Konsep Dan Prinsip Perkembangan Kanak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023

1

1. KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.1 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak

Santrock (2008), Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan
sebagai perubahan dalam aspek biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula
daripada peringkat awal kehidupannya sehinggalah ke akhir hayatnya.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008) pula, perkembangan didefinisikan sebagai
perubahan-perubahan yang sistematik dan berterusan yang berlaku dalam diri seseorang
sepanjang hidupnya. Sebagai tambahan, beliau telah menyatakan bahawa perubahan-
perubahan ini berlaku secara progresif di dalam diri setiap insan.
Selain itu, Mok Soon Sang (2009) juga telah memberikan input pemahaman beliau
berkenaan dengan konsep perkembangan kanak-kanak. Menurut beliau, perkembangan
merupakan satu konsep yang berterusan sepanjang hidupnya daripada lahir sehinggalah
individu tersebut mencapai kematangan. Beliau juga menyatakan bahawa konsep
perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.
Crow dan Crow juga telah memberikan konsep-konsep perkembangan kanak-kanak
menurut pemahaman mereka. Mereka menyatakan bahawa perkembangan merupakan
perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran,
rohani, moral, dan juga sosial.
Karl E. Garrison pula menyatakan bahawa perkembangan ini terhasil daripada
tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan, sama ada berbentuk struktur atau sebagainya adalah mngikut beberapa
aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh
disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait di antara perubahan kuantitatif dan
perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang
berlaku dalam warisan hayat atau baka dan merupakan organisasi kepada struktur
organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan merupakan perubahan kualitatif. Ia tidak
dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
akan berlaku secara berterusan dari permulaan hidup hinggalah kepada saat kematian
sesuatu organisma. Ini bermakna, perkembangan bukanm sahaja membawa sesuatu
organisma ke peringkat kematangan, tetapi juga perkembangan berlau secara berterusan
meskipun peringkat kematangan dilangkaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
2

terus-menerus, dari awal sehingga ke akhir hayat sesuatu organisma. Proses
perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang
diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis
itu adalah serupa.
Dan yang terakhir, Gesell (1949) telah menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua
individu yang benar-benar serupa, namun secara global, semua kanak-kanak yang normal
cenderung untuk mengikut sususan perkembangan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh
kanak-kanak.
Sebagai kesimpulannya, perkembangan dapat didefinisikan sebagai satu perubahan
kualitatif yang sistematik yang meliputi aspek biologi, kognitif, dan juga sosioemosi.
Perubahan-perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan
mendewasakan sesuatu benda hidup hinggalah ke akhir hayatnya.

1.2 Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak

Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak :
Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:
Cephalocaudal
1

Proximodistal
2

Susunannya adalah serupa bagi semua ahli; ada yang terdahulu dan ada yang
terkemudian, tetapi urutan tetap tidak berubah. Contohnya, duduk sebelum berdiri
atau berdiri sebelum berjalan.
Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum
kemudian khusus.
Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi
ovum oleh sperma sehinggalah ke peringkat kematian.
Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa
aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu
wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.
Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat-peringkat berikut:
Peringkat pralahir / prenatal : Dalam kandungan 9 bulan
Peringkat bayi : 0-2 tahun.

1
Arah dari kepala ke kaki
2
Arah dari tengah ke tepi
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
3

Peringkat awal kanak-kanak : 2-6 tahun.
Peringkat pertengahan kanak-kanak : 6-9 tahun.
Peringkat akhir kanak-kanak : 9-11 tahun.
Peringkat awal remaja : 11-15 tahun.
Peringkat pertengahan remaja : 16-18 tahun.
Peringkat akhir remaja : 18-21 tahun.
Peringkat dewasa : 21-60 tahun
Peringkat tua : 60 tahun ke atas.
Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan
dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan
perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan
proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan
merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di
dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti.
Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal.
Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan
kognitif.
Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan
sosial.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) turut menyatakan bahawa prinsip-prinsip
pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
o Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan,
kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya
berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kapada abstrak. Ini
dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan
umum kepada yang lebih spesifik.
o Seorang bayi boleh menggengam objek dengan tangan sebelum belajar
menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar
terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.
o Misalnya, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan
manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
4

satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita
dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.
Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.
o Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang
individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada
latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan
potensi yang sedia ada dalam dirinya.
o Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika
berlatih atau meniru cara- cara berenang.


2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek
iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah
berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor
persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan
fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini
yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan
faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan
individu.

