Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

Tajuk 7:

Perkembangan Sosio-Emosi
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Perkembangan Sosial-Emosi
Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan
seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Menurut kamus Advanced Learners English-Malay
Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai
perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih
gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya.
Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada
sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah
keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2
Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu
untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan
perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang
lain.
Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam
perkembangan sosiol-emosi.
Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan
bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu
dalam melakukan sesuatu tugasan.
Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika
berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat
berubah dan sukar untuk difahami.
Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk
dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu
yang diinginkan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 3
Teori Perkembangan Sosio-Emosi
Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli
neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual
Freud.
Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan
gambaran dengan menambahkan peringkat
perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima
kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga
peringkat tua.
Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat
tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang
menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik
emosinya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 4
Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran kanak-
kanak.
Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak
dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial
ini.
Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan
peringkat perkembangan psikososial.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5
Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan
dengan kriteria perkembangan dalam setiap
peringkat yang mana pada setiap peringkat
mempunyai matlamat untuk dicapai.
Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa
akibat kepada imej kendiri seseorang individu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 6
Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip
utama:
Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.
Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas
individu terhadap keperluan-keperluan asasnya.
Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi
supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap
berikutnya.
Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 7
Lapan Peringkat Perkembangan:
Peringkat Tahap umur Huraian
1. Asas kepercayaan lawan
asas ketidakpercayaan


Lahir ke 1 tahun Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat,
mendapat kasih sayang dan kepercayaan
daripada penjaga. Sekiranya gagal,
ketidakpercayaan akan timbul.


2. Autonomi lawan keraguan


1 3 tahun Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini
tertumpu kepada perkembangan fizikal.
Sekirannya berjaya dan menerima sokongan
menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan
diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu
terhadap keupayaan diri.
3. Inisiatif lawan rasa
bersalah
4 5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada
inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri,
sekiranya gagal boleh rasa bersalah


4. Industri lawan rasa rendah
diri
6 11 tahun Kanak-kanak perlu menguasaikemahiran-
kemahiran tertentu di alam persekolahan,
kegagalan akan membawa rasa rendah diri
dan tiada keupayaan.


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8
5. Identiti lawan
kekeliruan identiti
12 18 tahun Mencari identiti diri bagi golongan
remaja dalam perkerjaan,
kemahiran, jantina dan bersosial.
6. Keintiman lawan
keasingan
18 35 tahun Mula membentuk keintiman dalam
hubungan, menuju ke arah
perkhawinan dan membina kerjaya.
Kegagalan membawa kepada
perasaan terasing dan tersisih.
7. Generativiti lawan
kekakuan
35 65 tahun Kehidupan berkeluarga dan kerjaya
yang baik. Kegagalan membawa
kepada perasaan mementingkan diri
sendiri.
8. Integriti lawan
kekecewaan
65 ke atas Kejayaan dalam hidup berkeluarga
dan kerjaya. Kegagalan membawa
kepada kesedihan dan kekecewaan.
Peringkat Tahap umur Huraian
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9
Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
Beliau berpendapat penaakulan moral berkait
dengan perkembangan kognitif seseorang individu
walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif
seseorang tidak menjamin kepada peningkatan
dalam tahap penaakulan moral seseorang.
Perkembangan moral oleh kohlberg dikupas dengan
lebih terperinci di dalam tiga tahap utama.
Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan
moral.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10
Tahap 1: Pra- Konvensional
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi

Tahap 2: Konvensional
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika
peraturan

Tahap 3: Pos- Konvensional
Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat



Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11
Tahap 1: Pra- Konvensional
Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman
yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak
lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan
diri sendiri.
Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak-
kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana
takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya
melanggar peraturan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13
Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi
Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan
untuk mendapatkan balasan.
Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak
sendiri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14
Tahap 2: Konvensional
Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan
sesuatu yang telah ditetapkan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan
ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa,
guru atau orang di persekitaran.
Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan
terhadap peraturan yang ditetapkan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16
Peringkat 4: Akur Kepada Sistem Sosial Dan Etika
Peraturan
Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,
undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan
oleh masyarakat.
Pada peringkat ini individu percaya terhadap
keutuhan undang-undang.
Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17
Tahap 3: Pos- Konvensional
Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan
moral.
Mereka mempunyai kod moral dan etika yang
tersendiri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18
Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan
berdasarkan hak individu.
Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan
dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi,
nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah
masyarakat.
Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang
fleksibel dan mempunyai alternatif. Undang-undang
dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat
Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral
kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral
seseorang.
Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod
moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-
hak individu sejagat.
Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua
individu dan menghormati maruah dan prinsip
individu lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 20

You might also like