Sambutan Hari Kebangsaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sambutan Hari Kebangsaan

Setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan.
Salah satu acara yang diadakan ialah perbarisan yang biasanya diadakan di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Ketika itu pelbagai pasukan unit beruniform, badan bukan kerajaan dan
kementerian menyertainya. Mereka menunjukkan kecekapan berbaris di hadapan
Yang Di-Pertuan Agong dan para menteri.
Semua rakyat Malaysia membawa Jalur Gemilang untuk dikibarkan. Semua
berasa megah mengibarkan bendera . Dataran Merdeka diwarnai dengan warna
merah,biru,kuning dan putih . Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum semuanya
bersatu meraikan hari yang bersejarah ini.
Orang ramai dan para pelancong tidak melepaskan peluang untuk
menyaksikannya. Bagi para pelancong, mereka sambil menyelam minum airkerana
tujuan mereka datang ke Malaysia adalah untuk membeli-belah dan melawat
tempat-tempat menarik di Malaysia.
Selain perbarisan akan diadakan perarakan kereta berhias dan pertunjukan
kapal terbang di angkasa. Peristiwa bersejarah yang bermula seawal jam 7.30 pagi
akan disaksikan oleh rakyat Malaysia menerusi televisyen.
Sambutan Hari Kebangsaan merupakan hari istimewa untuk melahirkan rasa
cinta rakyat kepada negara. Waktu seperti itu merupakan detik yang paling baik
untuk mengenang para pejuang negara ketika menuntut kemerdekaan.

You might also like