Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 87

KONSEP DAN CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA

Pengenalan / Definisi Masyarakat Agraria


Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung
kepada kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu
bercucuk tanam dan menternak binatang sebagai sumber
kehidupan mereka. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi
sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula
ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.
Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang
subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian
seperti menetap di sekitar kawasan lembah sungai yang
mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.
Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu,
mengutip hasil hutan dan menangkap ikan di kawasan sungai
ataupun tasik-tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran
menghasilkan makanan sendiri dengan mengamalkan
pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap.
Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai
hubungan dengan masyarakat maritim dan saling
bergantungan.
Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus
berlakunya Revolusi Pertanian di England pada abad ke-17 di
mana revolusi ini telah tersebar ke kawasan-kawasan lain di
seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini telah
menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat dengan
akviti pertanian semakin meningkat. Masyarakat agraria
menjadi lebih berdikari dan melalui penggunaan jentera
moden, kegiatan pertanian lebih menjurus kepada pertanian
ladang dan dalam skala yang besar.
Manakala masyarakat agraria di China terbentuk disebabkan
sebahagian besar kawasan negara tersebut mempunyai tanah
yang subur, disaliri oleh Sungai Hwang Ho dan diselaputi oleh
iklim yang bersesuaian menjadikan negara berkenaan sesuai
ditanam dengan pelbagai jenis tanaman. Namun demikian
pada peringkat awal kemunculan masyarakat agraria di China,
kegiatan mereka dikawal oleh golongan pemerintah dan
menggunakan peralatan tradisional.
Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua
negara boleh dilihat berdasarkan kepada 5 aspek iaitu
kegiatan yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti di kawasan
tanah yang subur dan iklim yang sesuai, hasil tanaman utama,
sistem pengairan dan saliran serta kegiatan lain seperti
berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan
menangkap ikan.


CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA.
Masyarakat agraria di negara Belanda dan China boleh
dihuraikan dalam beberapa aspek utama seperti kegiatan
ekonomi yang dijalankan, kawasan penempatan mereka,
sistem pengairan, kesuburan tanah petanian, dan
penggunaan teknologi dalam bidang pertanian.

1. Kegiatan Ekonomi Yang Dijalankan
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria
adalah berasaskan kepada kegiatan pertanian dan
penternakan. Di samping itu mereka juga menjalan kegiatan
sampingan yang lain seperti memunggut hasil hutan.
Kegiatan pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan dalam
bentuk sara diri iaitu sekadar untuk menampung keperluan
harian sahaja. Mereka akan menanam sayur-sayuran, buah-
buahan dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.
Silain itu, masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan
penternakan sebagai sumber keperluan protien yang
mencukupi untuk mereka. Binatang yang diternak oleh
mereka seperti lembu, kambing, ayam dan biri-biri.
2. Kawasan Petempatan
Petempatan masyarakat agraria adalah terletak di kawasan
yang subur untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti di
lembah sungai dan delta sungai. Kawasan ini menjadi
tumpuan mereka kerana kawasan ini terdapat mendapan
tanah lanar yang subur. Contohnya, masayarakat agraria di
China membuka petempatan di sekitar lembah Sungai
Kuning.
3. Sistem Pengairan
Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran atau
pengetahuan dalam membina sistem pengairan bagi tujuan
mengairi kawasan pertanian mereka. Mereka mempunyai
kemahiran dalam membina terusan, kolam takungan air dan
tali air.
Terbinanya sistem pengairan ini telah mendorong berlakunya
pertambahan keluasan kawasan pertanian kerana kawasan
yang jauh dari sumber air juga dapat diusahakan dengan
adanya terusan. Selain itu, kegiatan pertanian dapat
dijalankan secara intensif atau lebih giat dengan adanya
sistem pengairan ini.
Masyarakat agraria di China, telah membina terusan untuk
mengairan kawasam pertanian mereka. Manakala di Belanda
pula, mereka menggunakan kaedah kincir angin untuk
menyalurkan air ke kawasan pertanian.
4. Kesuburan Tanah
Oleh kerana memerlukan tahap kesuburan tanah yang tinggi
bagi membolehkan kegiatan pertanian dijalankan, maka
masyarakat agraria telah berusaha untuk mengetahui
bagaimana cara-cara dalam memelihara kesuburan tanah
pertanian ini. Mereka telah mencipta pelbagai teknik dan
kaedah untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah
pertanian.
Di Belanda, masyarakat agrarianya menggunakan baja asli
(najis binatang) yang diperolehi daripada kawasan
penternakan untuk meningkatkan kesuburan tanah
pertanian.
Selain itu, mereka juga menggunakan teknik memugar tanah
pertanian dan mengamalkan sistem tanaman giliran untuk
mengekalkan tahap kesuburan tanah.

5. Peningkatan Penggunaan Teknologi
Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam
mencipta peralatan-peralatan baru bagi menjalankan
kegiatan pertanian secara besar-besaran. Penggunaan
teknologi atau peralatan baru turut meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian. Masyarakat di Belanda telah
menggunakan mencipta tugal dan tenggala beroda untuk
memugar dan membajak tanah pertanian.
Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah dan teknik
pertanian untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
seperti memperkenalkan sistem tanaman giliran.

PERKEMBANGAN MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA

Perkembangan Masyarakat Agraria di Belanda
Mengikut pengembara Eropah, masyarakat agraria di Belanda
mula mengalami perkembangan yang pesat dalam bidang
pertanian pada abad ke-16 dan ke-17 M. Perkembangan ini
dapat dilihat melalui penggunaan kaedah dan teknik
pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara
Eropah yang lain, pengenalan pelbagai jenis tanaman baru
dan turut menjadi pembekal produk tenusu ke negara-negara
lain.
Perkembangan masyarakat agraria di Belanda dapat dilihat
melalui perkembangan pertanian, penternakan, hortikultur,
kegiatan menebus tanah, dan penggunaan teknologi
berkaitan dengan teknik serta kaedah pertanian.

1. Perkembangan kegiatan pertanian
Kegiatan pertanian telah dijalankan secara lebih giat pada
abad ke-17, akibat berlakunya pertambahan penduduk yang
pesat terutama di kawasan bandar negara Belanda.
Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda
telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan
dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian
ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda
sahaja.
Antara tanaman yang ditanam ialah sayur-sayuran seperti
bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Mengikut KHD
Halley, masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang
paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.

Selain itu, masyarakat Belanda juga turut menanam tanaman
lain seperti barli, gandum, semanggi, kekacang, biji kol,
mader dan hem.
Barli merupakan tanaman dominan di Belanda, namun
pengeluarannya semakin merosot menjelang abad ke-16 dan
ke-17 M. Selepas itu, gandum telah menjadi penting
menjelang abad ke-17 M. Gandum telah ditanam oleh petani
secara intensif dan lebihan hasil akan dijual. Tanaman
semanggi pula ditanam dibahagian utara Belanda pada tahun
1644 M untuk dijadikan sebagai makanan binatang ternakan
terutama lembu. Tanaman kekacang seperti beans dan
kacang peas merupakan tanaman penting di Belanda.
Manakala biji kol pula ditanam oleh petani dibahagian utara
Belanda dan diproses untuk menghasilkan minyak.
Hampasnya pula telah dijadikan makanan binatang ternakan
pada musim sejuk. Tanaman ini mula berkembang dan
ditanam di Zeeland, Bogaurden, Friesland, Artois, Rhineland,
Schleswig dan Holstien.
Tanaman mader pula ditanam secara meluas pada abad ke-
13 dan ke-14 M apabila industri tekstil mula muncul di Leiden
dan bandar-bandar lain di Belanda di mana tanaman ini telah
dijadikan sebuk pewarna dalam industri tekstil. Tanaman ini
ditanam secara meluas di bahagian barat daya Belanda,
Flanders, dan Brabant Barat. Tanaman Mader telah dieksport
ke pelabuhan di bahagian selatan dan timur England. Pulau
Schouwen telah menjadi pusat tanaman mader yang penting
menjelang tahun 1580-an hingga pertengahan abad ke-17 M.
Menjelang akhir abad ke-17 M, telah terdapat 50 kilang
memproses mader dan ini telah menjadikan Rotterdam
muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran mader
di Belanda.
Penanaman hem pula ditanam dengan meluas di wilayah-
wilayah Holland, Utrecht, Alblasserwaard, Lopikerwaard dan
Krimpenerwaard pada abad ke-16 M. Tanaman ini digunakan
untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali
kapal.

