Teknologi Cloud Computing

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TEKNOLOGI CLOUD COMPUTING (PENGKOMPUTERAN AWAN )

PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?
Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan seperti gambaran di
bawah?
Bagaimanakan komputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai pembantu makmal?


Gambaran pengkomputeran awan

Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan teknologi
komputer berasaskan internet (awan). Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan
perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat
yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan
sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada
komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana
komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses di mana anda menggunakan internet sebagai tempat untuk
menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video.
Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuat alih data-data milik anda laman web
kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, laptop lain, komputer tablet atau
dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di dalam
laman web ini beratus ribu pengguna 4share memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk
dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan jumpa. Pengguna lain yang
menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu yang dimuat naik, meyukai lalu memuat
turun lagu tersebut dan memberikan kepada rakan-rakan lain.

Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna
yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja
berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka,
berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan pengkomputeran awam sebagai tempat
mem'backup' data-data penting, menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.


Aplikasi Pengkomputeran awan

PERBEZAAN KOMPUTERAN AWAN DAN TRADISIONAL HOSTING IALAH:
a) Kos
Ia dijual mengikut permintaan.

Tradisional hosting :
Kos terlibat adalah tinggi kerana melibatkan pembelian perkakasan, perisian dan
penyelenggaraan.



b) Kebolehcapaian

Pengkomputeran awan :
Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila bila masa

Tradisional hosting :
Pengguna hanya boleh membuat capaian data pada waktu dan tempat tertentu sahaja
contohnya hanya pada waktu pejabat dan di dalam pejabat sahaja. Selain itu, hanya PC atau server
tertentu sahaja.


c) Pengurusan sistem

Pengkomputeran awan :
Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet
dan komputer/tablet/smartphone sahaja.

Tradisional hosting :
Pengurusan sistem adalah bermula dari pembelian perkakasan, pembelian perisian, pengambilan
pekerja, melatih pekerja untuk menjaga sistem dan lain-lain lagi. Oleh itu ia memerlukan masa yang
lama.


Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan tradisional hosting

KATEGORI PENGKOMPUTERAN AWAN

Pengkomputeran awan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
1) Infrastruktur sebagai sebuah Perkhidmatan (Iaas)

Iaas seperti Amazon web service ada menyediakan perkhidmatan viral server instance (API) untuk
membolehkan capaian/konfigur virtual server dan storan masing-masing. Pada masa ini, syarikat hanya
perlu membayar apa yang mereka gunakan sahaja.

2) Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (Paas)

Paas bermaksud sebagai satu set alat pembangunan perisian / produk yang dihoskan oleh mana mana
pembekal infrastuktur. Pembangunan perisian / aplikasi dilakukan di Internet. Contohnya ialah
GoogleApps.

3) Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (Saas)

Pada peringkat ini, pihak vendor akan membekalkan infrastruktur perkakasan, produk perisian dan akan
berinteraksi dengan pengguna melalui Front End Portal.
Pengguna bagi Saas adalah lebih ramai. Ini kerana pembekal bagi perkhidmatan ini menjadi hos kepada
aplikasi dan data, maka pengguna bebas menggunakan perkhidmatan ini dimana mana
sahaja. Perkhidmatan yang disediakan adalah sangat banyak - Web based email, kawalan inventori,
pemprosesan pangkalan data.


3 kategori pengkomputeran awan

JENIS-JENIS PENGKOMPUTERAN AWAN

Terdapat 3 jenis pengkomputeran awan iaitu awan persendirian (private) dan awan awam (public)

1) Awan Awam
Perkhidmatan ini dijual kepada sesiapa sahaja melalui internet. Pada masa ini, Amazon web services
adalah pembekal awan terbesar di dunia.

2) Awan persendirian
Perkhidmatan ini merupakan satu rangkaian data pusat yang membekalkan perkhidmatan kepada
beberapa orang dalam kuantiti terhad.

3) Virtual Private Cloud
Perkhidmatan ini kegunaan peribadi sahaja


CONTOH APLIKASI CLOUD COMPUTING

1) PIXLR



Alamat: www.pixlr.com

Kegunaan: Aplikasi suntingan imej

Kelebihan:
Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana aplikasi suntingan lain seperti
Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer spesifikasi tinggi.


2) GOOGLE APPS




Alamat: http://www.google.com

Kegunaan:
Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja
(spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan
Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).

Kelebihan:
1) pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa install perisian
dalam komputer
2) Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.


3) WINDOWS LIVE-SKYDRIVE



Alamat: http://www.skydrive.com. Aplikasi ini untuk pengguna hotmail.

