Cetakan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Pengenalan Cetakan

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.



Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang
serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.


Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan
seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.


Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan

1. Cetakan timbulan:

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih
dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan
sayur-sayuran.




2. Cetakan benam:

Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.

Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.



3. Cetakan planograf:

Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.

Menggunakan blok batu kapur.

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.




4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.





Jenis-Jenis Cetakan

(a) Cetakan Timbulan (Relief)
Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Skrin
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas
pemidang kayu.
Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan
lukisan pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau
pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat
atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau
kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

(e) Cetakan Gurisan Asid
Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui
boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang
menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada
karya utama mereka.
Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan
sejenis bahan yang kalis asid.
Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

(f) Cetakan Kayu
Kaedah yang paling awal digunakan.
Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak
rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan,
keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun
ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting
dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino
menggunakan lino kesannya yang licin.
Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat
menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka
menggunakan teknik ini.
Rajah 2.7: Contoh cetakan kayu

(g) Cetakan Lino
Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas
lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

(h) Cetakan Lithografi
Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,
iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan
pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(i) Cetakan Sutera Saring
Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil
karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.
Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau
warna di atas permukaan kertas.
Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah
pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak,
letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak
dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau
warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat
perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada
belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak
kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat
atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem
leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan
atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong
ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau
warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia
dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana
panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada
pemidang, sementara kertas biasa

Di Malaysia, karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan sudah tidak asing
lagi dan tidak dapat dinafikan juga bahawa seni cetak ini merupakan seni lukis
yang popular di kalangan pelukis sama ada di dalam Negara atau di luar
Negara.

Cetakan dapat didefinasikan sebagai proses terapan blok atau plat ke atas
sesuatu permukaan atau proses menekap huruf dan gambar di atas kertas,
kain dan di dinding. Dalam penghasilan karya cetakan, permukaan blok akan
diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut
sebelum dipindah dan dicetak di atas kertas, atau bahan lain. Cetakan yang
biasa dihasilkan adalah menggunakan pelbagai teknik dan media. Teknik
yang biasa digunakan adalah seperti teknik timbulan atau relif, cetakan
planograf atau litografi, dan cetakan sutera saring. Manakala media yang
biasa digunakan adalah syelek, lino, lekar dan media campuran, lino, lekar
dan media campuran.

Keistimewaan seni cetakan ialah blok yang sama dapat menghasilkan
beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut
sebagai edisi. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi
dianggap karya asli.
Kebanyakan pelukis atau pengkaryanya suka menghasilkan karya cetakan
sendiri dengan cara untuk memikir atau mengguris kepingan logam ataupun
menuris blok kayu mereka sendiri. Hal ini kerana mereka boleh mendapat
kefahaman secara mendalam dan ingin mengalami keseronokan serta
kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni cetakannya.
Pengalaman yang semakin banyak bukan sahaja dapat keseronokkan dan
pengalaman, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran yang tinggi serta
dapat mencipta karya dengan penggunaan pelbagai alat, media dan teknik.
Rentetan itu, para pelukis dapat menggunakan sepenuhnya sesuatu media
dalam mencipta karya-karya yang bermutu tinggi dan nilai estetik sesuatu
karya juga dapat meningkat.
Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)
Cetakan Stensil



Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau
pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang
digunakan adalah lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan
juga boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan
kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka

Peralatan dan bahan yang dikehendaki


sekuji (digunakan untuk mencetak)

Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-
1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun

Proses

Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler
gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang


Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.


Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.


Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan
kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak


Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah
skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah
dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang
baju.


Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki


Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak
semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak,
sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna.
Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau
dye akan masuk terlalu banyak.


Karya cetakan yang telah siap


Anda juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T, ini lebih
menyeronokkan dan pelajar-pelajar lebih enjoy menghasilkan aktiviti tersebut. Jika
menggunakan beberapa warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej
mengikut warna-warna yang dikehendaki dan skrin yang berbeza.

TEKNIK-TEKNIK DALAM CETAKAN
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan di dalam proses menghasilkan cetakan.
Antaranya adalah seperti berikut:

Aquantint
- Teknik ini merupakan teknik yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang
berkaitan dengan nada dan bunyi tanpa adanya had secara pemeringkatan untuk
mengubah semula warna dakwat yang basah dan rata dalam bahagian yang luas
atau lukisan cat air yang melalui goresan mikroskopik yang amat baik. Ia juga akan
membuat lubang terhadap imej pada permukaan yang utama. Kebiasaannya, ia
diperbuat daripada zink dan tembaga yang baik. Majoriti artis Goya di Sepanyol
(1748-1828) melakukan kerja yang berkaitan dengan grafik dengan menggunakan
teknik ini.

Blind
- Teknik blind ini merupakan teknik cetakan yang menggunakan sambungan yang
tidak rata untuk menghasilkan jalianan timbul yang lembut atau tidak ketara pada
imej putih pada putih; ditekankan pada bahagian imej timbul pada kertas yang tidak
berkaitan. Teknik ini biasanya banyak digunakan dalam cetakan di Jepun.

Collagraph / Kolagraf
-Teknik ini pula merupakan teknik yang menolak kedalam daripada blok yang
tahan pada setiap hasil kerja atau ciptaan yang direka seperti kolaj,menghasilkan
cetakan timbul.

