Laporan Juri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AJK JURI

1- KELEBIHAN
Sebagai AJK Juri, saya diberi tugas untuk menetapkan juri yang akan mengadili
pertandingan Karaoke Nasyid dan menyediakan Borang Pemarkahan. Saya telah membuat
perbincangan dengan Ahli Jawatan Kuasa yang lain dan pengarah program iaitu Puan Nurul
Huda untuk menetapkan bilangan juri yang diperlukan untuk pertandingan Karaoke Nasyid
dan memilih juri yang akan mengadili dalam pertandingan tersebut. Kami telah bersetuju
untuk menetapkan tiga orang juri yang akan mengadili persembahan nasyid daripada segi
suara, lagu, lirik dan persembahan. Semua Ahli Jawatan Kuasa memberi kerjasama yang
baik semasa sesi perbincangan dijalankan. Saya telah berjumpa tiga orang pensyarah dari
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) untuk meminta bantuan daripada mereka
untuk menjadi juri dalam pertandingan tersebut. Mereka memberi respond yang positif iaitu
bersetuju untuk menjadi juri kerana mereka sangat teruja untuk mengadili pertandingan
Karaoke Nasyid yang julung kali diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ini.
Dalam proses membuat borang permarkahan juri pula, saya telah merujuk cara
permarkahan yang telah ditetapkan dalam kertas kerja bagi memudahkan saya untuk
membuat pembahagian markah dalam borang pemarkahan tersebut. Borang pemarkahan
yang telah saya siapkan disemak oleh pengarah program dan beliau telah mencadangkan
sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan.
2-KELEMAHAN
Namun, terdapat juga beberapa kelemahan dan kekurangan yang saya hadapi
sepanjang menjalankan tugas sebagai AJK Juri. Sebelum pertandingan tersebut dimulakan,
dua orang juri telah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menjadi juri kerana
beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Di sini, saya menghadapi kesukaran untuk
mencari penganti juri tersebut kerana saya tidak mempunyai calon juri simpanan sekiranya
berlaku sebarang masalah. Saya terpaksa meminta pensyarah yang hadir dalam majlis
tersebut menjadi juri Bidan Terjun untuk mengantikan juri yang tidak dapat mengadili.
Selain itu, disebabkan oleh pertukaran juri disaat-saat akhir, ketua juri juga terpaksa
berubah telah menyulitkan kelancaran majlis kerana pengerusi majlis terpaksa mengubah
skrip pengacaraan majlis untuk mengubah nama-nama juri. Ulasan daripada ketua juri di
akhir pertandingan juga tidak teratur kerana juri penganti tidak bersedia untuk menjadi ketua
juri yang akan memberi ulasan.

3- PENAMBAHBAIKAN
Daripada kelemahan yang berlaku sepanjang kami menjalankan tugas, kami mencadangkan
penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk masa akan datang iaitu membuat persediaan
untuk mencari penganti juri sekiranya juri-juri yang ditetapkan

You might also like