Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

m

NAMA A/G I/C SEKOLAH

: : : :

MOOI WENG HOU VICTORIA ISTITUTION

1
No. 1 2 3

Tajuk M/S Penghargaan Biodata Tugasan Harian Tingkatan Empat - Perpaduan Kaum -
Kepentingan Air - Laporan Membersihkan Kedai - Laporan Kitar Semula 4 Tugasan
Harian Tingkatan Lima - Keburukan Merokok - Kepupusan HIdupan Liar - Laporan
Menyuburkan Pokok Bunga - Laporan Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah 5 Kerja
Amal Tingkatan Empat - Membersihkan Kedai - Mengitar Semula 6 Kerja Amal Tingkatan
Lima - Menyuburkan Pokok Bunga - Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah Lampiran

2
Saya Mooi Weng Hou, pelajaR Tingkatan 5 Victoria Institution tahun 2009, ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajran Pendidikan Moral
Tingkatan 4 dan 5 saya kerana mereka telah banyak memberi nasihat, dorongan dan
tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih keapda ibu bapa saya yang banyak membantu dan
menyokong saya dari segi moral. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua pihak yang turut terlibat dalam projek moral ini. Akhir sekali,
saa ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua rakan saya yang telah mendorong
saya hingga ke akhir projek moral kerja amal tahun 2008 dan 2009. Sekian, terima
kasih.

3
Photo and IC here

NAMA TINGKATAN SEKOLAH NO. K/P A/G JAWATAN

: : : : : :

