Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1

1.0 SISTEM PERTANDINGAN


Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan
cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan
sesuatu pertandingan. Sesuatu sistem pertandingan juga tidak khusus untuk
satu permainan, ini bermakna bahawa sistem pertandingan yang digunakan
dalam pertandingan bola baling juga boleh digunakan dalam permainan lain
seperti bola sepak, bola tampar dan sebagainya.
Pertandingan merupakan satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan
untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan setiap
pasukan yang betanding. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah
mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan
perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh
pihak yang mengelolakan pertandingan ialah:
1. Jenis pertandingan
2. Masa yang diperlukan
3. Alatan dan kemudahan yang ada
4. Agihan perlawanan yang adil
5. Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan
6. Kewangan
7. Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan
8. Penentuan pemenang dan pemain yang sah
Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam
sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan yang
dikelolakan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan dalam pertandingan
bola baling ialah seperti yang berikut:
1.1 Sistem Liga
Sistem pertandingan liga merupakan sistem pertandingan yang memberi
peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu
pusingan, liga dua pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan
menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan
liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya
2

sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan.
Manakala sekiranya peserta atau pasukan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan pertandingan itu dikenali sebagai separa liga.
Berikut merupakan cara untuk mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu
pertandingan liga:
N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang mengambi Bahagian

Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian
N (N-1) = 6 (6-1)

= 15 perlawanan
Ini bermakna bahawa, sekiranya terdapat 6 pasukan yang bertanding dalam
sesuatau kejohanan, maka jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah
sebanyak 15 perlawanan.
1.1.1 Susunan Pertandingan Sistem Liga
Penyusunan jadual amat penting sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
Dalam pertandingan liga, pasukan pertama akan ditetapkan kedudukannya
dan pasukan seterusnya akan disusun mengikut pusingan jam atau pusingan
lawan jam seperti berikut:







PUSINGAN JAM
. A lawan B
. F lawan C
. E lawan D

PUSINGAN LAWAN JAM
. B lawan A
. C lawan F
. D lawan E

2
2
2
3

Contoh jadual:
A B C D E F
A
B
C
D
E
F

1.1.2 Penentuan Kedudukan Sistem Liga
Kedudukan sesebuah pasukan atau keputusan pertandingan akan ditentukan
dengan pengiraan mata. Pasukan yang menang akan diberi 3 mata,
manakala seri 1 mata dan kalah 0 mata. Pasukan yang mempunyai mata
tertinggi akan ditetapkan sebagai johan dan diikuti pula dengan pasukan yang
ke-2, ke-3 dan seterusnya. Jika terdapat dua buah pasukan dengan bilangan
mata yang sama, maka bilangan jaringan terbanyak akan diambil kira. Berikut
merupakan contoh jadual yang menentukan kedudukan:
PASUKAN P M S K J G MATA KEDUDUKAN
A 3 2 1 0 6 2 3 2
B 3 2 1 0 10 1 3 1
C 3 1 0 2 3 6 2 3
D 3 0 0 3 0 4 0 4


4

Petunjuk : P Jumlah perlawanan S Bilangan seri J Bilangan
jaringan
M Bilangan menang K - Bilangan kalah G Bilangan
Bolos

1.1.3 Separa Liga
Sistem separa liga merupakan sistem yang dilakukan dalam kumpulan.
Dimana sistem liga hanya digunakan dalam pertandingan peringkat
kumpulan. Pertandingan liga kumpulan diadakan jika banyak kumpulan
mengambil bahagian. Pasukan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa
buah kumpulan mengikut pertandingan liga kumpulan, seperti liga 4
kumpulan, liga 3 kumpulan, liga 2 kumpulan dan liga 1 kumpulan. Tiap-tiap
satu kumpulan terdiri daripada 3 hingga 5 buah pasukan. Setiap pasukan
akan bermain dengan semua pasukan lain dalam kumpulan masing-masing.
Pembahagian mata adalah sama seperti pertandingan liga terbuka. Johan
setiap kumpulan akan mewakili kumpulan masing-masing dalam pusingan
akhir. Jika terdapat 4 kumpulan, maka 4 pasukan yang menjadi johan dalam
setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.
Contoh liga 4 kumpulan;
Dalam liga separa 4 kumpulan kedudukan pasukan yang mengetuai
kumpulan akan ditentukan melalui pillihan (seeded). Misalnya sekiranya
johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan tahun lalu
mengambil bahagian pasukan itu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti
berikut:
Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4
Johan Naib Johan Ketiga Keempat
Undi undi Undi Undi
undi Undi undi Undi
undi undi undi Undi