2.1 Faktor Baka

Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-dua
faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi setiap
pertumbuhan. Bagaimanapun, proses perkembangan setiap individu adalah berbeza.
Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan jasmani.
Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austri. Menurut Norman
L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa
kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula menyatakan bahawa baka
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
5

ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.
Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa
dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat
seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.
Faktor baka atau nature lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak
di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel
sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan
DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka.
Gen akan menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap
manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi
oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh saiz dan bentuk badan, ketinggian,
rambut dan warna.
























Rajah 1.1 Persenyawaan, pencatuman dan pertukaran kromosom
diantara gamet lelaki (sperma) dan gamet wanita (ovum).
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
6











Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan
Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada
prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan
kecerdasam individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak
pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi
daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan
bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

2.2 Persekitaran (Nurture)

Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada keadaan
semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan
selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan
kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan,
sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran
dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-
lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.
Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa,
guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak
kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Rajah 1.2 - Kromosom
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
7

Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem.
Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem
yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau
tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang
diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan
prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya.
Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat
membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak
tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma,
nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan
jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan
yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang
penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan
komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar
bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap
individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

3. PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA PERINGKAT KANAK-KANAK

3.1 Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak
3.1.1 Teori Perkembangan Kognitif John Piaget
Jean Piaget ( 1896-1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsikan
ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia
membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi dalam membina
ilmu.
Piaget mengenalpasti 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses
pemikiran individu:
1. Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik.
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
8

2. Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh
manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku.
3. Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan
individu dengan orang2 di sekelilingnya.
4. Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang
digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami.

Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka dan
proses ini dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan. Setiap kali individu
memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman2 tersebut dalam
minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema. Proses penyusunan dan
pembentukan skema ini dipanggil Organisasi.
Skema2 ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu
situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja
individu dilahirkan. Contoh: Kanak-kanak membina skema dan mengkategori bahawa
kenderaan yang mempunyai dua tayar sebagai basikal.
Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berhadapan dengan
situasi yang baru. Contohnya: Kanak-kanak telah mengenal bahawa kenderaan bertayar
dua hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan bertayar dua yang lain, ibunya
menerangkan bahawa ini motosikal. Kanak-kanak akan menjadi buntu, kerana skema yang
asal menyatakan, hanya basikal bertayar dua. Namun, proses ini adalah proses yang mana
semua individu akan laluinya dan mereka perlu mengubahsuai skema yang lama supaya
mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru.
Proses perubahan atau penukaran skema yang lama kepada skema yang baru
dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan
akomodasi.
Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk
menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada.
Contohnya: Setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa motosikal juga bertayar dua, dia
akan mengasimilasikan skema yang baru ini dengan skema yang sedia ada. Melalui
pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru
dengan pengetahuan sedia ada.
Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila individu dapat
menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema yang baru. Dalam contoh di atas: Kanak-kanak tadi dapat
mengakomodasi di mana dapat mengkategorikan motosikal sebagai sebuah kenderaan
bertayar dua.
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
9

Menurut Piaget lagi, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi
adalah satu proses yang digunakan untuk individu mencapai keseimbangan. Secara
kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk situasi atau pengalaman yang
baru dan ianya berjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi
penyesuaian terhadap diri kita, maka keseimbangan tidak berlaku namun kita akan terus
membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi yang baru tersebut.

3.1.2 Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif
a) Peringkat Sensori Motor
Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana
bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang
persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi
dan persekitaran. Contoh: menggunakan mulut untuk merasa objek dan
mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.
Peringkat sensori motor adalah peringkat yang mana kanak-kanak
mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk
skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran
mereka.
Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses
peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya: meniru
perlakuan melambaikan tangan.
b) Peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang
pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk kemudiannya
membentuk skema.
Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu
dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar
dan sebagainya.
Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan
membayangkan (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter
popular seperti spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor,
guru dan lain-lain. Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada
benda bukan hidup seperti hujan turun kerana menangis.
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
10

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik
3
.
Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai
perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Contoh: Seorang
kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan semua orang lain juga
mempunyai minat yang sama dengannya.
c) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)

Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun
pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit.
Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengkelasan. Dalam
kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau
kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh: Pengelasan mengikut ciri, warna,
saiz dan sebagainya.
Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decentered atau
objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan
pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah
boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain
atau membuat aktiviti bersama.

d) Peringkat Operasi Formal

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2
dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta dan pemikiran mereka
tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit.
Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperi berfikir secara abstrak,
sistematik dan boleh membuat hipotesis.
Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu
kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima
pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka sentiasa diperhatikan
oleh orang sekeliling.