MOOI WENG HOU 5 VICTORIA INSTITUTION PENGERUSI KELAB PING PONG SETIAUSAHA KELAB
KARATE-DO

Tugasan Harian Tingkatan Empat – Perpaduan Kaum


Malaysia merupakan satu-satunya Negara majmuk yang berjaya setakat ini. Hal ini
demikian kerana Negara kita berjaya memlihara perpaduan kaum dan kestabilan
politik semenjak kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957. Persoalan kini ialah
bagaimana hendak mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpadaun kaum yang terbina
hampir setengah abad itu? Memang tidak dapat
4
dinafikan bahawa kerjaan selama ini amat menitikberatkan soal persoalan. Malah,
pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan masyarakat Malaysia hidup dalam
suasana aman damai dan sentosa di bawah bendera Jalur Gemilang, segemilang bendera
kebangsaan kita. Antara usaha terawal yang dilaksanakan ialah pengenalan Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan menyatupadukan semua kanak-kanak sekolah
dengan satu system pendidikan ytang seragam yang menggunakan satu bahasa
penghantar bersama. Sesungguhnya dasar ini telah memperlihatkan kejayaannya dalam
menyatupadukan seluruh rakyat Negara ini buat sekian lamanya. Sistem pendidikan
kebangsaan ini telah diperkukhkan lagi oleh Falsafah Pendidikan Negara pada tahun
1988 yang bermatlamatkan penghasilan manusia yang seimbang dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Walaupun demikian, aspek perpaduan tetap menjadi agenda
utama sebagai alat penyatuan semua kaum dalam negara ini. Selain itu, pihka
kerjaaan juga telah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tujuannya adalah unsur penyatuan kaum. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah
diwajibkan mempelajarinya dengan harapan bahasa ini dapat menjadi lingua franca
bagi semua kaum yang mendiami negara ini. Setakat ini, Dasar Bahasa Kebangsaan
didapati telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk negara ini. Suatu langkah
lagi kerajaan ialah dengan memperluaskan kerjasama politik selepas Tragedi 13 Mei
1969 dengan mewujudkan Barisan Nasional sebagai ganti kepada Parti Perikatan yang
tertubuh menjelang kemerdekaan negara. Barisan Nasional merupakan mekanisme yang
dapat meraih sokongan daripada segenap lapisan rakyat. Sebagai gagasan yang
terdiri daripada 14 parti komponen, Barisan Nasional dapat memenuhi aspirasi
rakyat pelbagai kaum. Semangat tolak ansur dan musyarawah menjadi landasan utama
untuk menawan hati nurani rakyat bagi memastikan segala usaha pembangunan dan
kemajuan dapat berjalan secara berterusan. Sistem berpolitik melalui gagasan
Barisan Nasional telah berjaya membawa kejayaan yang membanggakan untuk selama 35
tahun, iaitu semenjak tahun 1974. Perpaduan kaum juga dapat tercapai menerusi
penerapan nilai-nilai universal Islam dalam kehidupan seharian masyarakat
Malaysia. Nilai-nilai seperti bertimbang rasa, sikap toleransi, tolak ansur,
berprihatin, saling menghormati, jujur, dan ikhlas telah dapat membina sebuah
masyarakat yang cintakan keamanan, perdamaian, dan sekali gus dapat membina
perpaduan mernetasi semua kaum dan suku kaum di negara ini.
5
Suatu lagi dasar yang telah menjadi senjata perpaduan ialah Dasar Ekonomi Baru
yang bertujuan serampang dua mata, iaitu untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan
rakyat tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia agar tiada
lagi pengenalan mana-mana etnik mengikut funsi ekonomi. Sehingga ini Dasar Ekonomi
Baru telah berjaya menghapuskan kadar kemiskinan penduduk Bumiputera kepada paras
9% pada tahun 2001. Dasar ini seterusnya digantikan oleh Dasar Pembangunan Negara.
Matlamat akhir kedua-dua dasar di atas adalah untuk menyatupadukan semua kaum di
negara ini dengan pengagihan ‘kek ekonomi’ dengan secara lebih adil. Setiap kaum
mendapat kuotanya di bawah dasar nasional ini agar pembahgian kekayaan negara
dapat dinikmati oleh lebih banyak penduduk. Satu lagi amalan yang digalakkan salah
ziarah-menziarahi semasa perayaan kaum-kaum di negara ini. Umpamanya, semasa
perayaan hari Raya Aidilfitri, kaumkaum lain diundang ke majlis Rumah Terbuka kaum
Muslim. Begitulah juga sebaliknya, apabila kaum-kaum lain merayakan hari kebesaran
masing-masing amalan ini digalakkan untuk mengukuhkan silatulrahim antara kau,.
Selain itu, amalan ini dapat menanam sikap menghormati kepercayaan dan adat resam
pelbagai keturunan. Matlamat akhirnya adalah untuk menyatupadukan semua kaum di
negara ini. Sesungguhnya amalan ini harus diteruskan demi persefahaman dan
kebaikan bersama. Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya
mendiskriminasikan kaum yang lain. Saya sedar bahawa menghormati antara satu sama
lain dapat mengelakkan pergaduhan. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji untuk
menghormati kaum yang lain pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap
untuk hidup bersama kaum lain secara aman. Nilai yang terdapat dalam esei ini
ialah hidup bersamaa secara aman dan bertanggungjawab.

