Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

CARA-CARA MENGATASI MASALAH PONTENG SEKOLAH

Oleh : Cikgu Zura


Perbincangan mengenai keruntuhan akhlak remaja adalah berkisar isu pelajar
remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja
ini.
Berikut beberapa saranan:

1. Ibu bapa memainkan peranan mereka
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yangmempunyai kedudukkan moral yang baik.
Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak.

2. Pendekatan akademik.
Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan
separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah.
Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di
kalangan pelajar
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan
pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.
Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah
dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

5. Kaunseling
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

6. Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu
berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini.

Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan.
Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang
efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat
undang-undang mahupun bukan undang-undang. Malah, isu ponteng sekolah ini
mendapat liputan hangat daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng
sekolah sering dikaitkan dengan masalah disiplin lain termmasuklah, isu
merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli belah, kurang ajar dan
sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir
dalam UtusanMalaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap
kritikal dan dianggap sebaga langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh
dengan masalah. Pelajar sekolah menengahterutamanya diperingkat usia 14 dan 15
tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yangterbabit dengan gejala ponteng
(Berita Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih terkawal,
namun gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu virus yang
menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih
besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut
serta pelbagai aktiviti idak bermoral yang jelasnya akan meruntuhkan akhlak pelajar .


Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah
boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang
alasan yang munasabah. Gejala ponteng sekolah selalunya dikaitkan dengan
masalah disiplin. Kamus Dewan (2000), disiplin membawa pengertian latihan
pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk melatih sesorang berkelakuan baik.

Ananlisis Teori: Isu ponteng sekolah ini boleh dikategorikan berdasarkan
perspektif Teori Fungsianalisme.

Teori fungsiomnnalisme dipelopori oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan
Emile Durkheim (Mohd Salleh lebar, 1998). Mengikut teori ini, masyarakat
berkembang dengan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan masa,
Perubahan ini berlaku secara beransur-ansur. Ini menunjukkan bahawa teori ini
mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Masyarakat selalunya dianggap
seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi
tersendiri. Di dalam sesuatu masyarakat juga mempunyai sesuatu kefahaman
kepada proses intergarsi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.

Selain itu, Teori fungsionalisme turut menyatakan bahawa struktur-struktur
sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat.
Brinkerhoff dan White (1989: 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli
fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria
penilaian utama untuk menentukan sejauhmana masyarakat dapat dikekalkan.
Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam
masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Manakala, evolusi
menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui
proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.

Justeru, perkaitannya dapat dilihat dimana ibu bapa merupakan faktor
penting dalam keutuhan sesebuah keluarga. Kegagalan ibu-bapa dalam
menguruskan keharmonian hidup keluarga akan memberikan kesan yang besar
kepada terhadap anak-anak. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu-bapa
yang bersikap realistik dan memetingkan kebendaan, anak-anak biasanya
dipinggirkan dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah ponteng
sekolah ini adalah selari dengan teori fungsionalisme yang mana ibu bapa tidak
menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Ibu bapa yang gagal menunaikan
peranan mereka dalam entiti masyarakat menyebabkan wujudnya gangguan dan
ketidakseimbangan masyarakat.


FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.

Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah akan dibincangkan dari
empat aspek iaitu faktor ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, persekitaran, pelajar, dan
sekolah.

i) Ibu Bapa
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar. Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah
disebabkan faktor keruntuhan institusi kekeluargaan. Mojoriti pelajar yang terlibat
dengan masalah ponteng sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah atau
tidak bahagia. Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa menyebabkan kebajikan
anak-anak diabaikan. Kesannya kepada anak-anak ialah segala perilaku anak-anak
di luar rumah dan di sekolah diabaikan.

Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih dan berasa tidak
diberi perhatian oleh ibu-bapa mereka sehingga menyebabkan mereka
memberontak dengan melakukan sesuatu perkara yang boleh menarik semula
perhatian ibu bapa mereka. kegagalan pelajar mengawal emosi menyebabkan
konflik diri berlaku sehingga pelajar sanggup melanggar peraturan sekolah seperti
ponteng sekolah, buli, merokok, vandalisme serta melakukan aktiviti-aktiviti yang
tidak bermoral seperti berjudi, mat rempit, seks bebas demi menarik perhatian ibu
bapa mereka. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh
yang besar kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Selain itu, faktor kesibukkan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang
dan malam sehinnga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama
mereka terhadap anak-anak. Malah, mereka langsung tidak mempunyai masa untuk
bertemu dengan anak mereka apatah lagi berkongsi masalah, berbual, menambil
tahu perkembangan anak-anak di sekolah. Kekangan masa bersama anak-anak
ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan tidak disayangi sehingga
memberikan kesan emosi seperti sedih, marah, benci, geram. Apabila masalah ini
membebani mereka, kosentrasi mereka terhadap pelajaran semakin merosot dan
tidak berminat lagi untuk belajar. Malah, mereka akan berjinak-jinak mencari
keseronokkan di luar bagi mengubati kesunyian yang mereka alami. Oleh itu, pelajar
berapggapan denagn mponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah
yang mereka hadapi.

Sehubungan dengan itu, masalah kewangan juga antara faktor menyebabkan
gejala ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai contohnya, kegagalan dan
ketidakmampuan ibu bapa untuk memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak dapat
melunaskan pembayaran yuran sekolah dan tidak mampu membeli peralatan dan
buku-buku pelajaran yang digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus
(1977) menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa
tidak mampu membeli perkakasan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian
sekolah. Pada masa yang sama ,pelajar menerima tekanan daripada guru apabila
sering bertanya tentang pembayaran yuran. Hal ini menyebabkan mereka berasa
malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan kawan-kawan lain. Justeru,
untuk melarikan diri dari tekanan masalah ini pelajar mengambil jalan mudah dengan
ponteng sekolah.

Faktor didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut
menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di
rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap
tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung
mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah
merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka.
Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka
tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang
mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka.
Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak
langsung mem pengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Tidak dinafikan untuk membina keluarga harmoni dan kukuh bukanlah
sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan
keibubapaan.Tetapi, apa yang menyedihkan ibu bapa masa kini mempunyai
pengetahuan keibubapaan yang cetek dan ia mengakibatakan keruntuhan
rumahtangga. Malah, terdapat juga ibu bapa yang lepas tangan meletakkan
tanggungjawab mengasuh anak-anak kepada pengasuh semata-mata. Keruntuhan
rumah tangga ini akan mengurangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa
menyebabkan mereka mudah terjerumus terlibat dengan salah laku disiplin di
sekolah.

ii) Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolah.
Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai
pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan
seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pada remaja, pelajar dalam proses
ingin mencari identiti diri maka mereka senang mencuba sesuatu yang baru tanpa
berfikir panjang. Dalam hal ini, pelajar mudah menerima ajakan rakan sebaya
mereka untuk ponteng sekolah akan mempengeruhi minda mereka yang tidak
berfikir secara rasional. Biasanya, mereka akan menurut segala pelawaan dan
ajakan rakan-rakan tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-
rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akn memberikan pelbagai alas
an yang dianggap munasabah bagi mereka. Sebagi contohnya, Pelajaran di
sekolah dikatakan agak membosankan dan aktiviti ponteng sekolah boleh menenag
serta menyeronokkan menjadi alasan ponteng sekolah. Ini jelas menunjukkan
pengaruh rakan sebaya mempengaruhi seseorang pelajar untuk ponteng sekolah.
Dalam hal ini, pelajar perlu bijak memilih kawan yang baik dan ibu bapa perlu
mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan untuk mengelakkan anak
merekaberkawan dengan pelajar yang bermasalah.

iii) Persekitaran

Faktor persekitaran turut mempengaruhi pelajar melakukan perkara yang negetif
terutamanya ponteng sekolah. Kemudahan-kemudahan untuk berhibur yang terlalu
banyak seperti pusat permaina video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber dan
pusat membeli-belah yang dibina berhampiran di kawasan sekolah khususnya.
Pembangaun pusat-pusat hiburan ini sebenarnya menyebabkan pelajar lebih mudah
lari dari sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli-belah.

