Sejarah Sekolah SJK (T) LDG SG Ular

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEJARAH SEKOLAH:

Pada tahun 1936, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)


Ladang Sungai Ular ditubuhkan dengan wajah yang
serba kekurangan. Tapak asalnya terletak di
kawasan perumahan ladang. Bangunan diperbuat
daripada kayu dan papan, berbumbungkan zink dan
berlantaikan tanah. Pembahagian ruang bilik darjah
hanya menggunakan papan lapis atau almari. Pada
ketika itu, terdapat hanya satu bangunan yang
menempatkan seramai 35 orang murid di bawah
jagaan seorang Guru Besar iaitu En.
MA.Muthusamy. Lokasinya yang terletak di kawasan
luar bandar yang berada di dalam kawasan Ladang
Sungai Ular bersebelahan dengan kuil dan jarak
lebih kurang 100 meter dari Jalan raya laluan Kulim
ke Serdang.

Sehingga tahun 1960 tiada sebarang perubahan
dari segi pertambahan bilangan murid dan kedudukan
bangunan sekolah ini. Selepas tahun 1960,
memandangkan adanya pertambahan bilangan
pelajar, tanggal Mac tahun 1972, lahirlah satu
helaian baru dalam lipatan sejarah sekolah ini yang
mana telah mendapat sebuah bangunan dua tingkat
yang baru yang didirikan oleh Jabatan Kerja Raya
(JKR) atas bantuan pihak Kerajaan Persekutuan.
Bangunan yang berwajah baru ini telah dialihkan ke
tapak baru yang ada sekarang. Bangunan bernombor
JKR 1613 ini mempunyai sebuah bilik pejabat, bilik
guru besar, stor, tandas dan enam buah kelas. Di
atas tapak baru ini juga dibina sebuah kantin bagi
kegunaan warga sekolah ini. Bangunan ini memang
sesuai bagi satu ketika dahulu kerana bilangan
murid pada masa itu semakin meningkat dan proses
pengajaran dan pembelajaran pula hanya
memusatkan murid, di mana ia tidak banyak
memerlukan ruang seperti yang dikehendaki
pengajaran dan pembelajaran sekarang. Sistem
KLSR dapat disalurkan kepada murid-murid tanpa
mengambil kira kesempitan ruang. Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan pada tahun
1972 amat berpuas hati dengan perjalanan
Pentadbiran Sekolah.

Tanah yang berkeluasan 0.448 hektar ini adalah hak
milik kerajaan Negeri Kedah(PKNK) dan telah
dipajak kepada Ladang Sungai Ular untuk didirikan
sekolah. Tempoh jangkamasa pajakan ialah selama
99 tahun iaitu dari tahun 1971 sehingga tahun
2007.

Sekolah ini terus berkembang dengan adanya
peningkatan bilangan pelajar yang agak ketara dan
telah dinaikkan taraf dari Gred B ke Gred A di
bawah kategori Sekolah Luar Bandar. Dari tahun
ke tahun sehingga kini, pertambahan bilangan
pelajar semakin meningkat berikutan wujudnya
penempatan-penempatan baru seperti pembinaan
taman-taman perumahan kos rendah dan sederhana
di sekitar kawasan ini . Taburan murid-murid yang
bersekolah di sini adalah dari Ladang Sungai Ular
bahagian 1,2 dan 3(yang dahulunya dikenali sebagai
Divisyen 1,2,dan 3), Kampung Sungai Ular, Taman
Merak, Taman Tiong, Taman Kenari, Taman Bestari
dan Taman Sri Mahkota.
Pada tahun 2010 bulan November, kerajaan telah
memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta dibawah
rancangan ke 10 untuk membina bangunan tambahan
2 tingkat yang bersebelahan bangunan lama.
Proses pembinaan telah bermula pada Desember
2010 dan tamat pada April 2012. Bangunan baru ini
telah dilulus dan diserah secara rasmi kepada pihak
sekolah pada Jun 2012. Bangunan ini mengandungi
sebuah kantin sekolah, Pejabat, Perpustakaan,bilik-
bilik khas seperti Bilik ICT,Bilik Guru,Bilik KH dan 4
bilik darjah.





















SENARAI NAMA GURU BESAR

~ En. MA.Muthusamy (1935 1945)

~ En. MA. Shanmugam(1945 1960)

~ En. A. Chandran (1960 1971)

~ En. N. Munusamy (1971 1990)

~ En. S. Arumugam (1990 1999)

~ En. R. Subramaniam (1999 1.11.2001)

~ En. L. Perumal (1.11.2001 5.3.2005)

~ Pn. M. Kamla Devi (Mei 2005 Sekarang)










BIODATA GURU BESAR



Puan Kamla Devi A/P Muniandy dilahirkan pada 3.12.1960 di Padang Serai, Kedah.
Telah berkahwin dengan En.Gunasegaran A/L Munusamy dan dikurniakan tiga orang
cahayamata perempuan. Mendapat pendidikan awal di SJK(T) Ladang Victoria,
Padang Serai Kedah. Seterusnya melanjutkan pelajaran sehingga ke Sekolah
Menengah dan menyambung pelajaran sehinggalah ke Maktab Perguruan Seri Kota,
Kuala Lumpur.

Beliau mula dilantik dalam perkhidmatan perguruan pada 1 Mac 1985 sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(PPPLD) Gred DGA6 di SJK(T) Ladang
Bukit Mertajam, Kulim Kedah. Pada tahun 1987, beliau bertukar ke SJK(T) Sithambaram
Pillay,Teluk Intan, Perak sebagai Guru Penolong sehingga bulan April,1993. Pada bulan
Mei tahun 1993, kerjaya beliau berkembang apabila dilantik sebagai Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid Gred DGA32 dan ditempatkan di SJK(T) Barathi, Hutan Melintang,
Perak.

Tanggal 1 Mac 1997, beliau bertukar ke SJK(T) Ladang Jabi, Pokok Sena, Kedah dan
mula memangku jawatan Guru Besar di Sekolah tersebut. Setelah tiga tahun berada di
Sekolah tersebut, beliau kemudiannya bertukar ke SJK(T) Changlun, Kedah pada 1 Mei
1999. Dengan hasil usaha cemerlang yang dipamerkan, beliau telah dinaikkan pangkat
menjawat jawatan sebagai Guru Besar Gred DGA34 pada 16 April 2002. Pada 1
Disember 2002, beliau bertukar ke SJK(T) Paya Kamunting, Jitra Kedah dan bertugas
di Sekolah tersebut sehingga bulan April,2005.

Pada 1 Mei 2005, beliau berpindah ke Kulim, Kedah dan ditempatkan di SJK(T) Ladang
Sungai Ular, Kulim Kedah sehingga sekarang.

You might also like