Tugasan Harian Tingkatan Empat – Kepentingan Air


Air merupakan keperluan paling utama dalam kehidupan manusia. Sebanyak 60% hingga
75% air terkandungan dalam tubuh manusia. Selain itu, air juga merupakan punca
tenaga untuk tujuan pembangunan dan pertumbuhan sekotor industri.
6
Kepentingan air dalam kehidupan manusia dapat dilihat dari aspek-aspek seperti
pelarut dalam badan, ekologi, perindustrian, pelancongan, perikanan dan
hidroelektrik. Air merupakan pelarut utama dalam tubuh manusia. Manusia boleh
hidup tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tidak hidup tanpa air walaupun
untuk beberapa hari sahaja. Tanpa air, bahan-bahan makanan seperti glukosa,
vitamin, asid amino dan garam mineral tidak dapat diangkut ke bahagian-bahagian
tubuh manusia, begitu juga bahan kumuhan seperti karbon diosida, urea dan sebatian
ammonia tidak dapat disingkirkan tanpa bahan pelarut dalam tubuh manusia. Tanpa
air juga, tindakan bioimia tidak boleh berlaku. Hal ini kerana kebanyakan bahan
dalam tubuh manusia mesti larut dalam air terlebih dahulu sebelum dapat mengambil
bahagian dalam sebarang proses atau tindak balas biokimia. Di samping itu, air
juga dapat menetapkan suhu badan manusia melalui proses-proses respirasi,
transpirasi (perpeluhan), pembuangan air besar dan kecil. Seorang pakar fisiologi
dari California, Amerika Syarikatm iaitu Dr. Howard Flax pernah menyatakan bahawa
kekurangan air dalam tubuh manusia boleh menyebabkan plebagai kesan sampingan.
Antaranya ialah kandungan lemak menjadi berlebihan, oto menjadi tidak cergas,
kelemahan daya hadam, anggota-anggota badan menjadi lemah, kandungan bahan toksik
dalam badan meningkat, sakit sendi dan kehilangan daya tubuh bagi menakung air.
Ada kemungkinan kekurangan air boleh menyebabkan terbentuknya ‘batu karang’ dalam
buah pinggnag. Ketumbuhan ‘ batu karang’ ini obleh menghalang funsi buah pinggang
sebagai pembuang bahan-bahan kumuh seperti urea. Dr. Flax juga menyatakan bahawa
orang yang sihat memerlukan 8 hingga 10 gelas air dalam sehari. Air juga merupakan
keperluan terpentingan dalam sistem tumbesaran tumbuh-tumbuhan. Sleain cahaya
matahari dan karbon diolsida. Tumbuh-tumbuhan hijau bukan sahaja dapat membekalkan
oksigen yang merupakan unsur terpenting untuk penafasan manusia dan haiwan, malah
secara tidak langsung menjadi penyumbang air yang terpenting. Hal ini dapat
dilihat melalui kajian ahli-ahli klimatologi yang membuktikan bahwa di kawasan
hutan tropika terdapat banyak awan kumulus yang membawa banyak bekalan air dan
turun sebagai hujan. Sebaliknya, tiada awan kumulus yang kelihatan di kawasan-
kawasan gersang. Air merupakan nadi perindustrain. Dijangkakan sejumlah 45.6
billion meter padu air akan diperlukan menjelang tahun 2020. Di Malaysia, industri
memproses getah dan kelapa sawit merupakan industri yang paling banyak menggunakan
air. Kilang kelapa sawit misalnya, menggunakan sebanyak 800 juta meter padu air
sehari. Sebaliknya, permintaan dan penggunaan air dalam sektor pertanian pada
umumnya dijangka menurun daripada 78% pada tahun 2000 kepada 73% sahaja menjelang
tahun 2005.
7
Kawasan berair yang berudara nyaman dan bersih seperti Pulai Tioman menjadi
tumpuan utara para pelancong. Di situ, air lautnya yang jernih sesuai untuk
dijalankan kegiatan menyelam bagi mengecap keindahan dasar laut yang penuh
keajaiban. Batu-bata karang yang pelbagai warna di situ juga dapat menarik minat
para pelancong. Selain itu, laut, pinggir sungai dan air terjun juga boleh
dijadikan kawasan pelancongan. Contohnya ialah Sungai Rusa di Seremban, air terjun
di Kota Tinggi, Johor. Tasik yang sama ada buatan manusia atau semula jadi juga
boleh dijadikan tempat rekreasi. Contohnya ialah Tasik Kenyir di Terengganu dan
Tasik Pedu di negeri Kedah. Selain itu, air juga merupakan sumber terpenting dalam
sektor perikanan. Ikan yang merupakan sumber protein utama diperoleh dari laut,
sungai atau kolam ikan tawar, Tanpa air, sudah pastilah sketor perikanan tidak
dapat dijalankan. Dilihat dair aspek sumber tenaga, air berperanan untuk menjana
kuasa hidroelektrik. Air yang mengalir di sungai-sungai diempang pada kedudukan
yang tinggi. Seteresnya, air itu disalurkan ke bawah menerusi terowong dengan
kuasa aliran yang laju yang akan memutarkan turbin-turbin yang disambungkan kepada
dinamo yang besar untuk menjana kuasa elektrik. Oleh itu, empangan-empangan
seperti Empangan Chenderoh, Kenyir, Tembeling, Btanag Ai, Tenom Pangi, dan Pelagus
telah dibina unutk tujuan tersebut. Kuasa elektrik yang dijana di stesen
hidroelektrik itu digunakan oleh industri perkilangan yang tumbuh dengan pesat di
negara ini. Kesimpulannya, saya telah insaf kerana selama ini saya sering
membazirkan air yang telah disediakan. Saya sedar bahawa menjimatkan penggunaan
air amat penting supaya alam sekitar dapat dipelihara. Saya juga mengambil iktibar
dan berjanji untuk menggunakan air dengan cara yang betul dan menjimatkan pengguna
air pada masa depan. Di samping itu, saya telah berubah sikap untuk menggunakan
air dengan cara yang betul dan menjimatkan pengguna air. Nilai yang terdapat di
dalam esei tersebut ialah bertanggunajawab dan menyayangi dan menghargai alam
sekitar.

