Unit 1 Semikonduktor

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 1

unit 1:
Mempelajari dan memahami
ciri-ciri dan sifat elektrik
separuh pengalir
Mentakrif separuh pengalir
dan menyatakan silikon dan
Germanium adalah bahan
separuh pengalir
Menyatakan ciri-ciri bagi
separuh pengalir jenis-N dan P
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 2


1.1 APAKAH SEPARUH PENGALIR DAN CONTOH-CONTOHNYA :
Untuk memudahkan kita mengenali sifat separuh pengalir, kita harus
mengkaji struktur atom sesuatu bahan terlebih dahulu.
1.0 PENGENALAN
Unit ini merupakan unit permulaan bagi modul ini yang mengandungi 11
unit keseluruhannya. Diharap anda dapat memahami keseluruhan unit-unit
secara berperingkat.
Dalam unit ini, kita akan lebih membincangkan tentang ciri-ciri dan sifat
elektrik separuh pengalir kerana ia banyak digunakan dalam litar elektronik
dan sering bersangkutan dengan kehidupan harian kita.
Struktur atom adalah satu elementerkecil bagi sesuatu bahan. Model
struktur atom telah diperkenalkan oleh Niels Bohr dalam tahun 1913.
Menurut model tersebut, elemen yang bercas negatif bergerak dalam
bentuk bulatan atau elips yang mengelilingi satu nukleas bercas positif.
( Rujuk Rajah 1.0a ) :
Elektron ( bercas negatif (-))
Nukleas i. Proton ( bercas positif +)
ii. Neotron ( Nuetral )
Rajah 1.0 : Elektron mengelilingi nukleas
.. Selamat Mencuba
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 3

Tahukah A nda ?
.Bahawa .jumlah bilangan
proton di nukleas dan elektron
yang mengelilingi nukleas bagi
setiap atom adalah sama.
1.1.1 Struktur Atom
Dalam atom, terdapat maksimum 7 lapisan orbit ( atau petala ).
Setiap Lapisan dikenali sebagai lapisan K, l, M, N, O, P dan Q
( Atau 1-7 ). Bilangan maksima elektron dalam satu orbit ditentukan
oleh rumus :
2 x n
2
n ialah nombor kedudukan
lapisan
jadi bilangan maksima elektron bagi setiap lapisan ialah :
Lapisan K ( 1 ) : 2 x 1
2
= 2
Lapisan L ( 2 ) : 2 x 2
2
= 8
Lapisan M ( 3 ) : 2 x 3
2
= 18
Lapisan N ( 4 ) : 2 x 4
2
= 32
Lapisan O ( 5 ) : 2 x 5
2
= 50
Lapisan P ( 6 ) : 2x 6
2
= 72
Lapisan Q ( 7 ) : 2 x 7
2
= 98
Contoh 1 :
Aluminium mengandungi 13 elektron jadi tentukan bilangan elektron
yang terdapat bagi setiap lapisan. :
+13
Lapisan K : 2 elektron
Lapisan L : 8 elektron
Lapisan M: 3 elektron
( bilangan maksima elektron yang
boleh diisi dalam lapisan ini ialah 18
tetapi disebabkan baki elektron yang
tertinggal ialah 3 jadi elektron yang
terdapat dalam lapisan ini hanyalah 3 )
2 +8 +3 =13
+1
Elektron
Nukleas :
Mengandungi
Proton &
Nuetron
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 4

Lapisan yang paling luar bagi satu atom dinamakan lapisan valens
dan elektron pada lapisan ini dikenali sebagai elektron valens ( ia
merupakan pembawa arus ). Lapisan ini tidak akan memuatkan lebih
daripada 8 elektron valens. Bilangan elektron vales inilah yang akan
menentukansifat elektrik sesuatu bahan.
( Rujuk jadual 1.0b ) :
Kandungan Sifat
Bahan
Catatan
1 - 3 elektron
valens
Pengalir Boleh mengalirkan arus elektrik.
Mempunyai rintangan yang
rendah untuk memudahkan
pengaliran arus
Atomnya cenderung untuk
melepaskan elektron valensnya
dan menjadi elektron-elektron
yang bebas bergerak dari satu
atom ke atom yang lain.
5 8 elektron
valens
Penebat Tidak boleh mengalirkan arus
elektrik.
Mempunyai kerintangan yang
tinggi .
Atomnya cenderung untuk
menerima elektron vales
daripada atom yang lain bagi
memenuhkan lapisan valens dan
menjadikania sebagai atom
stabil dan mampu menghindar
dari sebarang aktiviti elektrik atau
kimia.
4 elektron
valens
Separuh
pengalir
Keadaannya adalah di antara
perantaraan Pengalir dan
Penebat.
Tidak mudah untuk membuang
/ menerima elektron valens
daripada atom yang lain.
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 5