Di samping itu, program-program yang berbentuk hiburan dan konsert
tempatan mahupun diimport dari barat amat melekan pelajar. Maka, terdapat banyak
rencangan-rancangan reality tv pada masa kini yang berkonsepkan hiburan dan
menyimpag jauh dari sudut ilmiah. Secara tidak langsung, pelajar telah didorong
untuk mengamalkan cara hidup berhibur semata-mata dan seterusnya melkunturkan
semangat untuk menuntut ilmu di sekolah. Mereka turut disogokkan bahawa
kemewahan dan polulariti dapat dicapai denagn mudah seandaimya mengikuti arus
industry hiburan. Ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dan
berpendapat mereka boleh maju tanpa perlu hadir ke sekolah untuk menimba ilmu.


Realitinya, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku
yang lebih serius seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan
dadah. Natijahnya, diri, bangsa dan negara tidak akan maju sekiranya konsep
berhibur digunakkan sebagai alasan untuk melepaskan lelah dan tekanan.
Personaliti-personaliti dunia hiburan yang ditonjolkan sebagai idola harus
mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi. Penerbitan penerbitan buku
bertemakan cinta remaja, majalah hiburan seperti Mannga , URTV hanya menarik
minat golongan muda kepada keseronokan hidup berpasangan. Penyiaran secara
berleluasa bahan bacaan picisian ini sebenarnya mengkhayalkan dan
mempengaruhi pemikiran pelajar. Secara tidaka langsung langsung akan
meruntuhkan akhlak pelajar serta usaha melahirkan remaja yang berakhlak
berasaskan kehendak agama dan ketinggian nilai moral.

iv) Pelajar

Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khusunya masih mengalami
proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu zaman peralihan
alam kanak-kanak menuju ke alam remaja. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya
tidak mengambil sikap lepas tangan denagn membiarkan anak-anak mereka
merentasi zaman remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengetahui pergolakan yang
dihadapi oleh anak mereka.

Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk
menentukan konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak melangkah ke
alam dewasa, mereka sudah pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup
ibu bapa mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal. Selain itu, perubahan sosial
dan emosi mendorong pelajar memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka
memperluaskan rakan sosial denagn cara menyertai kumpulan tertentu atau
membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip
hidup yang sama atau taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar berhadapan
dengan situasi genting dalam memilih rakan rakan seandainya tersalah pilih, maka
mereka akan cenderung kea rah salah laku negetif termasuklah ponteng
sekolah. Ketiadaan bimbingan menyebabkan mereka merasa berada di jalan yang
benar dan tiada siapa boleh menghalang perbuatan mereka kerana pada pendapat
mereka, pa saja yang dilakukan adalah betul.

v) Sekolah

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yangkerap
diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran
yang kurang menarik dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng
sekolah daripada hadir ke sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah guru
kurang proaktif dalam menarik minat pelajar. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik
pemgajaran yang kurang menarik disamping tiada variasi aktiviti atau gerak kerja
yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran tradisional iaitu chalk and talk
juga membosankan pelajar. Pelajar masa kini, memerlukan kaedah pengajaran
secara induktif dan gaya pembelajaran konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti
berkumpulan yang berpusatkan murid Selain itu, penggunaan Bahan bantu
mengajar secara interaktif perlu diaplikasinya untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif . Selain itu, guru perlulah bersikap adil terhadap
pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagi role model kepada pelajar.

Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan pendidikan
kedua selepas ibu bapa. Ini bermakna guru juaga amat penting dan
bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar.Mengikut Hussein (1993)
pembelajaranyang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana
ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik dalam kalangan
pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah,
pengajaran guru, kedudukansekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan
perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan
mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Setiap sekolah di Malaysia akan diperuntukan dengan jumlah kewangan
yang besar bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria
dan kondusif. Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan
peruntukan ini bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria
dan kondusif. Sebagi contoh,. pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak
dibaiki segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar
masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas
guru untuk mengawal pelajar.

Faktor kawalan disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada
pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara yang negatif yang lain. Badan
disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik
bagi membanteras kegiatan yang melanggar disiplin. Justeru ,tugas guru bukan saja
mengajar dan mendidik, mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar.
Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak
dihargai dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar membuat perkara-
perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru mereka.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH

Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah
agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan
tindakan secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan
penularan gejala ponteng sekolah.

Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan
memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini
kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah
ialah kelas yang membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan
melepak atau berpeleseran di pusat membeli- belah dan pusat cafe siber. Guru
seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha
melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan
dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan
membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman
mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana
persekolahandan pembejaran yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan strategi serta aktiviti perlu
dipelbagaikan dan diperbaharui mengikut untuk menjana perkembangan kognitif
pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan Bahan Bantu mengajar yang kreati dan
menarik dan mempergiatkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya
pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan murid bagi melahirkan
pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baru dan bijak dalam
membuat menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. Hubungan interpersonal
degan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu menjadi mempunyai personaliti
yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru
perlu menjadi role model yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama
pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan, Program
rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah wajib disertai supaya
pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah disamping memperolehi
banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagi kempen perlu giat diadakan sama melalui
media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada
pelajar akan kesan negetif gejala ponteng sekolah.

Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkahlaku dan pergerakan pelajar
denagn meluangkan sedikit masa, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis
kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan
dan tingkahlaku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini,
mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan
yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak
terus hanyut dan dibiarkan sendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan
kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka
memberontak.

Malah, semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa,
guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah
tunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil
berat tentang latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua
bidang, pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa
yang baik untuk pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan
suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat
remaja dan dewasa. Kesedaran dan komitmen semua pihak akan membanteras
gejala ponteng sekolah secara berkesan. Malah tanamkan suasana Sekolah
syurgaku untuk mewudkan rasa kepunyaan dan keselamatan di sekolah.

Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di
sekolah. Adalah wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan
badan-badan lain yang wujud di sekolah. Relevennya kerana pencapaian seseorang
pelajar dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan
akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya
dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin.
Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu
pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang
dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah
membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya .

Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu
memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekali-sekala
ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-
benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai
hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini
baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing ketakutan
apabila mereka ditangkap atas sesesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka
merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak
percaya dan menafikan anak mereka akan melanggar peraturan sekolah. Anak-anak
yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza ; baik di
rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menjalankan
tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.

Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan
yang amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga,
maka akan membawa pincangnya negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran
yang mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika yang seterusnya akan
berkembang baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap,
watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam
pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.

Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak
kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang
pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu
bapa berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa
seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak
tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang
pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi
oleh ibu bapa.

Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia
mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan
ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan
mereka sangat rapuh dan terdedah dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam
keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi
kekeluargaan tidak harus dikesampingkan.

Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga ialah dilihat
melalui aspek sikap pelajar di mana pelajar sendiri perlu sedar betapa pentingnya
pelajaran terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang
tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin.
Tambahan pula, kelulusan akademik yang cemerlang menjadi penanda ukur utama
mendapat pekerjaan yang baik. Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan
kerana semaik banyak pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya
mereka ketingalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan
semasa sekarang di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan
ianya dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu,
bagaimana seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan
yang cerah walhal mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.

Malah, pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi
supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka
perlu pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif.
Pelajar juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara negatif
kerana ianya hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar
perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik
mungkin.

Sewajarnya, ketika masa usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil
berat tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau
orang asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh
tauladan yang baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang,
beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan
kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia
remaja tidak akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja
ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.


Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang
tertinggi dlam sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan dalam
menangani masalah ponteng sekolah ini. Sepertimana dalam keratan akhbar yang
dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar
yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis
dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng
sekolah ini mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan
meragut. Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras
lebih awal.

Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan
lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam
menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian
ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat membantu guru dengan mengurangkan
bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan
perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah
turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan
laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan
kurikulum,keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan
kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar dengan lebih
baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan permasalahan mereka.

Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan
dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem
sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah
kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di
sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari
mereka yang terpilih.

Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini
sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang
lebih berguna pada masa hadapan juga, maka langkah drastik daripada semua pihak
patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan
hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah ponteng
sekolah. Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai cara mana mengatasi
masalah ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja
perbincangan, forum atau seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program
yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat
kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru,
dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul
tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar
didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di
sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-
undang agar mereka gementar dengan hukuman.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan
masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal
memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara
ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada
ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam
jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para
remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman
besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras
denagn falsafah pendidikan negara yang akan yang akan mempastikan kelansungan
kemajuan dan keharmonian negara.

You might also like