dan ke sini serta meronta-ronta apabila
diikat. Keluarga Bao Yanshan telah sampai di jalan batu, dan mereka baru menyedari ketiadaan
Dregs. Isteri Yanshan terus berlari mencari Dregs, namun masih belum jumpa. Bao Bingde yang
mengikat isterinya di atas belakang badannya meronta-ronta sehingga isterinya mengeliat ke
belakang lalu terlepaslah cengkaman Bingde pada isterinya. Kemudian, isterinya lenyap dalam air
yang dalam tersebut. Isteri Bao Yanshan masih mencari Dregs. Datuk Bandar telah mengarahkan
beberapa orang untuk membuat rakit dan mencari Dregs. Ketika mereka sedang menuju ke arah
pokok willow, mereka ternampak bayang seseorang iaitu Atuk Hitam. Kemudian, Picked-up terjun
dari rakit dan menyelam agak lama sebelum membawa Dregs. Dregs telahpun tidak bernafas.
Selepas beberapa ketika, Atuk Hitam juga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah dibawa
pulang ke puncak gunung, semua penduduk pekan mengerumuninya termasuk isteri Bao Yanshan
dan menangis kesedihan.

BAB 29
Setelah air surut, penduduk kampung mengebumikan mayat Dregs dan Atuk Hitam. Seramai
dua ratus orang telah datang bagi mengiringi upacara pengebumian Dregs. Dregs dikebumikan di
dalam keranda kayu dengan dipakaikan pakaian seragam sekolah berwarna biru dan kasut putih.
Semua orang berasa sangat sayu dan sedih akan peninggalan Dregs. Bao Bingyi menyanyi balada
dengan tersekat-sekat. Mayat isteri Bao Bingde juga masih belum ditemui.

BAB 30
Bao Renwen telah mengirimkan karyanya yang bertajuk Cinta Murni berkisar tentang Picked-
up yang tidak kisah tentang umur dan anak-anak Mak Ngah. Mak Ngah pula tidak kisah akan Picked-
up yang tidak mempunyai keluarga, rumah serta tanah. Dalam masa seminggu, kisah tersebut telah
tersiar dan menarik ramai orang untuk melihat sendiri kehidupan Picked-up dan Mak Ngah. Namun
begitu, sejak mereka hidup bersama, mereka sering kali bertengkar. Sehingga stesen wilayah mula
menyiarkan kisah mereka, lebih ramai yang telah mengetahui cerita bahagia mereka berdua. Picked-
up dan Mak Ngah akan menutup pintu dan bertengkar dengan lebih perlahan. Bao Renwen berasa
sangat gembira apabila mengetahui bahawa kisah yang ditulisnya telah disiarkan stesen wilayah. Dia
menanam azam agar hasil tulisannya itu diterbitkan dalam Literary World, tetapi masih tiada apa-
apa berita selepas setengah bulan berlalu. Kemudian, dia mula menanam kembali harapan apabila
dia menjadikan kisah tersebut sebuah novel.

BAB 31
Selepas kematian Dregs, ibunya sering kali membandingkan Culture dan Dregs. Culture
berasa sangat sedih dan murung. Dia juga sering terkenangkan ittle Jade yang telah pergi dari rumah.
Dia sedar bahawa mereka berdua saling suka antara satu sama lain. Construction juga murung
apabila mengenangkan kehidupannya yang masih tidak beristeri. Culture yang tidak lagi bersekolah
sering pergi ke rumah Bao Renwen dan meminjam buku untuk dibaca serta berbual-bual dengan
Renwen. Suatu hari, ketika Culture sedang dalam perjalanan pulang dari rumah Bao Renwen, Little
Jade telah datan ke arahnya lalu menariknya ke belakang rumah ke tengah-tengah ladang betawi.
Little Jade memberitahu bahawa kepulangannya adalah untuk mendapatkan Culture sebelum
Culture sempat pergi untuk mencari Little Jade. Mereka berdua ketawa serta menangis bersama.