Drypoint
- Teknik cetakan ukiran benam dalam bentuk yang keras, permukaan besi/keluli
yang telah diukir dalam bentuk garisan, menghasilkan getaran yang menjad ikan ciri
atau sifat lembut dan garisan yang seperti baldu dalam cetakan terakhir.

Engraving
- Teknik ini merupakan teknik yang diperbuat daripada kepingan bidang logam yang
telah diukir atau digoreskan dalam bentuk garisan mengikut kehendak
pengkaryanya. Garisan yang telah diukir hendaklah dicetak dengan tekanan yang
berat

Etching (Goresan)
- Teknik cetakan ini merupakan teknik yang menggunakan kaedah goresan pada
permukaan kepingan bidang logam. Pada peringkat permulaan, permukaan logam
hendaklah disepuhkan dengan sejenis asid yang tahan karat untuk logam.
Kemudian, mulakan dengan melakukan kerja-kerja goresan untuk menghasilkan
imej ukiran benam atas permukaannya. Permukaan logam yang terdedah dengan
kesan ukiran akan dimakan sedikit demi sedikit apabila ia direndamkan ke dalam
asid. Hasilnya akan membentuk garisan apabila ditekankan pada sekeping kertas
selepas kepingan logam tadi dibancuhkan dengan dakwat untuk proses cetakan.
Teknik ini diketahui telah diperkenalkan oleh Daniel Hopfer (1493-1536). Teknik ini
juga adalah lebih baik berbanding teknik engraving dan amat terkenal sebagai seni
grafik semasa tahap awal zaman Rembrandt dan zaman Herculas Segher kira-kira
sejak abad ke-17. Hal ini mengingatkan kita pada hari ini bahawa teknik ini
merupakan salah satu daripada teknik yang serba guna dan juga merupakan teknik
yang menimbulkan kesan cetakan yang halus.

Iris / Giclee
- Teknik reproduksi dengan menggunakan komputer di dalam setiap imej dan
topologi adalah hasil daripada fail digital dan dicetak keluar menggunakan mesin
cetak ink jet yang istimewa, menggunakan dakwat, cat akrilik dan cat minyak.
Giclee jua merupakan salah satu daripada cetakan yang meawarkan ijazah tertinggi
dalam ketepatan serta kekayaan warna yang telah tersedia untuk digunakan di
dalam mana-mana teknik reproduksi komputer.


Lithography (Litografi)
- Merupakan proses percetakan yang menggunakan cap batu atau logam. Teknik ini
merupakan proses planografik di dala setiap cetakan yang menolak kedalam
tekanan dari permukaan batu atau bahagian atas logam yang sensitif secara kimia.
Seterusnya, bahan kimia ini akan membolehkan dakwat melekat hanya pada
kawasan yang dicipta, dan menolaknya dari kawasan imej yang tidak dikehendaki.
Litografi telah dicipta sekitar tahun 1798 di Solnhofen, Jerman oleh Alois Senefelder.
Sejarah awal berkenaan dengan teknik Litografi ini adalah didominasi oleh artis dari
Perancis yang terkenal seperti Daumier dan Delacroix, dan kemudiannya dismbung
oleh Degas, Toulouse Lautree, Picasso, Braque dan Miro.

Mezzotint (Mezotin)
- Mezzo bermaksud setengah dan tint = tinta yang bermaksud irama. Berbanding
dengan cara menggunakan teknik engraving, teknik ini menggunakan tembaga
atau permukaan keluli yang rata, untuk menghasilkan ilustrasi dalam ukiran timbul
dengan adanya kesan teknik cahaya dan bayang- bayang. Bahagian utama dalam
permukaan objek yang rata adalah dijadikan kasar dengan menggunakan alat yang
disebut sebagai jumpelang rocker semasa proses mendakwat, ia akan dicetak
dengan dakwat yang terang. Bahagian yang sepatutnya adalah putih atau kelabu di
dalam cetakan adalah digosok ke bawah. Kebiasaannya, teknik ini digunakan
semasa abad ke-18 dan abad ke-19 untuk meghasilkan potrait dan lukisan yang lain,
tetapi menjadi kuno ataupun telah dilupakan setelah wujudnya teknik
photoengraving.

Monotype (Monotaip)
- Merupakan antar teknik yang diperbuat daripada lukisan yang dihasilkan pada
kepingan logam atau gelas dan pindahkan lukisan yang masih basah tadi kepada
kepingan kertas dengan menggunakan tangan atau teknik menekan etching. Jika
masih terdapat baki yang mencukupi tertinggal pada atas permukaan logam tadi,
cetakan tambahan masih lagi boleh dibuat. Walau bagaimanapun, cetakan semula
ini akan menjadi lebih kuat dan teguh daripada imej sebenar. Cetakan monotaip
bukanlah proses menghasilkan replika berganda sejak setiap cetakan.

Offset Lithography
- Merupakan teknik photomekanikal yang istimewa kerana setiap imej yang dicetak
akan dipindahkan kepada permukaan logam yang negatif dan dicetak pada atas
kertas. Teknik ini sangat berkesan digunkan pada cetakan yang berwarna.

You might also like