5


1.1.4 Kebaikan dan Keburukan Sistem Liga
KEBAIKAN KEBURUKAN
Setiap pasukan berpeluan bermain
dari sekali
Mengambil masa yang panjang
Banyak perlawanan dapat dijalankan Memerlukan kos perbelanjaan yang
lebih banyak
Pasukan yang kalah di dalam
perlawanan awal berpeluang
menjadi johan
Menjadikan perlawanan kurang
menarik kerana johan pertandingan
dapat diramal
Menghasilkan pemenang yang
mutlak
Bilangan permainan yang banyak
Sistem ini dapat mengekalkan minat
pertandingan dan penyertaan

-
Peluang untuk bermain adalah
dengan sepuas hati

-

1.2 Sistem Kalah Mati
Sistem kalah mati merupakan sistem pertandingan yang digunakan oleh
penganjur bagi menjimatkan masa dan kos. Pasukan yang menang layak ke
pusingan seterusnya manakala pasukan yang kalah akan disingkirkan.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan sistem ini ialah
Tempoh masa yang terhad, Peruntukan kewangan yang terhad, Jumlah
pasukan yang banyak dan Bilangan kemudahan yang terhad.
Sistem kalah mati yang biasanya digunakan dalam pertandingan bola baling
adalah seperti berikut:
6

1.2.1 Kalah Mati Sekali
Sistem kalah mati sekali digunakan jika terdapat penyertaan bilangan
pasukan yang banyak. Dalam sistem ini, pasukan yang menang layak ke
pusingan seterusnya dan yang kalah akan tersingkir. Dalam pusingan kedua,
jumlah pasukan yang bertanding akan berkurangan kerana separuh daripada
pasukan telah disingkir selepas pusingan pertama. Sistem ini sangat popular
kerana tidak banyak melibatkan kos dan masa. Adakalanya sistem ini
dijalankan di pusingan kedua dan seterusnya setelah pertandingan peringkat
awal dijalankan secara liga.
i. Penentuan Bye atau Menunggu
Bye bermakna pasukan yang harus menunggu tanpa bertanding dalam
pusingan pertama dan boleh terus bertanding pada pusingan kedua. Bye
berlaku apabila jumlah peserta kurang daripada braket yang digunakan.
Untuk menentukan Bye, jumlah braket yang digunakan perlu betul dan
sesuai dengan bilangan peserta. Jumlah braket yang digunakan diwakili oleh
Kuasa Dua. Kuasa Dua yang digunakan pula lebih besar atau sama dengan
bilangan peserta.

Kuasa Dua Bilangan Peserta
(2) 3 dan 4 pasukan
(2) 5,6,7 dan 8 pasukan
(2) 9, 10 ....16 pasukan
(2) 17, 18 ......32 pasukan



7

Contoh;
7 pasukan bertanding
2, 4..
7
, 8, 16, 32.
Bye = 8-7
= 1
Pasukan main= 6
ii. Penempatan Bye
Bye ditetapkan sebelum menyusun jadual perlawanan. Bye juga tidak
diberikan kepada pasukan secara dua kali berturut-turut. Bye hanya
digunakan sekali untuk pasukan di dalam pusingan awal atau pusingan
pertama. Pasukan Bye sepatutnya ditempatkan secara simetrikal iaitu jika
terdapat 2 Bye dalam sesuatu perlawanan, satu pasukan harus ditempatkan
di bawah sekali dan satu pasukan harus ditempatkan di atas sekali.
iii. Menentukan Jumlah Perlawanan
Jumlah semua perlawanan dalam sistem kalah mati sekali dikira dengan
menolak satu dari jumlah pasukan yang mengambil bahagian iaitu (N-1).
Sebagai contoh, jika terdapat 7 pasukan, (N=7) yang mengambil bahagian,
maka jumlah perlawanan ialah 6 kali termasuk perlawanan akhir, iaitu (7 1)
= 6 perlawanan.







