Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PRA3109

Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas




1

TUGASAN 1;
TAJUK TUGASAN: STRATEGI DAN JUSTIFIKASI P&P UNTUK MENGHADAPI MASALAH
MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA TERHADAP KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF.

1.0 PENGENALAN.
Di Malaysia, kebanyakan murid kurang upaya diberi pendidikan sama ada dalam
persekitaran khas atau-pun dalam persekitaran bersepadu. Pendidikan inklusif digalakkan oleh
Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Ini
dapat dilihat, iaitu kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan
mengikuti kurikulum biasa, manakala kanak-kanak bermasalah pembelajaran kebanyakannya
mengikuti kurikulum khas yang diajar oleh guru pendidikan khas. Pendidikan inklusif ialah
peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas untuk belajar di dalam kelas biasa
bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, men-
dapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran biasa dengan dibantu oleh guru
pendidikan khas (guru pembimbing). Terdapat dua kategori pendidikan inklusif ini, iaitu
pendidikan inklusif penuh dan pendidikan inklusif separa.
Pendidikan inklusif penuh ialah pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang
mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru
pendidikan khas (guru pembimbing). Manakala pendidikan inklusif separa ialah murid
berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti
tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
Berikutan itu, pihak kerajaan telah mengadakan polisi bagi menyokong pelaksanaan pendidikan
inklusif ini. Terdapat 25 inisiatif dalam terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2025 yang terdiri daripada 17 inisiatif utama dan 8 inisiatif tambahan. Salah
satu inisiatif yang diletakkan dalam kategori 17 inisiatif utama ialah pendidikan inklusif, iaitu
dapat dilihat pada tangga ke-11 yang menyatakan Peningkatan enrolmen dalam program
pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra untuk murid berkeperluan khas.
Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) adalah untuk mempastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan
keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun
mengenal pasti terdapatnya jurang dalam pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses,
ekuiti dan kualitinya dapat dipertingkatkan lagi.
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


2

Berikutan polisi kerajaan yang menyokong pendidikan khas termasuklah pendidikan
inklusif ini, usaha untuk memberi peluang pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas di
kelas aliran perdana telah mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan
untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down sindrom dan lain-lain. Program Pendidikan
Inklusif (PPI) ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang
pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan
mereka.

2.0 KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF.
Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris inclusive, yang membawa maksud
termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu
setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau cacat adalah berhak di beri peluang
pendidikan umum. Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan di mana murid berkeperluan khas
duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan
murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar
luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah.
Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai,
perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini
melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk
berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat
(John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang
kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini
boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka
mula diinklusifkan.
Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa
faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga
mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan
akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan
kemahiran kefungsian hidup.
Menurut Abdul Rahim Selamat, (1994): Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan
khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas
yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


3

oleh guru biasa. Dalam erti kata lain menurut Kamariah Jalil, (1995): Pendidikan ini melibatkan
pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai
kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran
bersama rakan sebaya mereka.
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas
aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk
semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain. Program Pendidikan
Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan
yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.
Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan
keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat
ditingkatkan. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar
memainkan peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan
program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam
menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing-
masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

3.0 PELAKSANAAN P&P KELAS PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung
kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan
pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas,
guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi
sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid
berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap
program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka
(Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian
Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan
khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


4

3.1 STRATEGI P&P MURID ARUS PERDANA/NORMAL.
Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah
pengajaran guru mestilah berpusatkan murid dan tidak berpusatkan guru. Dengan
menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian
mereka. Tambahan pula murid-murid arus perdana ini lebih berminat terhadap pengajaran guru
jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut
hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan
mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang
demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid
selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan
pembelajaran.Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa
pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas arus
perdana ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini
demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu
bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu
guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya
memerlukan bimbingan.
Selain itu, guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa
mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru
yang bersikap sedemikian. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia
biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang
selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan
meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral
kepada murid untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir
secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi
mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru
hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan
untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta
kaedah sendiri yang berkesan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid
mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau
permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di
samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap
kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5

membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir
ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid
dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu
mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan. Di samping itu, anggaplah
masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan
sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai
ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat
bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan. Diharapkan usaha kita diberkati dan
mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing. Guru juga seharusnya
mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar
murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang untuk menggambarkan imej
sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