BAB 32
Bao Bingde telah berkahwin lagi dengan seorang wanita yang tegap dan berbadan besar dan
Bingde memang menginginkan seorang isteri yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Culture dan Bao
Renwen juga datang ke majlis tersebut. Kemudian, Culture telah meminta Renwen untuk menulis
kisah adiknya itu. Sejurus Renwen mendapat idea, dia terus mendapatkan pen dan kertas lalu tidak
sedar akan kehadiran Culture. Culture terus khuatir akan Little Jade. Mereka telah bersetuju untuk
berjuma selepas Little Jade selesai melakukan kerja dan dia hanya akan pulang ke rumah itu jika
Construction telah berkahwin.

BAB 33
Picked-up merasakan seperti dirinya tidak lagi diendahkan oleh keluarga Mak Ngah. Dia
telah mengambil keputusan untuk pergi dari rumah tersebut. Dia mengambil galah penjajanya,
membetukan raknya, mengambil ketuk-ketuknya dan berlalu pergi. Mak Ngah menanti kepulangan
Picked-up, namun dia masih tidak pulang. Dia mendapat tahu bahawa Picked-up telah pergi dari
rumah tersebut apabila dia menjumpai galah dan rak kepunyaan Picked-up. Selepas hari keempat
dia menanti Picked-up yang tidak pulang, dia membuat keputusan untuk mencarinya. Picked up
telah berjalan menuju ke arah gunung untuk ke sebelah lagi bahagian gunung itu. Dalam
perjalanannya, dia teringatkan mak cik dan berjalan menuju rumah lamanya. Apabila tiba, dia tidak
menjumpai sesiapa di dalam rumah itu. Ada kanak-kanak-kanak yang lalu di situ memberitahu baha
orang di rumah tersebut telah pergi ke utara. Picked-up terus pergi untuk menjejaki mak cik tetapi
dia telah bertemu Mak Ngah ketika dalam perjalanannya. Akhirnya, dia mengikut Mak Ngah pulang
ke rumah.

BAB 34
Bao Bingde menceritakan sejarah Baotown kepada Isteri barunyanyang sudahpun
mengandungkan anak mereka yang pertama. Sekali sekala dia teringatkan isterinya yang pertama.
Dia berfikir mungin isterinya sengaja terjun ke dalam air untuk memberi peluang baru untuk
suaminya membuka kehidupan yang baru.

BAB 35
Bao Renwen berusaha siang malam demi menyiapkan karyanya berkenaan Dregs dan dia
telah menghantarnya ke wilayah, daerah dan pekan untuk diterbitkan di dalam jurnal, akhbar,
majalah belia dan kanak-kanak. Pada suatu hari, dua orang lelaki yang menaiki sebuah jip telah
datang untuk berjumpa Bao Renwen. Mereka berdua adalah wartawan dari akhbar Morning Star
yang ingin menyiarkan kisah Dregs bersempena Bulan Bersopan Santun. Renwen perlu mengikut
mereka ke kota harini untuk menyiapkan penulisannya. Sebelum ke kota, mereka ke rumah Bao
Yanshan untuk membincangkan hal tersebut dan mendengar cerita sedikit sebanyak daripada ibu
bapa Dregs.

BAB 36
Isteri Bao Bingde telah salamat melahirkan serang anak perempuan yang sihat. Isterinya
telah mengandungkan anak kedua mereka dua bulan selepas kelahiran anak pertama mereka tetapi
seseorang dari Pejabat Perancang Keluarga menyuruhnya untuk menggugurkan kandungan tersebut.
Suatu hari, ketika Bao Bingde sedang belajan, dia terlihat pusara Dregs dan dia berharapi agar anak
perempuannya itu juga menjadi baik seperti Dregs. Dia terdengar perbualan dua orang yang
berbicara tentang hasil tanaman gandum dan kehidupan mereka sebagai petani.

BAB 37
Bao Renwen Talh tinggal di Rumah Tamu Nombor Satu bersama Komrad Hu untuk
menghasilkan karya kerjasama berkenaan Dregs. Seminggu kemudian, cerita tersebut disiarkan
sebagai artikel utama akhbar Morning Star News yang dieberi tajuk Wira Kanak-kanak Membesar di
Gunung Bao. Dia berasa gembira dan mula membayangkan harapannya yang semakin menjadi
kenyataan. Culture telah membacakan artikel itu kepada ibu dan ayahnya. Artikel tersebut telah
mendapat perhatian ramai sehingga banyak surat yang telah dihantar ke sekolah di Baotown. Pada
suatu hari, sebuah jip yang membawa Komrad Wang, seorang wanita dan seorang lagi lelaki datang
berjumpa Renwen. Kali ini, mereka ingin menjadikan Dregs kempen propaganda mereka. Mere mula
menemuramah Renwen, Bao Yanshan serta isternya. Mereka kemudiannya berjumpa Picked-up
sebagai orang yang membawa Dregs naik ke atas rakit.