1.1.2 Silikon Dan Germanium sebagai Contoh Separuh Pengalir.
Selepas ini kita akan melihat lebih lanjut mengenai separuh pengalir
kerana ia banyak digunakan dalam pembuatan komponen-
komponen elektronik (contohnya diod, transistor dan litar bersepadu).
Dalam pembuatan, dua bahan separuh pengalir yang sering
digunapakai ialah Silikon dan Germanium.
Cuba kita lihat struktur atom bagi Silikon dan Germanium. (Rujuk
rajah 1.2 dan 1.3).
Dari rajah, kita dapat melihat pada lapisan terakhir (lapisan valens)
kedua-dua atom berikut mengandungi 4 elektron valens. Untuk
makluman anda, elektron valens adalah pembawa arus.
Seandainya satu-satu atom yang mempunyai 4 elektron valens ia
dianggap tidak stabil. Ia akan cuba melengkapkan elektron valensnya
dari 4 e.v ke 8 e.v dengan cara mengikut atom lain dan berkongsi
elektron. Perkongsian elektron ini disebut Ikatan Kovelen.
Rajah 1.2
Struktur Atomik bagi
Silikon
Rajah 1.3
Struktur Atomik bagi
Germanium
lapisan valens
yang mengandungi
4 elektron valens
14
32
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 6

1.1.2.1 Ikatan Kovalen :
Rajah 1.4 , menunjukkan susunan atom atom silikon.
(Oleh sebab keadaan yang menentukan sifat separuh
pengalir atau tidak adalah bergantung kepada
elektron valens di lapisan valens sahaja, maka kita
ringkaskan rajah dengan hanya melukis bahagian
lapisan luar sahaja)
Cuba anda bilang jumlah elektron yang terdapat pada
atom silikon di bahagian tengah yang telah berkongsi
semua elektronnya dengan atom jiran. Kita akan
mendapati ia kelihatan seolah-olah mempunyai 8
elektron valens.
Ini menjadikan setiap setiap atom itu stabil dan
ikatannya teguh. Ia akan berkelakuan seolah-olah
penebat pada suhu bilik. Tetapi terdapat beberapa
faktor yang dapat mengganggu kestabilan atom
tersebut iaitu : Faktor haba, kenaikan suhu,
bezaupaya dan proses serapan.
Seandainya satu voltan kecil diberikan melintasi
bahan ini, hanya arus kecil akan terbina ( sedikit
elektron terbebas ). Tiba-tiba suhu meningkat,
banyak elektron akan meninggalkan ikatan . Pada
masa yang sama voltan kecil tadi masih terus
dibekalkan, ini akan menyebabkan ada arus
mengalir ( pergerakan elektron bebas ). Pada masa
ini ia akan bersifat seolah-olah pengalir.
Si
Si
Si Si Si
Rajah 1.4 : Ikatan Kovalen
Si
Si
Si
Si
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 7

J ika dibandingkan diantara silikon dan germanium, silikon boleh
menerima haba yang lebih sebelum ia menjadi pengalir. Ini akan
dapat mengelakkan komponen yang menggunakan separuh pengalir
ini dari mudah rosak.
J adi oleh kerana barangan pengguna memerlukan bekalan kuasa
masukan ( dan boleh menghasilkan haba ), kebanyakkan dari
komponen separuh pengalir diperbuat dari silikon.

Bilangan maksima elektron dalam satu-satu lapisan
ditentukan oleh rumus :
2 x n
2
Nilai elektron valens pada lapisan valens menentukan sifat
sesuatu bahan, samada pengalir, penebat atau separuh
pengalir.
- Pengalir : 1 3 e.v
- Penebat : 5 8 e.v
- Separuh Pengalir : 4 e.v
Sifat separuh pengalir berada di antara sifat penebat dan
Pengalir. Ia tidak mudah melepaskan elektron seperti
Pengalir dan Ia tidak mudah menerima elektron seperti
Penebat.
Contoh 2 separuh pengalir yang sering digunakan ialah
Silikon dan Germanium.
Ikatan Kovelen ialah perkongsian elektron valens satu
atomdengan elektron valen atom jirannya.
Ti ps Penti ng :
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 8