3
Egosentrik : Melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
11

3.2 Perkembangan Bahasa Peringkat Kanak-Kanak

Umur 3 tahun, umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga 1,000
perkataan. Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai umur 6 tahun.
Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah, perbendaharaan kata mereka
bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 80,000 perkataan. Perkembangan
pesat bahasa ini disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak untuk mengingat makna
perkataan baru selepas mendengarnya bagi kali pertama atau bercakap dengan rakan-
rakannya.

Walaupun kadang-kadang sebutan sesuatu perkataan itu kurang tepat, ia dapat
diperbaiki dengan teguran dan kekerapan bercakap dengan orang dewasa seperti ibu, bapa
atau adik-beradik. Kanak-kanak mulai bercakap dengan menggunakan ayat yang ringkas
dan mudah. Jawapan mereka juga mudah dan singkat. Semakin lama bercakap, mereka
dapat memahami sebab dan akibat, kerana perkembangan mental yang bertambah baik.
Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan orang dewasa dapat memahami bahasa
mereka. Jika tidak difahami, mereka akan cuba menerangkannya dengan lebih jelas.
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan mereka
menerima, memahami dan menggunakan semula. Kemampuan ini berkembang secara
beransur-ansur mengikut masa. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat
ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam
situasi perbualan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir
iaitu daripada tangisan pertama.
Crystal (1995) mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang
sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan
luahan perasaan.
Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses
pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan
meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar untuk mempelajari
konsep-konsep abstrak.







PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
12

3.2.1 Perkembangan Bahasa Mengikut Belbagai Komponen

3.2.1.1 Perkembangan Pragmatik

Perkembangan komunikasi anak sesungguhnya sudah dimulai sejak dilahirkan,
pertama dari tangisannya bila bayi merasa tidak selesa, misalnya kerana lapar, lampin
basah. Dari sini bayi akan belajar bahawa ia akan mendapat perhatian ibunya atau orang
lain saat ia menangis yang kemudiannya menyebabkan bayi akan menangis bila meminta
orang dewasa melakukan sesuatu buatnya.
Pada usia 3 minggu bayi tersenyum saat ada rangsangan dari luar, misalnya wajah
seseorang, tatapan mata, suara dan gelitikan. Ini disebut senyum sosial. Usia 12 minggu
dimulai dengan pola dialog sederhana berupa suara balasan apabila ibunya memberi reaksi.
Pada usia 2 bulan, bayi mulai memahami ajakan komunikasi ibunya. Pada usia 5 bulan pula,
bayi mulai meniru gerak-geri orang disekelilingnya, dan mulai mempelajari bentuk ekspresi
wajah.
Pada usia 6 bulan, bayi mulai tertarik dengan benda-benda sehinggakan komunikasi
tersebut melibatkan komunikasi ibu, bayi dan benda-benda. Usia 7-12 bulan anak menunjuk
sesuatu untuk menyatakan keinginannya. Gerak-geri ini akan berkembang disertai dengan
bunyi-bunyi tertentu yang mulai konsisten. Pada masa ini sampai sekitar 18 bulan, peranan
gerak-geri lebih menonjol dengan penggunaan satu suku kata.
Usia 2 tahun, anak kemudian memasuki tahap sintaksis dengan mampu
menggunakan 2 patah perkataan kata, bertindak balas terhadap pasangan interaksi
perbualannya dan masuk dalam dialog singkat. Pada tahap ini, kanak-kanak mulai
memperkenalkan atau merubah topik dan mulai belajar memelihara gaya percakapan dan
menangkap persepsi pendengar. Perilaku ibu sebagai fasilitator akan membantu anaknya
dalam memperkenalkan topik baru. Akhir umur 3 tahun, anak mulai berdialog lebih lama
sampai beberapa kali.
Pada akhir umur ini, anak mulai mampu mempertahankan topik yang selanjutnya
dan mulai membuat topik baru. Ucapan yang ditujukan pada pasangan perbualannya
menjadi semakin jelas, tersusun baik dan teradaptasi baik untuk pendengaran.
Sebahagian besar pasangan berkomunikasi dengan anak adalah orang dewasa, dan
kebiasaannya ialah ibubapa kanak-kanak tersebut. Pada saat kanak-kanak mulai
membangun jaringan sosial melibatkan orang di luar keluarga, mereka akan memodifikasi
pemahaman diri dan bayangan diri dan menjadi lebih sedar akan lingkungan sosial.
Persekitaran linguistik mempunyai pengaruh bermakna pada proses belajar berbahasa. Ibu
memegang peranan penting dalam membangun dan mempertahankan dialog yang benar.
Anak berada pada fasa mono dialog, percakapan sendiri dengan kemahuan untuk
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
13

melibatkan orang lain. Monolog ini penuh dengan unsur lagu, suara, kata-kata tak
bermakna, fantasi dan ekspresi perasaan.

