Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

REFLEKSI

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan satu program tahunan yang perlu
dilaksanakan oleh guru pelatih semester 5 bagi memenuhi pro forma WAJ 3112
Kokurikulum-Olahraga. Kami telah bertungkus lumus menjayakan program ini.Tujuan
utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan
menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran di
peringkat kampus,dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh
manakerjasama serta pengurusan yang telah dihasilkan oleh kami.
Sepanjang perjalanan KOT ini banyak input dan ilmu yang berguna sebagaikekuatan
dalam KOT yang saya perolehi antaranya adalah mengenai ketepatan masa.Ketepatan
masa sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Melalui KOT ini ketepatan
masa dititik beratkan bermula dari saat perancangan sebelum, semasadan selepas
KOT. Sebagai pihak penganjur, kami cuba untuk tidak melengahkan masa dan
disebabkan perkara inilah segala urusan dan aktiviti berjalan dengan lancar.Bagi saya
kejohanan ini mengajar saya untuk lebih menghargai masa dan menepati janji.
Dalam KOT, setiap individu akan menjalankan peranan masing-masing dalam
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk. Saya dan beberapa rakan-rakan lain
berada di bawah ahli jawatankuasa publisiti dan siaraya. Dalam menjalankan
tanggungjawab ini, saya telah belajar untuk mendengar arahan daripada ketua dengan
taat. Ada ketikanya saya berasa sangat sukar untuk menuruti arahan daripada ketua
kerana masalah lain namun melalui paksa rela dari dalam diri yang tidak berbelah
bahagi saya mengutamakan tanggungjawab ini daripada urusan peribadi yang tidak
pernah sudah. Sebenarnya, saya mampu untuk memenuhi tanggungjawab ini dan
bertepatan pula dengan pepatah Melayu yang mengatakan, Alah bisa, tegal biasa.
Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubungan siraturrahim antararakan
sekelas dan pelajar semester 5 yang lain. Walaupun sudah 3 tahun saya di sini
bersama dengan pelajar semester 5 yang lain, namun masih terdapat batas interaksi
dengan sebahagian daripada pelajar semester 5 terutamanya rakan-rakan kaum Cina
dan India. KOT ini telah mewujudkan dan melahirkan suasana kerjasama dan saling
bantu membantu antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan bersama-
sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan membuat saya
lebihmengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa dan
hubunganini diteruskan dengan lebih rapat.
Tanggungjawab sebagai penganjur juga membantu merapatkan hubungan antara kami
dengan tenaga pengajar iaitu pensyarah terutamanya pensyarah daripada Unit
Kokurikulum iaitu En. Abdul Ramit, En. Sarudin, En. Chew dan lain-lain. Sebelum
melaksanakan sesuatu idea, kami sebagai penganjur akan bermesyuarat bersama
dengan pensyarah untuk mengemukakan pendapat dan mendapatkan perhatian serta
pandangan daripada pensyarah. Perbincangan akan selalu dilakukan dan kami banyak
merujuk kepada pensyarah untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan. Secara tidak
langsung, bukan sahaja dapat kami mengelolakan kejohanan ini dengan baik,malah
mendapat ilmu pengelolaan yang sangat berguna.
Sebagai seorang bakal guru, KOT ini memberi banyak pengalaman yang bermakna.
Guru akan sentiasa terlibat dengan sukan tahunan sekolah.Oleh itu, melalui
pengalaman yang sudah saya peroleh dari penganjuran KOT ini akan saya aplikasikan
semasa menguruskan sukan tahunan di sekolah. Keadaan di sekolah mungkin sedikit
berbeza namun dari aspek pengurusan sukan sekolah keadaannya hampir sama. Oleh
itu, saya boleh menggunakan kemahiran sedia ada dalam pengurusan sukan ini di
samping menambahkan ilmu untuk dan menjadi titik tolak kepada pengurusan yang
lebih baik pada masa akan datang.
Di sebalik tabir pembikinan KOT sebenarnya tidak mudah kerana kami sebagai
penganjur terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis kekangan terutamanya dari