3.2 MASALAH PEMBELAJARAN MURID PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF.
3.2.1 KANAK-KANAK AUTISTIK.
Kanak-kanak autistik sering menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam
perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkahlaku (Ministry Of Education British Columbia
2000). Kenyataan ini disokong oleh kajian lepas menyatakan bahawa tiga ketidakupayaan
utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi
sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Hal ini mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan
tindak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti bunyi- bunyian atau objek yang mereka lihat.
Walaupun begitu, tidak semua kanak-kanak autistik mengalami ketiga-tiga ketidakupayaan ini.
Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar. Namun, kecacatan mental
yang dihadapi menyebabkan mereka sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang
diperoleh. Mereka juga dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam
komunikasi (Ganz, Kaylor, Bourgeoia dan Hadden, 2008) dan juga tidak mampu mempamerkan
emosi mereka kepada individu sekeliling mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian-kajian
lepas menyatakan bahawa kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan cabaran-cabaran
seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi dan seterusnya menggunakan
pemikiran secara abstrak. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak autistik menghadapi masalah
pertuturan dan bahasa. Ekoran daripada masalah ini, mereka sering berdepan dengan masalah
tingkahlaku bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap orang di sekelilingnya
(Mancil dan Boman 2010).
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


6

Gejala autistik di kalangan kanak-kanak boleh dikesan pada usia 1 tahun sehingga 3
tahun (Zharulnizam Shah 2010). Antara simptom-simptom yang boleh dilihat adalah tiada
tindak balas apabila nama mereka dipanggil dan perkembangan pemerolehan pertuturan yang
lewat (Paul 2009). Kesannya, kanak-kanak autistik dilihat seperti terperangkap di dalam
dunianya sendiri seolah-olah komunikasi adalah tidak penting. Lambat memulakan pertuturan
merupakan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan (Kasran 2003). Hal ini
disebabkan oleh perkembangan mereka yang lewat daripada kanak-kanak yang normal.
Sebagai contoh, pada usia kanak-kanak setahun, mereka seharusnya sudah boleh menyebut
dua hingga tiga perkataan tambahan seperti mama dan papa. Namun, kanak-kanak autistik
masih tidak dapat menyebut perkataan ini. Selain itu, kanak-kanak autistik juga didapati tidak
menggerakkan mata dan kepala mereka ke arah bunyi yang diberikan seolah-olah mereka
kelihatan seperti orang pekak. Mereka juga tidak memberikan sebarang respon apabila nama
mereka dipanggil dan mereka juga dilihat terlalu diam berbanding kanak-kanak lain yang
sebaya dengan mereka.
Kelainan dalam pertuturan juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistik bermasalah
pertuturan dan bahasa (Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering menunjukkan perbezaan
yang berikut seperti ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan
secara berlebihan, pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic
suara yang terhad dan nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang
ditekankan secara lisan. Mereka juga gagal menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi
muka semasa komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah
faham di kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini. Ada sesetengah kanak-
kanak autistik mengalami ekolalia iaitu sering mengulangi percakapan yang didengar (Ministry
of Education British Columbia 2000). Ekolalia bermaksud mengajuk atau mengulangi
percakapan orang lain (Zharulnizam Shah 2010). Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia
serta-merta, ekolalia lewat dan ekolalia ringan. Ekolalia serta merta (immediate echolalia)
bermaksud pengulangan yang tepat dan serta merta apabila sesuatu perkataan disebut
manakala ekolalia lewat (delayed echolalia) bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak
lama selepas perkataan asal disebut. Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud
pengulangan perkataan yang segera tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata
dan apa yang dituturkan. Namun pada hakikatnya kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat
untuk melakukan sebarang komunikasi semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan.
Kanak-kanak autistik juga kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya
untuk berinteraksi dengannya. Ketiadaan eye contact ketika berkomunikasi menyebabkan
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


7

mereka tidak berupaya mengikuti perbualan rakan sebayanya (Ministry of Education British
Columbia 2000). Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami ekspresi orang lain dan
sering memberikan tindak balas yang salah. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu, mereka
lebih gemar menarik tangan orang dewasa daripada menunjuk barang yang diingini. Namun
begitu, sesetengah kanak-kanak autistik boleh menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat
namun tidak berupaya mengaplikasikannya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya sedar dan peka
tentang keganjilan yang berlaku kepada anak mereka dari peringkat awal lagi. Pengesanan
awal membolehkan kanak-kanak autistik ini diberi rawatan intervensi bagi meminimumkan
ketidakupayaan mereka.