Sebelum anda ke i nput seter usnya, mar i ki ta uji kefahaman
anda dalam i nput i ni melalui soalan-soalan akti vi ti
di bawah
1a-1. Faktor apakah yang membezakan bahawa sesuatu bahan itu merupakan
pengalir, penebat atau separuh pengalir ?
1a-2. Padan suaikan gambarajah berikut dengan pasangan dan keterangannya .
1a-3. Atom __________dan ____________ mengandungi ____ elektron valens
dan ia adalah ________________. Ia cuba menjadi stabil dengan
____________ elektron dengan atom lain.
Helium
mengandungi
2 elektron.
PENGALIR
- boleh mengalirkan
arus.
- Rintangannya
rendah
- Elektron bebas
senang terlepas dari
ikatan.
Karbon
mengandungi
6 elektron
Germanium
mengandungi
32 elektron
L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
Fosforus
mengandungi
15 elektron
3
PENEBAT
SEPARUH
PENGALIR
- tidak boleh mengalirkan
- arus.
- Rintangannya tinggi
- Atomnya stabil
-Ciri-cirinya berada di
antara pengalir dan
penebat.
Ia tidak mudah
membuang atau
menerima elektron
valens dari atom lain.
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 9

1a-1. Faktor yang membezakan antara pengalir, separuh pengalir dan penebat
ialah bilangan elektron valens pada lapisan valens.
1a-2
1a-3. Atom Germanium dan Silikon mengandungi 4 elektron valens dan ia adalah
tidak stabil. Ia cuba menjadi stabil dengan berkongsi elektron dengan atom
lain.
Sekiranya anda telah memahami semua penerangan dalam input ini, bolehlah anda teruskan
ke input hadapan. Tetapi . Sekiranya tidak anda dinasihatkan berjumpa pensyarah anda
untuk mendapatkan penerangan tambahan kerana input hadapan adalah berdasarkan
pemahaman dari input ini.
Helium
mengandungi
2 elektron.
PENGALIR
- boleh mengalirkan
arus.
- Rintangannya
rendah
- Elektron bebas
senang terlepas dari
ikatan.
Karbon
mengandungi
6 elektron
Germanium
mengandungi
32 elektron
L1 : _2_
L2 : _-_
L3 : _-_
L4 : _-_
L5 : _-_
L6 : _-_
L7 : _-_
L1 : _2_
L2 : _4_
L3 : _-_
L4 : _-_
L5 : _-_
L6 : _-_
L7 : _-_
L1 : _2_
L2 : _8_
L3 : _4_
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
L1 : _2
L2 : _8_
L3 : _5_
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
Fosforus
mengandungi
15 elektron
3
+
+
PENEBAT
SEPARUH
PENGALIR - tidak boleh mengalirkan
- arus.
- Rintangannya tinggi
- Atomnya stabil
-Ciri-cirinya berada di
antara pengalir dan
penebat.
Ia tidak mudah
membuang atau
menerima elektron
valens dari atom lain.
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 10

1.2 CIRI CIRI SEPARUH PENGALIR JENIS-N DAN JENIS-P.
Bahan jenis N dan jenis P sebenarnya terbentuk dari hablur germanium dan
Silikon yang dicampur dengan atom-atom bendasing.
Sebelum itu, untuk lebih memahami tentang pembentukan kedua-dua bahan
ini, eloklah kita perhatikan dahulu beberapa perkara asas yang perlu
diketahui bagi pembentukan bahan N dan P :
1.2.1 Pembawa Arus Elektron bebas dan Hol :
Sekiranya Ikatan Kovalen terganggu kerana salah satu daripada
faktor yang disebutkan sebelum ini, terdapat elektron yang akan
terbebas dari ikatannya. ( rujuk rajah 1.5)
Oleh kerana elektron bercas negatif, maka elektron bebas ini
dikenali sebagai Pembawa Arus Negatif.
Elektron yang terbebas akan meninggalkan ruang kosong yang kita
sebut sebagai hol. Ruang ini bercas positif, jadi ia disebut sebagai
Pembawa Arus Positif.
Hol
Elektron Bebas
Rajah 1.5 : Kejadian Pembawa Arus
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 11

