Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

0

More

Next Blog

Create Blog

Pandangan Pemikiran Penghayatan dan Penilaian Pelbagai Isu Kedaerahan Yang Merentas Pembangunan Modal Insan Yang Holistik

TUESDAY, NOVEMBER 3, 2009

PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN BAHAN PENGAJARAN


BAHASA

PROFIL

Sign In

RENCANA DIPETIK DARIPADA: PELITA BRUNEI; SASTERA DAN BUDAYA


Penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan gabungan beberapa komponen
yang berkaitan seperti pendekatan, kaedah, teknik dan sebagainya. Ringkasnya, guru perlu
menyediakan perancangan yang kemas, tersusun dan rapi. Selain itu penggunaan bahan
pengajaran juga adalah penting.
Apa dia bahan pengajaran? Bahan pengajaran ialah perisian yang boleh digunakan oleh guru secara
langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penggunaan bahan pengajaran
adalah untuk mengekalkan penumpuan para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung,
di samping memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran mereka.
Apabila kita memperkatakan tentang bahan pengajaran, apa yang kita ketahui, lazimnya guruguru sering menggunakan bahan-bahan daripada buku-buku teks yang sedia ada daripada
Kementerian Pendidikan. Melihat dari segi logika, bahan-bahan pengajaran sepatutnya tidak
hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja, malahan terdapat pelbagai jenis peralatan atau
sumber yang lebih baik dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.
Terdapat dua jenis peralatan yang boleh digunakan iaitu bahan pengajaran berbentuk elektronik
dan bahan pengajaran yang bukan elektronik. Contoh bagi bahan pengajaran elektronik ialah
seperti radio, televisyen, slaid, video dan yang seumpamanya. Bahan pengajaran yang bukan
elektronik pula ialah seperti model hidup, gambar, carta dan seumpamanya.
Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu
sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan
pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly,
D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293):
"The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."
PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN
Pada perenggan terakhir penulis ada menyatakan bahawa guru perlu bertindak sebagai pengolah
bahan-bahan pengajaran yang digunakan agar menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan.
Bagaimanakah guru perlu mengolah bahan-bahan tersebut? Berikut adalah penerangan tentang
proses pembinaan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran tersebut.
Bermula daripada proses pemilihan bahan-bahan pengajaran, proses ini tidak boleh dianggap
mudah kerana ia melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian bahan agar bahan-bahan yang dipilih
sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak dicapai dan selaras dengan sukatan pelajaran yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut terbahagi kepada lima peringkat iaitu proses memilih,

ABDUL NASIR HJ PAISAL


Semporna, Sabah, Malaysia
Beliau menggunakan nama pena Abdul Nasir
Paisal dan Asengonek. Pendidikan awal di
Sekolah Rendah Kebangsaan Bugaya,
Semporna, Sabah, Sekolah Menengah
Kebangsaan Abdullah Semporna, Sabah
sebelum mengikuti kursus perguruan di
Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau
Pinang pada tahun 1989. Beliau
menyambung pengajian di Universiti Putra
Malaysia sehingga memperoleh Ijazah
Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik
Melayu) Kepujian Kelas Kedua Tinggi pada
tahun 2001 dan Master Kesusasteraan
Melayu pada tahun 2006 di universiti yang
sama. Mulai berkhidmat di SK. Bugaya
Semporna (1991-1998), SMK Bugaya
Semporna(2001-2005)SMK Bandar Damai
Perdana, Cheras Selangor (2005- Oktober
2007). Kini beliau bertugas sebagai
Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Tuaran Sabah. Menerima: Anugerah
Pensyarah Inovatif 2009. Anugerah The
Researcher of The Year IPG Kent, 2009
Pembentang Kertas Kerja Antarabangsa,
Kebangsaan, dan IPG Zon Sabah 2009
View my complete profile

SAA4571B

mengolah, membina, menggunakan dan terakhir iaitu proses menilai bahan. Kesemua proses ini
merupakan proses yang berterusan dan harus dilakukan berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan. Secara ringkasnya kelima-lima peringkat proses pengubahsuaian ini dapat dilihat
melalui Rajah 1:
PROSES MEMILIH BAHAN PENGAJARAN
Proses memilih bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya dilihat daripada tiga perspektif iaitu
perspektif komunikatif, struktural dan kemahiran. Perspektif komunikatif menekankan
kepentingan pembelajaran melalui penggunaan bahasa yang membolehkan para pelajar
berinteraksi sesama sendiri atau dengan guru secara kerap dalam situasi yang 'natural'.

