Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan cadangan menguatkan perpaduan

Cara-cara Meningkatkan Perpaduan


Labels: Isu Semasa

Isu perpaduan sering diutarakan berulang-ulang kali dan akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Namun,
banyak pihak yang akur dan mengakui bahawa perpaduan kaum di negara kita adalah lebih baik
berbanding dengan sesetengah negara lain di dunia.

Antara usaha yang telah dan boleh dilaksanakan ialah :
Kerajaan perlu sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan aspek perpaduan.
Rakyat tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu malah sentiasa proaktif.
Pemimpin politik yang mewakili sesuatu kaum atau etnik tidak memainkan isu-isu perkauman yang
sempit demi meraih populariti.
Semua pihak wajib mengelakkan pergeseran walaupun hanya pergeseran kecil.
Kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang
mengamalkan persefahaman kaum, toleransi beragama dan konsep perpaduan nasional.
Peranan anggota masyarakat serta ibu bapa mendidik generasi muda agar menerima dan mengamalkan
konsep perpaduan.
Mengurangkan atau mengecilkan jurang perbezaan yang masih terdapat antara kaum seperti jurang
ekonomi, polarisasi petempatan dan kerjaya.
Mengeratkan perhubungan dengan cara menyertai sambutan perayaan bersama-sama seperti program
rumah terbuka, kunjung-mengunjungi, usaha sama dalam perniagaan dan lain-lain.
Menarik lebih ramai kaum bukan Melayu menyertai pasukan polis dan angkatan tentera serta menjadi
kakitangan kerajaan.
Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang kerap seperti kejohanan sukan, pameran dan kesenian.
Menggalakkan perkahwinan campur.
Peranan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu dimaksimumkan.
Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan keselamatan bagi menjaga ketenteraman negara
daripada ancaman musuh dari luar dan dalam.
Kerajaan mestilah mengutamakan keadilan dalam setiap aspek.
Kenali segera punca dan sebab tercetusnya sesuatu pergeseran dan tindakan segera juga perlu diambil
bagi menanganinya.
Semua golongan mestilah sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar negara kita sentiasa kekal aman
sentosa
http://bmssbj.blogspot.com/2012/03/cara-cara-meningkatkan-perpaduan.html
WAJ 3106 Bagaimana Cara Mengekalkan Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia

Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak
berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan Rukun Negara. Selepas peristiwa tersebut bagi
mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah
memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis
Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana
Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika
itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari
ini. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh
Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan
perpaduan dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara tersebut. Kepercayaan
Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-
Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik
Rukun Negara tersebut.


Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan
beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau
ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat
tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani
(spiritual) masyarakat kita.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip
Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang
boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri
yang padu.
Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina
keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan.
Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama,
sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan
bertolak ansur atau saling bertoleransi.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan
yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja
berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-
Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah
sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam
soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua
mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung
negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari,
diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang
atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya
sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang
seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau
taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi,
kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan
memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa
menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru,
kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan
lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-
undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa
kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling
tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin
pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi
semua warganegara Malaysia.
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-
undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan
Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan
cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan
dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-
undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan
sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan
pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat
dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik,
terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara
sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-
persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa,
kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.
Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral
tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan
mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi,
saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai internal cohesion atau kuasa dalaman yang dapat
mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang
perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan
1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.

Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan
kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh
Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan
berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan
Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa
bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang dirangkumi oleh prinsip ketiga ini
adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,
dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan
Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga
terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya,
pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di
dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun
perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri
dijadikan bahasa kedua Malaysia.
Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun
orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut
kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh
Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh
menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.
Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia mestilah
dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran Perlembagaan negara
Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah berlaku. Justeru itu,
kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan
Perlembagaan Negara Malaysia ini.
Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini yang terus
mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui langsung asal-usul
dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta
mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji
bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya.
Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ke arah
pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan supaya rakyat
Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan kukuh, sehingga sukar
diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-belahkan kita.
Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat
majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu,
demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali
prinsip ini merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara
serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negara Malaysia itu sendiri.

Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah Negara yang berdaulat
dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang harmoni, tidak salah jika
menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali kita membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum.
Sebagai contoh, masayarakat India tidak suka dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan
membangkitkan kemarahan mereka. Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan
bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli,
penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.
Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara
yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera,
kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara
stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan
membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-
isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada
kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau
pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan
memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk
juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan,
penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan
1948).
Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.
Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan melakukan sesuatu yang
membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan, membangkitkan
perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah,
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat
serta konflik antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan
Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).
Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum,
mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum
dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara
kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan
persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat
keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran
tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat
hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.
Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum 1969.
Semasa kempen tersebut, parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah memainkan isu-isu
yang sensitif seperti kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk
memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan
orang-orang Melayu. Insiden ini disusuli dengan perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan
GERAKAN) yang memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga Parti
Perikatan. Orang-orang Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi tidak
terkawal dan akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Bukan itu sahaja, parti tersebut membangkitkan kemarahan orang melayu dengan membawa penyau
sebagai lambang untuk mengusir orang melayu keluar dari Tanah Melayu. Bagi orang melayu penyapu
merupakan tanda sial bagi mereka. Jadi perkara ini juga mendorong menaikkan kemarahan orang
melayu ketika itu.

Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan
tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis
kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran
yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan
cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati
keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang
dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai
bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya,
nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi
agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu
dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan
kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara
berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat,
dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar
dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan
kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru
tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan
warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru
perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat
sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami
erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran
Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013.
Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan
semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan
negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan
menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat
menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana
juga menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat
mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu
perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan
negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar
Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia
dengan karyanya yang berjudul Negarakuku. Lagu rap yang diubahsuai daripada lagu Negaraku
berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara.
Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan
negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah
mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan
keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara
masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga,
selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi
dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah,
serampang dua mata. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan
Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan
budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti
bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun
jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang
penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu.
Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia
dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang
diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan
mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam
kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan
pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah
pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman
dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum
lain dengan lebih lanjut. Kempen Cintai Bahasa Kita perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk
memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa
kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan
turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar
sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri
bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan
oleh rakyat dan bukannya seperti kera mendapat bunga agar perpaduan dan integrasi nasional dapat
diwujudkan.

Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1 Malaysia ialah
dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk
memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk
murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang
permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan
memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan
hormat terhadap budaya, kepercayaan dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu
memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mengekalkan keharmonian
rakyat serta negara. PLKN dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti
PLKN dilakukan secara berkumpulan dan segala aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara
semua peserta. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung.
Mereka akan menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra. Mereka akan
terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih
erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan
disamping mengekalkan keharmonian negara.

REFLEKSI.
Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan Hari
Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Jika slogan tersebut dibaca dengan teliti,
slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat
menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum
bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan
kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya
kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip
mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju
menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020.
Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan
2020 dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya,
beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah
negara yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan
agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat
membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan
adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar
belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang
lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah
mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan
rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.
Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada
sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang
sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk
mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi
warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai
pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.
Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat
penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka
berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-
aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan
dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan
menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SK, SJK (C),
dan SJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan
menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-
sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin,
dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat
ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.
Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti
sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem
akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan,
dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi
perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Sebagai intihanya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Usaha-usaha untuk mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh
semua pihak, seperti isi dengan kuku. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya
persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak
kata mutiara, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang
dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional.
Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana perjalanan seribu batu bermula
dengan langkah pertama. Majulah bangsa demi negara!

1. Buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (Hingga 10 hb. Mei 1999) oleh Internatinal Law
Book Services 1999.

2. Nota Rukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala
Lumpur, 1991.

3. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan
Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

4. Nota Rujukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala
Lumpur, 1991.

5. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan
Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

6. Lembaga Pendidikan Undang-Undang Perintah- Peintah Am & Arahan Pentadbiran, International Law
Books Services, Kuala Lumpur, 1993.

7. Penasihat Undang-Undang, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, MDC Penerbit Pencetak Sdn.
Bhd., Kuala Lumpur, 1995.
http://tzulhafizsyam.blogspot.com/2013/04/waj-3106-bagaimana-cara-mengekalkan_9215.html
KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap
di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada
sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya
termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam,
Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-
negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang
Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka
mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri
yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri
mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal
daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di
persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi
seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:-

Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara
penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan
bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu
gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan
pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna,
Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung
Malaysia.
Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat
menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai
dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau
mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum
tempatan di Malaysia.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada
kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang
bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah
merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan
kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa
Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang
sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai
negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku
Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk
oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan
British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.
Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum
Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku
Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus,
Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek
moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa
Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan
Sistem Barter pada zaman lampau.
Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai
timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat,
dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid,
Kinabatangan dan Beluran.
Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama
Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang
Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil
perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat
nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.
Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata
Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan
sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik
tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu
Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun
Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".
AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan
"Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat"
atau "amalkan".
LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata
asas "Labus" yang bermakna "keluar".
Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-
amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu
mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman
Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia
merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi
bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun
Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak
Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali
juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti
Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati
bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.
Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu
kepulauan ketiga terbesar di dunia.

Suku Brunei
Salah satu bangsa Melayu

Suku Tidong
Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.

Suku Tombonuo
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.

Suku Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak
576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan
etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai
Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau.
Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang
dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat
ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan
menuai padi sepanjang tahun ini.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3242-kaum-kaum-di-malaysia.html

https://sites.google.com/site/psktahun42012/tema-5/sejarah-malaysia/keunikan-penduduknya-yang-
berbilang-kaum-dan-budaya

You might also like