1.2.2 Semikonduktor Intrinsik :
Semikonduktor Intrinsik ialah semikonduktor tulin dan tidak
mengandungi unsur asing sedikitpun di dalamnya. Contohnya seperti
hablur Gemanium dan Silikon.
Semikonduktor Intrinsik ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan.
1.2.3 Semikonduktor Ekstrinsik :
Bahan semikonduktor tulin seperti yang diterangkan diatas, sekiranya
dicampurkan dengan bahan asing, ia akan menjadi tidak tulin lagi.
Dalam keadaan ini ia akan menjadi bahan yang banyak
kegunaannya.
Proses percampuran ini dikenali sebagai Proses serapan. Iaitu
proses memperbanyakkan salah satu pembawa arus (elektron bebas
atau hol) dalam semikonduktor .
Bendasing yang digunakan dikenali sebagai Trivalens (mempunyai 3
elektron valens) atau Pentavalens (mempunyai 5 elektron valens).
Contoh bendasing Trivalens ialah Aluminium, Boron, Galium dan
Indium manakala contoh bendasing Pentavalens ialah Antimoni,
Arsenik dan Fosforus.
Semikonduktor Ekstrinsik banyak digunakan dalam pembuatan
komponen-komponen semikonduktor seperti diod, transistor dan litar
bersepadu.
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 12

1.2.4 BAHAN JENIS-N :
Ia berlaku apabila semikonduktor tulin (contohnya Silikon) diserapkan
dengan atom bendasing pentavalen (mempunyai 5 e.v)(rujuk rajah
1.6):
Empat daripada 5 elektron valens atom bendasing akan membentuk
ikatan kovalen dengan atom-atom silikon tetapi terdapat satu elektron
lagi yang tidak mempunyai pasangan.
Elektron ini akan terlepas dari orbitnya dan menjadi elektron bebas,
iaitu pembawa arus negatif. Sekiranya lebih banyak bendasing
pentavalen diserap maka lebih banyak lagi elektron bebas (atau
pembawa arus negatif )
Oleh sebab inilah bahan ini dinamakan Bahan jenis-N.
Pada suhu amat rendah pembawa arus majoritinya ialah Elektron
bebas.
Pada suhu bilik akan terhasil sedikit hol dan dikenali sebagai
pembawa arus Minoriti.

Elektron Bebas
dari atom arsenik
Yang tidak
mempunyai
pasangan
Si
Ar
Si
Si Si
Si
Si Si Si
Si
Rajah 1.6
Silikon diserapkan dengan Arsenik
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 13

1.2.5 BAHAN JENIS-P :
Berbeza dengan bahan jenis-N, bahan jenis-P pula terhasil apabila
semikonduktor tulen diserapkan dengan bendasing Trivalens. (rujuk
rajah 1.7)
Dari rajah dapat kita lihat yang tiga atom silikon membolehkan satu
elektron valensnya membentuk ikatan kovelens tetapi satu lagi tidak
dapat kerana kekurangan elektron valens bendasing. Kekosongan ini
menyebabkan terbentuknya hol, iaitu pembawa arus Positif.
Lebih banyak atom bendasing trivalen diserap, makin banyak
pembawa arus positif, atas sebab inilah ia disebut bahan jenisP.
Pada suhu amat rendah, pembawa arus majoritinya ialah hol-hol dan
pada suhu amat tinggi, pembawa arus minoritinya ialah elektron.
Si
In
Si
Si Si
Si
Si Si Si
Si
Rajah 1.7
Silikon diserapkan dengan Indium
Hol
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 14

Persamaan Bahan Jenis N dan P :
- kedua-dua dibina daripada bahan mentah silikon atau germanium
- Kedua-dua dihasilkan melalui proses pendopan (serapan)
- Kedua-duanya mempunyai elekton bebas dan hol sebagai pembawa
cas.
FAKTA KUNCI :
SEMIKONDUKTOR
Semikonduktor tulen
Cth: Silikon & Germanium
Tidak istimewa
SEMIKODUKTOR
INTRINSIK
SEMIKONDUKTOR
EKSTRINSIK
Proses Serapan
Semikonduktor tulen yang
bercampur dengan bendasing
Terdapat 2 jenis bendasing:
Trivalens Pentavalen
-atom mempunyai 3 e.v
-Cth : Aluminium & Indium
-atom mempunyai 5 ev
-Cth :Antimoni & Arsenik
Trivalen +
Semikonduktor
Tulen
Pentavalen +
Semikkonduktor
Tulen
Bahan Jenis-P Bahan Jenis - N
Pembawa arus Majoriti Hol
Pembawa arus Minoriti - Elektron
Pembawa arus Majoriti
-Elektron
Pembawa arus Minoriti -
Hol
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 15