Kegunaan dan kelebihan:
1) Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian
2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu Sky Drive
3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing


4) LIVE DOCUMENTS


Alamat: www.live-documents.com

Kegunaan:
1) Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian
2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu 100MB
3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah 4sharing) Boleh import dokumen (Word,
Excel, Powerpoint) dari komputer atau dari Google Docs


5) EVERNOTE



Alamat: http://www.evernote.com

Kegunaan: Untuk nota atau catatan

Kelebihan:
Ianya boleh diakses secara local (offline) atau secara online di mana-mana saja sama ada menggunakan
komputer, iPhone, iPad, Android dan sebagainya.


6) STORAN-DROPBOX




Alamat: http://www.dropbox.com

Kegunaan: Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan
sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB.

Kelebihan:
1) Ruang storan yang besar iaitu 2GB
2) Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
3) Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di
atas awan i
4) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain
5) Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini
membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.

KELEBIHAN PENGKOMPUTERAN AWAN

1. Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)

Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh
diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs.

2. Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer

Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran
ini digunakan secara maksimum.

3. Kebolehcapaian fail yang meluas.

Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi
pengguna mempunyai capaian Internet.

4. Kebolehpercayaan data penyimpanan

Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'.
Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan satu lagi di awan.
Website menggunakan secured connection https.

5. Ruang storan yang tiada had

Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada
had.

6. Mengurangkan kos

Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat
dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain.
Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server
dan aplikasi tersebut.
Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian.
Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.
Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga.
Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan.

7. Kolaberasi berkumpulan yang lebih mudah

Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna.
Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

8. Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah

Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.


Kelebihan pengkomputeran awan


KEKURANGAN SISTEM PENGKOMPUTERAN AWAN
1. Keperluan internet
Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan
capaian Internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.
Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut tergangu. Seterusnya
menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.

2. Keselamatan
Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecahmasuk oleh pengodam yang berkemahiran.

3. Ketidakpastian keadaan server vendor.
Oleh kerana server vendor di 'awan', masih terdapat ketidakpastian keadaan server pengkomputeran
awan.
Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban

APLIKASI PENGKOMPUTERAN DALAM TUGAS SEHARIAN

Sebagai pembantu makmal saya mengaplikasikan pengkomputeran awan. Di antaranya ialah:

1)Storan data tugasan pelajar
Satu akaun makmal Dropbox diwujudkan bagi membolehkan saya menyimpan data-data pelajar.
Sebelum ini saya menyimpan data pelajar di peranti storan atau server. Namun kebanyakan rosak atau
terkena virus.

2) Kebolehcapaian data di mana sahaja
Saya juga menyimpan data peralatan makmal di Dropbox. Sekiranya maklumat mengenai peralatan
makmal diperlukan, saya tidak perlu lagi pergi ke makmal untuk mendapatkan data kerana saya hanya
perlu buka akaun Dropbox sahaja.

3) Kemudahan sharing
Kebanyakan data amali memerlukan saya mencetaknya mengikut bilangan pelajar. Namun dengan
Dropbox saya boleh kongsi maklumat tersebut dengan pelajar. Pelajar juga boleh menghantar data
amali mereka melalui Dropbox mereka. Ia menjimatkan masa dan kos.


KESIMPULAN

1. Pengkomputeran awan atau cloud computing adalah pembangunan dan penggunaan teknologi
komputer berasaskan internet (awan). Ia merupakan teknologi yang mempunyai masa depan yang
cerah.

2. Teknologi ini mudah digunakan, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Pengguna hanya memerlukan
internet dan komputer/tablet/smartphone sahaja.

3. Pengkomputeran awan ini bukan hanya digunakan oleh individu malah semakin digunakan oleh
syarikat.

3. Terdapat beberapa contoh aplikasi pengkomputeran awam iaitu Pilxr , Google Apps, Windows Live
SkyDive, Live Document, Ever Note dan Dropbox.

4. Secara keseluruhanya, pengkomputeran awan mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan
kekurangannya.

p/s: Jom layan video mengenai pengkomputeran awan.



SUMBER

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkomputeran_awan
http://bukharis.net/index.php/2012/02/pengkomputeran-awan/
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_04.
htm
http://tambah.info/berita/komputer-bisnis/565-mengenal-lebih-dekat-cloud-computing
http://www.sby.dnet.net.id/dnews/september-2011/article-kelebihan-dan-kekurangan-cloud-
computing-komputasi-awan--77.html
http://mykeledek.com/cloud-computing-pengkomputeran-awam/

You might also like