Isipadu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

Menganggar dan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit


piawai dan unit bukan piawai
Isipadu cecair adalah merujuk kepada jumlah atau kuantiti cecair yang dapat
memenuhi sesuatu bekas. Dalam bidang matematik, cecair diukur dalam 2 bentuk
unit pengukuran iaitu unit piawai dan unit bukan piawai.
Unit piawai ialah ukuran yang telah diterima di peringkat antarabangsa. Pada
zaman kini, alatan untuk mengukur isipadu cecair dengan lebih tepat dan konsisten
dicipta. Alatan-alatan tersebut seperti silinder penyukat dan bikar. Alat-alat ini
mempunyai ukuran dan unit yang diiktiraf antarabangsa. Antara unit piawai isipadu
cecair adalah liter dan milliliter
Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran secara rawak yang digunakan sebagai
unit bagi mengukur isipadu cecair. Ukuran- ukuran ini tidak praktikal dan konsisten
untuk diguna pakai. Unit bukan piawai adalah mengikut alat pengukurannya.
Contohnya, jika sudu diguna sebagai alat ukuran, unitnya adalah setengah sudu,
sesudu, dua sudu dan seterusnya. Unit-unit bukan piawai ini masih lagi digunakan
pada hari ini. Contoh yang paling mudah ialah jumlah pengambilan ubat cecair dan
sukatan beras untuk memasak nasi.

Penganggaran dan penyukatan isipadu cecair dalam unit bukan piawai
Hasil Pembelajaran : Menganggar dan menyukat isipadu cecair dengan unit bukan
piawai.
Bahan : : baldi, cawan, sudu
Prosedur:
1. Guru mempekenalkan unit bukan piawai (contoh baldi, cawan, sudu)
2. Murid dalam kumpulan kecil menyukat 500ml air dalam baldi dengan unit bukan
piawai
3. Murid menyemak anggaran dengan menyukat air dalam baldi dengan unit bukan
piawai.
4. Bincang idea penyukatan dan penggunaan unit bukan piawai untuk menyukat air
dalam baldi
5. Bincang masalah penggunaan unit bukan piawai dan keperluan unit piawai.

500ml
x ? x ?
Penganggaran dan penyukatan isipadu cecair dalam unit piawai
Hasil pembelajaran : Mengenal pasti unit milliliter dan liter
Bahan : Silinder penyukat, baldi
Prosedur
1. Minta murid menganggar isipadu air dalam baldi
2. Semak anggaran murid dengan menggunakan silinder penyukat.
3. Dalam kumpulan kecil, murid memenuhi 0.5liter/500ml air dalam baldi dengan
menggunakan silinder penyukat.
4. Murid berkongsi dapatan dengan rakan-rakannya.
5. Minta murid untuk menganggar berapa banyak jumlah cawan dan sudu mereka
yang diperlukan untuk mendapatkan 0.5liter/500ml air ke dalam baldi.
6. Minta murid menyemak anggaran mereka dengan bantuan silinder penyukat.
7. Bincang soalan berikut bersama murid:
Adakah bilangan sudu dan cawan anda isipadunya tepat 500ml?Jika tidak
apakah anda lakukan
Dalam kumpulan anda siapakah yang memerlukan bilangan sudu dan baldi
yang paling banyak? Kenapa?
Dalam kumpulan anda siapakah yang memerlukan bilangan sudu dan baldi
yang paling kurang? Kenapa?

You might also like