Pp1 Pengeluaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

3.

2 PENGELUARAN

3.2.1 Definisi dan peranan

Definisi : proses mengubah input kepada output melalui proses transformasi atau proses tambah
nilai.

Pengurusan pengeluaran : proses melibatkan perancangan , pengorganisasian, kepimpinan dan
pengawalan segala aktiviti berkaitan proses transformasi input( sumber bahan mentah,
buruh,mesin) kepada output ( barangan atau perkhidmatan) yang lebih bernilai yang boleh
memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.


Kepentingan pengurusan pengeluaran

1. memastikan produk yang dikeluarkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
2. memastikan kos pengeluaran dikawal dengan baik agar tidak menjejaskan keuntungan
syarikat.
3. pengeluaran dilakukan dengan cekap, tanpa pembaziran sumber.
4. pengeluaran dilakukan dengan bijak untuk memastikan peningkatan produktiviti.
5. memastikan proses pengeluaran berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus-pengurus pengeluaran
1. persaingan yang sengit
-pelbagai produk dari pelbagai negara terutamanya yang menikmati kos buruh yang lebih
rendah menyebabkan lebih banyak produk memasuki pasaran dengan harga yang lebih murah.
2. globalisasi
-ketahanan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada amalan pengurusan pengeluaran,
kekukuhan sumber kewangan dan modal. Banyak syarikat antarabangsa boleh berkembang ke
seluruh dunia kerana mengamalkan ekonomi bidangan yang boleh menjimatkan kos seunit
pengeluaran.
3. citarasa pengguna yang pelbagai
- perlu mengeluarkan pelbagai jenis produk bagi menghadapi citarasa pengguna yang pelbagai.
4. perkhidmatan tambahan
- menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pembungkusan, penghantaran yang cepat dan
selamat tanpa kos tambahan akan menambah nilai sesuatu produk berbanding produk
pesaing.
5. peningkatan kualiti secara berterusan
- pengguna semakin mementingkan kualiti , oleh itu kualiti perlu ditingkatkan secara
berterusan bagi menjamin kesetiaan pengguna terhadap sesuatu produk.
6. sistem pengeluaran yang fleksibel.
- rekabentuk produk, campuran produk dan teknologi sentiasa berubah, memerlukan sistem
pengeluaran yang fleksibel agar perubahan yang berlaku boleh disesuaikan dengan kaedah
pengeluaran yang diamalkan.

7. perubahan teknologi
penggunaan teknologi terkini yang boleh mempercepatkan proses pengeluaran seperti
penggunaan robot, komputer dan jentera dalam pengeluaran perlu diterima oleh organisasi
bagi memastikan mampu bersaing dengan organisasi yang lain.
8. isu alam sekitar
- memastikan proses pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar , di samping organisasi
menyumbang kepada penjagaan alam sekitar seperti proses kitar semula.
-
3.2.2 Proses pengeluaran
sistem pengeluaran
-Berbagai-bagai bahagian yang saling berkaitan dan bergantungan dalam menjalankan operasi
sesebuah organisasi.

Subsistem pengeluaran
-sistem yang lebih kecil atau khusus dalam system yang besar atau luas.

3.2.3 Perancangan
1. lokasi kilang
i.objektif
-memperluas kemudahan sedia ada.
-mengadakan kemudahan di lokasi baru dan pada masa yang sama mengekalkan kemudahan di
lokasi sedia ada.
-pindah ke lokasi baru.

ii.faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam penentuan lokasi
a) Ciri-ciri sosial
- pendapatan penduduk, budaya dan kualiti hidup seperti kadar upah, keperluan latihan,
produktiviti pekerja, taraf kesihatan, produktiviti, kesatuan sekerja dll.
b) bekalan tenaga buruh
-kemudahan dapatkan tenaga buruh pada kos yang berpatutan.
c) sistem pengangkutan dan logistik
-mudah berhubung dengan pasaran dan kemudahan penghantaran bahan mentah. Ini akan
menjimatkan kos dan mengurangkan kos menyimpan inventori.
d)pengguna dan pasaran
-kedudukan yang berhampiran dengan pengguna akan meningkatkan permintaan terhadap produk.
e) jarak lokasi dengan tempat kemudahan
- jarak lokasi dengan kemudahan seperti institusi kewangan, pembekal, pemasar memudahkan
urusan pembayaran dan penerimaan wang, bekalan dan pemasaran produk.
f) politik dan sosiobudaya setempat
-politik dalaman yang stabil membolehkan perniagaan berjalan dengan aman, tiada gangguan dan
perubahan yang kerap terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan.
g) iklim dan kos utiliti
-iklim yang sesuai dan bebas dari bencana seperti banjir, gempa bumi membolehkan pengeluaran
berjalan dengan lancar. Kos utiliti seperti tarif air, elektrik dan gas yang berpatutan
mengurangkan kos pengeluaran.
h) peraturan dan kawalan undang-undang
-pengenaan cukai yang tidak membebankan, perlindungan tariff, perlindungan hak milik
mempengaruhi pengeluar memilih lokasi untuk mengembangkan operasi perniagaan.
i) saiz dan kos tanah
-kos tanah yang terlalu tinggi membuatkan pemilik perniagaan mem buat keputusan membeli atau
menyewa sesuatu lokasi. Lokasi perniagaan yang strategic dan menjadi tumpuan ramai mempunyai
kos tanah yang tinggi.
2. susun atur kilang
-melibatkan penyusunan terhadap mesin, jentera , stesen kerja , tempat penyimpanan, kedudukan
tempat dan lorong dalam sesebuah lokasi pengeluaran.
i. objektif
a) meminimumkan kos pengendalian dari segi pergerakan bahan, jentera , mesin dan buruh.
b) penggunaan ruang secara efisyen dan ekonomik.
c) mengelakkan pembaziran tenaga buruh- memastikan penggunaan tenaga buruh selaras dengan
pengendalian susun atur.
d) mengelakkan kesesakan dan ruang yang sempit yang menyukarkan operasi pengeluaran.
e) memudahkan interaksi dan komunikasi antara pekerja dengan majikan dan pekerja dengan
pekerja.
f) memudahkan pergerakan pergerakan keluar masuk produk dan inventori yang membazirkan
tenaga dan masa.
g) memudahkan aktiviti promosi dan penguatkuasaan langkah keselamatan dalam kilang.
h) mengurangkan masa pembuatan dan kitaran pembuatan produk dan menggalakkan proses yang
lebih fleksibel dalam operasi tertentu.