Laporan Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah Bidang Kekeluargaan


8
Pada hari Sabtu 6 Disember 2008, saya telah menolong ibu saya melaksanakan kerja
rumah. Hal ini kerana saya mendapati bahawa ibu perlu bekerja pada waktu siang dan
menjaga saya dan adik saya pada waktu malam adalah amat letih. Oleh itu, saya
telah melakukan pembersihan dan pengemasan rumah untuk mengurangkan beban dan
tanggungan yang dipikul oleh ibu saya. Pada pertama sekali, saya mendapati lantai
rumah telah tidak disapu dan dimop selama masa yang agak lama. Oleh itu, saya
telah menyumbang tenaga dengan menyapu dan mengemop lantai di seluruh rumah saya.
Di samping itu, saya telah menyumbang idea bahawa menggunakan ember dengan isikan
supaya tidak perlu mencuci mop yang digunakan dengan pergi ke tandas. Dengan itu,
air juga dapat dijimatkan apabila mencuci mop yang kotor. Seterusnya, saya
mendapati baju yang kami sekeluarga pakai yang perlu digosok amat banyak. Oleh
itu, saya telah menyumbang tenaga untuk menggosok semua baju yang diletakkan di
dalam sebuah bakul. Di samping itu, saya telah menyumbang idea untuk mengajar adik
saya cara untuk menggosok baju supaya dia dapat membantu ibu dan juga memupuk
sikap berdikari agar dapat menggosok baju sendiri pada masa depan. Semasa
menjalankan aktiviti ini, saya telah melakukan kerja tersebut dengan rajin sekali.
Saya juga telah bekerjasama dengan adik saya sehingga kerja diselesaikan. Sikap
prihatin saya telah menyebabkan beberapa baju yang kurang kemas digosok kedua
kali. Selain itu, aktiviti ini telah mengajar saya menjadi pemimpin kerana telah
mengaawl gerak geri adik saya. Di samping itu, saya telah berjaya mengaawl keadaan
dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti
menolong ibu melaksanakan kerja rumah ini, saya telah sedar bahawa ibu telah
banyak mengorbankan dirinya untuk mengemaskan dan saya telah insaf bahwa saya
harus lebih banyak membantu ibu saya untuk mengurangkan bebannya. Saya telah
mengambil iktibar melaluiaktiviti ini supaya saya lebih mengambil berat terhadap
ahli keluarga saya. Saya turut akan berubah sikap untuk menolong ibu dalam
melaksanakan kerja rumah untuk mengurangkan beban yang dipikulnya. Nilai yang ada
dalam laporan tersebut ialah bertanggungjawab dan tanggungjawab terhadap keluarga.
Laporan disediakan oleh 17 Dis 2008

