Professional Documents
Culture Documents
RPT Inovasi Tahun 4 Sains
RPT Inovasi Tahun 4 Sains
KPR 3974
LATIHAN MENGAJAR
TAJUK
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN INOVASI
KUMPULAN : UPSI 283
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
RIZAL BIN OSMAN D20102040998 013-3843929
NAMA TUTOR E-LEARNING : Prof. Madya Dr. Maria Binti Salih
TARIKH SERAH: 12 APRIL 2014
ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Halaman
1 Rancangan Pengajaran Harian Inovasi 1- 6
2 Lampiran 1 Bahan Inovasi
Kotak Peka Cahaya
7
3 Lampiran 2
Lembaran kerja 1
Lembaran kerja 2
Lembaran kerja 3
Lembaran kerja 4
8-9
10
11
12
1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INOVASI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS
TAHUN 4
Mata Pelajaran : Sains
Tema : Sains Hayat
Tajuk : Proses Hidup Tumbuhan
Sub tajuk/ kemahiran : Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
Tarikh : Dijalankan selama 2 minggu
Masa : 1 Jam
Kelas : 4 Mawar
Bil. Murid : 25 Orang
Standart Kandungan : 5.1 Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
Standart Pembelajaran : . 5.1.1 Membuat kesimpulan bahagian tumbuhan yang bergerak
balas terhadap rangsangan dengan menjalankan penyiasatan iaitu :
akar bergerak balas terhadap air
akar bergerak balas terhadap graviti
pucuk, daun dan bunga bergerak balas terhadap cahaya
daun bergerak balas terhadap sentuhan
5.1.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan
Hasil Pembelajaran : A. Menguasai isi kandungan
1. Memahami bahawa tumbuhan bergerak balas terhadap
rangsangan cahaya
2. Mengenalpasti bahagian tumbuhan yang bergerakbalas
terhadap cahaya
B. Membina Kemahiran Saintifik, berfikir dan strategi berfikir
1. Murid dapat mengenalpasti jenis biji benih yang digunakan.
2. Murid dapat meramal apa yang akan terjadi kepada biji
benih selepas seminggu.
3. Berkomunikasi menerusi perbincangan dan merekod
maklumat dapatan kajian bersama rakan dan guru
2
C. Mengamalkan sifat saintifik dan nilai murni
1. Berhati-hari semasa menggunakan radas terutama radas
yang diperbuat
daripada kaca
2. Melibatkan diri secara aktif di dalam kumpulan
3. Bekerjasama, hormat menghormati dan mendengar arahan
daripada guru dan ketua kumpulan di dalam aktiviti
pembelajaran
4. Berkomunikasi menerusi perbincangan dan merekod
maklumat dapatan kajian bersama rakan dan guru.
5. Membersih dan menyimpan radas selepas digunakan.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
1. Mengenalpasti adakah bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga dan
batang bergerak balas terhadap rangsangan daripada cahaya
matahari dengan menjalankan penyiasatan.
2. Menjelaskan pemerhatian melalui lisan dan penulisan.
Konsep/Prinsip/hukum/Teori
1. Cahaya merupakan keperluan asas bagi tumbuhan
2. Tumbuhan yang ditanam dikawasan gelap akan tertarik kearah
cahaya.
Pendekatan : Berpusatkan murid, berkumpulan
Strategi pengajaran : Konstruktivisme
Kemahiran Proses Sains : Memerhati, berkomunikasi, merekod
EMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teknik : Inkuiri penemuan
Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui setiap benda hidup mempunyai cara
tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan
Penerapan nilai : kerjasama dan bantu membantu
3
Langkah berjaga-jaga : 1. Berhati-hati semasa memasukkan kapas dan biji benih ke
dalam bekas.