ii.jenis susun atur
a. secara tetap
-produk akan diletakkan di satu tempat atau kedudukan yang telah ditetapkan.
-pekerja, bahan mentah,mesin , jentera akan dibawa ke lokasi produk.
-sesuai bagi produk yang mudah rosak, mudah pecah, pukal atau terlalu berat untuk
dialihkan.
-contoh; pembinaan jambatan,empangan, rumah, kapal terbang dan kapal.
-kos berubah adalah tinggi, manakala kos tetap agak rendah.

b. proses
- pengumpulan manusia dan alatan yang sama fungsinya dalam satu tempat atau jabatan.
- Dikenali susun atur fungsian atau jobshop.
- Peralatan dan mesin boleh dikongsi guna , lebih fleksibel dari aspek alatan dan manusia.
- Kos pengeluaran lebih rendah kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi oleh sekumpulan
tenaga buruh untuk sempurnakan kerja tertentu.
- Masa perlaksanaan yang panjang,penyediaan (set-up) yang kerap, dan inventori kerja dalam
proses yang banyak.
- Contoh; hospital, pejabat pos, bengkel kereta, pasaraya.

c. produk
- penyusunan stesen-stesen kerja atau jabatan jabatan dalam satu barisan .
- stesen kerja disusun mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi
pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.
- biasanya satu jenis mesin atau jentera akan digunakan secara khusus untuk mengeluarkan
sesuatu produk dalam kilang.
-sesuai bagi kilang yang menghasilkan satu jenis produk sahaja secara berulangan
berdasarkan satu piawai yang telah ditetapkan.
-aliran bahan bentuk lini, penyediaan yang tidak kerap,masa kitaran pendek, inventori
kerja dalam proses yang sedikit.
-susun atur mudah difahami, perlaksanaan lebih mudah, kurang pengendalian bahan.
- susun atur produk boleh berbentuk S, L, U atau O.
- contoh ; pemasangan kereta, produk elektronik, kafeteria.

3.2.4 Jenis-jenis pengeluaran
1.mengikut tempahan
- penghasilan produk yang unik dalam kuantiti yang kecil apabila ada tempahan dari
pelanggan.
- melibatkan penggunaan tenaga pakar yang memiliki kepakaran dalam bidang berkenaan.
- contoh ; pembinaan bangunan, tempahan pakaian.

2.secara massa
- pengeluaran secara berterusan, melibatkan operasi 24 jam.
- aktiviti berjalan secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang dikawal
oleh komputer.
- biasanya digunakan untuk menghasilkan barangan keperluan harian yang dikeluarkan
secara besar-besaran.
-contoh ; pengeluaran minyak masak, gula, sabun basuh.
3.secara berkelompok
- penghasilan beberapa jenis barang yang mempunyai fungsi yang sama.
- Penghasilan satu kelompok diikuti dengan satu kelompok yang lain.
- Kemudahan dan tenaga kerja yang ada disusun bagi mengeluarkan barangan yang berbeza.
- Contoh; pemasangan komponen barangan elektronik , pencetakan buku, kedai kek.






3.2.5 Kawalan Kualiti

1. Definisi
- proses pemeriksaan produk yang dihasilkan bagi memastikan produk menepati standard atau
piawai yang telah ditetapkan.

Kepentingan
-mengurangkan kos pengeluaran.
- mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna.
- meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan.
-membentuk imej perniagaan yang baik.

2. objektif
- menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dapat memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.
- mengelakkan kecacatan pada produk.
- mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran.
-mengurangkan kos dan perbelanjaan organisasi.
- meningkatkan daya saing perniagaan.

3.alat kawalan kualiti
kawalan proses secara statistic (SPC)

-proses pengawalan kualiti berdasarkan kaedah statistic yang dijalankan sepanjang sesuatu
aktiviti pengeluaran.
- sampel akan diambil secara rawak daripada keseluruhan produk bagi memastikan kualitinya.
- carta kawalan akan dibentuk secara grafik . Ia mempunyai garisan tengah ,had kawalan atas dan
had kawalan bawah.

pemeriksaan
a) pemeriksaan menyeluruh
- pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan.
- setiap produk melalui proses pemeriksaan.
-sesuai untuk produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.
- tidak sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran kerana masa yang panjang, penggunaan
sumber yang banyak.

b) pelan persampelan
-beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan atau satu lot
produk.
- sekiranya sampel yang diperiksa mematuhi piawai yang ditetapkan, lot produk tersebut akan
diterima.
- jika didapati sampel mempunyai kecacatan , lot produk akan ditolak.

3.2.6 Kawalan Inventori

1. definisi
Inventori bahan mentah , barang separa siap atau barang siap yang disimpan untuk kegunaan
pada masa hadapan.
Kawalan inventori

2. objektif

a) memastikan stok berada pada tahap optimum.
b) memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan.
c) memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan.
d) mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori.
e) meminimumkan kos pemegangan inventori.

