Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SK SULABAYAN,

PETI SURAT 136,


91300
SEMPORNA,
SABAH

LAPORAN PELAKSANAAN
KURSUS ORIENTASI DSKP
TEKNOLOGI MAKLUMAT (TMK)
TAHUN 5 KSSR SECARA
SCHOOL BASED

DISEDIAKAN OLEH :

SHAHRUL SHAZWAN BIN SHAMSUDDIN


KETUA PANITIA MATAPELAJARAN TMK,
SEKOLAH KEBANGSAAN SULABAYAN.

NAMA PROGRAM
Kursus Orientasi DSKP Teknologi Maklumat (TMK) Tahun 5 (KSSR)
PENGENALAN
Bermula pada tahun 2015, para pelajar tahun 5 akan memulakan pembelajaran
menggunakan sukatan KSSR. Sehubungan dengan itu, sepanjang tahun 2014, kursus
orientasi DSKP KSSR telah dijalankan di serata Malaysia di bawah kelolaan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) masing- masing. Sehubungan dengan itu, semua ketua
panitia bagi subjek TMK telah dipanggil untuk menghadiri kursus tersebut selama 2 hari
dan seterusnya perlu menyampaikan ssegala maklumat-maklumat penting yang
diperolehi dari kursus tersebut kepada semua guru-guru di sekolah secara School
Based.
OBJEKTIF
1.

Memberi pendedahan khusus tentang standard pembelajaran KSSR bagi mata


pelajaran TMK.

2. Membincangkan tentang strategi pengajaran dan pembelajaran subjek dalam satu


tahun.
3. Menjelaskan tentang proses pelaporan bagi KSSR tahun 5 yang berbeza dengan
KSSR tahun 1 4.
4. Mendedahkan teknik dan kemahiran yang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran terutama bagi subjek TMK yang memerlukan penggunaan komputer
TARIKH PELAKSANAAN:
18 Ogos 2014
MASA/TENTATIF
12.00 1.00 T/Hari
TEMPAT
Pusat Sumber SK Sulabayan

SASARAN
Semua guru SK Sulabayan

Laporan Pelaksanaan Aktiviti


Kursus Orientasi DSKP KSSR Tahun 5 bagi mata pelajaran TMK merupakan
satu kursus pendedahan kepada guru-guru tahun 5 yang bakal mengajar
mata pelajaran ini. Kursus ini dijalankan dalam keadaan santai dan
berbentuk perbincangan. Semua bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
telah disediakan oleh Ketua Panitia subjek yang telah mereka dapati dari
kursus Orientasi DSKP yang dihadiri di PKG Semporna.

ISU DAN CABARAN


1. Merupakan guru baru yang baru ditempatkan di SK Sulabayan dan ini merupakan
kali pertama menyampaikan kursus peringkat dalaman sekolah kepada guru-guru
senior.
2. Terdapat guru yang tidak dapat menghadiri kursus School Based kerana mempunyai
kursus luaran yang bertindih.
3. Kekurangan alatan dan kemudahan perkakasan komputer di sekolah yang sedikit
sebanyak memberi kesan kepada kejayaan kursus dalaman ini.
4. Matapelajaran TMK ini juga merupakan matapelajaran baru yang perlu diajar oleh
saya dan sedikit sebanyak saya mempunyai kemusykilan berkaitan beberapa perkara
yang terkandung dalam sukatan. Justeru itu, saya perlu lebih memperbanyakkan
pembacaan dan juga perkongsian maklumat dengan guru-guru senior yang mempunyai
pengalaman yang lebih luas dalam bidang ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Memastikan semua guru dapat hadir semasa kursus dalaman dan tidak terlibat
dengan apa-apa kursus luaran sebelum menetapkan tarikh pelaksanaan kursus
dalaman

Disediakan oleh : Shahrul Shazwan Bin Shamsuddin

You might also like