3.2.2 KANAK-KANAK LEMBAM (SLOW LEARNER).
Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan
kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh
dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang
berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah.
Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada
peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan
mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis
pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal
dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas
mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak - kanak ini
tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa. Mereka ini
terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka
pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.
Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual
kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian
saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul
atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.
Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan
akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang
berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam
mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian
matematik (Jamila 2005). Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat,
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


8

sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-
emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan. Ciriciri kanak
kanak lembam adalah pencapaian pelajaran atau akedemik berbeza. Kanak-kanak ini pendiam,
tidak aktif dan tidak banyak cakap dan sukar menerima arahan. Mereka tidak dapat
berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat dan salah dan
selalu bertukar-tukar huruf. Ketika membaca dan menulis, mereka akan meninggalkan huruf,
sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan.
Tulisan kanak-kanak lembam selalunya buruk dan sukar dibaca apabila mereka menulis tanpa
ketetapan sama ada menaik dan menurun, menulis huruf terbalik atau turutan dan arah yang
salah. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

3.2.3 KANAK-KANAK DISLEKSIA.
Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa, membaca dan ia
merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang mghadapi masalah ini
biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran
dan minat terhadap buku. Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya
adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dihuraikan seperti berikut. Pertama,
kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang
diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses
mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah
berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal
pasti huruf-huruf. Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf. Kedua, masalah
membaca di mana mereka cenderung menterbalikkan perkataan, Selain itu mereka juga
melakukan pembalikkan dalam ayat dan masalah kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu
dengan Bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan
maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak
dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis
perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk
bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku
disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan
atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam
pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda
dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama.
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


9


3.3 STRATEGI PEMBELAJARAN MURID PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF.
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran murid-murid
berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada
murid-murid tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti
yang terdapat di sekolah bersama-sama murid normal. Matlamat selanjutnya supaya murid-
murid berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan
menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri.
Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian
barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid
Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan
membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada
murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada
komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang
sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan
yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan murid itu sendiri
bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-murid
biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-kanak
ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala
kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990).
Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana
bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru
pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai
kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-
guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas. Dalam pelbagai
aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan
tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid kita maka
janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional. Guru-guru
Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


10

maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka
perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program
tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang dikehendaki maka
perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang mudah kepada tugas
dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas.
3.3.1 STRATEGI PEMBELAJARAN MEDIATIF.
Strategi mediatif ialah murid belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk
menolong murid. Pertama, ianya memerlukan murid belajar bagaimana untuk mengaplikasi
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Kedua, membuat keputusan. Ketiga,
mengenalpasti andaian dan keempat, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis.
Strategi pembelajaran mediaktif ini sesuai digunakan dalam program pendidikan inklusif.
Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti carta, graf, peta, spesimen, model gambar, slaid
video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran
berasaskan komputer, CD ROM, komputer multimedia, caker padat interaktif, bahan daripada
internet, dan persidangan video. Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya
apabila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid akan mendapat pengalaman
realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan konkrit serta boleh
menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku dalam bilik darjah
banyak hala iaitu antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan
bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan
pelbagai jenis bahan. Strategi ini sesuai digunakan guru kerana ia menekankan perkembangan
jasmani, kognitif dan rohani murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam
membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan serta menyediakan pelbagai wahana
untuk murid belajar pada kadar masing-masing pada setiap masa dan tempat.

