Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENGENALAN SKIM

PERSIJILAN DI MALAYSIA
Oleh : Anizavina Binti Mohd Esa
Loh Yu Han
Cindy Wong Siew Chien
PENGENALAN
Pada 14hb Januari 1985, Majlis Sukan
Negara Malaysia telah menganjurkan satu
Simposium Kejurulatihan Kebangsaan.

Hasil daripada simposium ini para peserta
telah mengesyurkan agar sistem
kejurulatihan dipersusun serta dimajukan.
Di samping itu pihak kerajaan diminta
menubuhkan sebuah Lembaga Kejurulatihan
Kebangsaan yang akan bekerjasama dengan
Badan-badan Sukan Kebangsaan.

Ekoran dari simposium tersebut, sebuah
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah
ditubuhkan oleh Majlis Sukan Negara
Malaysia.
TUGAS UTAMA
LEMBAGA KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
Mewujudkan Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan.

Menyusun dan menggubal Kurikulum
Kejurulatihan.

Bertindak sebagai penyelaras dalam semua
kegiatan kejurulatihan diantara Persatuan-
persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal
sukan.

Melaksanakan apa-apa tugas dari semasa ke
semasa berhubung dengan kejurulatihan yang
diarah oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan.

OBJEKTIF SKIM
Melatih, melengkap dan meningkatkan
pengetahuan jurulatih dalam bidang-bidang
sains sukan, pengkhususan sukan dan
praktikal dengan tujuan dapat memajukan
lagi prestasi dan pencapaian atlet
kebangsaan.

Menyelaras dan melaksanakan semua
program dan aktiviti persijilan kejurulatihan
di semua peringkat.

Mewujudkan satu program yang sistematik
untuk menambah bilangan jurulatih dan
menyediakan peluang-peluang kepada
jurulatih meningkatkan pengetahuan
dalam bidang kejurulatihan.

Mewujudkan satu sistem dan pendekatan
yang profesional serta saintifik dalam
bidang kejurulatihan ke arah memajukan
sukan negara.

KONSEP
Sebuah jawatankuasa yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Perkembangan
Kurikulum telah diwujudkan dalam Skim
Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ini.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab
membangunkan kurikulum Sains Sukan,
perngkhususan sukan dan peaktikal yang
mengandungi tiga komponen.
Komponen-komponen ini ialah:
1. Sains Sukan
Dalam komponen ini, jurulatih-jurulatih
didedahkan dengan pengetahuan asas Sains
Sukan bagi membantu mereka melatih atlet
secara terancang dan saintifik.

Pihak yang bertanggungkawab menyediakan
komponen ini ialah Lembaga Kejurulatihan
Kebangsaan.
2. Pengkhususan Sukan
Jurulatih-jurulatih akan didedahkan dengan
kemahiran teknik dan strategi khusus kepada
sukan-sukan yang diceburi.
Hal ini akan meningkatkan pengetahuan
jurulatih bagi merancang latihan yang dapat
meningkatkan prestasi atlet.
Pihak yang bertanggungjawab menyediakan
komponen ini ialah persatuan-persatuan
sukan kebangsaan.
Komponen yang disedaiakan mengikut garis
panduan yang disediakan oleh Lembaga
Kejurulatihan Kebangsaan.
3. Praktikal
Skim ini memberi peluang jurulatih
mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan
menjalani latihan praktikal agar pengetahuan
baru yang dipelajari dapat dimantap dan
dilaksanakan setelah jurulatih ditauliahkan.

Pihak yang bertanggungjawab menyediakan
komponen ini ialah persatuan-persatuan
sukan kebangsaan.
Komponen yang disediakan mengikut garis
panduan yang didediakan oleh Lembaga
Kejurulatihan Kebangsaan.

Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ini
terbahagi kepada 3 tahap:
Tahap 1-Pengetahuan asas Sains Sukan.
Tahap 2-Pengetahuan khusus aspek Sains
Sukan.
Tahap 3-Kejian dalam sukan.
PERLAKSANAAN SKIM
Skim ini dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat dan melalui dua bahagian iaitu:

a)Komponen Sains Sukan
Dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara di mana
peserta akan terdiri daripada pelbagai jenis
sukan.

b)Pengkhususan Sukan dan Praktikum
Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan
dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan
peserta daripada sukan yang berkenaan sahaja.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah
menetapkan bahawa kriteria kelayakan
seseorang jurulatih untuk memperolehi sijil
penuh di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan adalah seperti berikut:

TAHA
P
SAINS
SUKAN
PENGKHUSUS
AN
PRAKTIKU
M
SIJIL
SPKK
I Lulus Lulus Lulus
Tahap I
II Lulus Lulus Lulus Tahap II
III Lulus Lulus Lulus Tahap III
PERSAMAAN TARAF
Individu yang layak boleh memohon kepada
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi
mendapat pertimbangan pengecualian
menghadiri kursus-kursus Sains Sukan Tahap I
hingga III.

Ini merupakan persamaan taraf berdasarkan
kelayakan dan status pengetahuan yang dimiliki.

Jurulatih Kebangsaan juga boleh diberikan
persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan
status kejurulatihannya jika mereka memenuhi
keperluan-keperluan yang ditetapkan.

Jurulatih Kebangsaan
(a) Aktif dan diiktiraf oleh
Persatuan Sukan Kebangsaan
sebagai Jurulatih sukan prestasi
tinggi (Peringkat
Antarabangsa) DAN
(b) Mengikuti TIGA (3) kursus
kejurulatihan sukan di peringkat
antarabangsa seperti IOC, IAAP
dan sebagainya dan
telah berjaya mendapat sijil
kejurulatihan dari badan tersebut.
(c) Jika tidak memenuhi syarat
(b) di atas hendaklah
menduduki peperiksaan Kursus
Sains Sukan sekali tanpa
menghadiri kursus dan lulus.
Bukan Jurulatih Kebangsaan
Memilikki Ijazah dalam bidang
sukan /sains sukan atau
Pendidikan Jasmani dari mana-
mana universiti yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia

Jurulatih Kebangsaan
a. Tidak ada
pengecualian tetapi
dapat dipertimbangkan
setelah memenuhi
keperluan berikut:-
b. LULUS Sains Sukan
Tahap I
c. Menduduki
peperiksaan Kursus
Sains Sukan Tahap II
sekali tanpa menghadiri
kursus dan LULUS
Bukan Jurulatih
Kebangsaan
Memilikki Ijazah Sarjana
(Masters) dalam bidang
Pendidikan Jasmani
atau sukan dari mana-
mana Universiti yang
diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia.

Jurulatih Kebangsaan
a. Jurulatih Kebangsaan prestasi
tinggi yang masih aktif dan telah
memilikki Sijil Sains Sukan Tahap
II akan dipertimbangkan setelah
mengambil peperiksaan Tahap III
tanpa menghadiri kursus. Calon
dibenarkan mengambil
peperiksaan sekali sahaja dan jika
berjaya persamaan taraf diberi.
Jika gagal hendaklah menduduki
keseluruhan kursus. ATAU
Menghadiri kursus dan diakhir
kursus, penilaian yang sesuai dan
flexible akan dibuat untuk
mengesahkan kelayakan mereka
tanpa menduduki peperiksaan
kursus.
Bukan Jurulatih Kebangsaan
Akan dipertimbangkan bagi
pemegang Ijazah Phd dalam
bidang sukan dari mana-mana
Universiti yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia dan setelah
mengambil Peperiksaan Tahap III
tanpa menghadiri kursus pada
peringkat tersebut. Calon
dibenarkan mengambil
peperiksaan sekali sahaja. Jika
berjaya, persamaan taraf diberi. .

Semua permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di
bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan
hendaklah dibuat kepada pihak-pihak berikut: -
a) Kursus Sains Sukan
Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-89929600 Fax: 03-89966203

b) Kursus Pengkhususan Sukan
Presiden
Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan


Semua permohonan untuk mengikuti Kursus
Sains Sukan hendaklah dibuat kepada Majlis
Sukan Negara Malaysia atau Majlis Sukan
Negeri yang menjadi tuan rumah untuk
kursus-kursus yang dirancang setiap tahun.

Permohonan hendaklah dibuat sekurang-
kurangnya SATU BULAN sebelum
bermulanya kursus. Keputusan sama ada
berjaya atau tidak akan diputuskan oleh
negeri yang menjadi tuan rumah.

Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus
untuk Pengkhususan Sukan pula adalah di
bawah kelolaan Persatuan Sukan
Kebangsaan.
Sekian, Terima Kasih.

You might also like