3. pengurusan inventori

Analisis ABC
- satu kaedah mengkelas tahap kepentingan inventori dalam sesebuah perniagaan.
- item dikelaskan kepada tiga iaitu kelas A, B dan C.
- item kelas A, 70% - 80% penggunaan daripada jumlah ringgit penggunaan.
- item kelas B, 15% - 25% penggunaan.
- item kelas C, 5% jumlah ringgit penggunaan.











Peratus nilai ringgit
penggunaan
Kelas
A
Kelas B
Kelas C
Peratus jenis item
inventori
50 100
0
80
15

b) EOQ (Economic Order Quantity)
- kuantiti pesanan ekonomi- menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan jumlah
kos berubah mengikut saiz pesanan apabila permintaan dapat diramalkan.
- andaian andaian dalam EOQ;
i. kadar permintaan diketahui dan konsisten.
ii. item diterima sekaligus.
iii. keputusan item tidak bergantung antara satu sama lain.
iv. masa menunggu diketahui dengan pasti dan bersifat malar.
v. hanya dua kos terlibat, kos pesanan dan kos pegangan.




EOQ = Q = 2DS
h



c) JIT (Just In Time)

- system tepat pada masa, dikenali sebagai system inventori sifar, atau kanban.
- Ia mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masanya
dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin dan barang yang dikeluarkan
diedarkan terus ke pasaran.



Kos
pesanan
Saiz lot (Q)
Kos tahunan (rm)
EOQ
Kos
pegangan
Kos inventori
tahunan
Kebaikan JIT
i. mengurangkan kos penyimpanan inventori.
ii. Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan kos.
iii. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.
iv. Membolehkan keluaran dihasilkan tepat pada waktu.

Ciri penting JIT
i. pengeluar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal.
ii. Masa penyediaan yang pendek.
iii. Pengekalan kualiti tinggi yang berterusan
iv. Pengekalan saiz lot yang kecil.
v. Keseragaman stesen kerja.
vi. Penggunaan komponen dan kaedah kerja yang sama.
vii. Masa bekerja fleksibel.
viii. Penyenggaraan peralatan yang baik.
ix. Mengamalkan sistem penarikan.


3.2.7 Penyenggaraan peralatan

1. definisi
- aktiviti pembaikpulihan yang dijalankan bagi memastikan semua peralatan yang digunakan
dalam aktiviti pengeluaran mereka berada dalam keadaan baik dan sempurna.

2. objektif
a) memastikan mesin dan jentera berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
b) Meminimumkan kerosakan terhadap mesin dan jentera semasa operasi pengeluaran.
c) Memaksimumkan pengeluaran seperti perancangan.
d) Membaiki kerosakan mesin dan jentera yang rosak supaya tidak mengganggu operasi
pengeluaran.
e) Meminimumkan kos dan risiko kerosakan.

3. kaedah penyenggaraan
-aktiviti pembaikpulihan yang dijalankan bagi memastikan semua peralatan yang digunakan
dalam pengeluaran berada dalam keadaan baik dan sempurna.

- terdapat dua bentuk penyenggaraan;
i. penyenggaraan pencegahan
langkah berjaga-jaga dan pemeriksaan berkala yang dijalankan sebelum sesuatu
kerosakan berlaku.
ii. penyenggaraan kerosakan
tindakan pembetulan segera yang diambil bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku.

Objektif penyenggaraan

i. meminimumkan kerosakan.
ii. Membaiki kerosakan.
iii. Memaksimumkan pengeluaran.
iv. Mengurangkan kos dan risiko kerosakan.

Kaedah penyenggaraan

i. kaedah simulasi
- cuba mensimulasi atau menduplikasi dengan menggunakan model tertentu sebagai sumber
penyenggaraan.
- Simulasi kerap menggunakan menggunakan bantuan komputer untuk menilai keseluruhan
sistem pengeluaran tanpa mengganggu operasi sistem pengeluaran sebenar.

ii. sistem pakar
- penggunaan logik pengaturcaraan komputer membantu mengesan dan memperbaiki pelbagai
jenis kerosakan pada mesin dan peralatan.

Konsep pengurusan pengeluaran moden

1. Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)

Definisi
- satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan
pelanggan, penambahbaikan secara berterusan , penglibatan semua orang , setiap bahagian
dan proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.

Objektif
i. meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem operasi
ii. meningkatkan kepuasan dan kehendak pelanggan.

Prinsip-prinsip

i. Merangkumi keseluruhan organisasi, produk, perkhidmatan dan seluruh pengurusan
organisasi(sumber manusia).
ii Merupakan satu proses tanpa titik tamat, menekankan penambahbaikan berterusan.
iii. Melibatkan seluruh organisasi dari peringkat atasan sehingga bawahan.
iv. Tumpuan memuaskan kehendak pelanggan.
v. Pendekatan kerja berpasukan
vi. Sokongan pihak atasan sangat penting.
vii. Berkaitan dengan pencegahan.


Kebaikan
i. menghasilkan produk yang berkualiti pada kos yang rendah.
ii. Memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
iii. Meningkatkan daya saing organisasi
iv. Mengurangkan pembaziran.
v. Pengurusan komunikasi berkesan.
vi. Mengelakkan kesilapan/kecacatan dalam pengeluaran.


2. ISO 9000 (International Organisation for Standardisation)

Maksud ISO 9000
- satu standard/piawai yang didokumentasikan yang menekankan elemen asas yang perlu ada
dalam system pengurusan kualiti dan perlu dipatuhi.
- ia tidak menggambarkan standard produk yang dihasilkan dan menekankan aspek
pencegahan, bukan membaiki kesilapan.