8

iv. Susunan Perlawanan Kalah Mati
Contoh 4 pasukan bertanding:






9

Contoh 7 pasukan bertanding:


1.2.2 Sistem Kalah Mati 2 Kali
Sistem kalah mati 2 kali membolehkan pasukan yang mengambil bahagian
bertanding walaupun kalah di pusingan awal masih boleh bermain di
pusingan kedua. Keadaan ini memberi peluang kepada pasukan yang kalah
di pusingan awal. Pasukan yang kalah kali kedua sahaja akan tersingkir. Oleh
itu, pasukan pilihan tidak penting di dalam sistem ini.
10

i. Menentukan Jumlah Perlawanan
Jumlah perlawanan akan ditentukan dengan menggunakan rumus berikut:
Pertandingan melibatkan 16 pasukan
16 = (2)
Maka, bilangan pusingan ialah: 2 X 4 = 8 pusingan.
ii. Menyusun Jadual Perlawanan
Jadual pertandingan kalah mati 2 kali boleh disusun dengan dua kaedah iaitu:
(a) Kaedah ke atas dan ke bawah
(b) Kaedah membelakang

Contoh pertandingan kalah mati dua kali untuk 8 pasukan(kaedah ke atas dan
ke bawah.


11

1.2.3 Kebaikan dan Keburukan Sistem Kalah Mati
Kebaikan Keburukan
Menjimatkan masa Perlawanan terhad
Lebih mencabar, kerana semua
Pasukan/ individu harus bertungkus
lumus
Separuh daripada pasukan akan
disingkirkan selepas pusingan
pertama.
Tidak memerlukan kemudahan
yang banyak
Tidak menggunakan kemudahan
yang banyak
Format pertandingan mudah
difahami
Penentuan perlawanan atau pasukan
pilihan penting
Menjimatkan kos Pasukan yang menang tidak
semestinya yang terbaik
Dapat menentukan johan dengan
cepat
-

2.0 LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL
kecergasan bukanlah satu perkara yang sedia ada atau berlaku secara
semula jadi kepada seseorang individu. Ini bermakna bahawa tahap
kecergasan seseorang boleh dibina melalui latihan-latihan kecergasan yang
bersesuaian, bagi mendapatkan kesan yang maksimum.
Latihan kecergasan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan secara berulang-
ulang untuk meningkatkan kecergasan seseorang kepada tahap tertentu
supaya berupaya melakukan tugas seharian. Misalnya dalam bola baling
maka individu tersebut akan dapat bermain dengan cemerlang.
Latihan yang dirancangkan secara sistematik dengan jadual yang teratur
dan berdasarkan prinsip-prinsip latihan akan memberi faedah dan kesan
latihan kepada pelakunya. Jika latihan dilakukan secara sesuka hati dan tidak
mematuhi prinsip- prinsip latihan, kesan-kesan negative boleh berlaku kepada
tubuh badan dari segi jasmani dan fisiologi, termasuk kecederaan akibat
salah amalan.Kadar kemajuan yang dicapai dari latihan adalah berkait
dengan intensity sesi latihan dan selain dari itu kesan-kesan latihan adalah
12

spesifik. Berikut merupakan latihan kecergasan yang boleh dilakukan dalam
permainan bola baling;
2.1 Latihan Litar
Latihan litar terdiri daripada satu kumpulan senaman yang dipilih mengikut
keperluan kecergasan yang tertentu. Jenis senaman itu disusun dalam satu
urutan yang terdiri daripada beberapa stesen. Setiap stesen ditetapkan
senaman, intensti dan tempoh latihan. Peserta akan bergerak dari stesen ke
stesen untuk melakukansenaman yang tertentu untuk bahagian badan yang
tertentu. Bagi bilangan set atau litar seseorang akan lakukan adalah
bergantung kepada keperluan individu. Angkubah dalam litar adalah bilangan
ulangan, tempoh masa ulangan di setiap stesyen dan masa rehat antara set
latihan