2. Susun radas dengan kemas dan teratur
3. Elakkan daripada berebut-rebut semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan yang boleh mengakibatkan kecederaa
4.Patuhi arahan guru disepanjang ujikaji sedang dijalankan
ABM : Bekas plastik, kapas, kotak, biji benih kacang hijau,
lembaran kerja
Kaedah : Perbincangan, simulasi, eksperimen
Inovasi : Kotak Peka cahaya
4
Fasa Isi
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti PdP minggu pertama
Set
Induksi
(5
Minit)
Rangsangan
tumbuhan
melalui
sentuhan.
1. Guru memberi salam dan memastikan murid
bersedia untuk belajar
2. Guru meminta murid untuk memberi perhatian
terhadap apa yang akan diajar oleh guru
3. Guru menayangkan video kepada murid.
4. Soal jawab antara guru dan murid
a. Pokok apakah yang kamu lihat di dalam video
tersebut?
Pokok semalu
b. Apakah yang terjadi kepada pokok tersebut
apabila disentuh ?
Daunnya menguncup
c. Mengapa keadaan ini berlaku ?
Sebagai langkah melindungi diri
d. Selain sentuhan, apakah bentuk rangsangan
pada tumbuhan yang kamu ketahui
Rangsangan terhadap cahaya dan air
5. Guru mengaitkan aktiviti dengan topik pelajaran
hari ini iaitu rangsangan terhadap cahaya
ABM : Video
dari youtube
(http://www.yo
utube.com/wat
ch?v=0o18UU
SJgQA)
EMK :
Teknologi
maklumat dan
komunikasi
Strategi :
penyoalan
seluruh kelas
KPS:
Berkomunikasi
PSA : Murid
mengetahui
pokok semalu
menguncupkan
daunnya
apabila
disentuh.
Pencetusan
idea
(25 minit)
1 Guru menunjukkan kepada murid sekeping gambar
tumbuhan kepada murid
Aktiviti:
Perbincangan,
Ujikaji
Kaedah :
Inkuiri
penemuan
Nilai murni :
bekerjasama,
tolong
menolong
KPS :
5
Soal jawab antara guru dan murid
a. Apakah yang dapat kamu perhatikan ?
Pucuk pokok menghala ke arah cahaya matahari
b. Mengapakah keadaan ini berlaku ?
Pokok tertarik pada cahaya matahari
3. Bagi membuktikan perkara ini satu eksperimen
menggunakan bahan inovasi iaitu kotak peka cahaya
akan dijalankan
4. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.
5. Bahan ujikaji diedarkan bersama lembaran kerja 1
6. Guru menerangkan kepada murid langkah yang perlu
dilakukan
7. Hasil ujikaji akan dapat diperhatikan selepas
seminggu
8. Murid diminta untuk mengemaskan makmal dan
meletakkan kotak peka cahaya berhampiran tingkap.
9. Aktiviti PdP berakhir
Memerhati,
berkomunikasi
ABM :
Lembaran
kerja 1, bekas
plastik, kapas,
kacang hijau,
kotak peka
cahaya.
Aktiviti PdP minggu kedua
Fasa Isi
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Penstruktur
an semula
idea (15
minit)
Pemerhatian
hasil ujikaji
1. Guru mengarahkan murid duduk di dalam kumpulan
dan mengambil hasil ujikaji yang telah dijalankan
2. Guru meminta murid untuk menjalankan pemerhatian
terhadap tumbuhan yang tumbuh di dalam kotak peka
cahaya.
3. Soal jawab antara guru dan murid
a. Apakah yang dapat kamu perhatikan ?
pucuk pokok keluar melalui lubang pada kotak
b. Mengapakah keadaan ini berlaku ?
Pokok tertarik pada cahaya diluar kotak.
c. Mengapakah cahaya matahari diperlukan oleh
tumbuhan ?
sebagai sumber makanan/untuk membina makanan/untuk
menjalankan proses fotosintesis
Aktiviti :
Perbincangan
KPS:
Berkomunikasi
, merekod
Nilai murni :
mematuhi
arahan
KBKK :
Membuat
kesimpulan
6
4. Guru meminta murid untuk melukis keadaan anak
pokok selepas seminggu di ruang yang disediakan pada
lembaran 1
5. Guru menerangkan bahawa tumbuhan memerlukan
cahaya matahari untuk membina makanan menerusi
proses fotosintesis. Selain cahaya matahari, tumbuhan
juga memerlukan udara dan air sebagai sumber bagi
membina makanan.