Cara-cara untuk mendapat ISO 9000
i. membina komitmen pengurusan atasan.
ii. Mengenalpasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000.
iii. Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana.
iv. Melakukan analisis varians.
v. Menyediakan dokumen.
vi. Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah
didokumentasikan.
vii. Melaksanakan ISO 9000.
viii. Pengiktirafan dan pensijilan.
3. Merekayasa (reengineering)

Definisi
-mereka bentuk semula proses-proses teras yang kritikal, sistem, polisi atau struktur
organisasi secara radikal untuk mencapai kemajuan besar dalam perniagaan.

Objektif
i. kemajuan dan kejayaan besar dalam organisasi yang boleh meningkatkan daya saing.
ii. Mereka bentuk produk yang mampu bersaing bagi membolehkan organisasi kekal di
pasaran.
iii. Mengenalpasti kaedah yang lebih berkesan yang meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan.
iv. Memfokuskan pada proses perniagaan yang penting supaya menghasilkan produk
yang lebih kreatif dan inovatif.


Kebaikan
i. menghasilkan produk yang berkualiti pada kos yang lebih rendah.
ii. Menguruskan aktiviti yang dapat membantu mengurangkan kos operasi dan
pengendalian organisasi.
iii. Menikmati keuntungan besar dalam jangka panjang.

4. Rekabentuk Bantuan Komputer/pembuatan Bantuan Komputer (Computer aided
design/computer aided manufacturing)/[CAD /CAM]

Definisi
CAD system perisian yang menggunakan ilustrasi grafik computer untuk menghasilkan
rekabentuk baru atau melakukan pengubahsuaian terhadap sesuatu proses pengeluaran.

CAM menggunakan automasi yang boleh diprogramkan dengan bantuan komputer dalam
proses pembuatan sesuatu produk.

Objektif
i. Menjimatkan masa pengurusan pengeluaran.
ii. Memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan mengikut jadual.
iii. Memudahkan proses pemeriksaan dan pemantauan.
iv. Memudahkan pengubahsuaian terhadap rekabentuk proses pengeluaran dan produk.
v. Mengawal kualiti proses dan produk semasa transformasi.

Kebaikan
i. mengurangkan masa menunggu (lead time) dalam perkenalkan produk baru.
ii. Aktiviti penyemakan dan pengubahsuaian rekabentuk dijalankan dengan lebih cepat.
iii. Memudahkan menghasil rekabentuk baru.
iv. Mempercepat proses pemasaran produk dalam pasaran.
v. Sebarang kekurangan dan kelemahan pada dapat dikenalpasti dan diatasi dengan
segera.
vi. Meningkatkan produktiviti.
vii. Mempercepat tindak balas organisasi terhadap perubahan dalam pasaran.

5. Pembuatan luwes
Satu sistem pengeluaran yang boleh mengeluarkan pelbagai produk dengan cepat
Kebaikan
i. Tidak memerlukan ramai pekerja maka dapat mengurangkan kos buruh
ii. Masa penyediaan yang pendek maka mengurangkan kos penyediaan dan
memungkinkan campuran produk dilakukan
iii. Kerja-kerja penjadualan dan jalan laluan bahan dikendalikan oleh komputer
iv. Dapat meningkatkan penggunaan mesin-mesin
v. Output dengan kualiti yang lebih konsisten dapat dihasilkan


3.3 KEWANGAN

3.3.1 Definisi dan peranan

Definisi
- melibatkan aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan
perniagaan/ bukan perniagaan dan kerajaan.
- merangkumi proses, institusi, pasaran yang terlibat dengan penggunaan
wang.

Peranan pengurus kewangan
- membuat perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan
untuk beroperasi dan peluang pelaburan yang ada.
- menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik.
- menggunakan dana secara berkesan.
- menganalisis dan menggunakan penyata kewangan untuk menilai
pelaburan yang telah dibuat dan mengukur prestasi syarikat secara
keseluruhan.

3.3.2 Penyata Kewangan

Penyata Pendapatan
- menunjukkan hasil operasi serta belanja-belanja yang terlibat dalam
menjalankan operasi.
- apabila hasil melebihi belanja, untung diperolehi.
- apabila belanja melebihi hasil, rugi diperolehi.

Kunci Kira-Kira
- penyata yang menunjukkan jumlah aset dan liabiliti pada satu tarikh
tertentu.
- menunjukkan kedudukan kewangan syarikat pada akhir tempoh kewangan.

Penyata Aliran Dana
- melaporkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi suatu tempoh
kewangan.

3.3.3 Objektif Kewangan
memaksimumkan keuntungan syarikat
- syarikat menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk meningkatkan
keuntungan.
- prestasi syarikat biasanya diukur melalui keuntungan yang diperolehi dan
kadar peningkatan keuntungan berbanding dengan tahun sebelumnya.
- semua sumber mesti digunakan dengan cekap untuk mencapai keuntungan
yang maksimum.
- kecekapan diperolehi dengan meminimumkan kos-kos pengeluaran dan
memaksimumkan pengeluaran.
Memaksimumkan kekayaan pemegang saham syarikat
- meningkatkan perolehan per saham yang dibuat oleh pelabur/ pemilik.
- perolehan per saham penting kerana merupakan pulangan kepada
pemegang saham yang menjadi asas kepada pembahagian dividen oleh
pihak pengurusan kepada pemegang-pemegang saham.
- meningkatkan untung sesaham syarikat yang dikeluarkan.

3.3.4 Sumber Dana
Pembiayaan ekuiti
- saham biasa : - syer yang menunjukkan pemilikan.
- pendapatan tertahan : - untung bersih syarikat yang tidak diagihkan sebagai
dividen tetapi disimpan dalam syarikat untuk diguna semula bagi
mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan hutang
Pembiayaan hutang jangka panjang
- pinjaman tetap/ bertempoh didapati daripada bank/ agensi kerajaan spt
MARA, pinjaman untuk tempoh melebihi setahun dan bayaran balik adalah
secara ansuran.
- terbitan sekuriti pinjaman melalui terbitan sekuriti yang memerlukan
syarikat membayar balik amaun pokok pinjaman pada tarikh matang.