2. Perkembangan Bidang Penternakan

Pada abad ke-17 M, aktiviti penternakan lembu juga
dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda seperti
sekitar bandar-bandar Hertogenbosch, Lier dan Diest.
Perkembangan bidang penternakan didorong oleh berlakunya
pertambahan penduduk di Belanda dan seterusnya
menyebabkan meningkatnya permintaan untuk bekalan
daging lembu pada abad ke-16 M dan abad ke-17 M. Ini telah
menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland
memberi tumpuan kepada sektor penternakan.
Bilangan ternakan telah meningkat dari 14 ekor pada akhir
abad ke-16 M kepada 24 ekor pada pertengahan abad ke-17
M. Lembu-lembu tenusu yang diternak di Belanda daripada
baka lembu tenusu yang terbaik di Eropah. Penternakan
lembu bertambah maju dengan adanya penanaman rumput
berkualiti dan pengenalan tanaman bergilir.
Pertambahan penduduk di bandar telah mendorong
peningkatan permintaan susu lembu di Belanda iaitu 2000
liter susu setahun sekitar tahun 1570. Pada tahun 1660,
kandang-kandang lembu telah dilengkapi dengan peralatan
bagi memproses susu lembu terutama di daerah Amstelland.
Penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar
Pulau Taxel dan Wieringan dan Pulau Grind. Penternakan ini
dijalankan untuk menghasilkan bekalan keju kepada
penduduk di bandar-bandar dan luar bandar.
Belanda telah menjadi sebuah negara industri berasaskan
tenusu dalam menghasilkan keju dan mentega yang
terbesar di dunia serta berkualiti tinggi sejak abad ke-16 M
dan abad ke-17 M terutama di Holland dan Friesland. Produk
ini akan dieksport ke England, Perancis, Sepanyol dan
kawasan pedalaman Jerman. Keju yang dihasilkan dengan
menggunakan teknologi yang lebih maju dan tinggi. Hasil keju
ini memberi sumbangan pendapatan tahunan kepada
Belanda sebanyak 6.4 juta pound. Manakala mentega pula
telah dihasilkan di daerah Rijnland dan Delfland. Bandar
Leidin telah menjadi pusat pusat pengeluaran mentega yang
bermutu tinggi di Belanda.

3. Perkembangan Bidang Hortikultur
Bidang ini telah berkembang kesan daripada berlakunya
pertambahan penduduk, peningkatan taraf hidup dan
kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat-pusat
hortikultur telah muncul di bandar-bandar seperti Leiden,
Delft, De Langedijk dan Enkhuizen. Bidang ini meliputi
penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.
Sayur-sayuran seperti bawang, lobak, ketumbar, lobak
merah, parsnip dan biji sawi telah ditanam secara meluas di
daerah De Langedijk. Tanaman kubis dan lobak ditanam
secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Streek
di daerah Enkuizen. Buah-buahan pula telah ditanam di
kawasan Aalsmeer dan Boskoop seperti strawberi. Sayur-
sayuran dan buah-buahan ini telah dihantar ke Amsterdam
dan Leiden melalui pengangkutan air.
Pada abad ke-17 M, tanaman bunga telah dijalankan seperti
tulip dan hop. Bunga tulip telah mendapat permintaan yang
tinggi dan ini telah mendorong peningkatan harganya. Bunga
hop pula telah ditanam dengan meluas di kawasan sepanjang
sungai Maas. Bunga hop telah digunakan dalam industri
penghasilan minuman keras (beer) di bandar-bandar
Haarlem, Delft dan Gouda. Terdapat 21 buah kilang minuman
keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600-1621
M.

4. Perkembangan Kegiatan Menebus Guna Tanah
Perkembangan aktiviti pertanian di Belanda mempunyai
pertalian yang rapat dengan kegiatan menebus guna tanah
kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada
di bawah paras laut. Ini telah menyebabkan kawasan
pertanian yang terletak di pinggir laut ditenggelami air laut.
Keluasan tanah yang ditebus guna untuk pertanian di negara
Belanda telah dijalankan dari tahun 1545 sehingga tahun
1814. Muara Sungai Middeizee ditambak bagi tujuan
menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.

Menjelang pertengahan abad ke-17 M, sebahagian besar
tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan
pertanian. Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang ditebus
guna meningkat kepada 49%, iaitu daripada 85 000 hektar
kepada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680.
Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557)
dan Nieuw-Beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas
2300 hektar ditebus guna.

5. Perkembangan Teknologi Pertanian
Kegiatan pertanian semakin berkembang kerana berlakunya
kemajuan yang pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di
Belanda menjelang abad ke-16 M dan ke-17 M berbanding
dengan negara-negara Eropah yang lain. Antara
perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi
pertanian ini adalah kajian mengenai sistem pertanian
Belanda, pengenalan sistem tanaman bergilir, sistem
penanaman rumput ternakan, sistem batas, sistem
penanaman deretan, teknik memelihara kesuburan tanah dan
penciptaan peralatan pertanian.
Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda telah dijalankan
terutama mengenai teknik dan kaedah pertanian yang di
perkenalkan oleh masyarakat Belanda dijalankan oleh
sarjana-sarjana dari England seperti Sir Richard Weston, Lord
Townshend, Bakewell, Sir John Sinclair, Thomas Radcliff,
Andrew Fletcher of Saltoun, James Meikle, Bartholomew
Rocque, Patrick Neill dan William Speechley. Hasil kajian
mereka, menunjukkan petani-petani di Belanda telah
memperkenalkan sistem tanaman giliran, sistem penanaman
rumput seperti Clover, Lucerne, Burnet, Timothy Grass dan
Turnip dan mencipta peralatan seperti tenggala dan mesin
menampi.
Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam
memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dalam sistem
penggiliran yang diamalkan di Belanda, penanaman secara
intensif telah dijalankan di mana tanah rang telah ditanam
dengan kacang tanah, ubi-ubian, jagung dan bijirin seperti
gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda.
Sistem penggiliran ini melibatkan penanaman jagung musim
sejuk (satu tahun), jagung musim panas (satu tahun), tanah
rang (satu tahun) dan penanaman rumput (3 atau 6 tahun)
diamalkan. Sistem penggiliran ini telah diamalkan di bandar
Ghent (1323), St. Pieters ter Aalst (1368) dan Lede yang
terletak di Alost pada tahun 1372. Sistem penggiliran
tanaman juga diamalkan secara meluas di wilayah Waes
(Belanda) pada tahun 1644. Sistem tanaman ini masih
dipraktikkan di ladang-ladang yang terletak di selatan Edegem
di wilayah Brabant pada tahun 1800. Kaedah ini akan
mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi
hasil pengeluaran pertanian.
Petani-petani Belanda juga memperkenakan sistem
penanaman rumput ternakan untuk ternakan pada tanah
rang. Tanaman rumput seperti turnip ditanam di kawasan
tanah rang selepas jagung dituai. Terdapat bukti mengenai
penanaman tanaman rumput di tanah rang pada
pertengahan abad ke-15 M iaitu pada tahun 1498 di Louvain.
Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem
menanam dengan membuat batas. Melalui sistem ini, saliran
yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman
tumbuh dengan subur. Bagi memelihara kesuburan tanah,
kedudukan batas diubah setiap tahun. Sistem penanaman di
atas batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau
jajaran di perkenalkan.Sistem Penanaman
Deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop,
biji kol dan tembakau. Sistem penanaman dalam deretan bagi
tanaman komersial digunakan sejak abad ke-14 M.
Petani-petani Belanda juga mempunyai pengetahuan yang
tinggi dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka
mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan melakukan
aktiviti berikut melakukan pemugaran tanah pertanian,
menggunakan baja asli dan membuang rumput dan tanaman
perosak. Petani-petani mengekalkan kesuburan tanah dengan
menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan
yang diperolehi daripada kawasan-kawasan penternakan
lembu.
Petani-petani di Belanda juga memberi sumbangan dalam
penciptaan peralatan pertanian. Antara peralatan yang
dicipta termasuklah sejenis tenggala baru yang digunakan
oleh petani di Gelderland, mencipta tenggala beroda dan
mesin untuk menampi bijirin.

MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA
Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat, sistem feudal
diamalkan di China. Masyarakat China mengamalkan kegiatan
ekonomi feudal seperti bercucuk tanam secara kecil-kecilan
dan berbentuk secara sara diri. Di samping itu, masyarakat
petani China juga menghasilkan barangan kraf tangan yang
amat diperlukan.

Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km
persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian
hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada
pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China.
Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam
kawasan hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari
kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan
demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan
makanan daripada pelbagai jenis tanaman untuk kegunaan
masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.

Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong
perkembangan pertanian di negara China menjelang abad ke-
16 M dan abad ke-17 M seperti kegiatan ekonomi sara diri,
sistem pengairan, pertanian komersial, kemajuan dalam
teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baru pertanian.


1. Kegiatan Ekonomi Sara Diri / Tanaman Utama

Sistem ekonomi yang diamalkan pada abad ke-16 M dan ke-
17 M adalah bercorak sara diri. Sebahagian besar daripada
penduduk China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Pada
zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China
masih dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85%
daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.

Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di
China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan
selatan China iaitu di hilir lembah Sungai Yangtze dan Sungai
Kuning. Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari
selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun dan
tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi
ini di tanam di kawasan tanah tinggi yang kekurangan air.

Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman
kekacang, ubi kentang manis, barli, jagung, kapas, tebu, teh,
gandum, barli, sekoi, milet, kaoliang, barli, dan oat. Tanaman
baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian
masyarakat agraria. Masyarakat China yang tinggal di tanah
tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan
kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

Gandum merupakan tanaman makanan utama di bahagian
dataran tinggi di utara China. Tanaman gandum ditanam
secara meluas di wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan
bahagian utara Anhui dan Hupeh.

Milet ditanam secara meluas di bahagian utara khususnya di
wilayah Kansu, Shensi dan Shansi. Koaling merupakan
tanaman yang ditanam secara meluas di bahagian timur laut
China. Selain itu, tanaman bijirin lain seperti barli dan oat
juga ditanam di bahagian-bahagian tertentu di negara China.

Sejak zaman awal pemerintahan beraja, tanah pertanian di
negara China dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada
golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah
merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat
menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini
akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat
agraria untuk diusahakan. Penguasaan tanah pertanian oleh
golongan tuan tanah menyebabkan petani menjadi penyewa
dan serf

2. Petempatan

Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut
China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran
loes yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di sebelah
selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di
China) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat
agraria di China.

3. Pengetahuan Menjaga Kesuburan Tanah

Perkembangan masyarakat agraria di China dalam bidang
petanian juga adalah disebabakan mereka mempunyai
pengetahuan dalam menjaga dan memelihara tahap
kesuburan tanah. Untuk menjaga kesuburan tanah, mereka
menggunakan sistem penggiliran tanaman dan menggunakan
baja asli yang diperolehi daripada najis ternakan.

4. Sistem Pengairan

Perkembangan pertanian di negara China mempunyai kaitan
yang rapat dengan kemajuan dalam teknologi pengairan.
Petani-petani di China mempunyai kemahiran dalam
membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan
dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian,
mengelakkan banjir dan untuk mengangkut hasil pertanian ke
bandar-bandar.

Petani-petani China juga mempunyai kemahiran dalam
membina teres di lereng-lereng bukit bagi membolehkan
penanaman padi dijalankan. Bekalan air disalurkan ke
kawasan pertanian daripada terusan dan kolam takungan air
dengan menggunakan kaedah mengepam air. Pam ini
digerakkan dengan menggunakan tenaga binatang ataupun
manusia.

Bagi mengairi kawasan pertanian yang jauh daripada sumber
air, maka kaedah empangan telah digunakan. Selain itu,
tambak juga dibina untuk mengelakkan banjir memusnahkan
kawasan pertanian. Projek-projek pengairan juga dijalankan
oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian seperti
projek pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah
pertanian seluas 2 juta hektar.

5. Pertanian Komersial

Menjelang abad ke- 16 M dan 17 M, kegiatan ekonomi
kapitalisme mula bertapak di China dan mula berkembang
pesat terutama semasa pemerintahan Maharaja Chien-Lung
pada abad ke-18 M. Perkembangan ini menyebabkan sistem
penanaman komersial mula diperkenalkan seperti tembakau,
kapas, mulberi dan tebu.

Tanaman tembakau ditanam secara besar-besaran di wilayah
Kwangsi dan Fukien. Tanaman kapas ditanam secara meluas
di wilayah Kiangsu, Sungkiang, Tai-tsang dan Tung-chou.
Kapas telah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran.
Tanaman tebu pula dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien
dan Szechwan.

Penanaman pohon mulberi diusahakan di wilayah
Kwangtung. Daun mulberi telah dijadikan makanan ulat
sutera.

6. Kemajuan Dalam Teknologi Pertanian

Penciptaan dan penggunaan peralatan baru telah membawa
kepada kemajuan yang pesat dalam aktiviti pertanian di
negara China, antaranya tenggala penabur benih, penyisir
tanah, penggiling, kolar kuda dan kereta sorong beroda dua.

Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit
atau lekuk memanjang di permukaan tanah. Selain itu, alat ini
juga digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang
lurus dan sekata.

Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain
seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda. Kereta
sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan
pengangkutan barang-barang atau hasil pertanian. Peralatan-
peralatan ini menyebabkan berlaku peningkatan yang amat
ketara dalam pengeluaran basil pertanian.

7. Pengenalan Kaedah Baru Pertanian

Peningkatan hasil pertanian juga berlaku kesan daripada
pengenalan kaedah baru dalam bidang pertanian, antaranya
pengenalan sistem penanaman bergilir. Sistem ini telah
diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Menerusi sistem
penanaman bergilir, kesuburan tanah pertanian dapat
dipelihara.

Di samping itu, kaedah pertanian yang lebih baik seperti
tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam tanaman
juga diamalkan. Penggunaan kaedah-kaedah baru
menyebabkan pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian.

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN
Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal

masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan
terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau
pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-
dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan
berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya
berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.
masyarakat feudal di England memperlihatkan raja
mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan
teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah),
manor dan serf (petani)
manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan
maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa
yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan
termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah
mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan
dibantu oleh daimyo serta samurai.

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England

1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani)
memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih
tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini
ialah knight(pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan
akhir sekali ialah Raja.
2. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara
langsung dengan Raja. Punca kekayaan golongan ini ialah
tanah yang dianugerahkan oleh Raja.
3. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat
melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai
pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang
diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.
4. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang
menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan
golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada
seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah
kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.
5. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang
dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian
oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.
6. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan
persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord
terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas
tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah,
seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi,
pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip
cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi
kewangannya.

Susun lapis masyarakat feudal di England

1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada
dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan
pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan
masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau
pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di
bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang
menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan
kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua
iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki
tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali
sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula
membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua.
Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan
lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada
bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan
petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani
yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri
daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan
hamba.
3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan
rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan
bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu
golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya.
Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak
bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat
lain.Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk
mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas
yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan
satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada
mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang
mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal.
.Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13,
hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di
Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan
pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam
gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu
mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan
bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli
keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri
daripada golongan yang mementingkan meterial dan
mempunyai dua tanggungjawab




Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun
1. Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun,
iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas
segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah
tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada
zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, di mana
keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di
Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan
keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan mereka
turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.
2. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo
misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya
mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan
bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan
pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua
cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan.
Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji apabila
beberapa perubahan besar dilakukan.
3. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat
sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak
harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada
keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada
pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal
tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate
persendirian yang dikenali sebagai syo atau
syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah
dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan
kebangkitan golongan perwira (buke).Golongan ini memberi
taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan
ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta
shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas
kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
4. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di
Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling
bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi
pemerintahan dan golongan tentera. Golongan
birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau
daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan
sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.
5. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik
dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud
keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan
tentera dan petani , manakala maharaja tidak
mempunyai sebarang peranan.Kemunculan golongan
tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh
dalam menentukan hala
tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan
kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya
dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.
6. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar
dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan
sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau
menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan
ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan
daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi
sebagaimana sepatutnya.

