Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT CURAI

Nama Guru : Othman bin Md Ali PJK Tarikh : 22.09.2014


Perkara : Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan
Masa : 1.30 3.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
LAPORAN
1. Ulangan Pengerusi
- Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru dan pembantu tadbir ke taklimat PBPPP.
- Guru Besar menerangkan sepatutnya taklimat diadakan sebelum cuti sekolah tetapi kerana sibuk
dengan persediaan UPSR, taklimat ditangguhkan ke hari ini dan bersyukur dapat dilaksanakan.
2. Latar Belakang PBPPP
- PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian sedia ada di KPM digabungkan
menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian penggunaan.
- penilaian dilaksanakan berdasarkan bidang tugas dan tempat bertugas PPP
- dalam PPPM, Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan) dan 5 (Memastikan
Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah).
- Penilaian berterusan selama setahun dan dinilai sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
- Ada 3 prestasi iaitu tinggi, sederhana dan lemah/ rendah.
3. Jawatankuasa PBPPP
- Perlu wujud Jawatankuasa. Guru Besar sebagai Pengerusi, Pn. Noor sebagai Setiausaha dan En.
Annadurai sebagai Urusetia.
- Perlu jalankan tugas seperti ditetapkan dan wujudkan fail.

4. Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Yang Dinilai (PYD)
- Bagi guru-guru, Penilai 1 ialah Pn. Noor manakala Penilai 2 ialah Guru Besar.
- Bagi Guru Kanan, Penilai 1 ialah Guru Besar manakala Penilai 2 ialah Pegawai PPD.
- Bagi Guru Besar, Penilai 1 dan 2 ialah Pegawai PPD.
- PP perlu mempunyai hubungan kerja dengan PYD dan PP1 dan PP2 TIDAK BOLEH
BERBINCANG dalam proses pemberian markah PYD.
- Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai ATAU Ketua Organisasi.
- Tempoh berkhidmat PYD di sekolah terbabit ialah 6 bulan baru layak untuk dinilai.
- Pelaksanaan penilaian ialah sebelum, semasa dan selepas penilaian.
- Kriteria PYD : dilantik SPP, tidak dinilai jika sakit lebih 180 hari, tetap dinilai walaupun dikena
tindakan tatatertib hingga hukumandijatuhkan, jika cuti tanpa gaji yang panjang penilaian adalah
berdasarkan prestasi pencapaian sebelum mula bercuti serta bagi PYD yang diluluskan cuti belajar
sepenuh masa, institusi berkenaan yang akan menilai.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG
SENTA
PETI SURAT 20,
35500 BIDOR, PERAK DARUL RIDZUAN.

ABA 0126
5. Instrumen Rubrik dan Skor
- Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik(dimensi, elemen dan aspek yang
sama) , Fungsional (pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.) dan
Keberhasilan(peningkatan berasaskan bidang tugas)
- Aras Penilaian : Cemerlang (4), Baik ( 3), Sederhana ( 2) dan Lemah (1)
- Bagi hubungan luar dan sumbangan, guru perlu nyatakan walaupun sebagai ahli biasa dan jangan
ditinggalkan kosong.
- Penilaian lain rujuk edaran.
6. Modul e-Prestasi
- Laman Web : http://apps.moe.gov.my/smg/10/
- 5 data penting yang mesti betul dan tepat bagi PYD : Nama, No. Kad Pengenalan, Gred, Jawatan, dan
Tempat Bertugas Terkini
- Pn. Noor akan memasukkan data dalam sistem mengikut modul yang ditetapkan.
CATATAN/ TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
-pada tahun ini Laporan Nilai Prestasi Tahunan perlu diisi lagi tetapi tahun depan 2015, PBPPP ini akan
dilaksanakan sepenuhnya.

Disediakan Oleh



............................................................
( NUR ALINA SYUHADA BINTI ABD RAHIM)

You might also like