Pembiayaan hutang jangka pendek
- kredit dagangan kemudahan kredit disediakan oleh pembekal, peniaga
menerima barangan tetapi akan membayar setelah berakhir tempoh kredit.
- kredit pusingan satu perjanjian antara pihak bank dengan pihak peniagaan
di mana boleh meminjam wang bila-bila masa sahaja.
- overdraf kemudahan kredit yang diberi oleh bank kepada pemegang akaun
semasa, dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam
akaun setakat had yang ditetapkan.
- pinjaman jangka pendek disediakan oleh bank perdagangan kepada
pelanggan yang memerlukan bagi suatu tempoh yang singkat.
- surat kredit kemudahan jangka pendek yang diberi kepada syarikat yang
menjalankan urus niaga antarabangsa, merupakan jaminan bank bahawa
amaun terhutang akan dijelaskan.
- pemfaktoran kemudahan pembelian akaun penghutang oleh syarikat
pemfaktor daripada syarikat yang memberi kemudahan kredit kepada
pelanggan mereka.

3.3.5 Penggunaan Dana
- untuk membiayai keperluan modal kerja, aset tetap.
- pelaburan jangka panjang

3.3.6 Perancangan Kewangan (belanjawan)
Belanjawan Tunai
- suatu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai dan
pembayaran tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan.
- pengurus boleh membuat perancangan untuk mendapatkan pembiayaan
tambahan.

Belanjawan Modal
- perancangan pelaburan ke atas / suatu projek jangka panjang.

3.3.7 Insurans
Definisi suatu kontrak ganti rugi antara si diinsurans dan penginsurans.

Peranan insurans
- memberi perlindungan kepada peniaga daripada risiko kecurian, pecah
amanah, tuntutan pihak ketiga.
- memberi sumbangan kepada negara sebagai penyumbang dana untuk
memajukan sektor-sektor ekonomi.
- memberi perlindungan kepada individu dan keluarga.

Prinsip insurans

Prinsip kepentingan boleh diinsuranskan
- sidiinsurans mesti mempunyai kepentingan ke atas harta/ nyawa yang
diinsuranskan.

Prinsip penuh percaya
- merujuk sikap jujur antara sidiinsurans dan penginsurans.
- si diinsurans mesti memberi maklumat yang benar dan penginsurans perlu
menyatakan syarat-syarat perlindungan.

Prinsip ganti rugi
- menegaskan bahawa tujuan ganti rugi dibayar kepada si diinsurans yang
mengalami kerugian adalah untuk memulihkan kedudukan kepada keadaan
asal.

Prinsip doktrin punca terdekat
- ganti rugi akan dibayar apabila berlaku kemalangan akibat risiko yang
diinsuranskan.

Jenis-jenis insurans
- insurans kemalangan
- insurans kebakaran
- insurans perkapalan/penerbangan

3.4 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)

3.4.1 Definisi, Fungsi & Cabaran

Definisi:

- fungsi yang dilaksanakan oleh organisasi
- membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara efektif
- untuk capai matlamat organisasi dan individu
- berkait dengan falsafah, polisi, program yang mempengaruhi pekerja

Fungsi Jabatan Sumber Manusia :

Perancangan SM

Pengambilan Tenaga Kerja

Latihan & Pembangunan

Penilaian Prestasi

Faedah/Ganjaran

Penyenggaraan Pekerja

Perhubungan Industri


Cabaran

1. Perubahan teknologi
2. Peningkatan peranan wanita dalam sektor pekerjaan
3. Globalisasi
4. Migrasi buruh
5. Faktor ekonomi/politik/perundangan
6. Kemahiran pekerja
7. Kepelbagaian tenaga kerja
8. Pengstrukturan semula organisasi

3.4.2 Perancangan Sumber Manusia

Proses menilai keperluan sumber manusia berdasarkan matlamat organisasi
bagi pastikan organisasi memiliki kumpulan tenaga kerja yang cekap dan berkemahiran

Proses Perancangan Sumber Manusia

Imbasan persekitaran

Unjuran permintaan buruh

Unjuran Penawaran Buruh

Analisis Jurang/Lompang

Pelaksanaan

Penilaian & Kawalan

3.4.3 Pengambilan Sumber Manusia

Analisis Kerja

Teknik untuk mengumpul maklumat kerja secara sistematik
- berkaitan tugas, tanggungjawab dan keperluan kemahiran/pengalaman
- yang perlu ada untuk melakukan kerja dengan baik
- terbahagi kepada huraian kerja dan spesifikasi kerja
- huraian kerja memberi maklumat seperti:
senarai tugas/tanggungjawab
kewajipan/kepada siapa laporan perlu dibuat
Kontek kerja: keadaan tempat kerja/jadual kerja
Aktiviti tugas/cara bekerja
Tahap prestasi yang dikehendaki
- spesifikasi kerja mengandungi maklumat seperti:
penerangan bertulis tentang pengetahuan/kemahiran/keupayaan/sifat
kelayakan minimum seperti tahap pendidikan/pengalaman/sifat
personaliti/keupayaan fizikal


Pengrekrutan/Sumber Tenaga Manusia
Maksud pengrekrutan
menarik minat calon yang berkelayakan utk memohon jawatan kosong

(1) Mengenalpasti keperluan jawatan
huraian kerja
- jawatan, tanggungjawab/bidang tugas, terma(sementara/tetap)

spesifikasi kerja.
- kelayakan dan pengalaman

(2) Mengenalpasti sumber pengrekrutan calon

(a) Sumber dalaman
- Sumber dalaman merujuk kepada pekerja-pekerja yang sedia ada dalam syarikat
- memilih calon yang ada dalam simpanan data mengenai para pekerja yang wujud dalam
sesebuah organisasi