handsome nya abg boboy ni

PUTERA DAN PUTERI KESAYANGAN


HAMBA

Perspektif struktural pula menekankan persembahan atau latihan asas struktur bahasa yang
membolehkan para pelajar menggunakan tatabahasa dengan betul. Manakala perspektif
kemahiran pula menekankan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan kemahiran menulis.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum
pemilihan bahan pengajaran ialah:
a. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Sebolehbolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu
menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu,
agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
b. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga
aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan
kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para
pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses
pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu
lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran sematamata.
c. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu mengambil
kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan
mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai
perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi
yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.
d. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk
melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya
adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.

baba wawa n lala

SAB9669A

MY CAR

KONVO ABG BOBOY

Muhammad Khalil Khusairi

BABA N WAWA

e. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut
peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan
pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada
sesuatu yang baru.
f. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahanbahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang
kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang
seumpamanya.
PROSES MENGOLAH BAHAN PENGAJARAN
Proses mengolah bahan bermaksud membuat adaptasi, perubahan, dengan membaikpulihkan isi
dan keadaan bahan pengajaran sebelum bahan tersebut digunakan. Melalui proses ini, aspekaspek yang kurang difahami akan diperjelaskan, perkara-perkara yang kurang penting akan
digugurkan atau dibuangkan dan sekiranya terdapat hal-hal yang tidak lengkap akan ditambahkan.
Proses ini memerlukan guru-guru untuk memberikan perhatian terhadap beberapa perkara
berikut:
a. Inspirasi dan kreativiti

PREMIS BANGSA TA
"BUJJAK KALIS BAJAU"

IMAM MUDA

Bahan-bahan yang digunakan boleh memberikan galakan kepada pelajar untuk mencetuskan ideaidea yang kreatif dan bernas.
b. Menjadikan dialog bersifat komunikatif
Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi dialog, guru perlulah menjadikan dialog tersebut
bersifat komunikatif iaitu penggunaan bahasa yang betul dan membolehkan pelajar berinteraksi
sesama sendiri, di samping menguasai kecekapan berbahasa.
c. Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna
Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran,
berfaedah dan dapat diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya.
d. Memberikan contoh yang praktikal
Bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya mengandungi contoh-contoh yang praktikal yang boleh
mempercepatkan kefahaman pelajar, di samping mereka dapat menyesuaikannya dengan situasi
sebenar.
e. Memenuhi keperluan pelajar
Bahan-bahan pengajaran yang digunakan sebaik-baiknya dapat memenuhi keperluan para pelajar

powered by

TILAWAH AL-QURAN

sama ada dari segi luaran (contohnya: dapat membantu pelajar dalam kerjaya mereka kelak) dan
dari segi psikologi (contohnya: minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya).
PROSES PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN
Peringkat seterusnya ialah peringkat pembinaan bahan-bahan pengajaran. Setelah guru selesai
memilih dan mengolah bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu memberikan
penekanan terhadap beberapa aspek yang berkaitan dengan pembinaan bahan-bahan pengajaran.
Antaranya adalah seperti beriku t:
a. Bentuk dan fungsi
Apa dia bentuk-bentuk bahasa? Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi, tatabahasa,
perbendaharaan kata dan wacana. Manakala fungsi pula merujuk kepada proses menyampaikan
maksud. Oleh yang demikian, bahan-bahan pengajaran perlulah dipilih daripada bentuk-bentuk
bahasa kerana ia dapat menyatakan maksud dan fungsi. Tanpa bentuk-bentuk komunikasi, verbal
tidak akan berlaku. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian untuk membolehkan pelajar mengenal
dan menggunakan bahasa dengan betul.
b. Ketepatan
powered by

Ketepatan di sini merujuk kepada ketepatan bahasa yang digunakan, terutama sekali yang
berhubung dengan fungsi dan konteks sosial. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat
menerapkan situasi sosial dan kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan
situasi ketika itu.
c. Kepelbagaian
Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan untuk mendedahkan pelajar
kepada beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan
pelajar terhadap variasi-variasi bahasa membolehkan pelajar memilih variasi yang bersesuai
dengan konteks dan situasi yang tertentu.
d. Kemahiran bahasa
Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran mendengar dan membaca
dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Keempat-empat
kemahiran ini perlu dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah
sifatnya. Oleh yang demikian, kesemua kemahiran ini perlu digabungjalinkan untuk mewujudkan
satu strategi pembelajaran yang lebih berkesan.
PROSES PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN

KERETA

Bagi mencapai satu tahap penggunaan bahan-bahan pengajaran yang berkesan, guru perlu
memastikan bahan-bahan tersebut benar-benar berfaedah, bermanfaat dan dapat memenuhi
matlamat yang hendak dicapai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut
terdapat beberapa persoalan (penulis hanya menyenaraikan tiga sahaja) yang timbul dalam
penggunaan bahan-bahan pengajaran, iaitu:
powered by

a. Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu memenuhi keperluan deria para pelajar?
b. Sejauh manakah penggunaannya dapat memenuhi situasi dan pembelajaran pelajar?
c. Adakah penggunaannya sesuai dengan bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajarkan?
PROSES PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN

FILEM P. RAMLEE

Proses menilai bahan-bahan pengajaran merupakan proses yang terakhir untuk dilaksanakan
sebelum menggunakan bahan-bahan pengajaran. Proses ini tidak perlu dilakukan secara
profesional, memadailah sekiranya guru menyediakan senarai semak untuk membuat penilaian
terhadap bahan-bahan tersebut untuk mendapat gambaran secara keseluruhan tentang bahanbahan pengajaran tersebut.
Berikut adalah contoh senarai semak yang diandaikan dapat membantu guru menilai bahan-bahan
pengajaran yang hendak digunakan:
a. Nyatakan objektif-objektif bahan-bahan pengajaran secara ringkas;
b. Nyatakan kekuatan-kekuatan bahan pengajaran;
c. Berikan perhatian pada kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang tertinggal pada bahan
pengajaran;
d. Bandingkan bahan pengajaran tersebut dengan bahan-bahan yang telah dinilai dan
e. Buatkan satu kesimpulan umum mengenai bahan-bahan pengajaran tersebut.
KESIMPULAN
Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya
dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan
pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif.
Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik
minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan
pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan
pengajaran dan pembelajaran.
BIBLIOGRAFI
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Cheras: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

powered by

PERTANDINGAN FORUM REMAJA

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman
Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. (Ketrampilan
Bahasa). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6. (Pemulihan
dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya dan Masyarakat Malaysia). Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS. Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Dicatat oleh ABDUL NASIR HJ PAISAL di Tuesday, November 03, 2009

Pautan pada catatan ini


Create a Link

powered by

Newer Post

Home

Older Post
PERTANDINGAN DIKIR BARAT

powered by

PERTANDINGAN NASYID

powered by

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

powered by

PERTANDINGAN BERBALAS
PANTUN

powered by

AKADEMI FANTASIA

powered by

PERTANDINGAN SAJAK

powered by

PERTANDINGAN PIDATO

powered by

BAHAS ALA PARLIMEN

powered by

PERTANDINGAN BERCERITA

powered by

PUISIDRA SAINS KEBANGSAAN

powered by

LAGU BAJAU - IGAL ADDAT BANGSA


TA

powered by

There was an error in this gadget

PENGUNJUNG
Assalamuaikum wtb...

ARKIB
2011 (4)
2010 (20)
2009 (55)
December 2009 (3)
November 2009 (2)
PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN BAHAN
PENGAJARAN BAHASA

ALIRAN BEHAVIORISME
October 2009 (7)
September 2009 (2)
August 2009 (11)
June 2009 (4)
May 2009 (6)
April 2009 (3)
March 2009 (5)
February 2009 (12)

There was an error in this gadget

PENGIKUT

Join this site


with Google Friend Connect

Members (43) More

Already a member? Sign in

PAUTAN
Bahagian Pendidikan Guru
Berita Harian
Bernama
Cerita Kanak- Kanak
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dr. Tarapuly
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kosmo Online
msgsabah.blogspot.com
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia
Utusan Malaysia

PENCARIAN

Search

WINDOWS LIVE MESSENGER

lorem ipsum
Chat
lorem ipsum
loremSkype
ipsum

TV
Facebook

Games

POPULAR POSTS
PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA
RENCANA DIPETIK DARIPADA: PELITA BRUNEI; SASTERA DAN BUDAYA Penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan gabungan beberapa k...
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
TAJUK 1 Pengenalan dan konsep 1.1 Definisi dan konsep Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan fak...
BAJAU
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai ...
TEORI FUNGSIONAL
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka...
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PANTUN MELAYU
Aplikasi strategi berpusatkan pelajar dan bahan ini merupakan suatu inovasi dengan memperkenalkan teknik baru untuk mengajarkan pantun Mel...
Kepentingan Bahasa Inggerris dalam Pendidikan
Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadi...
PENGACARAAN MAJLIS
Ada dua situasi yang berbeda dalam mengacarakan majlis, pertamanya pengacara bersedia dengan skrip pengacaraan yang telah disediakan berming...
KOD BAHASA DALAM LAGU BAJAU
Bahasa adalah alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain. Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, mel...
KAJIAN TINDAKAN : ASPEK PENGABAIAN PENULISAN DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
KAJIAN TINDAKAN : ASPEK PENGABAIAN PENULISAN DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
SHARED READING
An Instructional Strategy for Teachers Grades K3 The ideas expressed in this work are generalizations and adaptations based on the shared ...

Picture Window template. Template images by konradlew. Powered by Blogger.

You might also like