Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Pembinaan item ujian

LANGKAH AM PEMBINAAN ITEM UJIAN


1. Menyediakan JPU ujian.
2. Menulis item ujian.
3. Menyemak item ujian.
4. Menilai item ujian
5. Membuat kajian rintis terhadap
item.

PEMBINAAN ITEM
OBJEKTIF
A) Pembinaan Item Beraneka Pilihan.
Prinsip penyediaan :-
1. Arahan hendaklah jelas.
2. Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara
padat, jelas dan tidakberbunga-bunga, supaya pelajar
tidak membuang masa untuk memahaminya.
3. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap
jawapan pilihan, tetapi dimasukkan dalam badan soalan.
4. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik
supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.
5. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu
tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada
pelajar meneka jawapan betul.
6. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya
tidak memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan
betul.
7. Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun
di atas sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan,
supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.
8. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara, supaya setiap
soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
9. Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai
nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan
jawapan pilihan.
B) Pembinaan Item Betul-Salah.
Prinsip penyediaan :-
1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda
B/( ) bagi jawapan yang betul atau S/(X) bagi jawapan
yang salah.
2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat dan jelas.
3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara
rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk
mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang
dan maksud pernyataan), supaya setiap soalan mempunyai
aras kesukaran yang sama.
5. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada
pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.
6. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih
panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada
pelajar meneka jawapan.
7. Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau
tidak pernah dalam pernyataan, untuk mengelak
daripada pelajar meneka jawapan.
8. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama
dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk
mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
C) Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong.
Prinsip penyediaan :-
1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang
kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.
2. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat dan jelas.
3. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
4. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada
perkataan yang penting sahaja.
5. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong
dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi
terlalu susah.
6. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung
pernyataan/ayat, supaya perkataan yang dikehendaki jelas
kepada pelajar.
D) Pembinaan Item Padanan.
Prinsip penyediaan :-
1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat
padanan satu-kesatu atau padanan yang lain seperti
membuat padanan yang wujud sahaja.
2. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat dan jelas
3. Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara.
4. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang
tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal
pasti padanan tersebut.
5. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan
dalam sesuatu maklumat.
6. Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum
5 padanan),supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak
masa untuk mencari padanan.
MEMBINA DAN MENYEMAK SKEMA
PENGENALAN
SKOR YANG DIPEROLEHI SESEORANG CALON TURUT
DIPENGARUHI OLEH CARA PEMARKAHAN OLEH
PEMERIKSA.
SKEMA PEMARKAHAN ADALAH PANDUAN
MEMERIKSA SKRIP JAWAPAN.
SKEMA PERLU DISIAPKAN LEBIH AWAL UNTUK
MEMBANTU PEMERIKSA.
3 ASPEK PENYEDIA SKEMA :
1. Kandungan mencakupi aspek maklumat.
2. Pengelolaan aspek penggunaan bahasa.
3. Proses aspek ketepatan, munasabah, keaslian dan daya
kreatif.


SKEMA PEMARKAHAN SECARA
HOLISTIK
SESUAI DENGAN PEMARKAHAN BERBENTUK
KARANGAN ATAU ESEI.
PEMARKAHAN DIBERIKAN SECARA IMPRESSION.
MENGKEHENDAKI PEMERIKSA UNTUK MEMBACA
TERLEBIH DAHULU JAWAPAN DAN KEMUDIAN
MENGELAS PENCAPAIAN SECARA RAWAK.
MEMERLUKAN PEMERIKSA YANG
BERPENGALAMAN DAN BENAR-BENAR
MENGUASAI SESUATU MATAPELAJARAN YANG
DISEMAK.
SKEMA PEMARKAHAN SECARA
HOLISTIK
CONTOH SKEMA PERMAKAHAN SECARA HOLISTIK

MARKAH KRITERIA
5 Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat
berhujah dengan baik dan berkesan.
4 Baik menguasai kebanyakan objektif dan dapat
memberikan hujah dengan baik dan berkesan
3 Memuaskan hampir sebahagian objektif dan
memberikan hujah dengan memuaskan
2 Lemah menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah
yang diberikan tidak memuaskan.
1 Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif
dan hujah adalah lemah
0 Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah
amat lemah.
SKEMA PEMARKAHAN SECARA
HOLISTIK
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN


KEBAIKAN KEBURUKAN
Pemeriksaan skrip jawapan
lebih cepat berbanding cara
analitik
Kurang objektif
Memerlukan mesyuarat dan pemurnian
markah diantara pemeriksa dimana ketua
pemeriksa akan memberikan panduan dan
latihan memeriksa skrip berkenaan
SKEMA PEMARKAHAN SECARA
ANALITIK
LEBIH TERPERINCI DARI HOLISTIK
MENGANDUNGI NILAI TARA ISI KANDUNGAN,
PENGELOLAAN DAN PROSES YANG LEBIH
KHUSUS.
SEBAGAI CONTOH, PEMBERATAN JAWAPAN,
BANYAKNYA FAKTA DAN KUALITI HUJAH UNTUK
PERTIMBANGAN LAYAK DIBERIKAN MARKAH
PENUH.
AGIHAN MARKAH BERDASARKAN ASPEK
MARKAH UNTUK ISI, PERSEMBAHAN, BAHASA
ATAU ISI MENGIKUT FAKTA.
SKEMA PEMARKAHAN SECARA
ANALITIK
CARA MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PEMARKAHAN SECARA ANALITIK :
1. Memahami kehendak soalan.
2. Menyediakan skema pemarkahan yang fleksibel.
3. Mengadakan penyelarasan sebelum peperiksaan.
4. Memeriksa beberapa skrip terlebih dahulu.
5. Memeriksa jawapan sehingga selesai.
6. Elakkan dari mengenali nama murid.
7. Memberikan ulasan pada kertas jawapan.
SKEMA PEMARKAHAN SECARA
ANALITIK
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN


KEBAIKAN KEBURUKAN
Lebih objektif dari holistik
kerana skemanya yang lebih
terperinci
Mengambil masa yang lama lebih-lebih
lagi sekiranya calon yang hendak diperiksa
itu ramai bilangannya
rumusan
TUJUAN PEMARKAHAN ADALAH UNTUK
MENGGAMBARKAN PENCAPAIAN SEBENAR
SEORANG MURID DALAM SETIAP MATAPELAJARAN
TUJUAN PEMARKAHAN ADALAH :
1. Memaklumkan kepada ibu bapa tentang kemajuan
anak-anak mereka.
2. Membantu pelajar dalam menetapkan matlamat mereka
dalam setiap matapelajaran.
3. Mengawal aktiviti dan program pembelajaran.
4. Menentukan sama ada pelajar tersebut layak diberikan
anugerah atau pengiktirafan.

PENILAIAN DALAM MATA
PELAJARAN SEJARAH.
Mengukur pemahaman.
a) Idea
b) Konsep
c) Fakta
d) Nilai
Sekian. Terima Kasih.
Disediakan :
Davern Ak. Dawi
Sharif Bin Sylvia

You might also like