Berita Harian - Seksa Jadi Cikgu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

9/29/2014 Berita Harian | Seksa jadi cikgu

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/ 1/2
MUKADEPAN
Cetak Emel
Kawan
Seksa jadi cikgu
2010/04/01 - 02:40:19 AM Oleh Khairul Azran Hussin
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Bernama
Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang
kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga
mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai
pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal
pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain
tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal
murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit
dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada
Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar
tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat, katanya pada
sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP
di bangunan Parlimen, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca
masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita
contohi, katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan
kerani.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek
kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan
sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan
jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan
yang terbaik kepada guru dan rakyat, katanya.
9/29/2014 Berita Harian | Seksa jadi cikgu
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/ 2/2

You might also like