Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5.

Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok



PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
J URNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
(30 MAC 3 APRIL 2014)

Masalah :
Setelah seminggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah berkaitan
murid, iaitu pengawalan murid-murid yang ramai dalam sesuatu kelas walaupun murid-
murid merupakan murid yang cemerlang.

Analisis :
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :

1. Keyakinan guru untuk mengajar dihadapan
2. Murid perlu diajar dengan kaedah yang lebih menarik.
3. Tajuk yang diajar sukar untuk murid-murid fahami.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar saya kemungkinan tidak akan Berjaya
dalam subjek ini.

Cadangan :

1. Bagi item kedua, saya berpandangan untuk meningkatkan keyakinan guru untuk
mengajar, guru mestilah membuat perasaan gementar dan tidak yakin dengan
tidak memikirkan sangat perasaan itu.
2. Selain itu, ini berlaku mungkin kerana guru tidak bersedia untuk mengajar, setiap
orang ada cara tersendiri jadi guru perlu bersedia dengan sepenuhnya untuk
mengajar walaupun orang lain tidak sama.


Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5. Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok




3. Bagi item 2, murid-murid perlu diajar menggunakan bahan bantu mengajar
supaya mereka berasa kelainan guru dan berminat dengan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
4. Selain itu, guru perlu memikir strategi dan pendekatan yang sesuai dengan tahap
pelajar. Jika kelas hadapan lain caranya, jika kelas kebelakang lain caranya.
5. Bagi item 3 iaitu tajuk yang sukar, guru perlu memudahkan murid untuk
mencapai objektif pelajaran, tidak hanya tertumpu buku teks dan modul.

Tempoh masa :

Saya perlu pendekkan set induksi minimum 6 minit untuk memberi peluang membuat
langkah lain dengan masa yang lebih lama.

Tindikan susulan :

Saya memulakan kelas di bengkel berbanding di kelas kerana suasana pembelajaran
murid akan berbeza. Saya boleh bersedia sebelum murid masuk ke bengkel.

Penilaian kejayaan :

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas seminggu pada hujung minggu kedua
praktikum.





Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5. Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
J URNAL REFLEKTIF
MINGGU KEDUA
(06 APRIL 10 APRIL 2014)

Masalah :
Pada minggu kedua menjalani praktikum, masalah yang saya kenalpasti kritikal ialah
ada murid yang tidak memberi perhatian didalam kelas sama ada pengajaran pada
waktu pagi atau tengahari.

Analisis :
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :

1. Pengajaran guru yang membosankan.
2. Murid kurang motivasi dan dorongan oleh guru.
3. Murid berada di belakang kelas semasa pengajaran guru dihadapan.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar saya kemungkinan menghadapi masalah
untuk memahami pelajaran yang akan disampaikan.

Cadangan :

1. Bagi item pertama, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih
menarik dengan menyelitkan permainan dan juga memberi ganjaran kepada
murid untuk menjawab soalan dari guru.
2. Bagi item kedua, murid mungkin tidak tahu kesalahan yang dilakukan, guru perlu
peka kehendak pelajar, jika ada masalah, sakit dan sebagainya.


Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5. Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok


3. Bagi item 2 juga, guru mestilah tidak memarahi murid kerana menjatuhnya
motivasi murid, guru mesti banyak memberi kata-kata semangat dan tips nasihat
kepada murid.
4. Item ketiga, murid yang berada dibelakang kelas perlu dipindahkan ke hadapan
dan guru selalu bertanya dan berinteraksi dengan mereka untuk membuang rasa
asing dalam diri mereka.


Tempoh masa :

Saya perlu panjangkang masa untuk berinteraksi dengan murid selain mengajar
didalam kelas.

Tindikan susulan :

Saya boleh menggunakan kaedah ganjaran untuk menarik minat pelajar untuk
bersama-sama aktif dalam kelas.

Penilaian kejayaan :

Penilaian kejayaan, diukur setelah kelas itu menjadi ceria dan cergas semasa
pengajaran di ajar dalam kelas.







Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5. Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
J URNAL REFLEKTIF
MINGGU KETIGA
(13 APRIL 17 APRIL 2014)

Masalah :
Pada minggu ketiga menjalani praktikum, saya mengenalpasti masalah murid sukar
memahami subjek elektrik terutama murid perempuan.