(b) Sumber luaran
Sumber calon adalah daripada luar organisasi
Sumber luaran diperoleh daripada
- calon fresh kolej / sekolah / institusi latihan
- kakitangan syarikat lain
- calon bekerja sendiri
- calon yang wujud dalam pasaran / sedang mencari pekerjaan
terdiri daripada pekerja di luar organisasi/organisasi lain
pelajar-pelajar IPT yang telah lulus/praktikal


(3) Mengenal pasti kaedah pengrekrutan

Kaedah pengrekrutan dalaman
Inventori kemahiran tenaga kerja
mengandungi maklumat-maklumat terkini para pekerja seperti latar belakang, pengalaman,
kemahiran, dan sebagainya
pemilihan berdasarkan kenaikan pangkat/pindahan jawatan
melihat kesesuaian pekerja yang ada dengan jawatan

Pengiklanan dalaman
- calon digalakkan memohon
- penyebaran maklumat mengenai jawatan di dalam organisasi melalui pelbagai cara

Kaedah Pengrekrutan luaran
kaedah dapatkan sumber luaran:
pengiklanan di surat khabar/televisyen/radio/jurnal dll.
rujukan - kepada agensi pekerjaan/Jabatan Tenaga Buruh
pertemuan/kerjasama - dengan persatuan profesional atau universiti bagi kenalpasti
calon yang boleh dihubungi
pengrekrutan pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di organisasi
permohonan langsung oleh calon yang berminat
perhubungan dengan agensi pekerja sementara

kebaikan dan kelemahan sumber dalaman:
Kebaikan Kelemahan
pekerja dikenali prestasi boleh
dijangka
kos orientasi dan latihan boleh
dikurangkan
masa penyesuaian dan sosialisasi
dapat dikurangkan
lebih mudah untuk buat
perancangan/pembangunan kerjaya
meningkatkan kesetiaan pekerja
dapat kurangkan kadar lantik henti

tiada calon yang benar-benar layak
pengisian jawatan baru akan
meninggalkan kekosongan jawatan lain
tiada idea dan budaya baru dibawa
masuk
sukar untuk bawa perubahan

Kebaikan dan kelemahan sumber luaran

Kebaikan Kelemahan
terdapat idea baru
pengalaman lain yang boleh dikongsi
bersama
calon dari pelbagai bidang dan
kemahiran
lebih mudah untuk membawa
perubahan

perlukan masa untuk penyesuaian
dan sosialisasi
meningkatkan Kos untuk latihan dan
orientasi
pekerja baru mungkin tidak disukai
oleh pekerja sedia ada
mengurangkan kesetiaan pekerja





Pemilihan

Proses memilih calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan daripada senarai calon yang
memohon. Langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemilihan:

Borang Permohonan
- langkah awal dalam proses pemilihan
- mengandungi maklumat peribadi/latar belakang akademik/pengalaman kerja
- calon yang layak boleh dibuat semakan rujukan atau dipanggil temuduga

Semakan rujukan
- untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut tentang calon
- seperti sikap/personaliti
- untuk mengesahkan ketetapan maklumat yang diberikan oleh calon
- untuk tapisan keselamatan

Temuduga
- proses pertukaran maklumat antara organisasi dengan calon
- dapat maklumat lanjut mengenai pengalaman/kemahiran
- untuk menentukan calon layak untuk jawatan yang dipohon
- peluang majikan melihat gelagat/personaliti calon secara bersemuka

Ujian pemilihan
- bantu organisasi buat keputusan yang betul siapa yang layak
- mengukur samada calon dapat melakukan kerja dengan betul atau tidak
- bertujuan untuk menapis calon
- contoh ujian pemilihan ialah ujian kecerdasan/ujian bakat/ujian personaliti/ujian
kecekapan/ujian poligraf/ujian perwatakan/dll.















3.4.4 Latihan & Pembangunan

Perbezaan latihan & pembangunan

Perkara Latihan Pembangunan
Fokus Pekerjaan sekarang Pekerjaan sekarang dan
masa hadapan
Skop Individu Sekumpulan pekerja
Jangkamasa Segera/semasa Jangka panjang
Matlamat Baiki kelemahan
kemahiran sekarang dan
meningkatkan prestasi
Persediaan bagi
keperluan pekerjaan
pada masa
hadapan/kenaikan
pangkat
Contoh
kemahiran
- komunikasi
- program
komputer
- pemasaran dll.
- kepemimpinan
- pembuatan
keputusan dll.



Faedah Program Latihan & Pembangunan

Kepada individu Kepada organisasi
- meningkatkan produktiviti
pekerja
- meningkatkan kepuasan kerja
- meningkatkan motivasi pekerja
- merasakan bahawa mereka
dihargai
- dapat mengekalkan pekerja
yang terbaik
- membentuk reputasi sebagai
organisasi yang pentingkan
aspek pembangunan pekerja
- mengurangkan kesilapan
pekerja













Proses Pembentukan & Perlaksanaan Program Latihan


Penilaian keperluan

Keperluan
Organisasi
Keperluan
Pekerjaan
Keperluan
individu
-keseluruhan
-berkaitan
gelagat
kumpulan/budaya
kerja

-pengetahuan
dan kemahiran
-merujuk
kepada huraian
dan spesifikasi
kerja
-kecekapan dan
gelagat pekerja
-rujuk fail
peribadi atau
inventori
kemahiran
berdasarkan
permintaan
pasaran

Objektif latihan
hasil yang dikehendaki/perubahan yang perlu
dilakukan selepas pekerja menjalani program latihan
serta perubahan gelagat/tahap piawai yang ingin dicapai