Contoh latihan litar




Stesyen 1
Tekan
Stesyen 2
Bangun Tubi
Stesyen 3
Lari Ulang Alik
Stesyen 4
Lompat Bintang
Stesyen 5
Lentik Belakang
Stesyen 6
Lompat Bersilang
Stesyen 7
Burpee
Stesyen 8
Larian 2.4 KM
13

2.2 Latihan Bebanan
Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan
kecergasan yang paling baik bagi meningkatkan kekuatan dan daya tahan
otot. Latihan bebanan Merupakan latihan dimana beberat (weight) digunakan
sebagai beban. Untuk tujuan latihan, berat badan seseorang digunakan
sebagai beban alternative jika tiada plat bebanan.
Latihan beban sesuai untuk membina daya tahan dan kekuatan otot serta
kuasa. Bagi latihan yang bertujuan membina kekuatan otot, beban mesti berat
tetapi dengan ulangan latihan yang kurang. Sementara itu, bagi membina
daya tahan otot, beban kurang tetapi bilangan ulangan latihan tinggi.
Berikut merupakan prinsip-prinsip latihan bebanan:
1. Kekuatan otot terbina melalui latihan-latihan yang tinggi intensiti iaitu
ulangan perlu dibuat 8 hingga 10 kali dengan beban 60 % daripada
keupayaan maksima
2. Daya tahan pula dapat dibina melalui ulangan yang banyak dengan beban
yang kurang.Ulangan yang disyorkan ialah 10 hingga 15 kali dengan beban
antara 50 60 %
3. Kelenturan dapat dibina melalui aktiviti meregang atau overstretching
sendi secara perlahan.Oleh yang demikian akitviti yang dipilih dilakukan
dengan perlahan dan pergerakan otot / sendi yang maksima.


Contoh latihan bebanan.
14

2.3 Latihan Jeda
Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja
yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang mencukupi. Ia
merupakan satu sistem latihan yang diperkenalkan oleh Astrand dan
diamalkan oleh Paavo Nurmi pada tahun 1920.
Latihan Jeda ini berbeza dengan latihan-latihan fizikal yang lain kerana
terdapatnya masa rehat antara jeda kerja, sedangkan kaedah latihan lain
berterusan tanpa rehat di antara ulangan kerja. Latihan ini dapat
meningkatkan kapasiti anaerobik atlet dan amat berfaedah untuk membina
dan meningkatkan sistem tenaga aerobik dan sistem anaerobik.
Kaedah latihan Jeda adalah berdasarkan prinsip-prinsip di antara masa dan
masa rehat. Penggunaan lebihan beban digunakan dalam menentukan
intensiti kerja yang diberi berdasarkan kepada perubahan tertentu. Prinsip
latihan hendaklah diberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:
i. kadar jarak dan jangkamasa kerja, ini ditentukan berdasarkan kadar
nadi latihan dan jarak set.
ii. masa rehat atau pemulihan
iii. jenis aktiviti masa rehat
iv. bilagan ulangan dan set setiap sesi latihan
v. kekerapan latihan
vi. tempuh latihan dijalankan

