Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep ayat tunggal menurut Nik Safiah Karim et. al.

(2008), dalam
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah ayat yang mengandungi satu klausa
sahaja, iaitu mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
Oleh yang demikian, ayat tunggal, seperti ayat-ayat jenis lain juga dimana ayat
tunggal ini terbit daripada ayat dasar. Jika diperhatikan bahagian ayat dasar,
binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahului konstitun
predikatnya. Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu
terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat,
seperti dalam Jadual 1 berikut :
Subjek Predikat
Ayah Ali peguam.
Dia membaca akhbar itu.
Pelumba lari itu sangat letih.
Fatimah ke Melaka pagi tadi.

Menurut Tatabahasa Dewan, hukum pembinaan ayat merangkumi
subjek dan predikat yang terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu frasa
nama + frasa nama, frasa nama + frasa kerja, frasa nama + frasa adjektif dan
frasa nama + frasa sendi nama (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa
dan Abdul Hamid Mahmood, muka surat 318 323). Namun begitu rumus-rumus
ini sukar difahami oleh murid-murid yang berada di tahap sederhana dan
rendah kerana mereka tidak dapat membezakan subjek dan predikat mahu
pun kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Menurut Zainudin Bin Dirin (2009)
pula menyatakan bahawa setiap ayat yang dibina haruslah gramatis dan
ditentukan perbuatan wataknya dengan menggunakan kata kerja. Selain itu,
ayat utama yang dibina seharusnya disambut dengan satu pelengkap.

You might also like