3.3.2 STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERAKTIF.
Pembelajaran koperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan
pembelajaran. Asasya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan
melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam program pendidikan inklusif.
Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.
Pembelajaran kopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat
berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


11

kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran koperatif melibatkan pelajar bekerjasama
dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991).
Ciri-ciri pembelajaran koperatif yang pertama ialah matlamat kumpulan. Matlamat
kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai sesuatu
konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam
kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas
dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang kedua ialah
interaksi sosial ditekankan. Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam
kumpulan. Interaksi yang serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan
melalui perbincangan yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta mengambil
bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.
Matlamat ketiga ialah murid perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak
kerja. Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu dalam ahli sesuatu
kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran
kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara positif. Untuk mencapai
kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk
menyumbang jawapan atau hasil dapatan. Tanggungjawab individu bermakna setiap murid
mesti melaksanakan tugas masing-masing yang diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu
projek. Penyertaan pula bermaksud semua murid mempunyai peluang yang sama untuk
mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama.

3.3.3 STRATEGI PEMBELAJARAN PEMUSATAN MURID.
Strategi pemusatan murid merujuk kepada pembelajaran berpusatkan murid di mana
guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja. Ini bermakna, murid memang
memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembelajaran. Dalam pembelajaran,
murid-murid adalah digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Bagi melancarkan lagi sesi pembelajaran, guru membimbing murid ketika menjalankan aktiviti
pembelajaran secara individu atau dalam kumpulan. Dari segi pengagihan masa dalam
perancangan guru, kebanyakan masa lebih banyak digunakan oleh murid untuk melaksanakan
pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Antara kaedah pembelajaran yang
menggunakan strategi pemusatan murid adalah seperti kaedah kumpulan, inkuiri penemuan,
perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan
sumbang saran.
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


12

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah dua hala. Guru menggunakan
kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindakbalas memberi jawapan.
Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik dan murid sentiasa digalakkan memberikan pendapat
mereka untuk mencapai objektif pembelajaran murid. Guru mengamanahkan tanggungjawab
yang lebih kepada murid. Strategi ini lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid
dalam mengaplikasikan konsep dan sikap positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan
penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan. Strategi ini menimbulkan
dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru
dan murid lain. Strategi pembelajaran pemusatan murid ini juga sesuai digunakan dalam
program pendidikan inklusif.

3.4 JUSTIFIKASI PEMILIHAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERKAITAN DENGAN
MASALAH PEMBELAJARAN MURID.
Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak
untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan
termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak bekeperluan khas merupakan
kanak-kanak kategori bermasalah pembelajaran dan memerlukan pembelajaran yang sesuai
agar keperluannya dapat dipenuhi. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif,
koperatif, dan pemusatan murid dan bahan boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak ini (Mok
Soon Sang 2007).
Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanak-
kanak autistik, kanak-kanak lembam (slow learner) dan kanak-kanak disleksia. Pengajaran
berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak ini. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja dapat membantu
kanak-kanak ini mengingat malah menyokong pemahaman mereka (Valiquette, Sutton dan Ska,
2010). Dengan ini, mereka boleh mengulangi rakaman suara yang telah didengari sambil
menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat secara berulang-ulang sehingga mereka
memperoleh kefahaman. Guru-guru juga boleh memberikan latihan seperti menekan butang
bagi setiap jawapan yang betul sebagai peneguhan terhadap apa yang telah dipelajari. Strategi
ini juga bersesuaian dengan murid-murid normal kerana ia dapat membantu keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Seterusnya, strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif pula menekankan
pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil untuk memudahkan proses pemantauan dilakukan. Antara kebaikan penggunaan strategi
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


13

pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru-guru dapat memberi laluan dan galakan kepada
kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran bertutur di samping menambahkan perbendaharaan kata. Guru-guru
juga boleh menggunakan bahan-bahan visual (Anonymous 2005) semasa proses pengajaran
dan pembelajaran seperti Picture Exchange Communication System (PECS) (Carnahan 2006).
Di samping itu, strategi pemusatan murid dan bahan juga boleh digunakan oleh guru-
guru pendidikan inklusif terhadap kanak-kanak. Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam
aktiviti pembelajaran yang dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing
murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan skrip sosial
sebagai bahan pengajaran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila kanak- kanak
berkeperluan khas yang diajar menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakan dan
pengukuhan, interaksi mereka dengan rakan sebaya atau kanak-kanak normal dan orang
dewasa didapati meningkat secara tidak langsung (Ganz, Kaylor, Bourgeois dan Hadden, 2008)
selain dapat menggalakkan untuk mempertingkatkan masalah pembelajaran akademik.

