Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

b) Hasil Perbincangan

Sepanjang praktikum untuk tempoh sebulan, saya telah melakukan sesi


perbincangan dengan pelbagai pihak, iaitu pihak sekolah, guru pembimbing
dan juga rakan praktikum saya bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan
dengan praktikum. Perbincangan-perbincangan yang telah saya lakukan
adalah bagi melancarkan urusan praktikum dan berbincang mengenai RPH,
kawalan kelas, buku serta fail praktikum dan sebagainya.

Hasil Perbincangan Dengan Pihak Sekolah
Seminggu sebelum bermula sesi praktikum, saya dan rakan praktikum
saya telah pergi ke sekolah untuk membincangkan tentang jadual dan tugas-
tugas yang bakal kami lakukan di sekolah. Selain itu, kami juga turut
berjumpa dengan guru besar dan guru pembimbing untuk mendapatkan
jadual kelas dan membahagikan jadual mengikut jam yang diperuntukan oleh
pihak praktikum selama 8 12 jam seminggu. Disebabkan kami akan
ditempatkan pada sesi petang sepanjang tempoh praktikum, jadi
perbincangan kami akan terus menjurus kepada penyelia petang mengenai
waktu praktikum. Selepas berbincang dengan beliau, kami mengetahui
bahawa kami akan mengajar sebanyak 8 waktu seminggu. Saya telah diatur
untuk mengajar murid tahun 2 dan tahun 3. Masa peruntukkan untuk
mengajar 1 kelas ialah 4 waktu satu minggu. Bagi perbincangan dengan guru
pembimbing, Puan Ng pula, saya telah mengetahui topik-topik yang akan
saya ajar sepanjang tempoh praktikum.


Hasil Perbincangan Dengan Guru Pembimbing
Sesi perbincangan pertama dengan guru pembimbing saya, iaitu Puan
Ng ialah semasa seminggu sebelum bermula praktikum. Saya ke sekolah
tersebut dan berjumpa dengan Pn Ng untuk mendapatkan topik yang perlu
diajar.
Sesi perbincangan kedua dan seterusnya dilakukan sepanjang tempoh
praktikum. Sekiranya ada persoalan mengenai RPH, kawalan kelas dan
perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya akan berjumpa
dengan beliau untuk mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan beliau.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam RPH saya, beliau akan
menegur dan saya akan melakukan tindakan susulan seterusnya bagi
memperbaiki kekurangan tersebut.
Hasil Perbincangan Dengan Pensyarah Pembimbing
Seminggu sebelum memulakan praktikumdi SJK (C) CHUNG SHAN,
saya dan rakan praktikum saya telah berjumpa dengan pensyarah
pembimbing saya, iaitu Puan Lim Cheong Ying di pejabat unit pengajian Cina.
Sesi perbincangan ini merupakan sesi perjumpaan yang pertama dengan
pensyarah pembimbing saya sebelum praktikum. Beliau berpesan kami
bahawa perlu sentiasa menunjukkan sifat keprofesionalan guru dan
menunjukkan etika guru semasa berada di sekolah nanti. Selain itu, beliau
juga mengingatkan kami bahawa sentiasa menjaga penampilan diri sebagai
seorang guru.
Sepanjang tempoh praktikum, saya telah banyak meminta tunjuk ajar
daripada pensyarah pembimbing saya. Sebarangan persoalan yang kami
tanya, pensyarah pembimbing akan menjawabnya dengan sebaiknya dan
tunjuk ajarnya memang dapat membantu saya dalam pengajaran di kelas.
Melalui perbincangan dengan pensyarah pembimbing, saya telah
mempelajari banyak perkara yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas.
Perbincangan Dengan Rakan Praktikum
Perbincangan dengan rakan praktikum saya, iaitu Leong Ting Wei lebih
bertumpu kepada idea-idea untuk merancang aktiviti untuk proses pengajaran
dan pembelajaran. Kami akan saling bertukar-tukar idea dan memberi
pendapat masing-masing bagi memperbaiki kesalahan dan kekurangan yang
dilakukan semasa mengajar. Selain itu, kami juga berbincang tentang cara
pengawalan kelas dan format penulisan RPH.
Kesimpulan
Selepas melalui beberapa perbincangan dengan guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing, saya mendapati bahawa aspek yang paling penting
ialah pengurusan dan pengawalan bilik darjah. Hal ini kerana ianya berkaitan
dengan kelancaran proses pengajran dan pembelajaran yang akan dilakukan
dalam bilik darjah.
Pada masa yang sama, untuk menjadi seorang guru yang
berkebolehan, saya perlu bijak mempelbagaikan kaedah dan strategi yang
bersesuaian dengan tahap kanak-kanak agar objektif pengajaran dapat
dicapai.
Melalui setiap perbincangan yang dilakukan bersama pensyarah
pembimbing, banyak perkara baru yang dapat saya timba daripada
pengalaman beliau.Antara hasil perbincangan ialah hasil pembelajaran dalam
rancangan pengajaran perlulah eksplisit dan dapat dicapai oleh kanak-kanak
dan pengajaran tersebut perlulah sentiasa kreatif untuk menarik minat pelajar.

You might also like