BAB 38
Picked-up menceritakan bagaimana dia menarik keluar Dregs ke atas rakit. Kemudian,
mereka menju ke rumah Datuk Bandar pula untuk mengetahui kisah dia melakukan usaha untuk
menyelamatkan Dregs. Tidak lama kemudia, satu artikel yang bertajuk Pemuda Zaman Sekarang.
Berkorban untuk Orang Lain: wira Kanak-kanak Bao Renping. Semua orang berpendapat bahawa
lukisan yang menggambarkan Dregs benar-benar mirip Dregs. Penerbit di peringkat wilayah juga ada
menghantar seorang penulis dan seorang editor untuk menerbitkan sebuah buku yang berjudul The
Story of A Little Hero (Kisah Seorang Wira Kanak-kanak). Mereka menulis buku tersebut
berdasarkan tatamasa serta bahan yang telah dikumpulkan oleh Bao Renwen. Selepas beberapa hari,
ada seseorang telah datang membawa pesanan daripada seorang penjaja tua yang sering
bertanyakan khabar Picked-up daripada orang yang berada di Baotown tetapi dia enggan bertemu
dengannya.

BAB 39
Seorang setiausaha parti telah datang ke rumah Bao Yanshan dan mengumumkan bahawa
Bao Renping telah dipilih oleh Jawatankuasa Liga Pemuda Komunis China peringkat Wilayah sebagai
Wira Kanak-kanak. Bao Yanshan tergamam. Keesokan hari, Datuk Bandar telah datang untuk
memberitahu bahawa pihak wlayah telah memperuntukkan balak, simen dan bata untuk keluarga
Yanshan membina sebuah rumah. Nama Construction juga telah disenaraikan oleh kilang mesin
pertanian. Jadi, mereka boleh membeli makanan kerajaan. Pusara Dregs telah dialihkan ke tengah-
tengah Baotown. Sebuah pentas yang menempatkan satu monumen yang mempunyai plaq batu
tertulis BUAT SELAMA-LAMANYA.

BAB 40
Rumah Bao yanshan sudah siap dibina. Construction mula bekerja di kilang mesin pertanian.
Pada hari perkahwinan Construction, Little Jade telah pulang ke rumah Bao Yanshan. Jalan yang
merentasi pekan Bao dilebarkan lagi dek bilangan kenderaan yang semakin bertambah. Pihak
wilayah berhasrat untuk membina sebuah memorial di hadapan pusara Dregs namun tidak dapat
dilaksanakan kerana tiada satu pun barang tinggalan Dregs yang boleh dipamerkan.

EPILOG
Nisan Dregs kelihatan tersergam indah di tengah-tengah pekan. Nisan itu sentiasa kelihatan
bersih kerana kesudian sesiapa sahaja yang akan membersihkan tempat tersebut.

SEBUAH EPILOG LAGI
Bao Bingyi menyanyikan baladanya. Kelihatan mak cik sedang bermalam di kandang lembu,
bersandar pada dinding sambil mendengar nyanyian Bingnyi tetapi matanya terpaku pada Picked-up.
Picked-up merasakan seperti ada yang memerhatikannya lalu dia menuju ke arah mak cik dan
mereka bertetangan mata.
Bao Renping (Dregs)
1
Perwatakan: Ceria dan suka tersenyum
Contoh: Ketika Little menyanyikan lagu untuk Dregs dan kemudian dia
berhenti kerana kepenatan, Dregs tetap tersenyum pada Little Jade
tanpa mendesaknya untuk meneruskan nyanyiannya. Little Jade pula
tidak dapat menahan daripada membalas senyuman Dregs (ms 66).
Dregs juga ketawa dan menepuk tangan ketika Atuk Hitam
membisikkan perkataan setan padanya (ms 26).
Cara mengesan: Tingkah laku dan tindak tanduk watak
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan



2
Perwatakan: Bijak membuat keputusan untuk menggembirakan orang
Contoh: Dregs telah mengalah dengan Second Son, anak Bao Renyuan ketika
mereka bermain dahan dan Dregs telah memenangi permainan
tersebut. Namun begitu, Second Son mula menangis lalu, Dregs
membuat keputusan untuk menukar peraturan permainan dan
membenarkan Second Son menang pada pemainan yang seterusnya
(ms 68).
Cara mengesan: Tingkah laku dan tindak tanduk watak
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan


3
Perwatakan: Peramah dan suka berbual
Contoh: Dreg berbual-bual dan menanyakan pelbagai soalan kepada Atuk
Hitam untuk menghilangkan rasa sepi Atuk Hitam.
Cara mengesan: Tingkah laku dan perlakuan watak
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan


4
Perwatakan: Rajin
Contoh: Dregs melakukan kerja di rumah tanpa perlu disuruh oleh ibunya.
Dregs akan membawa sebesen air untuk ibunya membasuh muka.
Ibunya juga tidak perlu melakukan apa-apa kerja di rumah.
Cara mengesan: Pandangan watak lain terhadap watak
Fungsi watak: Memaparkan nilai murni serta menimbulkan konflik dalaman bagi
watak lain iaitu Culture.


5
Perwatakan: Suka menulis
Contoh: Dregs terlalu tekun menulis pada musim salji sehingga tanggannya
kebas kerana kesejukan. Pada musin panas juga, Dregs menulis
dengan beitu tekun hinggakan dia tetap tidak berhenti walaupun
disuruh untuk berhenti (ms 170).
Cara mengesan: Gambaran watak lain terhadap watak.
Fungsi watak: Menimbulkan konflik dalam diri Dregs yang tetap ingin menyiapkan
penulisannya walaupun telah disuruh berhenti serta memaparkan
nilai tetap pendirian dalam diri Dregs.


6
Perwatakan: Menghormati orang tua dan rakannya.
Contoh: Dregs seorang yang sangat menghormati orang lain dia akan
memberi salam kepada orang tua serta kanak-kanak lain. Dia juga
tidak pernah mencetuskan pergaduhan sesama rakannya (ms 182)
Cara mengesan: Gambaran watak lain terhadap watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai hormat-menghormati sertamenyampaikan
pemikiran watak tetang pentingnya perilaku yang baik dalam
kalangan masyarakat.


7
Perwatakan: Penyayang
Contoh: Dregs tidak pernah disuruh oleh sesiapa untuk menjaga Atuk Hitam,
tetapi atas dasar kasih sayang, dia sentiasa berada bersama Atuk
Hitam. Dregs sering memberi makanan kepada Atuk Hitam serta
berbual-bual bersamanya (ms 183).
Cara mengesan: Gambaran watak lain terhadap watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan


8
Perwatakan: Bijaksana dan cerdik
Contoh: Dregs telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan pada akhir semester
pertama dia mula bersekolah. Berbanding dengan abangnya,
Culture, dia tidak pernah menerima apa-apa sijil sejak hari pertama
dia bersekolah (ms 106).
Cara mengesan: Melalui kata-kata yang diucapkan oleh watak
Fungsi watak: Menimbulkan konflik dalam diri Culture yang terasa agak cemburu
dengan pencapaian adiknya serta menjadikan jalan cerita lebih
menarik.


9
Perwatakan: Sayang akan haiwan
Contoh: Apabila Dregs mengalah kepada Culture dengan membuat
keputusan untuk tidak bersekolah, Culture telah memberikan
seeokor cengkerik yang dimasukkan ke dalam sangkar kecil. Namun,
Dregs telah melepaskan cengkerik tersebut kerana dia berasa sedih
melihat cengkerik itu dikurung dan tidak bebas ( ms 90).
Cara mengesan: Melalui tingkah laku watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan.


10
Perwatakan: Baik hati
Contoh: Dregs sering memberi makanan kepada Atuk Hitam. Dia juga sering
mempelawa Atuk Hitam untuk makan di rumahnya. Apabila ditanya
oleh ayahnya, Bao Yanshan, bagaimana jika rumah mereka
kekurangan makanan, Dregs sanggup mengurangkan lempeng serta
kanji yang dimakannya supaya dapat diberikan kepada Atuk Hitam
(ms 91).
Cara mengesan: Melalui kata-kata yang diucapkannya.
Fungsi watak: Memaparkan niai dan unsur kemanusiaan.