sudut kewangan.Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi denganbaik dengan
baik hasil kerjasama semua. Kami sebagai penganjur telah mengambil inisiatif
menambah wang sumbangan dari wang poket kami sendiri bagi menjayakan
kejohanan olahraga tahunan ini.Tambahan lagi, kami juga berjaya mendapatkan
sumbangan ikhlas dari wakil rakyat kawasan Kuala Lipis sama ada berbentuk material
atau kewangan. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung.
Selain itu, masalah persefahaman antara jawatankuasa-jawatankuasa kerja turut
timbul. Hal ini berpunca kerana kurangnya interaksi secara menyeluruh antara
jawatankuasa yang berbeza. Namun demikian, bagi menangani masalah tersebut,
kami akan mengadakan pertemuan sesama ahli jawatankuasa bagi mencari kata putus
dalam menyelesaikan masalah tersebut. Jalan yang diambil bagi menyelesaikan
masalah tersebut adalah dengan mengadakan perhubungan melalui walkie talkie.
Dengan medium sebegini setiap jawatankuasa dapat saling berhubung dan bergerak
dalam satu unit dalam mengelola dan melicinkan aspek pengurusan.
Masalah yang timbul juga melibatkan logo KOT yang telah direka bentuk. Setelah logo
ini diguna pakai sebagai logo rasmi dalam semua bentuk medium promosi di laman
sosial dan laman bertulis tiba-tiba dalam satu perjumpaan tergempar bersama
pensyarah, logo tersebut dikesan menciplak logo cadangan satu kejohanan
antarabangsa. Atas dasar etika, logo itu terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan
logo baru. Dalam kesulitan ini, jawatankuasa berkenaan tetap bekerja keras untuk
memperbetulkan kembali keadaan tanpa sebarang pertikaian. Melalui situasi ini, saya
belajar bahawa kita perlu mengakui kesilapan sendiri dan berusaha untuk
membaikinya.
Saya juga banyak belajar tentang betapa sulitnya untuk menjadikan sesuatu majlis itu
bergerak lancar seiring dengan tentatif majlis yang telah dirancang. Melalui sesi
rehearsel majlis penutup yang telah dijalankan sebelum malam sebenar, pelbagai
kelompangan telah berlaku terutamanya dari sudut teknikal. Namun demikian, kami
sebagai penganjur tidak pernah berputus asa untuk memberikan yang terbaik. Hasilnya
pada malam sebenar, majlis penutupan berlangsung dengn penuh gemilang dan
jayanya. Majlis pada malam itu juga turut mendapat reaksi positif daripada pensyarah-
pensyarah dan warga IPGKTAA.
Tuntasnya, banyak pengalaman dan ilmu pengurusan dan pengelolaan kejohanan
sukan dan majlis diperoleh dari penganjuran kejohanan sukan tahunan ini. Kami
bermula dengan kosong sebelum penganjuran kejohanan ini. Pelbagai kelemahan dan
kelompangan terserlah sebelum hari sebenar. Namun demikian, semangat ingin
belajar yang telah diterapkan oleh pensyarah kepada guru-guru pelatih membuahkan
hasil yang membanggakan.
Penganjuran KOT ini telah memberi banyak faedah dan input yang sangat berguna
pada masa hadapan sebagai guru yang lebih panjang waktunya suatu hari nanti.
Segala penat lelah saya dalam penganjuran KOT ini amat berbaloi dan memberi
perubahan dan impak yang besar kepada diri saya. Saya bersyukur kerana diberi
kesihatan yang baik untuk sama-sama menjayakan KOT ini. Tanpa kudrat yang sihat
tidak mungkin saya dapat menimba pengetahuan, keyakinan, ujian mental dan fizikal.
Dan yang paling penting dapat membantu saya membina jati diri sebagai seorang
pendidik yang berkarisma tinggi.
Segala ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan semasa berada disekolah satu
hari nanti. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah
kepada pihak yang sama-sama terlibat dalam penganjuran KOT. Tanpa usaha sama
daripada semua pihak tidak mungkin kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar. Saya
juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak jika ada kesilapan dan
kekurangan yang datang dari diri saya sepanjang KOT ini berlangsung.
Disediakan oleh
Mohammad Shafiq bin Shafie

You might also like