Ekosistem

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut .

Mempunyai tanah
berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem
yang penting bagi kawasan pinggir pantai. Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai
harganya. Mungkin tsunami 2004 yang melanda Banda Acheh dapat dikurangkan jika kawasan
pinggir pantainya dipenuhi dengan hutan paya bakau,yang mampu menyerap tekanan dan kuasa
tsunami yang hebat itu. Namun itulah ketentuan dan ujian Allah. Jom kita lihat kepentingan
hutan paya pakau.


Habitat Dan Ekologi Hidupan Marin dan Fauna lain
Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan
laut. Sifat tananya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan
habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis
siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan
terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau.
Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya
datang jauh dari hemisfera uata atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal
mereka


Penampan tsunami dan angin kencang
Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan
pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau
juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya
selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang
membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah
mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai
di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan
tsunami ke kawasan yang lebih jauh.


Penambak laut Semulajadi
Paya bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses
enapan akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang
berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini
membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan mengambil
masa yang panjang sebagai penambak laut.

Kayu bakau pelbagai kegunaan domestik dan perindustrian
Kayu bakau memang sudah popuar sebagai bahan binaan, kayu arang, kayu api, menyamak kulit
haiwan . Sifatnya yang tahan serangan serangga perosak, tahan perut dan kulat membolehkan
kayu bakau digunakan sebagai cerucuk. Cerucuk merupakan bahan asas, atau tapak bagi tiang
rumah atau bangunan, yang ditanam, sebelum lapisan atas cerucuk dilapisi simen dan besi untuk
menaikkan tiang. Malahan bagi jenis Rhizophora dan Brugiera boleh digunakan untuk membuat
bot jika cukup umur dan matang.


Hutan Bakau untuk eko pelancongan
Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan
ekologi alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Pelancongan dari
barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu
menjadi pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin
serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapatnya juga serangga unik seperti kelip-
kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong.



4.0Kesan penerokaan hutan bakau
Pelbagai kesan yang timbul ekoran daripada penerokaan hutan bakau. Antaranya ialah akan
menyebabkan masalah ketidakstabilan pinggir pantai, kekurangan kawasan
perlindunganhidupan marin dan kepupusan sumber marin.

4.1Ketidakstabilan pinggir pantai
Masalah ketidakstabilan pinggir pantai ini terjadi kerana penebangan hutan bakausecara
tidak terkawal akan mendedahkan tanih di pinggir pantai secara terus kepadaproses hakisan
pinggir pantai. Agen hakisan seperti ombak dan angin akan menghempaspinggir pantai
tanpa sebarang halangan dan akan menyebabkan berlakunya prosesluluhawa yang
tinggi. Selain daripada itu juga, tanah paya juga boleh bertindak sebagaisistem kawalan
banjir dan kemarau secara semulajadi. Struktur tanahnya mampumenyerap atau
mengeluarkan air yang terdapat dalam kandungan tanah membolehkanhutan paya bakau
mengawal proses kejadian banjir. Contohnya, pada musim tengkujuhkawasan iniakan
menerima banyak air hujan yang mana sistem saliran sungai tidak mampu mengalirkannya
ke laut dalam jumlah air yang melebihi keupayaan normalnya.Hal ini akan berlakunya
banjir. Pada ketika inilah tanah-tanah paya di sekelilingnyamemainkan peranan menyerap
air yang berlebihan ke dalam struktur kandungantanahnya. Ia bertindak sebagai kawasan
tadahan air bagi mengurangkan masalah kuantitiair yang berlebihan pada musim banjir
(Azrul Affandi Sobry, 2007).Manakala pada musim kemarau, kandungan air di dalam
sungai menjadi kurang,kekurangan air sungai akan menyebabkan masalah sumber air
minuman dan pengaliran.Situasi ini memberi masalah kepada manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Bagimengelakkan masalah kemarau yang kronik daripada berlaku,
tanah-tanah paya akan memerah kandungan air di dalam struktur tanahnya supaya ia dapat
keluar ke sistemsaliran sungai. Ia dapat menolong mengeimbangkan kandungan air sungai
supaya sungai dapat bertindak sebagai sumber minuman, pengaliran dan jalan
pengangkutan sepertibiasa. Oleh sebab itu, kekurangan hutan paya bakau akan
menyebabkan satu masalahketidakstabilan pinggir pantai dan muara sungai yang akan
menyebabkan masyarakatsetempat juga akan mendapat bahananya (Holistik, 2010).