Analisis :
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :

1. Murid perempuan lebih menyukai subjek penulisan bukan subjek melibatkan
imaginasi berbanding lelaki.
2. Murid sudah lupa asas elektrik yang dipelajari sebelum ini ditahun 4.
3. Cara pengajaran guru yang tidak berkesan.
4. Subjek yang sukar dan menjadi kesukaran kepada guru-guru yang lain juga
untuk mengajar subjek ini.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar saya kemungkinan tidak memahami konsep
asas elektrik dan pada peringkat menengah akan menghadapi masalah yang lebih
sukar. Perkara asas ini penting untuk kemahiran dan memberi peluang mereka untuk
berfikiran imaginative.






Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5. Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok


Cadangan :

1. Guru perlu memastikan murid-murid yang bermasalah menjalani pengulangan
sebelum diteruskan ke topik lain.
2. Murid-murid lelaki dan perempuan perlu disatukan kumpulan untuk berkongsi
kefahaman mereka.
3. Bagi item 2, tugas guru kelas untuk memastikan murid ingat kembali apa yang
diajar pada tahun 4.
4. Bagi item 3, guru boleh menambahbaik penagajaran dengan menggunakan
BBM, multimedia dan mmebuat inovasi untuk memudahkan penagajaran dan
murid mudah faham.
5. Majoriti guru mengahadapi masalah ini, jadi subjek ini boleh diberikan masa
dengan lebih banyak kerana mungkin masa yang diperuntukkan tidak
mencukupi.

Tempoh masa :
Menambah jam kredit untuk subjek ini, dan subjek yang mudah dikurangkan jam kredit.

Tindikan susulan :

Melakukan inovasi untuk memudahkan murid memahami subjek yang sukar, selain
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dengan murid-murid.

Penilaian kejayaan :

Pengajaran guru, boleh difahami guru dan murid boleh membuat projek yang
melibatkan elektik dan elektronik.


Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5. Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
J URNAL REFLEKTIF
MINGGU KEEMPAT
(20 APRIL 24 APRIL 2014)

Masalah :
Pada minggu kedua menjalani praktikum, masalah yang saya kenalpasti kritikal
pengawalan murid ketika mengadakan projek sama ada dalam kumpulan kecil atau
besar.

Analisis :
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :

1. Murid tidak diberi amaran dan penegasan oleh guru berkaitan keselamatan
semasa melaksanakan projek.
2. Suasana berkumpulan yang terdiri dari bukan kawan rapat dan sama jantina
serta monopoli kerja.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar saya kemungkinan tidak akan Berjaya
dalam subjek ini.

Cadangan :

1. Bagi item pertama, guru perlu memberi penegasan kepada murid sebelum
masuk bengkel dan semasa sebelum bermula projek. Guru perlu memberi
amaran kepada murid dan tindakan keras akan diambil.
2. Bagi item kedua, murid perlu dipisahkan dari kumpulan kebiasaan dan elakkan
kumpulan yang terlalu ramai.

Mohd Abdul Aziz bin Azmee, PISMP RBT SEM 5. Praktikum fasa 1 SK Bandar Baru Sintok



3. Bagi item 2 juga, walaupun percampuran jantina boleh mengurangkan keaktifan
murid, tetapi murid dalam kumpulan sama jantina dapat membuat sesuatu yang
lebih baik dan mengelak monopoli kerja.
4. Item ketiga, murid yang berada dibelakang kelas perlu dipindahkan ke hadapan
dan guru selalu bertanya dan berinteraksi dengan mereka untuk membuang rasa
asing dalam diri mereka.


Tempoh masa :

Projek perlu dilaksanakan mengikut masa yang tetap walaubagaimanapun bergantung
kepada jenis murid.

Tindikan susulan :

Saya boleh membuat projek fasa 1 separuh kelas, fasa 2 untuk lagi separuh kelas pada
masa rehat atau selepas kelas.

Penilaian kejayaan :

Penilaian kejayaan, diukur setelah murid dapat menyiapkan projek dengan jayanya
tanpa berlaku kemalangan dan murid dalam keadaan terkawal semasa melaksanakan
projek.

You might also like