Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAB I

PENGENALAN


1.1 Pengenalan
Projek rangkaian komputer akan dijalankan di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan
Permatang To Jaya, Sungai Dua, Pulau Pinang. Di makmal ini terdapat sambungan rangkaian
YES 4G yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia. Projek ini dijalankan untuk
memudahkan guru untuk melihat perkembangan murid-muridnya dari komputer hadapan
sehingga ke komputer di belakang sekali.

1.2 Latar belakang
Refer intro skolah

1.3 Penyataan Masalah
Di makmal computer sekolah kebangsaan permatang to jaya ini mengalami masalah 2
komputer yang tidak dapat dibuka dengan sempurna. Selain itu, tiada antivirus untuk
menghalang virus daripada menggangu sistem disini. Tambahan lagi, sistem monitoring tiada
untuk guru melihat apa yang murid beliau sedang lakukan semasa proses pembelajaran
dijalankan.




1.4 Objektif
Objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk membangunkan satu rangkaian pemantauan murid di
Sekolah Kebangsaan Permatang To Jaya. iaitu:
i. Maintainance Cabling
ii. Classroom Monitoring (LanSchool)
iii. File sharing

1.5 Skop Projek
1. skop lokasi
Projek monitoring ini di lakukan di makmal komputer yang berada dibawah bangunan
pentadbiran Sekolah Kebangsaan Permatang To Jaya

2. Skop sistem
Pembangunan projek ini dijangka akan menggunakan peralatan kabel Cat5e 100 meter, ,
dan rj45 connector untuk menukar kabel yang bermasalah. membangunkan rangkaian
LANSchool di dalam makmal Komputer di Sekolah Kebangsaan Permatang To Jaya.
Konfigurasi alamat IP akan mengunakan kaedah DHCP. DHCP adalah protokol rangkaian
standard yang digunakan oleh pelayan di rangkaian IP untuk memperuntukkan alamat IP untuk
hos.

3. Skop pengguna
Pengguna yang menggunakan kemudahan rangkaian ini ialah pengguna makmal komputer
yang terdiri daripada murid sekolah berkenaan dan guru sekolah tersebut.



1.6 Kesimpulan
Kesimpulannya, sebelum membangunkan rangkaian kita hendaklah mengetahui
kemudahan yang sedia ada dan infrastruktur di sekolah ini. Dengan mengetahui infrastruktur di
sekolah ini, penyataan masalah dapat dinyatakan dan objektif dapat dicapai. Di samping itu
skop juga penting dalam membina rangkaian kerana ia akan membantu untuk mengetahui skop
lokasi, pengguna dan sistem. Secara ringkasannya, monitoring lanSchool yang digunakan ini
dapat memudahkan para guru untuk proses pembelajaran dengan lebih cepat dan sempurna
dengan menggunakan komputer.

You might also like