Picked-up
1 Perwatakan: Suka memendam perasaan
Contoh: Ketika Picked-up mengalami dilema berkenaan perasaannya terhadap
Mak Cik yang telah menjaganya sejak kecil, dia terus berubah. Dia
kelihatan baran serta tidak bercakap atau berbual dengan Mak Cik
seperti selalu. Dia tidak menceritakan perasaannya yang sebenar
kepada Mak Cik sebaliknya, dia terus keluar dari rumah dan pulang
hingga lewat malam (ms 10)
Cara mengesan: Melalui percakapan serta tindak-tanduk watak
Fungsi watak: Menimbulkan konflik dalam watak serta menjadikan cerita lebih
menarik.


2 Perwatakan: Sabar
Contoh: Ketika Picked-up berjalan-jalan, mak cik yang terdapat di tepi jalan
sering kali mengejek dan mencemuh Picked-up. Mereka sering
mempertikaikan hubungan Picked-up dan Mak Cik. Namun begitu,
Picked-up tetap berdiam diri dan tidak memarahi mereka (ms 7-8).
Cara mengesan: Tingkah-laku watak
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan


3 Perwatakan: Bahunya lebar, berbadan besar dan tegap
Contoh: Pengarang menggambarkan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada Picked-
up iaitu bahunya lebar dan tegap (ms 72). Penulis artikel berkenaan
Dregs juga ada menceritakan ciri-ciri Picked-up iaitu tubuh badannya
yang tegap (ms 187).
Cara mengesan: Melalui perlukisan pengarang serta gambaran watak lain
Fungsi watak: Menjadikan cerita lebih menarik.


4 Perwatakan: Jujur
Contoh: Picked-up seorang yang jujur apabila dia datang kembali ke rumah
Mak Ngah untuk mengembalikan pau tembakau yang ada padanya
(ms 96). Pengarang artikel juga ada menyatakan bahawa Picked-up
adalah seorang yang jujur (ms 187)
Cara mengesan: Tingkah laku watak serta gambaran watak lain.
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan.



5 Perwatakan: Rajin
Contoh: Picked-up rajin menolong Mak Ngah mengerjakan tanahnya dengan
bersungguh-sungguh.
Cara mengesan: Melalui tindak-tanduk dan aksi watak
Fungsi watak: Menjadikan cerita lebih menarik serta memaparkan nilai
kemanusiaan.


6 Perwatakan: Berani
Contoh: Ketika Picked-up dan Datuk Bandar bersama beberapa penduduk yang
lain sedang cuba membawa Dregs naik ke atas rakit, Picked-up telah
terjun ke dalam air banjir tanpa berfikir panjang (ms 127).
Cara mengesan: Melalui tindak-tanduk dan aksi watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan.


7 Perwatakan: Taat
Contoh: Picked akur dengan Mak Ciknya yang menyuruh dia pergi mencari
jodohnya serta cuba untuk hidup berdikari (ms 48).
Cara mengesan: Tindak tanduk dan aksi watak.
Fungsi watak: Menimbulkan konflik dalam diri Picked-up kerana dia tidak ingin pergi
dan berjauhan dengan mak cik.


8 Perwatakan: Berperikemanusiaan ambil kereta sorg makcik ketika jalan
Contoh: Ketika Picked-up melihat mak ciknya berjalan sambil menyorong
kerata sorong yang membawa katil serta raga yang berisi kain dan
rokok, dia terus menyambar pemegang kereta sorong itu dan
membawanya pulang ke rumah (ms 36).
Cara mengesan: Tindak-tanduk dan aksi watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai dan unsur kemanusiaan.


9 Perwatakan: Prihatin
Contoh: Picked-up mula risau akan keadaan Mak Ciknya apabila Mak Ciknya
masih tidak pulang walaupun sudah lewat malam. Dia terus
meninggalkan rumah tanpa mengunci pintu untuk mencari Mak Ciknya
(ms 35).
Cara mengesan: Tindak-tanduk dan aksi watak
Fungsi watak: Memaparkan unrus kemanusiaan


10 Perwatakan: Pemurah
Contoh: Picked-up telah menyumbang tanah mereka untuk melebarkan jalan
tanpa menerima sebarang wang pampasan (ms 198).
Cara mengesan: Melalui tingkah laku watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai kemanusiaan.