Pelaksanaan program latihan
-memilih pelatih
-menentukan kurikulum
-Menetapkan belanjawan
-pemilihan jurulatih

Penilaian
untuk mengetahui samada program yang dijalankan
mencapai objektif atau tidak









Jenis-Jenis Latihan

1. Latihan sambil kerja
Belajar sambil bekerja
- pelatih mempelajari sesuatu pekerjaan dengan melakukan sendiri kerja
- sokongan penyelia sangat penting untuk memastikan pekerja memahami pekerjaannya
dengan berkesan
- pelatih dapat mengetahui kesilapan

Pusingan kerja
- menukarkan pekerja kepada pekerjaan yang lain
- selepas melakukan pekerjaan yang sama selama beberapa bulan/tahun
Melakukan tugas-tugas khas
- pekerja diberi tugas-tugas tertentu
- yang boleh mencabar kemahiran semasa pekerja

2. Latihan perantisan
- pekerja baru akan bekerja dengan pekerja yang mahir dan melihat bagaimana mereka
bekerja
- sesuai untuk kerja sebagai juruteknik/kerja berkait dengan seni/kraf

3. Latihan di luar kerja
- hadiri latihan di luar waktu kerja
- hadiri kursus atau seminar seperti motivasi/kepemimpinan/teknologi maklumat
- mengadakan permainan perniagaan kepada pengurus untuk meningkatkan kemahiran
- kaedah simulasi/tayangan video dengan pelajari cara kerja sebenar menggunakan model
dll.

3.4.5 Penilaian Prestasi
Tujuan Penilaian Prestasi

1. memberi maklum balas tentang tahap prestasi/pencapaian kepada pekerja
2. membentuk data yang sah bagi tujuan pemberian gaji dan kenaikan pangkat
3. membantu pengurus membuat keputusan berkaitan pemberhentian dan amaran kepada
pekerja yang potensinya kurang memuaskan
4. menjadi asas yang kukuh kepada kes industri yang dibawa ke makhamah
5. memberi nasihat/bimbingan kepada pekerja
6. membentuk komitmen pekerja kepada organisasi/peluang kerjaya
7. memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha
8. memberi pengiktirafan kepada kejayaan pekerja
9. mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja
10. menetapkan jangkaan prestasi baru terhadap pekerja
11. menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan

Ciri-ciri Penilaian yang Berkesan

1. dilakukan secara berterusan sepanjang tahun
2. dibentuk berdasarkan huraian kerja
3. dibuat dengan adil dan dianggap adil oleh pekerja
4. penilai tahu apa yang patut dinilai
5. penilai tahu teknik menilai dengan betul
6. bebas dari sifat berat sebelah

Masalah dalam Penilaian Prestasi Pekerja
Jenis pekerjaan
- ada pekerjaan yang hasil akhirnya sukar diukur/tidak jelas disebabkan oleh sifat
pekerjaan itu sendiri
- kadang kala penilai sendiri tidak pasti apakah yang perlu dinilai
- prestasi bagi kerja bukan rutin juga sukar diukur
- cara atasi : melalui pembentukan satu sistem penilaian prestasi yang lebih teratur yang
mengukur/menilai dari pelbagai sudut

Manusia
- cara penilaian manusia adalah subjektif
- masing-masing memberi takrifan sendiri/berbeza perspektif kerana berlainan
jantina/bangsa/budaya dll.
- cara pemerhatian manusia juga kadangkala kurang tepat
- penyelia gagal membuat penyeliaan yang berterusan
- sikap berat sebelah
- takut untuk menyatakan perkara yang benar
- cara penilaian yang tiada kebolehpercayaan/kesahan
- cara atasi: penilai perlu dilatih untuk menjalankan tugas supaya lebih pengalaman dan
seterusnya dapat mengurangkan kesilapan

Organisasi atau sistem penilaian
- organisasi gagal untuk menukar sistem penilaian apabila huraian kerja/teknologi/objektif
berubah
- kaedah penilaian yang dilaksanakan tidak bersesuaian dengan pekerjaan
- tiada sokongan/komitmen daripada pihak pengurusan/kerja sambil lewa
- proses penilaian mengambil masa yang lama/panjang
- penilaian tidak dibuat secara berterusan
- pekerja tidak diberitahu tahap prestasi yang perlu dicapai
- pekerja tidak faham isi penilaian borang penilaian
- cara atasi: pihak pengurusan perlu konsisten dalam penilaian prestasi/penilaian perlu
dilakukan secara berkala mengikut jadual/yakin terhadap sistem penilaian prestasi yang
akan dilakukan terhadap pekerja

3.4.6 Faedah,Ganjaran & Tindakan Disiplin

Faedah/Ganjaran
Definisi ganjaran kewangan merujuk kepada bayaran kewangan yang dibayar kepada
para pekerja
a)Ganjaran kewangan

1. gaji asas - upah yang dibayar pada satu tempoh tertentu; minggu / bulan / hari

2. elaun-elaun tertentu; elaun lebih masa, elaun pengangkutan

3. EKA, perumahan / kritikal

4. KWSP dibayar oleh majikan

5. Pencen

6. SOCSO / PERKESO

7. Bonus

8. kemudahan pinjaman perumahan
[6]
(b) Ganjaran bukan dalam bentuk kewangan
1. kemudahan cuti cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dsb

2. faedah perubatan- pemeriksaan doktor, ubat, pergigian, pemeriksaan mata, pembedahan

3. kemudahan meningkatkan kerjaya- cuti belajar, peluang kenaikan pangkat, peluang
meningkatkan kemahiran (kursus)

