Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada era globalisasi ini sistem pendidikan di negara kita telah

mengalami pelbagai perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat banyak sekolah yang telah mula mengaplikasikan kaedah pengajaran
berbentuk komputer iaitu E-pembelajaran yang boleh membantu dalam meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran telah didefinisikan sebagai sebarang
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet)
untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Pengajaran yang dijalankan
menerusi E-pembelajaran boleh dijalankan sama ada secara serentak pada waktu yang sama
mahupun pada waktu yang berbeza.Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui
media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video.
Terdapat pelbagai cara atau strategi yang boleh digunakan untuk melaksanakan E-pembelajaran di
sekolah.
Saya akan mencadangkan empat jenis modal yang berbeza kepada rakan saya sebagai cara atau
strategi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran E-pembelajaran di sekolah. Antaranya
model-model tersebut adalah "selective model". Berdasarkan kepada cara pelaksanaan model ini,
sekiranya bahan E-pembelajaran berkualiti tetapi bilangan komputer terhad sahaja, malah ia hanya
dapat ditunjukkan kepada murid sebagai bahan demontrasi sahaja. Namun demikian, sekiranya
terdapat beberapa buah komputer di sekolah, malah murid-murid boleh diberi peluang untuk
melaksanakan aktiviti amali atau dikenali sebagai "hands-on".
Tambahan pula, "sequential model" juga merupakan antara model yang dicadangkan untuk
pelaksanaan E-pembelajaran di sekolah. Dalam model ini, bahan E-pembelajaran telah berperanan
sebagai bahan rujukan atau kaedah untuk mendapatkan informasi baharu tentang sesuatu topik.
Pelaksanaannya sama juga seperti "selective model" iaitu sekiranya bilangan komputer yang terdapat
di sekolah terlalu sedikit terutamanya sekolah pedalaman, maka murid perlu dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil untuk bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain.
Sekiranya terdapat beberapa buah komputer di sekolah, murid diberi peluang untuk melaksanakan
aktiviti amali.
Seterusnya, saya turut akan mencadangkan kepada rakan saya tentang "static station model". Guru
yang memilih untuk mengaplikasikan model ini semasa melaksanakan E-pembelajaran di sekolah
haruslah memastikan bahawa beliau mempunyai beberapa sumber yang berbeza untuk mencapai
obektif pengajaran yang sama. Hal ini demikian kerana sekiranya bilangan komputer tidak mencukupi
untuk menampung keperluan pelajar di sekolah, maka bahan E-pembelajaran ini hanya boleh
digunakan secara bergilir-gilir oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar yang lain pula
menggunakan sumber lain untuk mencapai objektif pembelajaran yang sama.
Sekiranya rakan saya ditempatkan untuk mengajar di sekolah yang besar di bandar terutamanya di
sekolah yang mempunyai makmal komputer yang mempunyai bilangan komputer yang banyak serta
dilengkapi dengan talian internet, maka saya akan mencadangkan cara pelaksanaan "laboratory
model" kepadanya. Hal ini kerana berdasarkan kepada model ini, bilangan komputer yang mencukupi
di sekolah membolehkan bahan "E-pembelajaran" untuk digunakan oleh semua pelajar sebagai
bahan pengajaran kendiri.
Lebih-lebih lagi, saya juga akan mencadangkan kepada rakan saya supaya menjalankan penilaian
yang rapi semasa dalam usaha untuk mencari bahan yang sesuai untuk menghasilkan E-
pembelajaran supaya dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar. Semasa memilih
sesuatu bahan, guru perlu memastikan bahawa bahan tersebut telah memenuhi ciri-ciri bahan
pembelajaran berpusatkan komputer. Misalnya, bahan tersebut mempunyai maklumat terbaharu,
menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas, mempunyai integrasi antara isi kandungan baharu
dengan isi pembelajaran lama dan sebagainya.
Selain itu, saya juga akan menasihatkan rakan saya supaya sentiasa mengambil kira "screen design
issues" yang boleh membantu meningkatkan tahap pembelajaran pelajar. Contohnya, menurut Clarke
(1992:79) penggunaan warna yang sesuai boleh membantu dalam mengingat dan menghafal
informasi. (Jaya Kumar C. Koran) Penggunaan ayat juga mestilah ringkas dan padat. Menurut Clarke
juga, teks yang diberi sebgai "left justified" dengan "ragged right edge" membolehkan bacaan lebih
mudah.
Di samping itu, saya juga akan menasihatkan kepada rakan saya supaya kaedah penyampaian E-
pembelajaran yang dirancang harusnya sesuai dengan kurikulum. Saya akan mencadangkan
beberapa bahan multimedia yang boleh diaplikasikan dalam bahan pengajaran misalya audio, video,
animasi, grafik dan simulasi supaya dapat meningkatkan pembelajaran murid.
Akhir sekali, aspek yang memang tidak dapat diabaikan dalam pelaksanaan E-pembelajaran di
sekolah adalah kos pelaksanaannya. Kos bahan E-pembelajaran seharusnya setimpal dengan
kandungan kualiti dan kuantiti isi pelajarannya.
Secara kesimpulannya, inilah merupakan cadangan atau nasihat yang akan saya berikan kepada
rakan saya tentang pelaksanaan E-pembelajaran di sekolah.

You might also like