Bao Renwen
1 Perwatakan: Tidak berputus asa
Contoh: Dia sentiasa menanam harapan bahawa dia akan menjadi seperti
penulis-penulis yang sudah terkenal. Dia bercita-cita menjadi
seorang penulis yang hebat suatu masa nanti.
Cara mengesan: Melalui perlukisan pengarang
Fungsi watak: Memaparkan unsur kemanusiaan serta menyampaikan pemikiran
pengarang.

2 Perwatakan: Bersungguh-sungguh.
Contoh: Renwen berusaha gigih untuk memujuk Yanrong yang terlibat
dalam revolusi untuk mendapatkan pengetahuan sejarah daripada
Yanrong.
Cara mengesan: Melalui perlukisan pengarang dan tindak tanduk watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai kemanusiaan.

3 Perwatakan: Sabar
Contoh: Renwen sabar menanti maklum balas daripada Literary World
berkenaan penerbitan karyanya (ms 141).
Cara mengesan: Melalui tingkah laku watak.
Fungsi watak: Memaparkan nilai kemanusiaan.

4 Perwatakan: Pentingkan diri sendiri
Contoh: Dia langsung tidak mengendahkan tanahnya sehingga tumbuh rumpai.
Dia membiarkan ibunya seorang diri risau akan keadaan tanah mereka
hinggakan ibunya sanggup berjalan jauh untuk berdoa di kuil namun,
Renwen tetap fokus pada penulisannya
Cara mengesan: Melalui perlukisan pengarang dan tindak tanduk watak.
Fungsi watak: Menimbulkan konflik

5 Perwatakan: Tidak berfikir panjang
Contoh: Dia menulis cerita tentang Bao Bingde tanpa berfikir panjang dan
tanpa berbncang dengan Bingde terlebih dahulu. Dia terus
menghantar karyanya itu untuk disiarkan kepada orang ramai.
Cara mengesan: Melalui perlukisan pengarang.
Fungsi watak: Menimbulkan konfil dan mejadikan cerita lebih menarik.

6 Perwatakan: Tetap pendirian.
Contoh: Dia tetap dengan pendiriannya untuk menjadi seorang penulis
walaupun orang lain menentangnya.
Cara mengesan: Melalui tingkah laku watak serta watak lain.
Fungsi watak: Memaparkan konflik dalam masyarakt serta menjadikan cerita lebih
menarik.

7 Perwatakan: Pentingkan pendidikan
Contoh: Dia berusaha memujuk Bao Yanshan supaya membenarkan Dregs
bersekolah kerana dia berpendapat bahawa pendidikan mampu
membawa perubahan dalam keluarga itu suatu hari nanti.
Cara mengesan: Melalui kata-lkata yang diucapkannya.
Fungsi watak: Memaparkan nilai kemanusiaan, memaparkan pemikiran pengarang
dan menjadikan cerita lebih menarik

8 Perwatakan: Berfikiran jauh
Contoh: Dia menceritakan kebaikan pendidikan kepada Yanshan. Dia yakin
Yanshan mampu mengubah kehidupan keluarganya jika dia
membenarkan Dregs ke sekolah dan mempelajari ilmu sains. Ilmu
tersebut boleh dipraktikkan dalam amalan pertanian mereka untuk
menjana lebih banyak pendapatan pada masa hadapan.
Cara mengesan: Melalui percakapan watak
Fungsi watak: Memaparkan nilai kemanusiaan

9 Perwatakan: Rajin
Contoh: Renwen sering tidak tidur malam untuk menyiapkan karya-karya
penulisannya. Dia juga membukukan karya-karyanya dalam bukunya
yang bertajuk Kumpulan Karya tatkala dia mendengar berita ada
penulis yang akan datang ke kampung mereka.
Cara mengesan: Tindak tanduk dan aksi watak
Fungsi watak: Memaparkan nilai kemanusiaan

10 Perwatakan: Bijak membuat keputusan
Contoh: Dia bijak membuat keputusan apabila dia bersetuju untuk
menghasilkan karya kerjasama dengan Komrad Hu. Selepas artikel
tersebut diterbitkan, namanya mula dikenali oleh orang ramai (ms
180).
Cara mengesan: Melalui perlukisan pengarang.
Fungsi watak: Memaparkan nilai.



1. Pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga serta bermasyarakat.
Dalam novel Botown, penulis banyak menonjolkan nilai kasih sayang. Sebagai contoh, dalam
watak Dregs dan Atuk Hitam, Bao Bingde dan isterinya, Picked-up dan Mak Cik serta Mak
Ngah, Little Jade dan Culture. Mereka saling menyayangi antara satu sama lain serta mereka
sanggup melakukan pelbagai perkara untuk mereka.

2. Kepentingan pengorbanan terhadap orang lain.
Penekanan penulis dalam aspek pengorbanan terhadap orang lain dapat dilihat apabila
mereka berada pada suatu situasi yang kritikal. Sebagai contoh, ketika banjir besar melanda
Baotown, Dregs telah mengorbankan nyawanya dengan menolak dan menyelamatkan Atuk
Hitam ke atas pokok willow. Ini menyebabkan seluruh penduduk Baotown terasa sebak dan
pilu atas pemergian Dregs.

3. Penekanan serta keperluan untuk berkahwin bagi seseorang lelaki atau wanita apabila
sudah cukup umur.
Sepanjang plot dalam novel Baotown ini, penulis banyak menyentuh berkenaan isu
perkahwinan. Sebagai contoh, Bao Bingyi yang telah mengikuti persembahan opera sejak
kecil tetapi masih tidak mempunyai isteri selepas dia pulang ke Baotown. Construction juga
sring kali dikaitkan dengan isu usianya yang semakin dewasa namun masih tidak berkahwin.

4. Dugaan dan cabaran dalam kehidupan berumah tangga.
Aspek ini juga dapat dilihat dalam karakter Picked-up dan Mak Ngah serta Bao Bingde dan
isterinya. Mereka tabah menghadapi cabaran walaupun di cemuh serta diuji dengan
pelbagai masalah.

5. Pengarang adalah seorang anak yang sangat menyanyangi ahli keluarganya.
Pemikiran ini telah ditonjolkan dalam watak-watak dalam novel Baotown seperti Picked-up
dan makcik, Dregs dan Atuk Hitam, serta Dregs dan ibunya. Pengarang menunjukkan betapa
pentingnya seoseorang itu menyayangi dan berkorban untuk ahli keluarganya.

6. Peranan ahli keluarga dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam keluarga.
Pengarang memaparkan aspek ini dalam kerakter Bao Bingde yang merasakan dia
bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada isterinya. Dia tetap tidak menceraikan
isterinya dan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan sabar.

7. Perlakuan seorang isteri terhadap suami
Hal ini dapat dilihat melalui watak Dregs yang sangat menghormati setiap ahli keluarganya
dan sentiasa bertolak ansur.

8. Kepentingan untuk mengejar cita-cita dan tidak mudah berputus asa.
Renwen yang tidak pernah berputus asa mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang
penulis yang terkenal. Walaupun dia terpaksa melalui pelbagai kesusahan, dia tetap
menanam semgat untuk menerbitkan karyanya. Di mengejar segala peluang yang ada untuk
memastikan dia mendapat apa yang diinginkannya.

9. Kemiskinan hidup yang dialami sesebuah individu atau masyarakat.
Latar yang ditunjukkan dalam novel Baotown itu sendiri menunjukkan keadaan ekonomi
masyarakat yang miskin namun mereka tetap bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
Contohnya, penduduk di Baotown berusaha bersama-sama demi mengumpulkan duit untuk
menghantar isteri Bao Bingde ke hospital. Mereka menyara keluarga dengan pertanian dan
mengusahakan tanah milik masing-masing.

10. Kepentingan seorang pemimpin masyarakat dalam menjalankan tugas untuk menjaga
kebajikan masyarakat.
Datuk Bandar memainkan peranan dalam masyarakat tatkala Baotown dilanda bencana.
Beliau berusaha sedaya upaya untuk mencari Dregs. Beliau juga cuba memperbaiki
kehidupan masyarakat dengan melebarkan jalan di Baotown.

1. Kasih sayang
Dregs tidak pernah disuruh oleh sesiapa untuk menjaga Atuk Hitam, tetapi atas
dasar kasih sayang, dia sentiasa berada bersama Atuk Hitam. Dregs sering memberi
makanan kepada Atuk Hitam serta berbual-bual bersamanya.
Huitz juga seorang wanita penyayang kerana sanggup bersusah payah menjaga
Picked-up sehinggalah dia dewasa.
Bao Bingde juga sangat sayang akan isterinya yang gila hinggakan dia tidak
menceraikan isterinya dan sering menjaganya pada setiap masa.

