Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PEMADAM

(Persatuan Mencegah Dadah Malaysia)


Disediakan oleh:
Norliza binti Ramlan
Siti Fatimah binti Mohd Said
Sejarah Penubuhan PEMADAM
PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia
telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976.
PEMADAM merupakan sebuah pertubuhan bukan
kerajaan yang membela nasib dan kebajikan bekas
penagis dadah di seluruh Malaysia.

Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri
Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau yang
akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.

Yang diPertua PEMADAM

i. YB Dato' Athi Nahapan - telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama
Mac 1976 - Mei 1976

ii. YB Dato' Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua Kedua pada Jun
1976 - Mei 1987.

iii.YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob telah dilantik menjadi
Yang DiPertua Ketiga pada 9 Jun 1987 - November 1999.

iv. YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin telah dilantik sebagai Yang
DiPertua PEMADAM Keempat pada 16 Disember 1999 - Oktober 2006.

v. YB Dato' Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Kelima pada
1 November 2007 sehingga kini.

PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang
dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM
Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera
pengurusan dan pelaksanaan program dan
aktivitinya, biro - biro telah diwujudkan.
Sebagai satu badan yang bercorak
kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di
peringkat negeri, daerah dan unit.

DASAR PEMADAM
TUJUAN
(a) Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta
agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan
pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan
penggunaannya dalam apa-apa bentuk.

(b) Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan
dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN
LANJUTAN.

(c) Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan
melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta
bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan
yang sama dengan Persatuan ini.

(d) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri
dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan
dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

KUASA-KUASA PEMADAM
(a) Untuk memajukan dan mengawal penyatuan dan memberi bantuan kepada mana-mana badan
yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu.

(b) Untuk mengambil, memegang dan melupuskan harta alih dan tak alih, termasuklah stok dan
sekuriti, dan dengan jalan lain menguruskannya adalah satu cara sebagaimana dikehendaki oleh hal
keadaan, termasuklah mengadai janji atau mencagar mana-mana harta bagi maksud tujuan-tujuan
Persatuan itu.

(c) Untuk mengambil alih tugas-tugas, aset dan tanggungan mana-mana orang atau badan yang
mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu atau had-had dan syarat-syarat yang boleh
dipersetujui.

(d) Untuk menguruskan derma kekal dan membuat pembayaran darinya.

(e) Untuk memungut derma dan meminjam wang dan merayu dan menerima pemberian dari
semua jenis dan melaburkan wang derma, wang dan pemberian itu.

(f) Untuk menerbitkan dokumen-dokumen, mengadakan persidangan dan seminar tempatan dan
menghantar wakil-wakil menghadiri persidangan dan seminar yang diadakan di luar negeri yang
berhubung dengan penyalahgunaan dadah.



(g) Untuk memberi bantuan dalam apa-apa bentuk kepada mana-mana persatuan
atau badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu atau kepada
mana-mana penagih dadah.

(h) Untuk membuat pemberian, dan untuk atau menderma kepada mana-mana
khairat.

(i) Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMADAM Kebangsaan.

(50% daripada Pengamanah-pengamanah ini adalah terdiri daripada mereka yang
bukannya
Pengasas PEMADAM atau menganggotai sebarang Jawatankuasa Persatuan ini.)

(j) Untuk menubuh sebuah Yayasan PEMADAM bagi tujuan mendapatkan sumber
kewangan yang berterusan melalui bidang-bidang yang akan diputuskan oleh
Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan.

(k) Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan hendaklah melantik (4) orang Ahli
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PEMADAM yang terdiri daripada seorang
Pengerusi dan Tiga orang ahli.

KEMENTERIAN ATAU JABATAN YANG
TERLIBAT DENGAN PEMADAM
Kementerian Pelajaran
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Kesihatan
Kementerian Penerangan
Kementerian Keselamatan dalam Negeri
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Polis Di Raja Malaysia
PERANAN DAN TUGAS PEMADAM
Penyebarkan pendidikan
pencegahan dadah

Penyebaran maklumat tentang
mesej anti dadah

Logo PEMADAM
RUJUKAN

http://ipspemadam.blogspot.com/2009/01/his
tory-of-pemadam.html

You might also like