6. Guru juga menerangkan bahawa tumbuhan tidak
mampu bergerak dan perlu membina makanan sendiri
berbanding manusia dan haiwan yang mampu bergerak
dan boleh mencari makanan.
Aplikasi
idea
(10 Minit)
Tumbuhan
bergerakbalas
terhadap
rangsangan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 2 kepada murid.
2. Guru meminta murid menjawab soalan yang diberikan
pada lembaran 2. Perbincangan adalah dibenarkan
3.Guru dan murid berbincang mengenai jawapan pada
lembaran kerja yang diberikan.
Kaedah :
Penyoalan
KPS :
Berkomunikasi
ABM :
Lembaran
kerja 2
Penutup
(5 minit)
Rumusan
Tumbuhan
bergerak balas
terhadap
rangsangan
daripada
1. Air
2. Udara
3. Cahaya
matahari
4. Sentuhan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 3 kepada murid
pengayaan dan lembaran kerja 4 kepada murid
pemulihan
2. Guru meminta murid untuk meneliti arahan pada
lembaran kerja. Penerangan daripada guru untuk kedua-
dua lembaran kerja dilakukan
3. Guru meminta murid untuk menjawab soalan pada
tugasan 3 dan 4 dirumah dan menghantar tugasan
berkenaan pada esok hari.
4. Guru membuat rumusan bahawa tumbuhan
bergerakbalas terhadap rangsangan sebagai satu
mekanisme melindungi diri dan sebagai langkah untuk
mendapatkan sumber bagi membina makanan.
ABM :
Lembaran
kerja 3 dan 4
Nilai murni:
Patuh pada
arahan
Strategi : kerja
rumah
7
LAMPIRAN 1
BAHAN INOVASI KOTAK PEKA CAHAYA
8
LAMPIRAN 2 : Lembaran Kerja
LEMBARAN KERJA 1
Jalankan aktiviti seperti yang telah dinyatakan di dalam lembaran ini. Pastikan aktiviti
dijalankan secara berkumpulan dan bekerjasama
Bahan
1. Kotak peka cahaya 2. Kacang hijau 3. Bekas plastik 4. Kapas
Arahan
1. Basahkan kapas sehingga menjadi lembab.
2. Masukkan kapas lembab ke dalam bekas plastik.
3. Masukkan 2 biji kacang hijau ke dalam bekas plastik.
4. Letak bekas plastik di dalam kotak peka cahaya.
5. Tetak kotak peka cahaya dengan lubang kecilnya berada ditepi tingkap yang dan
berhampiran cahaya matahari.
6. Buat pemerhatian pada biji benih selepas seminggu
7. Catat pemerhatian kamu pada ruang yang disediakan
Pemerhatian
1. Keadaan awal biji benih selepas disemai
9
2. Keadaan pokok selepas seminggu
10
LEMBARAN KERJA 2
Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang di jalankan oleh murid tahun 4 Mawar
menggunakan kotak peka cahaya. Biji benih disemai di dalam kotak peka cahaya dan hasil
semaian diperhatikan setelah seminggu
Rajah 1
1. Dalam penyiasatan ini, nyatakan
a. Pembolehubah yang dimalarkan
______________________________________________________________
b. Pembolehubah yang dimanipulasi
_____________________________________________________________
c. Pembolehubah yangbergerakbalas
____________________________________________________________
2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Pokok kacang
hijau
Kotak peka
cahaya
11
LEMBARAN KERJA 3
12
LEMBARAN KERJA 4
Cari perkataan berkaitan rangsangan pada tumbuhan pada teka silangkata berikut. Warnakan
jawapan kamu.