Kedatangan Kuasa Luar

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENJAJAHAN

TAHUN 5
A. Kedatangan Kuasa Luar
1.Negara kita terletak di tengah-tengah
laluan perdagangan antara Timur dengan
Barat.
2.Kekayaan sumber bahan mentah telah
menarik kuasa luar untuk menakluki
negara kita.
3.Kuasa tersebut ialah Portugis, Belanda,
British dan Jepun.

4. Mari kita lihat kronologi kedatangan kuasa luar ke negara kita.


a) 1942
Penduduk Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun menguasai
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
b) 1882
British menguasai Sabah.
c) 1841
British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai
Gabenor Sarawak.
d) 1824
Menerusi perjanjian Inggeris-Belanda, British mendapat hak mmeluaskan
pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
e) 1786
Briitish berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian dengan Sultan
Kedah.
f) 1641
Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.
g) 1511
Portugis menakluki Melaka.

5. Tujuan Kedatangan Kuasa Luar
Kuasa luar yang datang ke negara kita
disebabkan oleh faktor perdagangan,
kemegahan, penyebaran agama kristian,
keperluan bahan mentah dan peluasan tanah
jajahan.

a) Perdagangan
Pemerintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin
menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah
b) Kemegahan
Negara-negara Eropahh bersaing untuk menjajdi kuasa yang dikagumi. Oleh tiu,
mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa
Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.
c) Penyebaran Agama
Agama Islam sudah berkembang luas di Asia Tenggara. Oleh itu,
kedatangan mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama
Kristian di Asia Tenggara.
d) Keperluan Bahan Mentah
Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan
mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini
merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai
negara kita yang kaya dengan bijih timah.
e) Peluasan Tanah Jajahan
British dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka
adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran
agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki
Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak.

6. Tujuan Kedatangan British dan Jepun
Kita telah mengetahui bahawan British mula
bertapak di negara kita pada tahun 1786.
Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada
tahun 1942.

BRITISH JEPUN
Keperluan bahan mentah seperti
bijih timah dan bijih besi
bagi kilang di negara mereka.
Keperluan bahan mentah
seperti bijih timah dan getah
untuk kilang di Jepun.
Pasaran bahan kilang. Pasaran bahan kilang.
Menunjukkan kemegahan dan
kuasa.
Menamatkan penjajahan Barat
di Asia Tenggara dengan
slogan Asia Untuk Asia.
Bersaing dengan kuasa Barat
yang lain untuk mendapatkan
tanah jajahan.
Membentuk sebuah empayar
yang kuat di Asia.
Mari kita bandingkan tujuan kedatangan British dan Jepun ke Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak.

You might also like