Susun lapis masyarakat feudal di Jepun
1. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang
terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun,
Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah
terdiri daripada petani, tukang dan saudagar. Sistem ini
dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun
Tokugawa.
2. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja
menduduki lapisan teratas. Namun semasa pemerintahan
Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa
untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang
perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun
Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja
melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya
kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah
membahagikan kawasan pemerintahan
berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang
penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong
Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang
menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa.
3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang
mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa.
Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai,
Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah
ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan
tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan
terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa.
Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo
Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun.
Mereka telah ditempatkan jauh daripada Shogun untuk
mengelak ancaman daripada mereka.
4. Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai
kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga
keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja lain.
5. Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki
tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan
pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan
sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan
sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah
menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat
hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani
sahaja.
6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah
petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat
lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi
rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan.
Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku
mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan
ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya
mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah
memperbaiki status diri mereka.





Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan
Jepun

Persamaan:
1. Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling
memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan
diperintah dan berbentuk piramid
2. Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan
dan sistem kelas
3. Kurang perubahan status atau mobiliti sosial
4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan
masyarakat
5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu
menggunakan kuda, pedang dan baju perisai

Perbezaan:
1. Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-
undang dan kewajipan manakala di Jepun menekankan aspek
moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius
2. Pembinaan istana di England menggunakan batu
manakala di Jepun menggunakan kayu
3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di
England tetapi di Jepun
4. kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak
5. Di England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa
kepada pemerintah (Knight) tetapi di Jepun golongan
samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah
6. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi
di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua tentera

Soalan-soalan Perbincangan:
1. Huraikan konsep dan ciri-ciri feudalisme di England dan
Jepun.
2. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England dan
Jepun
3. Bandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun



MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN
Pengenalan
Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan
revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga
1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi
tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti
sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga
mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan
ekonomi.
Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat
yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr,
Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin
ramai telah membawa pertambahan dalam peluang
pekerjaan di kawasan industri.
Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga
menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman
seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr,
Lorraine dan Silesia pada abad ke19.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1. Kemajuan dalam sistem pertanian
- Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme
dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah
dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan
penggunaan kuda.
- Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian
saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry
Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi
masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840
pula, saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula
untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)
- Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem
pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi
oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.

2. Perkembangan perindustrian
- Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony
dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat
industri.
- Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan
dalam gaya hidup
- Kemajuan dalam industri tekstil khususnya di Berlin
- Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam
teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.

3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan
- Masyarakat industri di Jerman juga maju dalam sistem
pengangkutan.
- Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah
membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan
khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.
- Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api
dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke
bandar-bandar lain di Jerman.

4. Perdagangan antarabangsa
- Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam
perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan
dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak
sumber bahan mentah.
- Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah
perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha
mendapatkan tanah jajahan.
- Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan
perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu
serta membina pengkalan tentera di sana.

5. Kemajuan dalam sistem kewangan

- Pada tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan
perniagaan perbankan sebagai join stock dalam pengeluaran
kredit dan pelaburan kapital.
- Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu
penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang
terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851),
Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan
Dresdener Bank (1872)
- Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas
pengusaha industri baru pada abad ke 18 kerana mereka
mendapat bantuan modal daripada bank.
- Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak bank
mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang dijalankan
oleh syarikat-syarikat industri.
- Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu
perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga
jualan bagi produk-produk.

6. Dasar kerajaan
- Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga
dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang menubuhkan
sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai
tenaga mahir.
- Undang-undang insurans sosial juga dikuatkuasakan pada
tahun 1883
- Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana
kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan
selebihnya oleh majikan
- Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai
satu langkah mengawal pemikiran rakyat
- Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan
perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
- Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran
peralatan tentera dan senjata di Eropah.

Soalan-soalan Perbincangan :
1. Bandingkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di
negara England dan Jerman antara abad ke-18 hingga abad
ke-19


MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
Pengenalan

Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses
perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu
ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku
dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada
tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula
revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat
benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara
tahun 1860-an hingga tahun 1914.
Revolusi perindustrian mempunyai beberapa maksudseperti
perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain
pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu
melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang
penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual.
Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada
penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran
dan proses kimia.
Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri
wujud selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan
dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun
1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat
dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi
agraria kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin
dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau
barangan kilang.
Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem
ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang
berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset
kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian
juga memperlihatkan England berubah daripada negara
agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta
menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi
yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.

Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada
pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran
yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan
lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan
bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang
terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli
bank, doktor, peguam dan jurutera.

Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi
Perindustrian di England.

1. Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian
telah menambahkan pengeluaran makanan di England.
2. Perkembangan industri tekstil yang merupakan
perusahaan tertua di England telah mendorong pengambilan
beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan
tekstil.
3. Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai
modal yang banyak yang dipusatkan di Bank England dan juga
mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu
dan bijih timah. Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan
oleh empayar England di luar negara.
4. Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut
menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang tinggi untuk
kilang dan pasaran yang tersedia sama ada dalam negara dan
empayar luar England.
5. England juga mempelopori perindustrian di Eropah
kerana mempunyai hasil kekayaan yang dikumpul daripada
pengamalan dasar mekantilisme. England juga muncul
sebagai negara yang pertama berlaku revolusi perindustrian
kerana tidak mendapat persaingan daripada negara-negara
Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.
6. Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk
sistem aristokrat yang terbuka iaitu golongan aristokrat
(bangsawan) diberi keistimewa yang banyak, memiliki
kekayaan dan pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini
golongan pedagang diterima secara terbuka dan mempunyai
hubungan yang rapat antara kedua-duanya.
7. Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan
agama bermazhab protestan yang tidak berpuas hati dengan
gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) terhadap
pengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian.
Golongan ini turut membantu perkembangan rovolusi
perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang
dalam industri. Mereka juga memperkenalkan kemajuan
sains dan teknologi dalam bidang industri.
8. Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti
mesin menyemai benih, mesin pembajak Rotterham, jentera
berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa
wap telah mendorong berlakunya revolusi perindustrian di
England. Penciptaan mesin-mesin ini telah dapat
mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan
meningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil yang
berlebihan ini dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam
sektor industri.


Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England

1. Kemajuan dalam sistem pertanian
- Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah
untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara
individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5
juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
- Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan
pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah
pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui
penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang
berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini
dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan
mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
- Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian
campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput
dalam kawasan yang sama.
- Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti
alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull
- Pengenalan baja kimia
- Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan
ladang yang lebih moden dan tebus guna tanah secara heavy
manuring
2. Masyarakat yang berasaskan kepada perindustrian
- Perkembangan industri tekstil membawa kepada
penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang
menggunakan kuasa air.
- Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan
peleburan besi dengan menggunakan arang bagi
menghasilkan besi tempa
- Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan
untuk mengendalikan jentera

3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan
- Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam
bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan
keretapi dan terusan/sungai.
- Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787
dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan
industri pembuatan kapal semakin berkembang
- Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan
minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem
pengangkutan lebih lancar.
- Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang
menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton
dengan Darlington merancakkan perindustrian di England
4. Penghijrahan dan pertambahan penduduk
- Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan
penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan
mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh
populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
- Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang
kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar.
Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk
yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
- Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan
industri tekstil di England
- Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga
menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di
negara berkenaan.
5. Perluasan perdagangan antarabangsa
- Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan
antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan
barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi
tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari
Manchester dan Leeds.
- Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa,
England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi
membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.
6. Perubahan gaya hidup
- Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa
kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti
keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah
dan sebagainya.
- Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus
menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan
berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu
pengetahuan dan mengejar kekayaan.
7. Masalah pencemaran dan kesihatan
- Industri perkilangan menyebabkan berlakunya
pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat
- Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai
penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar
- Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk
mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat
8. Kemunculan kelas baharu masyarakat
- Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan
yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan,
peguam dan jurutera.
- Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan
berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan
kelas pertengahan.
- Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang
mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan
kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan
ekonomi.
9. Kemunculan golongan proletariat
- Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan
hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak
yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak
memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di
ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang
dan dikenali sebagai golongan proletariat.
- Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan
termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah
minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang
iaitu 12 jam sehari
- Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan
golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah
mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat
pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
- Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal
antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.
10. Kelahiran idea-idea baru
- Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila
melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang
kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
- Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude
Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar
memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan
ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.
- Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula
mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan
dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah
yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa
bekerja tidak lebih 10 jam sehari.
MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN
Maksud Masyarakat Maritim

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang
memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan
kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini
mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan
kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini
akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti
bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan
kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan
masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti
perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan
mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali
sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari
Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk
masyarakat maritim.

Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan
hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara
China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal
rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun.
Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya
menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan
hubungan dengan Barat dan ini telah merancakkan
perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya
kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara
terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16,
pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang
dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan
dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan
secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-
orang Jepun dilarang ke luar negara.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.

1. Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.
Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan
ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang
sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut
seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat
kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk
Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat
Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam
mutiara yang handal.
2. Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-
empat pulau terbesarnya iaituHokkaido, Honshu (pulau
terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di
Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal
di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di
Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar
pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-
lain bandar pelabuhan.
3. Masyarakat pelbagai Budaya.
Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa
menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai
pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang
dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama
Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang
merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar
pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis,
Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu,
mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti
penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi
menjalankan kegiatan agama mereka.
4. Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka
belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan,
Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar
meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal
layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam
perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di
awal pemerintahanKeshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan
1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang
ke luar negeri.
5. Pelabuhan Entreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui
pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan
Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah
mengeksport perak,berlian, tembaga, pedang, dan barang-
barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan
produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit
rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun
kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging.
Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat
pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
6. Menerima Pengaruh Luar.
Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim
Jepun mudah menerima pengaruh luar seperi agama Buddha,
Confucius dan agama Kristian. Para pedagang
dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun,
lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan
kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan
dengan Nanban). Penganut Kristian bebas menjalankan
aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah
tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa
Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun
ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat
sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan.


Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun.

1. Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun
telah mengalami perubahan ekonomi seperti perdagangan,
pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam,
tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.
2. Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah
mengadakan hubungan perdagangan dengan perdagang
Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal
memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan.
Hubungan yang terjalin turut membawa masuk teknologi
barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan,
kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.
3. Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda
tangani satu perjanjian perdagangan dengan pedagang
Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal
dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini
telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan
dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi pedagang Jepun
untuk ke luar negara.
4. Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan
beberapa buah bandar semakin berkembang sebagai pusat
ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja
Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan
kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka
pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian.
Manakala bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat
pengeluaran barangan tembikar di Jepun. Kemudian muncul
pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi
bandar-bandar lama.
5. Masyarakat Jepun telah mengimport barangan
tropikal dari Asia Tenggara, barangan sutera, tembikar, buku,
lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad
ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan
siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas
berlibat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang
mendapat permintaan yang tinggi di China.
6. Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun
mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan
negara luar dengan harapan Jepun akan memperolehi
keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan.
Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan
perdagangan dengan Sepanyol di Filipina dalam kepakaran
perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu telah
mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya
gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya
dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini
telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula
kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.
7. Walaupun Jepun mengadakan hubungan
perdagangan dengan negara barat, tetapi hubungan yang
terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di
Jepun dengan negara luar seperti dengan Portugal, British,
Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 telah
menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi
mengantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran di
Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah
menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan
emas.
8. Perkembangan ekonomi wang telah
mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan dan luar
negara terutamanya dengan China. Namum hubungan
perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat
serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun
mahukan barangan sutera dan mewah China manakala China
pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka
menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang
tengah dalam hubungan perdagangan.
9. Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa
kepada pengkhususan pekerjaan dan telah membawa
pertambahan jumlah bilangan golongan tukang (artisan) dan
saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan
kewangan (mujinko).
10. Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah
membawa perubahan dalam kehidupan golongan samurai.
Sebelum ini golongan samurai bergantung hidup dengan
menerima pendapatan berbentuk berguni-guni beras
daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada
golongan saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan
golongan saudagar menjadi semakin kaya di Jepun walaupun
dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.
11. Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang
yang cekap dan berpengalaman serta golongan peminjam
wang di bandar seperti Mitsui yang mempunyai syarikat
persendirian.
12. Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam
penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan
porselin yang cantik. Teknik pembuatan tembikar telah
diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah
menjadi industri penting di Jepun. Industri tekstil turut
berkembang pesat di Jepun terutama dalam penghasilan
broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara
besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai
hiasan yang indah.
13. Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di
Jepun terhenti apabila Shogun Tokogawa telah mengubah
dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada
dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun
1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap
orang barat.
14. Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan
semua orang asing atau pedagang asing di halau keluar dari
Jepun. Ini terdapat dalam arahan larangan yang dikeluarkan
pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan yang
dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan
negara, rakyat Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan
mengharamkan kapal-kapal asing masuk ke Jepun.

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
KONSEP MASYARAKAT FEUDAL









Video Mengenai Masyarakat Feudalisme Di Eropah




1. Feudalisme adalah satu bentuk kerajaan yang terbentuk
di Eropah Barat pada abad ke-9 M, selepas perpecahan
Empayar Charlemangne dan berlanjutan sehingga abad ke-13
Masihi. Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa
kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian
(Sivachandralingam, 1996: 66).

2. Secara umumnya Sistem Feudal (Feudalisme) bolehlah
didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, yang kuasa
politiknya dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu
persendirian tetapi bukan oleh kerajaan pusat.

3. Menurut Gan shof (1944) Konsep Feudalisme pertama
kali digunakan pada kurun ke- 17 bagi merujuk kepada
sistem politik di Eropah pada zaman
pertengahan yang memeperlihatkan hubungan yang saling
memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau
petani (Vassals) dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam
sistem ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk
melindungi seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka
boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun
istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau
feudum (fief), namun konsep feudalism dan sistemnya
bukanlah satu sistem politik formal pada zaman itu.

4. Menurut Abdullah Zakaria et. al. ( 2003: 92
) Pada asasnya, sistem ini memperlihatkan hubungan
peribadi yang erat antara tuan tanah
atau lord dengan Vassal atau pemegang tanah
(petani) yang disyaratkan untuk memberi taat setia
kepada lord. Satu pihak
akan memberi perlindungan sementara satu pihak yang
lain memberi perkhidmatan ketenteraan
demi keselamatan raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu
sebagai mengakui sumbangan tersebut. Selain aspek
ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali
sebagai feudotari juga dikehendaki menyediakan
keperluan tertentu termasuklah membekalkan buruh untuk
sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua
pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.


CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL

Menurut Francois-Louis Ganshof (1944) Sistem feudal
sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting
iaitu hubungan bertimbalas antara seorang bangsawan
(Vassal) kepada bangsawan lain yang lebih kuat atau lebih
berpengaruh (lord), hak milik tanah atau sistem fief,
ketenteraan dan kuasa pemerintahan serta hak-hak
perundangan.
1. Vassalage atau hubungan bertimbal balas yang di
buat melalui persetiaan seseorang hulubalang
sebagai pengikut (Vassal) kepada seorang hulubalang
lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada Vassal
tersebut disebabkan ia lebih kuat atau lebih
berpengaruh. Hubungan ini merupakan satu bentuk
hubungan persendirian yang bersifat kehormat
kerana ia melibatkan perjanjian antara dua orang
Individu yang terdiri daripada kelas hulubalang sahaja
(Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini,
seseorang Vassal dan lord akan diikat dengan fungsi
dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan
ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan
oleh Vassal kepada lordnya manakala lord pula akan
berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan
kepada Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
2. Ciri yang kedua ialah fief iaitu sejenis harta feudal,
kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh
seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk
mengikat persetiaan tersebut. Oleh kerana tujuan
utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan
khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai
military fief ( Azmi Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah
pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah sahaja.
Sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan
sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief.
Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal
yang tidak mempunyai sebarang tanah (landless
knights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat
ditemui di Eropah Barat pada kurun ke-11.
Kewujudan golongan ini meskipun semakin
berkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-
kurun selepasnya. Tugas lord ialah menjaga
pengikutnya seperti menampung segala keperluan
sara hidup pengikutnya kerana Vassal merupakan
hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat dalam
aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman
pertengahan, kegiatan ekonomi yang berkaitan
perdangangan telah terjejas teruk akibat kekacauan,
serangan luar dan peperangan. Keadaan ini
menyebabkan raja-raja yang berfungsi sebagai Lord
menghadapi masalah untuk membayar upah dalam
bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang
membolehkan seseorang Lord melaksanakan
tugasnya. Pertama seseorang Lord akan
menempatkan seseorang vassal di istana-istananya
dengan menyedaikan makanan, pakaian, senjata atau
sebarang keperluan yang dikehendakinya. Kedua
ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumber
pendapatan yang boleh menampung keperluan
hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat
menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa
kerana ia melibatkan jaminan dari segi kedudukan
politik, ekonomi dan sosial. Seseorang lord yang tidak
mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melalui
pemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya
kehilangan sokongan dan pengaruh, manakala
seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah
sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi
daripada seorang petani kaya, tidak mempunyai
peranan dari segi politik dan pemerintahan. Dengan
itu mereka akan berada pada kedudukan sosial yang
lebih rendah dalam hierarki kelas hulubalang atau
bangsawan yang menguasai tanah. Dari sudut ini kita
bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan
menentukan status dan kedudukan seseorang pada
zaman feudal di Eropah Barat.
3. Ciri Feudal yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu
wujudnya kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan
khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh
vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief.
Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief
adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang
efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan
oleh vassal kepada lord ialah perkhidmatan
ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan
lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek
ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan
sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan pengkaji sejarah
feudalism bukan sahaja di Eropah Barat, malah di
Jepun, China, India, Timur Tengah dan sebagainya
berpendapat institusi feudal tidak mungkin wujud
tanpa adanya aspek ketenteraan.Malah
perkembangan feudalisme bukan sahaja dikaitkan
dengan wujudnya organisasi ketenteraan semata-
mata tetapi juga dikaitkan dengan kemunculan kelas-
kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi
peperangan. Misalnya perkembangan feudalism di
Eropah Barat dikaitkan dengan kemunculan golongan
knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan
knight-archer, cataphracts di Byzantium dan Iran,
Chariot-fighters di Timur Tengah dan China dan
sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-
kelas tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih
dan mempunyai peralatan yang jauh lebih mahal
telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman
feudal di eropah hanya mampu dimonopoli
segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama
dikalangan mereka yang menguasai tanah. Dari segi
sosial perkembangan ini telah meningkatkan lagi
jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas
hulubalang dengan golongan rakyat biasa yang
terikat dengan kegiatan pertanian.
4. Ciri yang keempat ialah pemilikan kuasa
pemerintahan dan hak-hak perundangan
persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord
terhadap vassalnya. Kuasa pemerintahan ini juga
meliputi penduduk bukan vassal yang berada di atas
tanah-tanah kepunyaan lord, yang biasanya
dilaksanakan oleh sebuah kerajaan. Selain menguasai
tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas
sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-
undang, mengutip cukai, mengawal institusi
ketenteraan dan institusi kewangannya.Pemusatan
kuasa ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan
seseorang lord telah menggalakkan perkembangan
wilayah-wilayah feudal yang berdaulat dan
berautonomi. Jika berlaku pertelingkahan antara lord
dengan raja, golongan vassal yang terikat dengan
perjanjian feudal biasanya akan memberikan
kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya
berbanding kepada seseorang raja yang tidak
mempunyai hubungan secara langsung dengannya.
Walau bagaimanapun corak hubungan ini bergantung
kepada taraf sosial (prestij) dan kedudukan raja itu
sendiri. Jika baginda seorang pemerintah yang
berpengaruh, maka kedudukan lord mungkin sedikit
sebanyak dapat dikawalnya. Tetapi kebiasaannya
pada zaman feudal, kedudukan seseorang raja amat
lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai
kekuatan untuk mengawal pembesar feudal. Bagi
Strayer (1953) aspek pemilikan kuasa dan hak-hak
perundangan golongan lord ini merupakan ciri
feudalisme yang paling asas dan terpenting. Walau
bagaimanapun tanpa wujudnya hubungan vassalage-
fief dan perkembangan aspek ketenteraan, pemilikan
kuasa dan hak-hak perundangan itu tidak mungkin
diperolehi.
Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme
bolehlah ditakrifkan sebagai satu bentuk organisasi yang
diwujudkan oleh satu bentuk hubungan persendirian yang
diikat antara seseorang individu dari kelas hulubalang dengan
individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antara lord
dan vassal. Melalui ikatan vassalage - fief, seseorang vassal
dikehendaki menjaga dan melindungi vassalnya.Susunan ini
kemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur
politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan
yang wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal
oleh corak hubungan tersebut (Azmi Ariffin,2002: 59)

SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL

1. Masyarakat feudal boleh dibahagikan kepada dua
golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan yang
dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar
(bangsawan), dan golongan yang dipimpin ialah rakyat atau
petani.
2. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada
dikedudukan paling tinggi. Di bawah raja, terdapat beberapa
lapisan para bangsawan yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief)
secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-
chief.Bangsawan lapisan pertama itu membahagikan fief
mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai
subinfeudation.
4. Bangsawan lapisan kedua seterusnya mungkin
membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan
ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang
menetap di fiefnya.
5. Kelas paling bawah sekali ialah kaum tani (serf). Kaum
tani semuanya miskin dan tidak berpelajaran. Hak-hak
mereka sedikit tetapi tugas mereka banyak.Kerap kali mereka
ini tidak diberi layanan yang memuaskan oleh tuan-tuan
mereka.Hampir kesemua petani terdiri daripada
golongan serf yangbertaraf antara orang bebas dengan
hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan masyhur dengan
usaha sendiri sangat tipis. Seseorang hamba akan menjadi
hamba seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan
menjadi hamba.
6. Sebagai kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak
feudal ini, wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories
dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja
(Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di
Eropah bolehlah boleh digambarkan seperti rajah di bawah.


SISTEM FEUDAL DI ENGLAND

Latarbelakang Sistem Feudal di England
Selepas kejatuhan Empayar Rom, menjelang tahun
800 Masihi, muncul satu institusi politik yang dikenali
sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah Barat
termasuklah di England.Dalam sistem feudal terdapat satu
susunan tanggungjawab yang kompleks dan obligasi di
kalangan individu daripada kelas terbawah (serf) kepada
kelas teratas iaitu raja. Setiap serf memberi sumpah
kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada
mereka. Golongan yang lebih tinggi ini
ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke,lord) dan
akhir sekali ialah raja.Setiap bangsawan berjanji untuk
melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu
dengannya (Sivachandralingam, et.al.1999:93).
Dalam sistem feudal di England, kebergantungan sangat
kuat antara seorang raja dengan golongan
bangsawan (lord) yang dilantik sendiri oleh raja.

Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung
dengan raja. Jika seseorang raja memerlukan tenaga buruh
untuk melakukan sesuatu kerja atau memerlukan tentera
maka golongan petani (serf) akan dikerah untuk memenuhi
keperluan tadi. Jadi dalam sistem feudal di England golongan
petani (serf) menjadi subjek utama dan tidak mempunyai
sebarang hak. Dalam sistem feudal, tanah menjadi elemen
utama iaitu semua tanah adalah milik raja. Golongan
bangsawan telah dikurniakan tanah (wilayah) oleh raja.
Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan
bangsawan.

Ciri-ciri Sistem Feudal di England

1. Hubungan bertimbal balas atau hubungan dua hala.
Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui
persetiaan seseorang hulubalang sebagai
pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang
diangkat sebagai tuan(lord) kepada vassal tersebut. Melalui
hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan
fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu.
Golongan vassal akan memberikan ketaatan dan
perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan
kepadalordnya. Sebagai timbal balas golongan lord pula akan
memberikan penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.

2. Harta feudal yang kebiasaannya berupa tanah.
Ciri yang kedua iaitu harta feudal (fief), kebiasaannya berupa
tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu
raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja
kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberkan
tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat
persetiaan. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah
untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga
dikenali sebagai military fief. Fief tidak semestinya berupa
tanah sahaja, sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan
sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief.
Pemberian fief berupa tanah dapat menarik minat golongan
hulubalang yang berkuasa. Golongan serf tidak memiliki
tanah, tetapi dibenarkan untuk bercucuk tanam dan
menternak binatang di atas tanah yang dibenarkan oleh tuan
tanah.

3. Ketenteraan.
Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya
kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat
ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai
penerimaan fief. Oleh kerana tujuan asas
hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi
ketenteraan yang efektif. Perkhidmatan utama yang
diberikan oleh vassal kepadalord ialah perkhidmatan
ketenteraan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah
yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan
perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh kerana sistem feudal
dikaitkan dengan aspek ketenteraan maka di Eropah atau
England wujudnya golongan tentera elit
seperti knights dan chivalry yang lebih berdisiplin, terlatih
dan mempunyai peralatan yang mahal.

4. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan
persendirian.
Ciri feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-
hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan
oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang
berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain
menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas
sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang,
mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi
kewangannya.

Struktur Masyarakat Feudal di England.

1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua
golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan
pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan
masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau
pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di
bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang
menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan
kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua
iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki
tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali
sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula
membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua.
Proses ini dikenali sebagaisubinfeudation . Bangsawan
lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka
kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau
golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas
petani yang menentap dififnya. Hampir kesemua petani
terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan
hamba (Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat
biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan
bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu
golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya.
Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak
bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat
lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk
mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas
yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan ( Ranjit
Sing Malhi, 1993: 91).
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu
kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka
terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang
mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal (Ranjit
Singh Malhi, 1993:91).Menurut Ferguson dan Brunn, pada
abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh
digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot
dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting
dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru
itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan
bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli
keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai greja terdiri
daripada golongan yang mementingkan meterial dan
mempunyai dua tanggungjawab (Sivachandralinggam,
1996:70).

STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL JEPUN

Sebelum abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal Jepun di
bawah Keshogunan Kamakura (1185-1333). Pada tahun 1192,
Minamoto Yoritomo telah dilantik oleh Maharaja Go-Saga
menjadi Shogun. Yoritomo telah menjalankan
pemerintahannya di bandar tepi laut Kamakura dipanggil
kerajaan Bakufu yang dikenali pemerintahan Keshogunan
Kamakura.
Shogun Yoritomo mula mengasingkan pemerintahan Jepun
daripada Kyoto. Semasa Maharaja Go-Daigo, pemerintahan
Keshogunan Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan
Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun.
Pemerintahan Shogun Ashikaga Yoshimitsu dijalankan tanpa
merujuk kepada maharaja.
Bermula tahun 1603, pemerintahan di Jepun telah
bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo yang
diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa
telah menguasai kesemua aspek pemerintahan seperti
pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan bangsawan,
cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah membawa
keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyatnya
seramai 31 juta orang selama 265 tahun.


CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI JEPUN
Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun,
iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas
segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah
tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Keshogunan
Kamakura antara tahun 1185 hingga 1333 (abad ke-12-14), di
mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di
Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan
keperluan keselamatan yang diperlukan oleh maharaja
dan mereka turut menguasai tanah dan
segala penghasilannya.
Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya
telah melantik mereka yang setia kepadanya
mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan
bertanggungjawab mengutip cukai.Shugo merupakan
pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua
cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan.
Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah
beberapa perubahan besar dilakukan.
Menurut Abdullah Zakaria Ghazali (2003:101) dalam
usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman
Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini
merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang
hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi,
sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan
estate persendirian yang dikenali sebagaisyo atau
syoen. Pertumbuhan estate-estate persendirian ini telah
dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan
kebangkitan golongan perwira (buke). Golongan ini
memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada
ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi
jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang
menjadi asas kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun
telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung
antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi
pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi
pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo
yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian
daripada hasil tanah kepada maharaja.
Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan
berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud
keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan
tentera dan petani , manakala maharaja tidak
mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan
tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh
dalam menentukan hala tuju
pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok
yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan
mengalahkan kuasa maharaja.
Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam
peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama
ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau
menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan
ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada
kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja
tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.


STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL JEPUN


Maksud/Konsep:
Feudalisme bermaksud satu bentuk kerajaan, iaitu kuasa
politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu
persendirian dan bukan kerajaan pusat. Dalam sistem feudal,
tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah milik raja
dan golongan pembesar tidak mempunyai tanah.
Sistem feudalisme di Jepun pada zaman Keshogunan
Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada beberapa kelas dan
berbentuk piramid. Struktur masyarakat di Jepun terdiri
daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan
Samurai. Manakala golongan diperintah pula terdiri
daripada petani (nomin), tukang-tukang mahir (artisan) dan
saudagar (chonin). Sistem ini dapat dilihat dengan jelas
semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.


Golongan Pemerintah.

1. Maharaja Jepun
Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki
lapisan teratas. Konsep pemerintahan bermaharaja di Jepun
tidak sama dengan sistem bermaharaja di China iaitu di Jepun
tidak ada pengamalan konsep mandat dari syurga.
Maharaja di Jepun dianggap sebagai ketua negara, namun
bermula abad ke-12 kuasa pemerintahan dipegang oleh
Shogun. Maharaja hanya dikenali sebagai simbol kerajaan
atau sebagai boneka sahaja. Maharaja dianggap sebagai
pemerintah keduniaan dan dan kerohanian. Maharaja juga
dikatakan dari keturunan dewi matahari (amateresu).

Shogun Tokogawa telah mula memerintah Jepun bermula
tahun 1603. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa,
Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir.
Maharaja hanya dinggap sebagai simbol perpaduan rakyat.
Kuasa pemerintahan sebenar terletak ditangan Shogun.
Maharaja Jepun telah ditempatkan jauh dari pusat
pemerintahan Shogun di Edo. Maharaja tinggal di kawasan
yang terpencil di Kyoto dan duduk di dalam istana yang
dikelilingi oleh tembok dan golongan Kuge (pegawai istana).
Kerajaan yang diperintah oleh Maharaja dikenali
sebagai Kerajaan Mikado.
Namun, kedudukan dan kekuasaan Maharaja Jepun mula
mengalami perubahan apabila Maharaja Mutsihito menaiki
takhta Jepun yang kemudian menggunakan gelaran Maharaja
Meiji (bermaksud sinar menyinari). Kuasa Maharaja telah
dikembalikan semula oleh pemerintah Shogun Tokogawa
yang terakhir iaitu Yoshiinobu

2. Shogun Tokogawa
Kuasa pemerintahan sebenar di Jepun terletak ditangan
Shogun, bukannya dipegang oleh Maharaja.Shogun
menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah
dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan
Shogun terjamin. Kerajaan yang diperintah oleh Shogun yang
berpusat di Edo (kemudian ditukar kepada Tokyo pada tahun
1869) dikenali sebagai Kerajaan Bakufu (Kerajaan
Ketenteraan).
Shogun mempunyai autoriti pentadbiran tertinggi meliputi
seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja. Shogun sangat
dihormati, ditakuti dan digeruni. Shogun menguasai hampir
seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada
keluaran hasil pertanian negara.
Shogun telah membahagikan kawasan
pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau
Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang
menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan
yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan
dikawal oleh sekutu Tokugawa.

3. Daimyo
Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai
peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa di Jepun.
Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai,
Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan
sekutu-sekutunya, dan mereka telah dikurniakan tanah yang
berhampiran kediaman Shogun di bahagian tengah dan utara
Honshu. Mereka akan membantu Shogun menguasai
pemerintahan di Jepun. Daimyo Fudai merupakan penyokong
kuat Tokogawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak
keistimewaan seperti boleh menjadi anggota dua Majlis
Negara dan ditugaskan mengawasi daimyo Tozama.
Daimyo Shimpan juga dikenali sebagai rumah-rumah
bersaudara dan mereka terdiri daripada pelbagai cabang
keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa yang utama dikenali
sebagai go-snake atau tiga rumah kepunyaan anak Iesyu
yang terletak di daerah Qwari, Kii dan Mito. Mereka diberi
tanah tidak jauh daripada Shogun.
Daimyo Tozama juga dikenali sebagai daimyo luar iaitu tuan-
tuan tanah feudal yang terpaksa tunduk kepada
Tokugawa dan mereka sentiasa memusuhi Shogun. Oleh itu
Shogun telah melantik daimyo Fudai untuk sentiasa
mengawasi tindak tanduk daimyo Tozama. Mereka telah
ditempatkan jauh daripada Shogun, dilarang memegang
jawatan diperingkat pusat kerana dicurigai sebagai
penentang.dan dilarang memasuki istana untuk mengelak
ancaman daripada mereka. Daimyo Tozama terdiri daripada
puak suku-suku Barat seperti Satsuma, Chosu, Toza dan
Hizen.

