Peraturan Dan Arahan Perkhemahan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

5

PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN


A. ARAHAN UMUM
i. Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifar latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti disepanjang
perkhemahan.
ii. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan /
Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa perkhemahan.
iii. Semua peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar sehingga arahan bersurai / tamat perkhemahan.
iv. Semua perkhemahan perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran daripada guru penasihat.
v. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing
dan dilarang bertukar kumpulan.
vi. Bagi peserta Islam,solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam,sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian.
vii. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan
hormat diutamakan.
viii. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham antara satu sama lain
khasnya antara kaum dan kumpulan.
ix. Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali silaturahim disepanjang
perkhemahan.

B. URUSETIA: BERSEDIA MEMBANTU
1. Terdiri daripada Guru Penasihat dan AJK Tertinggi ( Pelajar)
2. Urusetia secara bersama menyediakan perkhidmatan perubatan dan pertolongan
cemas.
SILA LAPOR DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK URUSETIA JIKA
BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN

6

C. KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
1. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar
diputuskan.
2. Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
atas kebenaran guru penasihat.
3. PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa atau menyimpan
ataupun menggunakan telefon bimbit semasa aktiviti sedang dijalankan.

D. KESELAMATAN: UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA
1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
2. Jika berlaku kecemasan, wisel akan dibunyikan panjang dan berterusan serta
diikuti dengan arahan / arah pergerakan.
3. PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

E. AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB
1. Semua jenis senjata,termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam
khemah peserta (perlu disimpan di bawah penyeliaan guru penasihat)
2. Dadah,minuman keras dan rokok di tegah daripada dibawa masuk atau
menyimpan ataupun bersubahat/ bekerjasama menyimpan di kawasan
perkhemahan , diamalkan dan apa sahaja yang berkaitan dengannya.
3. Semua bentuk perjudian dan pertaruhan adalah dilarang sama sekali.
4. Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah.
5. Kawasan perkhemahan Puteri adalah dilarang bagi peserta Putera dan
sebaliknya.
6. Tindakan Keras dan Tatatertib akan dikenakan jika terdapat peserta yang
ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas ada disengajakan ataupun
tidak disengajakan.



7

F. PAKAIAN
LELAKI - Pakaian formal/ baju kemeja lengan panjang /pendek yang
berkolar/t-shirt yang berkolar seluar slack / JEANS TIDAK
DIBENARKAN
PEREMPUAN - Pakaian formal / baju punjabi suit/ pakaian yang
bersesuaian dan tidak menjolok mata / JEANS TIDAK
DIBENARKAN
Semua pelajar dikehendaki memakai kasut yang sesuai untuk aktiviti aktiviti
yang formal dan tidak formal(kasut bertutup/sport shoe)
Selipar hanya untuk penggunaan tandas.
Pakaian dan kasut mestilah mengikut aktiviti.PERATURAN

G. KEBERSIHAN:
Kawasan luar /dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
1. Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
2. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawantankuasa Kebersihan
3. Sampah hendaklah dibuang ditempat yang disediakan
4. Dilarang menebang, mencatas atau mematah sebarang pokokdi kawasan
perkhemahan atau sekitarnya.
5. Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan
teratur sebelum solat bermula.
6. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah
kegunaan ramai dan bersama
7. Bagi kaum wanita sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.

You might also like