Laporan Kitar Semula Bidang Alam Sekitar


9
Pada hari Sabtu 22 Nov 2008, saya telah mengajak kawan saya, Chang Chu Shen
bersama pergi ke sekolah untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Hal ini
kerana kami ingin mengurangkan samaph yang ada di sekolah dan juga menyumbang
sedikit bagi memelihara alam sekitar yang telah dicemari. Kami etlah sampai di
sekolah pada pukul 11.00 pagi dan memulakan aktivit pada 11.30 pagi. Pertama
sekali, kami telah menyumbang tenaga dengan mengumpul sebanyak mungkin sampah yang
dibuang oleh pelajar di sekolah. Kami telah menggunakan selama 30 minit untuk
mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Saya telah menyumbang idea dengan
menggunakan sebuah bekas plastik yang besar unutk mengisikan sampah-sarap yang
telah dikumpul suapya memudahkan pembawaan. Setelah mengumpul sampah-sarap yang
mencukupi, kami telah menempatkan sampah-sarap tersebut di hadapan tandas. Di
samping itu, saya telah bekerjasama dengan Chu Shen untuk membahagikan sampah-
sarap yang dikumpul kepada tiga jenis iaitu kertas, kaca dan plastik serta tin
aluminium. Kami juga telah meluangkan masa untuk mengemaskan kertas yang dikumpul
dan mengikatnya. Saya telah menyumbang idae supaya membungkus semua barang dengan
beg plastik supaya barang tersebut menjadi tersusun apabila diletakkan ke dalam
tong kitar semula. Seterusnya, kami telah meletakkan bungkusan tersebut menurut
warna tong kitar semula iaitu warna biru untuk kertas, warna coklat untuk kaca dan
warna jingga untuk tin aluminium dan plastik. Dalam aktiviti, saya telah
melaksanakan kewajipan secara bertanggungjawab. Saya juga telah melakukan tugasan
tersebut dengan rajin sekali. Selain itu, sikap prihatin saya telah menyebabkan
beberapa keping kertas yang bercampur dengan kaca diasingkan semula. Semasa
menjalankan aktiviti ini, saya telah berjaya mengawal keadaan dan menyelesaikan
aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Aktiviti tersebut juga telah mengajar
saya erti kepimpinan kerana telah mengawal gerak eri kawan saya, Chu Shen. Melalui
aktiviti kitar semual ini, saya telah sedar bahawa kepentingan kitar semula
terhadap alam sekitar. Saya juga telah insaf kerana selama ini tidak mengambil
berat dan mengabaikan kitar semula dalam seharian hidup. Di samping itu, saya
telah mengambil iktibar melalui aktiviti ini supaya lebih giat dan aktif dalam
aktiviti kitar semula pada masa depan. Saya turut telah berubah sikap dan
menjadikan aktiviti ini sebagai rutin harian di rumah atau sekolah saya. Laporan
disediakan oleh 2 Dis 2008

Tugasan Harian Tingkatan Lima – Keburukan Merokok


Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dari aspek kesihatan mahupun
dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin
segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki atau
wanita.
10
Di Malaysia pula, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang menghisap
rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan
perasaan dan fikiran yang dialamni dan juga sebagai suatu kepuasan. Sebenarnya,
perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit
barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang
menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih
berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit
barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat. Asap
rokok mengandung sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida
yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandung nikotin
juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para
perokok menajdi terjejas dan tidak harianlah laporan Who yang menyatakan bahawa
seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida
dan nikotin yang berpunca daripada rokok. Penghisap rokok biasanya sahaja
membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di
sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh perokok, orang yang berhampiran
dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta
menjejaskan kesihatan mereka. Asap roko turt menyebabkan pencemaran alam seitar
berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang
sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar, Andainya terdapat ramai orang
yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di
kawasan itu sudah pasti akan terganggu. Menurut laporan Who seterusnya, perokok-
perokok membelanjakan kira-kira RM600 billion pada setiap tahun untuk membeli 10
000 billion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini
membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya
jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan
awan, infrastruktur sosial, pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan
seumpamanya. Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan
jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar
bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripada ibu bapa digunakan untuk
membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka
sendiri, masyarakat
11
dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah memastikan
anakanak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok. Meskipun kerajaan
memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun
usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan
mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen mrerupakan suatu langkah bijak untuk
mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok
melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini.
Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya merokok tanpa menhargai kesihatan
badan diri dan juga kesihatan orang lain. Saya sedar bahawa memberhentikan merokok
dapat mengelakkan kesihatan diri daripada pelbagai penyakit kanser seperti kanser
paru-paru. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji supaya tidak merokok pada masa
yang akan datang. Saya telah berubah sikap dan sering mengingatkan diri supaya
tidak merokok setiap hari. Nilai yang terdapat di dalam esei ini ialah harga diri
dan rasional.

