Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1

BAB 1 : PENGENALAN

1.2 Pengenalan
Projek rangkaian komputer akan dijalankan di Makmal Baikpulih Kolej Komuniti
Seberang Jaya. Di makmal ini tiada sambung rangkaian yang berwayar hanya
mengunakan teknologi rangkaian tanpa wayar. Dengan ini projek ini dijalankan untuk
membangunkan rangkaian LAN bagi memudahkan para pengguna untuk mencapai ke
internet. Selain dari itu, network point disediakan untuk menampung semua bilangan
buah komputer yang ada bagi memudahkan penggunaan internet ketika pembelajaran
dijalankan tanpa gangguan. Seperti yang dialami sekarang ini.
1.3 Latar-belakang
1.3.1 Kemudahan Rangkaian Dan Rangkaian Komputer
Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus
kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan diseluruh Negara. Sejak
penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh
masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran. Projek ini
akan dijalankan di Kolej Komuniti Seberang Jaya kerana lokasinya berdekatan dan ia
mempunyai makmal komputer.

Di kolej Komuniti Seberang Jaya, Setiap bilik, bengkel, makmal, perpustakaan di
lengkapi dengan kemudahan peralatan elektronik serta rangkaian komputer dan internet
bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi. Walaubagaimana pun terdapat
beberapa makmal komputer yang tidak mempunyai network point yang mencukupi.
Network point adalah dinding yang dipasang ke dalam port yang anda boleh
menyambungkan kabel rangkaian dari komputer anda untuk menyambung kepada
rangkaian fizikal Kolej. Setiap network point mempunyai kod bertulis di atasnya. Network
point akan memudahkan hubungan ke rangkaian College melalui perkhidmatan
TCDconnect itu.

Kemudahan rangkaian di kolej ini telah dibina pada 1.1.2012, kolej ini mempunyai
6 makmal, 4 buah di tingkat 1 dan 2 buah di tingkat 2. Hanya 4 buah makmal yang
mempunyai rangkaian dan network point yang lengkap manakala 2 makmal di tingkat 1
tidak mempuyai network point yang mencukupi dan hanya mengguna wifi adapter untuk
melayari internet. Kolej ini mempunyai bilik server yang bertempat di tingkat 2.




2

1.4 Kenyataan Masalah

Di kolej Komuniti Seberang Jaya, setiap makmal , bilik , bengkel dan
perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan peralatan elektronik rangkaian komputer
dan internet bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi. Walaubagaimana pun
terdapat 2 makmal komputer yang tidak boleh mencapai internet.
Makmal ini juga tidak mempunyai network point yang mecukupi untuk
menampung bilangan komputer yang sedia ada. Dengan ini pembinaan akses point
harus dibuat bagi menampung 30 buah komputer dimakmal baikpulih.kekurangan
network point membawa kepada beberapa masalah. Salah satu masalahnya ialah
pelajar tidak dapat mencapai internet dengan baik kerana tidak mempunyai network
point .
Selain itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah mereka terpaksa
menggunakan wifi adapter untuk melayari internet semasa proses pembelajaran
dijalankan. Penggunaan adepter wifi ini berisiko untuk berlakunya kehilangan alat
tersebut. Ini secara tidak langsung menganggu proses pembelajaran semasa
dijalankan.menurut pihak pengurusan bermula dari penggunaan adapter ini , sebanyak
4 buah adapter telah hilang dan 2 lagi telah rosak.
Seterusnya atas pemerhatian, didapati proses capaian internet iaitu dari kelajuan
di antara komputer yang ada tidak sama.

1.5 Objektif Projek
Maklamat projek ini adalah Untuk menaik taraf infrastruktur rangkaian di dalam
makmal baik pulih komputer supaya akses kepada internet berjalan dengan lancar.
Untuk memahami matlamat, beberapa objektif perlu dicapai :
I. Menambah network point
II. Memasang kabel
III. Konfigurasi
IV. testing
Selepas membina rangkaian LAN di makmal baik pulih komputer, proses
pembelajaran para pelajar akan berjalan dengan lancar dengan dapat meminimumkan
masa pengagihan wireless adapter semasa bermulanya kelas. Dapat membolehkan 30
orang pelajar mengakses internet serentak dalam masa yang sama ketika proses
pembelajaran.
Makmal ini tidak mempunyai network point yang mencukupi untuk menampung
bilangan komputer yang sedia ada. Dengan ini pembinaan network point harus dibuat
bagi menampung 30 buah komputer di makmal baikpulih.

3

1.6 Skop Projek


1. skop lokasi
Projek ini menaik taraf rangkaian LAN di makmal baik pulih di tingkat 1 yang berada
pada bangunan kedua di sebelah bangunan pentadbiran Kolej Komuniti Seberang Jaya..
2. Skop sistem

Pembangunan projek ini dijangka akan menggunakan peralatan kabel Cat5e 200
meter, face plate, modular jack, rj45 connector dan switch untuk membangunkan
rangkaian LAN di dalam makmal baik pulih Komputer di Kolej Komuniti Seberang Jaya.

Konfigurasi alamat IP akan mengunakan kaedah DHCP. DHCP adalah protokol
rangkaian standard yang digunakan oleh pelayan di rangkaian IP untuk
memperuntukkan alamat IP untuk hos.
3. Skop pengguna

Pengguna yang menggunakan kemudahan rangkaian ini ialah pengguna makmal
komputer yang terdiri daripada kalangan pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Seberang
Jaya.
Selain dari itu, juruteknik kolej juga terlibat dalam proses penyenggaran rangkaian
selepas projek ini siap di bangunkan.

Perkara yang tidak diambil kira dalam projek adalah :
I. Konfigurasi keselamatan
Proses ini akan melibatkan pihak juruteknik Kolej Komuniti
Seberang Jaya saja. Ini adalah perantaraan pihak kolej sendiri.

1.7 Kesimpulan

Kesimpulannya, sebelum membangunkan rangkaian kita hendaklah memgetahui
kemudahan yang sedia ada dan infrastruktur di kolej. Dengan mengetahui infrastruktur di
kolej, penyataan masalah dapat dinyatakan dan objektif dapat dicapai. Di samping itu
skop juga penting dalam membina rangkaian kerana ia akan membantu untuk
mengetahui skop lokasi, pengguna dan sistem.

You might also like