4. Samurai
Samurai pula merupakan kelas panglima yang mempunyai
kedudukan istimewa dalam masyarakat Jepun. Mereka
berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan menjaga
kepentingan Daimyo dengan tidak berbelah bagi.
Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun
negara dalam keadaan aman. Oleh itu, ketika negara
berkeadaan aman dan tiada peperangan maka kehidupan
golongan Samurai akan ditanggung oleh golongan petani.
Zaman aman peranan samurai berfungsi sebagai pentadbir
ladang wilayah, menguruskan kewangan, mengawal dusun,
pengawal dan utusan.
Golongan samurai terbahagi kepada 3 kelas iaitu kelas teratas
iaitu golongan yang mempunyai pertalian darah atau
berkhidmat lama dengan daimyo dan bilangannya sangat
kecil serta mempunyai tanah. Kelas sederhana iaitu taraf
samurai penuh dan mempunyai bilangan sangat
ramai. Manakala samurai kelas rendah pula sangat besar
jumlahnya dan dijadikan sebagai tentera berjalan kaki.
Mereka hanya boleh mengisi jawatan rendah dalam kerajaan
dan ekonomi

Golongan Diperintah

5. Petani (nomin)
Dalam golongan yang diperintah, golongan petani (nomin)
menduduki tempat yang tertinggi berbanding dengan
golongan diperintah lain. Hal ini kerana Jepun adalah sebuah
negara pertanian yang tidak mengadakan perhubungan
dengan negara luar berilutan pengamalan dasar tutup
pintunya.
Golongan petani merupakan pengeluar beras yang menjadi
bahan makan rakyat Jepun serta membayar sebahagian
besar cukai. Sebagai balasan mereka diberi upah hanya
secukup makan sahaja kerana hasil keluaran beras
dikhususkan untuk negara. Akibat pengamalan dasar tutup
pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada
beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
Golongan petani dikenakan sistem kerah iaitu mereka dikerah
untuk mengangkut barang pertanian melalui sepanjang Jalan
Tokaido dengan melalui beberapa tempat sekatan bagi
membolehkan pegawai (pengitip takafu) menjalankan
pemeriksaan ke atas petani yang melalui jalan tersebut.
Sekiranya petani melalui jalan lain, petani akan dikenakan
hukuman yang berat. Mengikut sistem kerah, setiap kampung
akan menyediakan sebilangan lelaki dan kuda sebagai
kenderaan rasmi dalam masa 3 bulan pada musim bunga dan
3 bulan pada musim buah.
Kerja paksa ini adalah satu beban dan menyusahkan petani-
petani malahan mereka sering tertekan dan dikenakan cukai
yang berlebihan. Masyarakat petani juga mendapat
pendidikan hal ini kerana bakufu dan tuan-tuan tanah amat
mementingkan pendidikan.
Tuan-tuan tanah telah menyediakan sekolah-sekolah
kampung (terakoya) di kampung-kampung. Terdapat hampir
60 ribu terakoya telah didirikan untuk keperluan anak petani
dan diberikan kemahiran-kemahiran asas seperti membaca,
menulis dan mengira.
Apabila ekonomi wang berkembang maka golongan petani
telah bertukar kepada kegiatan lain seperti membuat sutera,
kertas, lilin, menekup dan lain-lain. Mereka juga merebut
peluang untuk menjadi peruncit, peminjam wang, menenun
dan membuka kilang kain. Biarpun sesetengah mereka
mencapai kekayaan tetapi tidak mudah bagi mereka
mendapat pengiktirafan sosial.

6. Artisan (tukang-tukang mahir)
Golongan artisan berada di bawah petani dan mereka
mempunyai kemahiran dalam pembuatan pedang. Selain
itu, mereka juga terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah,
tukang besi, tukang tembaga, tukang timah, penenun,
pembuat kertas dan lain-lain.
Tukang-tukang yang mahir akan diberi gaji yang baik dan
diberi rumah yang baik, seperti tukang kayu telah diberi gaji
sebanyak 500 koku dan dibenarkan menggunakan pedang.
Pendapatan golongan artisan lebih tinggi daripada petani
walaupun status mereka lebih rendah dan agak sukar bagi
mereka mengubah taraf sosial.
Manakala petukang-petukang yang tidak mempunyai
kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja
untuk daimyo.


7. Pedagang (chonin)
Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah golongan petani
dan artisan serta mereka dipandang rendah kerana pekerjaan
mereka dianggap keji. Namun keadaan aman di Jepun telah
menyebabkan ekonomi Jepun telah berkembang dan para
pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Pada
tahun 1760, terdapat kira-kira 200 keluarga saudagar yang
mempunyai harta dan kekayaan melebihi sebilangan besar
daimyo.
Mereka telah menguasai perniagaan tempatan yang komplek
seperti jualan barang, gudangan, pengangkutan, broker
beras, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka juga
menguruskan spekulasi pelbagai jenis perniagaan. Mereka
sentiasa mengekalkan harga yang tinggi dan mengaut
keuntungan yang besar.
Mereka menjadi kaya raya walaupun status mereka kekal di
bawah dalam sistem feudal. Mereka kemudian telah
memperbaiki status diri mereka. Antara keluarga saudagar
yang terkenal ialah Mitsui, Kamoike dan Sumitomo. Mereka
ini telah memperkenalkan budaya pengurusan baru yang
kemudiannya menjadi syarikat besar.

Kesimpulan
Pada abad ke-19 dan ke-20 memperlihatkan satu
perkembangan menarik dalam sejarah sistem feudal di Jepun.
Sejak sekian lama, negara Jepun telah melaksanakan dan
menerima sistem feudal sebagai sebahagian daripada sistem
sosial mereka. Di Jepun tidak berlaku moboliti sosial di mana
status sosial mereka kekal sehingga pemodenan Meiji.
Peranan pembesar mempunyai pengaruh yang sangat besar
meskipun mereka meletakkan maharaja sebagai yang
tertinggi. Walau bagaimanapun, kesan daripada perubahan-
perubahan yang berlaku pada abad ke-19 dan ke-20 telah
menyebabkan sistem feudal menerima tekanan yang cukup
besar.
Pengaruh Barat yang hadir di Jepun telah menyebabkan
sistem feudal dianggap sebagai sistem yang tidak sesuai lagi.
Selepas pemodenan Maharaja Meiji, negara Jepun mula
berubah menjadi negara yang moden setanding dengan
negara Barat dan ini telah menyelamatkan mereka daripada
dijajah.


MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL
Pengenalan
Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang
memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan
kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini
mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk
menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan
air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan
untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan
masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di
lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan
aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan
mengutip hasil laut.

Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator),
kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang
terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry
bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan
melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi
ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik,
kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi
tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini
telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah
menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah
pantai barat benua Afrika.


Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal

1. Lokasi di pesisiran pantai
Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula
menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui
aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana
Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik,
mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan
yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak
menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang
lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu
padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi
masalah dalam negara, manakala negara England dan
Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah
memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai
negara maritim yang terunggul ketika itu.

2. Terdapat pelabuhan pembekal
Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan
pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan
Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini
sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan
dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya
menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh
pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai
perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang
Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di
Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula
bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan
tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga
yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada
penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh
mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang
tengah.

3. Memiliki pelabuhan entrepot
Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar
ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan
membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu
permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti
kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga
telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman
tembakau, menternak lembu dan kuda untuk
diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan
kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah
menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-
pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan
Venice di Itali.

4. Mampu membuat perahu dan kapal layar
Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat
kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal
buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai
dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat
sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.

5. Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan
mencari jalan ke Timur
Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam
ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang
Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai
kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John
yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi
mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di
Maghribi.
Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai
pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama
dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya
menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah
pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar
dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling
selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula
berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497
dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan
seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu
beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh
muatan barangan daripada Timur.
Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai
Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang
Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan
Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah
ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun
Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan
Nagasaki.
Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan
Canton di China pada tahun 1517.

6. KEMAJUAN TEKNOLOGI PELAYARAN
Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi
pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti
penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi),
kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi
senapang dan meriam, dan astrolab.
Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas
peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya
baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang
diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara
iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari
timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi
membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan
Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang
membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak
kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan
Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki
teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka
menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian
diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api
digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan
mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.

Kesimpulan
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar
perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan
Hindi selama lebih daripada satu kurun.
Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan
kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di
Eropah pada masa tersebut .
Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja
bukannya kawasan pedalaman.

You might also like