Huraian Big Book

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

CARA PENGGUNAAN BIG BOOK KISAH SANG KERBAU, SANG BUAYA DAN

SANG KANCIL
Pertama guru akan bercerita dengan menggunakan Big Book kisah Sang
Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil. Sebelum bercerita guru akan mengumpulkan
murid-murid di hadapan kelas dan menyuruh mereka duduk dalam bulatan mengelilingi
guru. Guru akan memulakan penceritaan dengan menggunakan Big Book. Semasa
bercerita guru akan menggunakan gambar-gambar yang menarik daripada Big Book
untuk menarik perhatian murid. Saiz gambar yang guru gunakan di dalam Big Book
agak besar, ini adalah untuk membolehkan murid mendapat gambaran yang lebih jelas.
Saiz tulisan yang guru gunakan di dalam Big Book adalah agak besar. Ini adalah untuk
memudahkan murid-murid membaca ayat-ayat tersebut. Guru juga akan mengajukan
soalan kepada murid semasa bercerita untuk menguji kefahaman mereka. Di samping
itu mereka juga dapat menceritakan perkara yang didengar menggunakan ayat yang
mudah untuk mencapai objektif pengajaran guru iaitu murid dapat menceritakan semula
perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.

Kedua, berdasarkan kepada Big Book tersebut guru menyediakan topeng
Kerbau, Buaya dan Kancil kepada murid. Murid akan dipilih secara rawak seramai 3
orang untuk mengenakan topeng haiwan Kerbau, Buaya dan Kancil di hadapan kelas.
Murid akan melakonkan watak haiwan-haiwan yang terdapat dalam Big Book sambil
dipantau oleh guru. Objektif yang ingin guru perolehi nanti ialah murid-murid dapat
meningkatkan kemahiran lisan mereka. Kemudian sesi soal jawab akan dilakukan
berdasarkan cerita yang terdapat dalam Big Book untuk menarik minat dan
pengetahuan murid berkenaan tema yang akan guru ajar iaitu kisah Sang Kerbau, Sang
Buaya dan Sang Kancil.

Seterusnya guru membimbing murid-murid membaca ayat-ayat di dalam cerita
Kisah Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil dengan intonasi yang betul. Aktiviti
bacaan ini guru mulakan dengan membimbing murid-murid membaca cerita Kisah Sang
Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil di dalam Big Book yang disediakan oleh guru.
Guru memperdengarkan bacaan Kisah Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil
dengan sebutan dan intonasi yang betul melibatkan nada yang tidak mendatar, intonasi
yang sesuai, sebutan baku dan berhenti di tempat yang ada koma dan noktah kepada
murid-muridnya. Kemudian guru menyuruh mereka membaca beramai-ramai, secara
kumpulan dan seterusnya secara individu. Guru akan menyemak dan memerhatikan
bacaan mereka. Objektif yang guru gariskan ialah murid dapat membaca teks dengan
sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan guru. Setiap ayat dan
suku kata yang terdapat dalam Big Book tersebut guru warnakan suku katanya dengan
warna yang berlainan. Ini adalah sebagai panduan untuk memudahkan murid-murid
membaca dan mengeja ayat-ayat di dalam cerita tersebut supaya lebih menarik.

Selain itu guru membimbing murid membanding beza watak dan perwatakan
dalam cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil yang terdapat dalam Big
Book. Bagi watak Sang Kerbau perwatakannya ialah baik hati dan suka menolong
haiwan lain. Manakala perwatakan Sang Buaya yang tidak mengenang budi dan
perwatakan Sang Kancil yang baik hati dan pintar. Tambahan lagi guru boleh
menggunakan kaedah soal jawab semasa murid membanding beza watak dan
perwatakan Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil. Daripada soal jawab dan
perbincangan guru boleh menyuruh murid untuk melakonkan perwatakan binatang yang
terdapat di dalam cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil . Murid diberi
peluang oleh guru untuk melakonkan watak Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil
dengan bimbingan guru.

Akhir sekali, guru akan bertanya kepada murid berkenaan isi cerita yang terdapat
dalam Big Book dan pembelajaran yang telah mereka perolehi pada hari ini. Kemudian,
penerapan nilai-nilai murni juga guru terapkan supaya mereka meneladaninya kelak.












KELEBIHAN PENGGUNAAN BIGBOOK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)

Bigbook yang telah kumpulan kami hasilkan yang bertajuk Kisah Sang Kerbau ,
Sang Buaya dan Sang Kancil adalah bersifat multifunction (serbaguna) dan tidaklah
bersifat spesifik kepada satu kegunaan sahaja. Hal ini demikian kerana, di samping
bercerita, kami member penekanan yang lebih terhadap konsep. Kami percaya bahawa
pemahaman konsep merupakan tugas asas bagi murid sebelum mendalami input yang
lebih mendalam lagi terhadap apa-apa pembelajaran sekalipun. Oleh yang demikian,
bigbook kami sangatlah berguna sebagai buku rujukan murid tahap satu.

Selain itu bigbook kami berperanan memberi input bermakna dalam bentuk yang
santai. Jadi, murid tidakakan merasai tekanan ketika menggunakannya malahan
seronok serta teruja. Tanpa disedari, proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
tanpa bimbingan guru. Namun demikian, kami menghasilkan setiap penerangan dalam
bentuk yang ringkas. Oleh yang demikian, murid dapat memahami kebanyakan input
tanpa perlu dibantu guru.

Helaian cetakan bigbook kami tampil dengan versi warna-warni bagi
mengelakkan murid bosan. Tidak dapat disangkal lagi, bigbook kami sangat sesuai
digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang padat dengan input berguna bagi murid
mengenali topik pecahan, kami hasilkan setiap penerangan dalam font yang besar dan
ayat yang mudah supaya setiap penerangan adalah mudah difahami dan dicerna ke
dalam fikiran murid terutamanya pelajar visual yang belajar dengan berkesan melalui
penglihatan.

Berdasarkan kebolehan visual-ruang murid, bahan visual seperti carta aliran,
gambar, video dan lukisan dipercayai dapat menyokong pengajaran untuk murid
sekolah rendah. Setelah mengambil kira pertimbangan aspek ini dengan sewajarnya,
kumpulan kami bersepakat untuk menampilkan bigbook ini dalam bentuk yang ringkas
tetapi padat. Ringkas tetapi padat yang kami maksudkan adalah dari segi persembahan
grafik yang mana mengikut flowchart (cartaalir). Kami yakin dengan bantuan watak
animasi kartun, murid akan lebih cekap mencerna idea dan dalam masa yang sama
terhibur dengan cerita yang disajikan. Oleh yang demikian, bigbook kami sangat sesuai
sebagai bahan bacaan kanak-kanak yang simple dan efektif.

Sebagai rumusan, berpandukan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, kami
dapati kanak-kanak pada darjah 1,2 dan 3 berada di peringkat operasi konkrit. Menurut
Piaget lagi ,pada peringkat ini, murid menggunakan bahan yang konkrit untuk
mempelajari pengetahuan baru. Oleh yang demikian, kami dapat simpulkan bahawa
bigbook kami amatlah menepati teori kognitif Piaget yang mana ia memuaskan ciri-ciri
bahan konkrit yang boleh menarik perhatian pelajar seperti berwarna-warni, mencabar
pemikiran, mesra pengguna dan yang paling penting sekali ia berkait rapat dengan
kehidupan murid.

You might also like