4. kemudahan tempat tinggal/perumahan/kuarters

5. kemudahan tempat penjagaan anak

6. kemudahan pengangkutan/kenderaan- bas kilang, kereta syarikat

7. pengiktirafan / penghargaan - anugerah kecemerlangan, sijil penghargaan

8. kebajikan lain seperti pakaian seragam dan diskaun warga mas
Penentu-penentu ganjaran

1. kemampuan syarikat
2. permintaan dan penawaran buruh
3. ekuiti dalaman dan luaran
ekuiti dalaman kesetaraan ganjaran kepada semua ahli dalam organisasi yang sama.
Semua pekerja menerima gaji yang adil berasaskan kemahiran/pengalaman dan kelayakan
akademik
ekuiti luaran kesetaraan dengan pekerja di organisasi lain dalam industri yang sama.
Pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama dalam organisasi berlainan
harus menerima ganjaran yang sama
4. bentuk tugas
tugas yang rumit dan perlukan kemahiran yang tinggi akan mendapatkan ganjaran yang
lebih berbanding dengan kerja rutin. Ganjaran ditentukan oleh nilai sesuatu pekerjaan
kepada organisasi. Pekerjaan yang dianggap penting oleh organisasi, ganjarannya adalah
tinggi
5. peraturan dan undang-undang kerajaan

Tindakan Disiplin
Dikenakan kepada pekerja yang melanggar peraturan. Disiplin boleh diberi dalam bentuk positif
atau negatif bergantung kepada keadaan. Disiplin positif ialah cara pembetulan melalui
nasihat/kaunseling/beri peluang kepada pekerja mengubah tingkah lakunya yang tidak baik.
Disiplin negatif/progresif diberikan kepada pekerja yang gagal mengubah gelagat ke arah positif.

Hukuman yang biasa diberikan kepada pekerja yang melanggar peraturan adalah seperti berikut:
i) teguran secara lisan kepada pekerja yang membuat kesalahan kali pertama
ii) amaran bertulis amaran yang akan direkodkan di dalam fail pekerja.
iii) Hilang faedah kerja seperti kemudahan kenderaan/mel elektronik akan ditarik balik
iv) Penurunan pangkat jika kesalahan terlalu teruk
v) Pemecatan jika teguran dan amaran gagal mengubah gelagat pekerja yang terlibat

3.4.7 Penyelengaraan Pekerja
Apabila kes-kes kemalangan berlaku di tempat kerja, maka aspek keselamatan dan kesihatan
pekerja perlu diberi perhatian oleh majikan. Terdapat tiga akta penting yang melibatkan aspek
penyelenggaraan pekerja iaitu Akta Kilang & Mesin 1967, Akta Kualiti Persekitaran 1974 dan
Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 (OSHA).

Objektif utama OSHA ialah:
i) memastikan keselamatan/kesihatan/kebajikan pekerja yang melakukan
pekerjaan merbahaya
ii) melindungi individu-individu lain yang berada di kawasan tempat kerja, selain
yang melakukan pekerjaan tersebut
iii) mengadakan persekitaran tempat kerja yang selamat

Keselamatan

- bermaksud melindungi pekerja daripada kecederaan/kemalangan yang berkaitan dengan
kerja. Di antara langkah-langkah penyelenggaraan yang boleh diambil oleh pihak
pengurusan bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja ialah :
i) membentuk sikap yang mementingkan aspek keselamatan di tempat kerja melalui
kempen kesedaran/peka kepada undang-undang kesihatan dan keselamatan
ii) memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa selamat
iii) membuat polisi dan peraturan keselamatan serta menguatkuasakannya
iv) membentuk prosedur melapor dan menyiasat kemalangan
v) membentuk dan menyediakan latihan keselamatan
vi) memilih pekerja yang sesuai
vii) mengadakan sistem insentif/ganjaran sebagai galakan untuk mementingkan
keselamatan
viii) menyediakan pakaian/peralatan keselamatan
ix) memberi cuti rehat yang mencukupi kepada pekerja
x) mengadakan amaran-amaran yang jelas seperti AWAS/KAWASAN LARANGAN/dll.

Kesihatan

- melindungi pekerja daripada gangguan emosi dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh
kerja. Antara program kesihatan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan ialah:
i) memberi kesedaran kepada pekerja tentang pentingnya penjagaan kesihatan melalui
ceramah/program kesihatan dan sebagainya
ii) membuat pemeriksaan kesihatan terhadap pekerja terutamanya pekerja yang terdedah
kepada bahan kimia/merbahaya
iii) menggalakkan pekerja untuk menghentikan amalan merokok dan pengambilan alkohol
serta bahan-bahan larangan
iv) menggalakkan pekerja untuk mengambil rehat yang secukupnya

Jaminan kerja

- aspek yang sangat penting bagi memastikan pekerja boleh bekerja dengan aman dan
tenteram. Antara bentuk jaminan kerja yang diperlukan oleh pekerja ialah:
i) jaminan keselamatan fizikal
ii) jaminan aspek kesihatan
iii) ganjaran yang memuaskan
iv) layanan yang baik daripada majikan
v) tidak akan diberhentikan tanpa sebarang sebab



3.4.8 Perhubungan Industri

Definisi

Merujuk kepada perhubungan antara majikan dengan para pekerja. Biasanya pekerja akan
diwakili oleh kesatuan sekerja yang memperjuangkan hak mereka.


Fungsi Kesatuan Sekerja

i) mengatur perhubungan antara majikan dengan majikan; antara pekerja dengan
pekerja atau antara pekerja dengan majikan
ii) mewakili pekerja atau majikan dalam pertikaian perindustrian
iii) mengendalikan pertikaian perusahaan
iv) menganjurkan/mengendalikan/membiayai pemogokan bagi pekerja atau
penutupan pintu bagi majikan

You might also like