2. Kerajinan
Dregs melakukan kerja di rumah tanpa perlu disuruh oleh ibunya. Dregs akan
membawa sebesen air untuk ibunya membasuh muka. Ibunya juga tidak perlu
melakukan apa-apa kerja di rumah.
Picked-up rajin menolong Mak Ngah mengerjakan tanahnya dengan bersungguh-
sungguh.
Renwen sering tidak tidur malam untuk menyiapkan karya-karya penulisannya. Dia
juga membukukan karya-karyanya dalam bukunya yang bertajuk Kumpulan Karya
tatkala dia mendengar berita ada penulis yang akan datang ke kampung mereka.

3. Keprihatinan
Dregs sering memberi makanan kepada Atuk Hitam. Dia juga sering mempelawa
Atuk Hitam untuk makan di rumahnya. Apabila ditanya oleh ayahnya, Bao Yanshan,
bagaimana jika rumah mereka kekurangan makanan, Dregs sanggup
mengurangkan lempeng serta kanji yang dimakannya supaya dapat diberikan
kepada Atuk Hitam.
Picked-up mula risau akan keadaan Mak Ciknya apabila Mak Ciknya masih tidak
pulang walaupun sudah lewat malam. Dia terus meninggalkan rumah tanpa
mengunci pintu untuk mencari Mak Ciknya
Bao Eyre, rakan kepada Bingde jugaprihatin terhadap Bingde. Dia menasihatkan
Bingde untuk pulang ke rumah dengan lebih awal kerana khuatir akan keselamatan
isteri Bingde.

4. Ketabahan
Bao Bingde tabah menghadapi dugaan hidup bersama isterinya yang gila. Dia tidak
menceraikan isterinya serta merelakan dirinya diacederakan oleh isterinya untuk
memastikan isterinya tidak mencederakan dirinya sendiri.

5. Tangungjawab
Bao Bingde menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dalam menjaga isterinya.
Dia tetap tidak menceraikan isterinya dan menjaganya dengan penuh
tanggungjawab dan sabar.
Datuk Bandar memainkan peranan dan tanggungjawab dalam masyarakat tatkala
Baotown dilanda bencana. Beliau berusaha sedaya upaya untuk mencari Dregs.
Beliau juga cuba memperbaiki kehidupan masyarakat dengan melebarkan jalan di
Baotown.


6. Kejujuran
Picked-up seorang yang jujur apabila dia datang kembali ke rumah Mak Ngah untuk
mengembalikan pau tembakau yang ada padanya. Pengarang artikel juga ada
menyatakan bahawa Picked-up adalah seorang yang jujur.

7. Kesabaran
Ketika Picked-up berjalan-jalan, mak cik yang terdapat di tepi jalan sering kali
mengejek dan mencemuh Picked-up. Mereka sering mempertikaikan hubungan
Picked-up dan Mak Cik. Namun begitu, Picked-up tetap berdiam diri dan tidak
memarahi mereka.
Renwen sabar menanti maklum balas daripada Literary World berkenaan penerbitan
karyanya.

8. Hormat-menghormati
Dregs seorang yang sangat menghormati orang lain dia akan memberi salam kepada
orang tua serta kanak-kanak lain. Dia juga tidak pernah mencetuskan pergaduhan
sesama rakannya.

9. Keberanian
Ketika Picked-up dan Datuk Bandar bersama beberapa penduduk yang lain sedang
cuba membawa Dregs naik ke atas rakit, Picked-up telah terjun ke dalam air banjir
tanpa berfikir panjang.
Bao Bingde juga berani apabila dia terus terjun ke dalam longkang tanpa berfikir
bahawa dia tidak pandai berenang untuk menyelamatkan isterinya.

10. Taat
Picked akur dengan Mak Ciknya yang menyuruh dia pergi mencari jodohnya serta
cuba untuk hidup berdikari.
Little Jade juga taat pada perintah isteri Bao Yanshan. Dia tidak pernah melawan
apabila disuruh memasak, menghidupkan api serta mengambil air dari telaga.

You might also like