2.4 Latihan Fartlek
Latihan fartlek barmaksud speed play adalah sejenis latihan daya tahan
yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip
kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada
pembinaan kepantasan pemain.
Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana
pemain dikehendaki melakukan larian pecut bertempoh atau kadar tertentu di
15

mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan
maksima.
Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa
tidak dipentingkan. Pemain adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar
kepantasan sendiri. Bagaimanapun kadar intensiti latihan mestilah
ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa. Masa rehat untuk
aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging
dan berlari langkah panjang (striding). Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan
bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan.
2.5 Latihan Plymotric
Plyometric pada dasarnya adalah latihan untuk memperpendek siklus
pemendekan otot. Seperti diketahui bahawa semasa bergerak otot
mengalami dua jenis gerakan, iaitu kontraksi dan relaksasi. Semasa relaksasi
otot menghasilkan tenaga untuk melompat otot akan memendek untuk
kontraksi, maka semasa itulah otot melepaskan tenaga elastiknya untuk
melompat. Latihan ini juga boleh dilakukan oleh pemain bola baling bagi
melatih kemahiran menjaring. Namun kemahiran ini biasanya dilatih bagi
pemain bola keranjang.
Berikut adalah jenis- jenis latihan Plyometric:
1. Bounding (memantulkan diri)
2. Lateral Cone Hop (lompat Corong)
3. Box Jump ( lompat Balok)
4. Skipping ( Lompat Tali)
5. Squat Lunges
6. Step Up ( Lompat ke atas)
7. Rim Jumps (Lompat ke Ring)
2.6 Latihan Jarak Jauh Perlahan dan Jarak Sederhana ( LSD)
LSD adalah sejenis latihan jarak jauh perlahan dan jarak jauh sederhana,
atau dalam bahasa ingerisnya Long Slow Distance.LSD ini boleh
didefinisikan sebagai latihan jarak jauh dengan kaedah latihan yang
16

berbentuk aerobik yang mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan
meningkatkan daya tahan otot. Lazimnya ia dilakukan dalam jangka masa
yang lama.
Latihan ini dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. Ini kerana latihan jenis
ini memberi tumpuan kepada tempoh masa larian dan bukan kepada
kelajuan. Latihan LSD ini tidaklah begitu berat tetapi ia memberi kesan
kapada kardiovaskular dengan melakukan senaman dalam satu jangka masa
yang lama.
Antara latihan yang tergolong dalam LSD adalah seperti berjalan pantas,
bersenam dan berjogging. Latihan ini juga boleh dilakukan dengan cara
larian, berenang dan berbasikal. Menurut Astrand dan Rodhal (1997 ) LSD
adalah sejenis latihan yang boleh digunakan untuk melatih daya tahan
kardiovaskular. Ia dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik dan meransang
pembukaan kapilari, meningkatkan kandungan myglobin yang membawa
oksigen ke seluruh bahagian badan. Latihan ini juga dapat meningkatkan
aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme asid lemak.
Berikut merupakan prinsip latihan LSD:
1. Berlari mengikut keupayaan.
2. Jangan rehat sehingga pulih 100%
3. Janngan berlari apabila tiada keupayaan diri
4. Larian dengan kadar yang perlahan dan berjalan dengan kadar yang
pantas.
5. Pastikan kadar latihan tidak melebihi kadar nadi maksima sewaktu
membuat latihan.
2.7 Latihan Tekanan
Latihan tekanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sesuatu permainan
melalui situasi permainan sebenar dan dalam sesuatu setting yang spesifik.
Latihan ini dapat membantu pemain membina keyakinan dan kelicinan
permainan dalam sesuatu situasi tertentu. Latihan tekanan juga dapat
membina dan meningkatkan daya tahan otot yang lebih spesifik.
17

Mc Partlin (1980) mendifinisikan latihan tekanan sebagai satu sistem latihan
yang memberi peluang kepada para atlet melatih sesuatu kemahiran spesifik
dengan berulang-ulang kali, mungkin beratus-ratus kali dalam jangka masa
beberapa minit.
Berikut merupakan prinsip dalam latihan tekanan:
i. Intensiti latihan berdasarkan prinsip tambah beban secara progresif.
ii. Aktiviti perlu berdasarkan kemahiran yang hendak ditingkatkan.
iii. Setiap pemain perlu mencapai kadar denyutan jantung yang telah
ditetapkan sebelum latihan.

You might also like