A nda telah sampai ke akhi r uni t 1b, mar i ki ta uji
kefahaman anda dengan menjawab si langkata di bawah.
Pasti kan anda ti dak mer ujuk jawapan di belakang
sebelum anda selesai menjawab :
1b-1 . Elektron bebas dikenali sebagai Pembawa Arus _____________
1b-2 . Ruang kosong yang disebut hol dikenali sebagai Pembawa Arus
___________
1b-3 . Bahan jenisN dan P dapat dihasilkan melalui Proses __________.
1b-4 . Bahan jenis N dihasilkan melalui percampuran Semikonduktor tulen
dan bendasing _______________.
1b-5 . Bahan jenis P dihasilkan melalui serapan semikonduktor tulen dengan
bendasing _______________.
1b-6 . Untuk bahan jenis-N Pembawa arus majoriti ialah _____________
Pembawa arus minoriti ialah _____________
1
3
5
2
4
7
6
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 16

Si la semak jawapan anda, seki r anya anda ti dak pasti
pada satu-satu per kar a, cuba r ujuk i nput semula untuk
mencar i kepasti an .
N
E
S G
E A
R T T
A I R
P O S I T I F I
A P E N T A V A L E N
N A
H L
O E
E L E K T R O N B E B A S
Tahni ah ..anda telah sampai ke penghujung uni t 1. Si la ter us
kebahagi an peni lai an kendi r i untuk lati han-lati han menguji
kefahaman anda seter usnya
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 17

Anda tel ah menghampi r i kejayaan. Si l a cuba semua
soal an dal am peni l ai an kendi r i i ni .. Pasti kan anda
menyemak jawapan di bel akang setel ah anda sel esai
menjawab .
Sel amat mencuba
SOALAN 1 :
Lukiskan rajah struktur atom bagi :
a) Germanium yang mempunyai no atom 32.
b) Silikon yang mempunyai no atom 14.
Serta nyatakan sifat bahan-bahan tersebut .
SOALAN 2 :
Apakah Ikatan Kovelen dan lukiskan rajah yang menunjukkan Ikatan kovelen bagi
Germanium.
SOALAN 3 :
Berikan 4 faktor yang membolehkan elektron terbebas dari ikatan Kovelen.
SOALAN 4 :
Untuk membolehkan bahan jenis N dan terhasil, semikonduktor tulen perlu
diserapkan dengan bendasing. Apakah bendasing itu dan terangkan setiap satu
dan berikan contoh rajah yang menerangkan semikonduktor tulen yang diserapkan
dengan salah satu bendasing.
SOALAN 5 :
PENILAIAN KENDIRI
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 18

Nyatakan pembawa arus majoriti dan minoriti bagi bahan jenis N dan P .
Si l a semak jawapan anda. Seki r anya ter dapat
soal an- soal an yang anda ti dak faham, anda har us
ber jumpa dengan pensyar ah anda untuk
mendapatkan pener angan yang l anjut.
JAWAPAN SOALAN 1 :
1.
Kedua-dua bahan adalah separuh pengalir kerana kedua-duanya
mempunyai 4 elektron valens. Sifat bahannya adalah ia tidak mudah
melepaskan elektron semudah pengalir dan ia juga tidak mudah menerima
elektron semudah penebat.
JAWAPAN SOALAN 2 :
2. Ikatan Kovelen ialah proses perkongsian elektron valens sesuatu atom
dengan elektron valens atom jirannya untuk membuatkan satu-satu atom itu
berada dalam keadaan stabil.
Struktur Atomik
bagi Silikon
Struktur Atomik
bagi Germanium
14
32
Si
Si
Si Si Si
Ikatan Kovalen
Si
Si
Si
Si
MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
SEPARUH PENGALIR E1002 / UNIT 1 / 19

JAWAPAN SOALAN 3 :
3. Faktor yang membolehkan elektron terbebas dari ikatan kovelen ialah:
i. Haba
ii. Beza Upaya
iii. Kenaikan suhu
iv. Proses Serapan.
JAWAPAN SOALAN 4 :
4. Bendasing yang dimaksudkan ialah atom-atom lain yang mempunyai 5 dan
3 elektron valens. Kita namakan ia Bendasing Trivalens ( 3 e.v ) dan
Bendasing Pentavalens ( 5 e.v )
Contoh Bendasing Trivalens ialah Aluminium, Boron, Galium, Indium.
Contoh Bendasing Pentavalens ialah Antimoni, Arsenik, Fosforus.
JAWAPAN SOALAN 5 :
5. Bahan J enis N : Pembawa Arus Majoriti : Elektron Bebas
Pembawa Arus Minoriti : Hol
Bahan J enis P : Pembawa Arus Majoriti : Hol
Pembawa Arus Minoriti : Elektron Bebas.
Si
In
Si Si Si
Si
Si
Si Si
Si
Silikon diserapkan dengan Indium
hol

You might also like