4.0 Rumusan Dan Cadangan.
Walaupun kanak-kanak berkeperluaan khas mengalami kecacatan mental seumur hidup
mereka, namun mereka merupakan individu yang unik dan istimewa. Ibu bapa khasnya
amat mengharapkan anak mereka belajar untuk bertutur (Paul, 2009). Di sinilah peranan
guru-guru dikatakan penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka
dengan melaksana strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap
keupayaan dan kebolehan mereka. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru
adalah melaksanakan terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar
dari kawasan sekolah serta membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa.
Terapi berkuda adalah satu bentuk rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak
berkeperluan khas menggunakan kuda. Menurut Macauley dan Gutierrez (2004), terapi
berkuda merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja atau
pertuturan yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda banyak mempengaruhi
pergerakan kanak-kanak. Semasa kanak-kanak berkeperluan khas menunggang kuda,
pergerakan kuda dikatakan dapat membantu mereka terutama dalam membetulkan
masalah saraf yang dihadapi. Kajian lepas turut mendapati pertuturan kanak-kanak yang
mendapat rawatan terapi berkuda adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mendapat
rawatan biasa. Sehubungan dengan itu, guru-guru bolehlah mengambil inisiatif dengan
mengadakan kolaborasi dengan pemilik ladang kuda dan menjadikan aktiviti ini sebagai
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


14

aktiviti tahunan bagi membantu kanak-kanak ini khasnya bagi meningkatkan kemahiran
pertuturan mereka.
Selain itu, terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas yang
mengalami masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk
memulih, memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi
kanak- kanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka
menangani masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulang-
ulang dapat membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna sesuatu
perkataan dan seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan diri mereka
juga dapat dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka turut diajar untuk
bergaul dengan rakan-rakan atau murid normal melalui pergerakan muzik.
Lawatan sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh membina minda
kanak-kanak berkeperluan khas. Lawatan ke zoo atau taman burung membolehkan murid
mengenal haiwan-haiwan tersebut secara dekat. Ini memberikan satu ilmu baru kepada
murid-murid mereka. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk berinteraksi di samping
menambah perbendaharaan kata mereka. Contohnya guru boleh mengajar dan membantu
murid menyebut nama binatang yang dilihat. Hal ini secara tidak langsung dapat mengatasi
masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas.
Kolaborasi dengan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membantu kanak-
kanak berkeperluan khas ini dalam menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang
berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa di rumah
menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang menerima
pendidikan di sekolah sahaja. Bukan sahaja dapat meningkatkan potensi perkembangan
mereka malah turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Hal ini jelas
menunjukkan kolaborasi antara guru-guru dan ibu bapa memberi impak yang besar
terhadap kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu
membina hubungan yang baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanak-kanak ini terus
terjamin.

TUGASAN 2;
JURNAL REFLEKTIF.
Tugasan ini telah membincangkan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas yang
bermasalah dalam pembelajaran akademik khususnya masalah membaca, menulis dan
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