Tugasan Harian Tingkatan Lima – Kepupusan Hidupan Liar


Hidupan liar ditakrifkan sebagai binatang buas yang hidup di dalam hutan dan tidak
dipelihara oleh manusia. Antara contohnyaialah gajah, orang utan, seladang,
harimau, monyet, badak, ungka dan seumpamanya.
12
Sama ada disedari atau tidak, habitat semula jadi hidupan liar di negara ini telah
banyak diceroboh oleh manusia. Pembukaan hutan rimba dan bukit-bukau untuk
dijadikan sebagai kawasan perumahan, pertanian, empangan dan sebagainya telah
menyebabkan tempat tinggal hidupan liar dimusnahkan. Oleh itu, hidupan liar ini
terpaksa melarikan diri ke kawasan lain yang belum diteroka oleh manusia. Aktiviti
pembalakan dan pembersihan hutan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
kepupuisan hidupan liar . Sebatang kecil di sekelilingnya turut tumbang. Hal ini
secara langsung memusnahkan habitat hidupan liar. Oleh yang demikian, jika
aktiviti pembalakan ini dijalankan secara berterusan tanpa kawalan sudah pastilah
habitat hidupan liar akan menjadi bertambah kecil yang seterusnya akan menyebabkan
kepupusan hidupan liar. Kepupusan hidupan liar ini bukan sahaja berpunca darpada
projek-projek pembangunan yang besar, malah amalan-amalan kecil dan sikap cuai
manusia. Antaranya ialah lalai ketika menggunakan ubat pelali sewaktu
menyelamatkan hidupan liar, mengenakan tali ikatan yang terlalu kuat hingga bopleh
membunuh binatang berkenaan dan tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai
bagi hidupan liar yang telah dijerat dan ditempatkan di pusat-pusat pemeliharaan.
Oleh itu, hidupan liar perlu diberi perlindungan kerana hidupan liar ini dapat
menyumbang pelbagai faedah kepada negara. Satu daripada sumbangan itu ialah
menjadi aset yang berupaya memajukan sektor pelancongan. Tidak dinafikan bahawa
kebanyakan para pelancong gemar melihat cara hidup binatang liar secara dekat
dalam alam persekitaran semula jadi. Taman Negara di Pahang, misalnya adalah
sebuah taman hidupan liar yang hidup dalam alam semula jadi yang bukan sahaaja
berjaya menarik minat para pelancong dari dalam negara, malah dari luar negara.
Binatangbinatang liar yang terdapat di taman ini seperti harimau, seladang, gajah,
rusa dan seumpamanya yang hidup secara bebeas menjadi daya tarikan kepada para
pelancong untuk melancong di negara ini. Selain itu, perlindungan dan pemeliharaan
hidupan liar mempunyai nilai ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada
sesebuah negara. Misalnya, melalui pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu
untuk menembak rusa, babi hutan, burung dan pelanduk. PERHILITAN memperoleh
sebanyak RM300 000 hingga RM500 000 hasil daripada pengeluaran lesen-lesen kepada
para pemburu. Di samping itu, nilai dagangan antarabangsa bagi hidupan liar bagi
negara ktia amat tinggi, iaitu sektiar AS $12 juta setahun. Hidupan liar juga
ialah aset penting dalam bidang penyelidikan perubatan demi kesejahteraan
kesihatan manusia. Umpamanya, monyet yang dijadikan sebagai bahan eksperimen.
Sebagai contoh, seseorang saintis yang berjaya mencipta ubat untuk sesuatu jenis
penyakit tentunya ingin menguji ubat tersebut ke atas sesuatu hidupan sebelum
disahkan layak digunakan oleh manusia. Oleh hal yang demikian,
13
keberkesanan sesuatu penemuan baharu dalam bidang sains sememangnya memerlukan
hidupan liar. Menyedari hakikat kepentingan melindungi hidupan liar inilah,
beberapa langkah untuk tujuan itu harus dikuatkusakan oelh pihak Jabatan
PERHILITAN seperti mengetatkan lagi syarat-syarat permohonan lesen memburu hidupan
liar kepada para pemburu. Di samping itu, pihak tersebut juga haruslah menetapkan
musim yang tempat perburuan yang lebih khusus lagi. Tegasnya Jabatan PERHILITAN
haruslah memantau dan mempastikan Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972 dipatuhi
oelh kesemua pemburu. Begitu juga pihak zoo hendaklah mempergiat usaha-usaha
pembiakan hidupan liar dalam kurungan. Rumusannya, hidupan liar juga berhak untuk
hidup di muka bumi ini. Oleh itu, semua pihak di negara ini haruslah mengambil
berat dalam hal mengekal dan memelihara hidupan liar Kesimpulannya, saya insaf
kerana selama ini telah membeli barang-barangan yang diperbuat daripada kulit
hidupan liar. Saya telah sedar bahawa memulau barangan tersebut dapat mengelakkan
hidupan liar dibunuh untuk menghasilkan baragan tersebut. Saya juga mengambil
iktibar dan berjanji untuk menjaga dan memelihara hidupan liar daripada terpupus.
Saya telah berubah sikap dengan memboikotkan baragan yang diperbuat daripada
hidupan liar agar hidupan liar dapat dipelihara. Nilai yang terdapat dalam esei
ini ialah bertanggungjawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar.