4.2Kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin
Kawasan hutan bakau merupakan satu kawasan yang menjadi habitat pelbagaihidupan
marin. Antaranya ialah sebagai habitat bagi tumbuhan yang hidup di kawasanpercampuran
air tawar dan masin seperti pokok bakau, gelam, nibung dan sebagainya.Selain daripada itu
juga, hutan bakau turut menjadi tumpuan bagi habitat haiwan sepertiketam, udang, kerang,
anak-anak ikan yang sedang menbesar dan beberapa spesis burungyang tidak akan dijumpai
di kawasan lain. Ekoran daripada penebangan dan tebus gunakawasan tanah bakau maka
habitat flora dan fauna marin akan terjejas dan akanmenyebabkan wujudnya satu masalah
kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin.Hal ini akan menjejaskan hidupan di
kawasan paya bakau berkenaan (Holistik, 2010).Ekosistem bakau sangat unik kerana ia
terdedah kepada keadaan air pasang lautsecara berterusan. Jika jumlah pokok bakau di
sesuatu kawasan berkurangan, makaberkemungkinan besar habitat hidupan pinggir pantai
akan musnah dan seterusnyamengganggu kelestarian ekosistem tersebut. Antara
spesis terancam yang boleh didapatidi kawasan hutan paya bakau adalah ikan belacak,
memerang licin, burung botak, burungpacat, cecadu gua dan lotong kelabu. Selain daripada
itu juga, kawasan bakau juga telah menjadi laluan persinggahan bagi burung migrasi
singgah untuk mendapatkan makanandan rehat bagi untuk tempoh jangka masa yang
singkat. Contohnya ialah di negeri Johordan di Kuala Gula, Perak yang
menjadi persinggahan bagi burung migrasi ini. Ia bolehdilihat di pantai barat Johor yang
merupakan sebahagian daripada East-Asia, iaitu laluanyang digunakan oleh kira-kira
dua juta burung pantai ketika migrasi. Antara tempat utama di negeri Johor ialah di pantai
dan sungai Benut. Burung botak juga terdapat dikawasan ini yang telah diancam kepupusan
kerana sebanyak dua peratus terdapat dinegara ini daripada jumlah keseluruhan sebanyak
5000 ekor saja yang terdapat di seluruhdunia (Holistik, 2010)

5.0Langkah mengekalkan hutan paya bakau
Kepentingan hutan bakau terhadap alam sekitar dan ekosistem sememangnya
sentiasadisedari dan diberikan perhatian sewajarnya sama ada oleh Jabatan Alam Sekitar
(JAS) atau Jabatan Perhutanan. Oleh sebab itu, pihak JAS, Jabatan Perhutanan dan badan-
badan NGO telahmenjalankan beberapa langkah pemeliharaan dan pemuliharaan bagi
memastikan kawasan hutanbakau ini terus terpelihara.

5.1Program pemuliharaan hutan pesisiran pantai
Program penanaman semula pokok bakau mampu untuk memeliharan kawasanhutan
bakau daripada terus musnah. Peluang kemandirian biji benih bakau adalah
terhaddisebabkan keadaan habitatnya adalah lembut dan berlumpur dan berada di
kawasanberpengaruh arus air pasang surut. Biji benihnya mula berkembang semasa anak
benih masih melekat pada pokok induk. Namun demikian, tidak semua benih yang jatuh

berjaya mencacak ke dalam tanah. Oleh demikian, program penanaman semula
pokok bakau boleh menolong mencacakkan benih bakau yang tidak berjaya mencacak
ke tanahdan menanam semula anak benih yang telah di berikan oleh Jabatan Alam Sekitar
dikawasan tanah bakau bagi melestarikan kawasan berkenaan (Jabatan
PerhutananSemenanjung Malaysia, 2006).Salah satu contoh program penanaman semula
hutan paya bakau telah dilakukandi negeri Johor Darul Takzim. Pihak Jabatan Alam
Sekitar (JAS) dan Jabatan PerhutananJohor telah memainkan peranan dengan mengadakan
program menanam semula hutanpaya bakau dengan. Pada tahun 2008, JAS
negeri telah menjalankan aktiviti menanam1,600 pokok bakau jenis bakau minyak dan
bakau kurap di Pengerang dan Gelang Patah.Manakala pada tahun 2009 Jabatan Perhutanan
Negeri Johor melancarkan KempenKesedaran Pemuliharaan Hutan Persisiran Pantai
Peringkat negeri di Sedili Kecil, KotaTinggi. Kempen yang melibatkan penanaman
1,400 pokok ru ini disertai 350 pesertayang terdiri daripada murid sekolah dan penduduk
setempat (Holistik, 2010).

5.2Menjaga kebersihan alam
Menjaga kebersihan alam adalah satu amalan yang sangat dituntut dalammasyarakat
negara kita. Namun demikian, tahap pemikiran masyarakat di negara kitayang masih lagi
rendah dan tidak mementingkan penjagaan alam sekitar telahmenyebabkan masalah
pencemaran alam sekitar ini timbul. Sisa buangan yang dibuangke dalam sungai akan
dialirkan ke kewasan hutan paya bakau sebelum memasukikawasan laut. Hutan
paya bakau boleh dianggap sebagai kawasan penapisan sisabuangan agar tidak dialirkan
ke laut. Namun demikian, sisa buangan yang terlampau

You might also like