15

mengira. Selain itu, kertas ini juga telah membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru program pendidikan inklusif terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas. Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi
membantu kanak-kanak berkeperluan khas menangani ketidakupayaan mereka. Oleh itu,
strategi yang sesuai perlu dilaksanakan agar masalah pembelajaran akademik yang dihadapi
dapat diminimumkan. Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dikenalpasti dan keistimewaan yang
ada pada setiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas ini. Dapatan daripada tugasan ini,
menunjukkan guru-guru memerlukan latihan yang mendalam untuk bertindak professional bagi
menangani permasalah kanak-kanak istimewa ini dan juga penerimaan ibu bapa mereka
terhadap anak-anak ini. Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan lebih banyak program-
program berbentuk motivasi di mana program ini banyak menyedarkan kanak-kanak normal
tentang kanak-kanak berkeperluaan khas juga adalah sebahagian daripada masyarakat juga. Di
samping itu, ia memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka. Kanak-kanak
berkeperluan khas juga manusia biasa yang mempunyai keinginan. Oleh itu, guru juga perlu
berfikir permainan yang sesuai bagi setiap kategori kanak-kanak istimewa ini.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya memperolehi banyak faedah dan manfaat di
mana saya dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi apa itu program pendidikan inklusif.
Pengetahuan baharu yang dapat saya capai ialah memahami beberapa strategi pengajaran dan
pembelajaran untuk menghadapi masalah pembelajaran akademik terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif. Masalah pembelajaran di definisikan
sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman
atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi
mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini
tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan
penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan
dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan
menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan
kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran
berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Secara sedar ataupun tidak, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-
masing atas kesedaran untuk tidak meminggirkan kanak-kanak berkeperluan khas. Jika dilihat
dari mata kasar pihak-pihak yang paling dekat dengan murid tersebut adalah guru dan ibu bapa.
Disamping itu pihak-pihak lain juga turut memainkan peranan agar kanak-kanak berkeperluan
PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


16

khas ini boleh memajukan diri seiring dengan individu yang lain. Guru di kelas biasa turut
memainkan peranan penting dengan membantu mengenal pasti murid dengan masalah
pembelajaran agar mereka tidak terus ketinggalan. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun,
murid dengan keperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. Secara
kesimpulannya, murid bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang
kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan
penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh
kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
Saya bersyukur kerana dapat meluaskan lagi pengetahuan dalam bab ini. Ini amat
penting untuk persediaan saya bagi menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.
Tugasan ini telah membantu saya membuka minda serta memantapkan ilmu pengetahuan saya
sebagai seorang guru dan pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi sekarang. Di
samping itu juga, saya dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya sepanjang membuat
tugasan ini. Saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Biarpun menghadapi masalah dalam membuat tugasan ini, namun ia bukan
penghalang buat saya untuk terus berusaha sehingga terhasilnya tugasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Encik Wan Mohamad Madehi Bin
Wan Ali, selaku pensyarah matapelajaran di atas bimbingan dan penerangan beliau yang cukup
terang dan jelas tentang kehendak tugasan. Semoga segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang
dicurahkan mendapat ganjaran dari Tuhan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan seperjuangan yang telah memberi pendapat, perbincangan dan kerjasama
kepada saya untuk menjana idea bagi menghasilkan tugasan ini. Buat keluarga yang tercinta,
terima kasih kerana memberi sokongan moral dan motivasi kepada saya untuk terus berjuang.
Semoga anda semua diberkati oleh Tuhan selalu. Sekian, terima kasih.










PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


17






















BIBILIOGRAFI

Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran lisan : kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala
Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


18

Mok Soon Sang. 2007. Ilmu pendidikan untuk KPLI (komponen 1 & 2) Sekolah Rendah
psikologi pendidikan & pedagogi. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Razhiyah, K. A. 2008. Apa itu autisme?. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Yayasan Autisma Indonesia. 2008. Apa yang perlu kita ketahui tentang autisme.
http://www.autisme.or.id. [16 Disember 2011].

Zharulnizam Shah, Z.A. 2010. Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan Khas. Cheras : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.










BORANG KOLABORASI.
BIL CATATAN TANDATANGAN

1.

2.


Pemberian tajuk tugasan PRA3109 serta penerangan.

Memahami kehendak tugasan dan mencari bahan dari
internet.

Encik Wan Mohd Madehi

Cikgu Evelyne

PRA3109
Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


19


3.







4.


5.

6.


7.


Membuat perbincangan dengan rakan melalui telefon,
pesanan ringkas, email, wasap dan wechat.






Penerangan tugasan untuk kali kedua daripada
pensyarah pembimbing.

Mencari bahan tugasan dari internet.

Membuat tugasan dan siap mengikut masa yang telah
ditetapkan.

Menghantar tugasan pada 1 April 2014

Cikgu Arlynna

Cikgu Lee Say Lan

Cikgu Rita

Cikgu Fazilah

Encik Wan Mohd Madehi


Cikgu Evelyne

Cikgu Evelyne

You might also like