Laporan Membersihkan dan Mengemaskan Table Tennis Trading Bidang Perkembangan Diri
Pada 17 Mac 2009, saya telah menyumbang idea untuk mengajak kawan saya, Tan Eng
Leong untuk datang dan membersihkan kedai bapa saya. Hal ini kerana
14
kedai bapa saya amat kotor dan memerlukan bantuannya. Oleh itu, dia telah
meluangkan masa dan berjanji bahawa membersihkan kedai bapa saya bersama-sama.
Kami telah memulakan kerja pembersihan pada pukul 10.00 pagi. Pertama sekali, kami
telah menyumbang tenaga unutk mengelap semua cerin yang terdapat di kedainya. Kami
telah bekerjasama untuk mengelap cermin supaya dapat menjimatkan masa untuk
melakukan aktiviti lain. Kami telah mengguna sekurang-kurangnya 20 minit untuk
mengelap semua cermin. Seterusnya, saya telah menyumbang idea untuk membahagi
kerja supaya kerja dapat disiapkan secepat-cepatnya. Saya telah bertanggungjawab
untuk mengemop lantai manakala Tan telah bertanggungjawab untuk menyapu lantai.
Lantai tersebut yang amat kotor dan berdebu telah enjadi cantik dan bersih selepas
kami sapu dan mop. Kami telah bekerjasama untuk meletakkan semua alat-alat seperti
baldi, mop dan penyapu ke tempat asal. Selain itu, saya dan Tan telah bekerjasama
dan rajin membersihkan penghawa dingin yang terdapat dalam kedai tersebut.
Penghawa dingin yang kotor dan berdebu telah kami keluarkan bersama-sama lalu
telah kami cuci. Selepas mencuci penapis penghawa dingin, kami telah mengeringkan
penapis tersebut dengan kain yang kering. Saya telah bertanggungjawab untuk
memasang balik penaps tersebut ke penghawa dingin itu. Kesimpulannya, saya sedar
bahawa bantu-membantu adalah amat penting dalam sesebuah masyarakat. Saya
mengambil iktibar untuk meneruskan usaha kami. Saya insaf akan sikap yang malas
pada masa yang lalu. Saya telah berubah sikap ini dan rajin untuk melakukan
sesuatu pada masa depan. Nilai yang terdapat dalam laporan tersebut ialah nilai
saling membantu dan bekerjasama dan nilai bertanggungjawab. Dengan ini, kita
seharusnya melakukan usaha yang membina dilakukan bersama-sama rakan saya Laporan
disediakan oleh 18 Mac 2009