3.2.1.2 Perkembangan Semantik

Kerana faktor lingkungan umur ini sangat berpengaruh dalam perkembangan
semantik, maka pada umur 6-9 bulan kanak-kanak telah mengenali orang atau benda yang
berada di persekitarannya. Pemerolehan konsep berkembang pesat pada masa mereka di
pra sekolah.
Dianggarkan terjadi penambahan 5 perkataan perhari di usia mereka berada pada
1,5 dan 6 tahun. Pemahaman perkataan ini bertambah tanpa pengajaran secara langsung
oleh orang dewasa. Pemetaan yang cepat adalah langkah awal dalam proses pemerolehan
leksikal. Selanjutnya secara berperingkat anak akan memahami lagi maklumat-maklumat
baru yang diterima.
Definisi kata nama kanak-kanak pra sekolah merangkumi ciri-ciri fizikal seperti
bentuk, ukuran dan warna, fungsi, pemakaian dan lokasi. Definisi kata kerja kanak-kanak
pra sekolah juga berbeza daripada kata kerja orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih
dewasa. Kanak-kanak pra sekolah dapat menjawab soalan-soalan siapa, apa, di mana,
untuk apa, untuk siapa, dengan apa, tapi pada kebiasannya, mereka belum memahami
pertanyaan bagaimana dan mengapa atau bagaimana untuk menjelaskan sesuatu proses.
Kanak-kanak akan mengembangkan lagi kosa katanya melalui cerita-cerita atau
kisah-kisah yang dibacakan ibu bapa mereka. Seiring dengan kosa kata yang berkembang,
keperluan untuk mengorganisasikan kosa kata akan lebih meningkat, dan beberapa
rangkaian semantik atau antara relasi akan terbentuk.

3.2.1.3 Perkembangan Sintaksis

Susunan sintaksis paling awal terlihat pada usia kira-kira 18 bulan. Awalnya berupa
dua patah perkataan yang lengkap. Perkataan satu kata biasa ditafsirkan dengan
mempertimbangkan konteks penggunaannya.
Peralihan dari satu kata menjadi sebuah perkataan yang merupakan rangkaian kata
yang terjadi secara bertahap. Pada waktu perkataan pertama terbentuk iaitu penggabungan
dua kata menjadi satu perkataan, rangkaian kata tersebut berada pada jalinan intonasi. Jika
perkataan tersebut memberi makna lebih dari satu, maka kanak-kanak akan
membezakannya dengan menggunakan pola intonasi yang berbeza. Perkembangan
pemerolehan sintaksis meningkat dengan pesat pada waktu kanak-kanak berusia 2 tahun,
yang mencapai puncaknya pada akhir usia 2 tahun.
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
14

Pada akhir usia 3 tahun, kanak-kanak mulai menanyakan hal-hal yang abstrak
dengan kata tanya mengapa?. Penggunaan kalimat kompleks bermula selepas anak
menguasai ayat empat perkataan sekitar usia 4 tahun.

3.2.1.4 Perkembangan Morfologi

Tempoh perkembangan ini diukur dengan peningkatan panjangnya ucapan, yang
diukur dalam ukuran morfem. Panjang ucapan atau MLU
4
adalah alat ramalan kompleks
bahasa pada kanak-kanak yang berbahasa Inggeris. MLU sangat erat berhubungan dengan
usia dan merupakan prediktor yang baik untuk perkembangan bahasa. Dari usia 18 bulan
hingga 5 tahun, MLU meningkat kira-kira 1 hingga 2 morfem setiap tahun. Beberapa sumber
yang membahaskan tentang morfem dalam kaitannya dengan morfologi semuanya
merupakan bahasa inggeris yang sangat berbeza dengan bahasa melayu.

3.2.1.5 Perkembangan Fonologi

Perkembangan fonologi berpunca melalui proses yang panjang dari dekode bahasa.
Sebahagian besar pembinaan morfologi kanak-kanak akan bergantung pada
kemampuannya menerima dan mengeluarkan unit fonologi. Semasa peringkat pra sekolah,
kanak-anak tidak hanya menerima inventori fonetik dan sistem fonologi tapi juga
mengembangkan kemampuan menentukan bunyi mana yang dipakai untuk membezakan
makna. Pemerolehan fonologi berkaitan dengan proses pembinaan suku kata yang terdiri
dari gabungan vokal dan konsonan.). Proses lainnya berkaitan dengan asimilasi dan
substitusi sampai pada persepsi dan penghasilan suara.









4
Mean Length of Utterance
PERKEMBANGAN KANAK KANAK EDU 3023
15

You might also like