Laporan Menyiram dan Membaja Pokok Bunga Bidang Alam Sekitar


Pada 20 Mei 2009, saya telah menyumbang idea untuk menyiram dan membaja pokok
bunga yang ada di rumah saya bersama ibu. Hal ini kerana pokok
15
bunga tersebut telah tidak dibaja selama masa yang agak lama. Oleh itu, kami telah
meluangkan masa supaya menyiram dan membaja pokok bunga tersebut. Kami telah
memulakan kerja pada 3.00 petang. Pertama sekali, kami telah menyumbang tenaga
untuk memotong rumput-rampai di sekeliling pokok bunga supaya mengelakkan rumput
bersaing dengan pokok bunga utuk mendapatkan nutrien dan air yang secukupnya. Kami
telah bekerjasama dengan membahgikan kerja supaya dapat mempercepatkan progres
kerja. Saya telah bertanggungjawab untuk memotong rumput manakala ibu saya telah
bertanggungjawab untuk mengumpul dan membuang rumput yang telah dipotong ke dalam
satu beg plastik yang besar. Setersunya, kami mendapati bahawa baja yang ada di
rumah tidak mencukupi bagi semua pokok bunga tersebut. Oleh itu, kami telah
menyumbang tenaga untuk membeli baja di pasaraya yang berdekatan di rumah saya.
Kami juga telah melawat ke beberapa buah pasaraya untuk membandingkan harga supaya
dapat menjimatkan wang dan menjadi seorang pengguna yang bijak. Selepas itu, kami
memulkan aktiviti menyiram dan membaja pada pukul 5.00 petang. Saya telah
bertanggungjawab membahagikan baja bagi setiap pokok bunga manakala ibu saya telah
bertanggungjawab mengisikan air untuk penyiram dan menyiram pokok bunga yang telah
saya baja. Setelah membaja dan menyiram setiap pokok bunga, kami telah menyimpan
baja yang berlebihan ke dalam satu bekas dan juga menyimpan semua alat seperti
cangkul dan penyiram ke tempat asal. Semasa menjalankan aktiviti tersebut, saya
telah melakukan tugasan tersebut dengan rajin sekali. Saya juga telah bekerjasama
dengan ibu sehingga kerja diselesaikan. Sikap prihatin saya telah menyebabkan
beberapa batang pokok bunga yang tercicir dibaja dan ditanam seula. Selain itu,
aktiviti tersebut telah mengajar saya menjadi pemimpin kerana telah mengaawl gerak
geri ibu saya. Kesimpulannya, saya sedar bahawa kepentingan menyayangi dan
menghargai alam sekitar. Saya juga mengambil iktibar untuk meneruskan usaha saya.
Saya insaf kerana selama ini saya tidak mempedulikan dan tidak menghargai pokok
bunga di halaman rumah saya. Saya telah berubah sikap ini dan akan sentiasa
menjalankan aktiviti ini pada masa depan. Nilai yang terdapat di dalam laporan ini
telah bertanggungjawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar.

KERJA AMAL TINGKATAN EMPAT

16
Photos WITH AT LEAST 2 PERSONS

KERJA AMAL TINGKATAN LIMA

17
Photos WITH AT LEAST 2 PERSONS

18

You might also like