Tutorial 7 SPSK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tutorial 7 SPSK

Kumpulan: Nurul Izzaty Yunus, Benny Lau, Siti Nur Shuhaida



Kami memilih lagu Roar(Acapella version).
Antara konsep muzik yang terdapat dalam video tersebut adalah :
1.Harmoni
-Pada keseluruhan nyanyian,terdapat nyanyian secara harmoni di mana terdapat 2 atau lebih
rangkaian melodi digabungkan dan dibunyikan serentak.
-Ini menjadikan lagu tersebut lebih menarik dan sedap didengar.
2. Warna ton
-Warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber seperti:
suara manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dan lain-lain lagi yang mempunyai ciri-
ciri tersendiri.
-Di dalam lagu ini,pelbagai warna ton dapat kita dengar sama ada melalui suara dan alatan.
-Melalui suara,kita dapat melihat terdapat variasi dalam paduan suara seperti alto,bes dan
tenor.
-Bunyi juga mempunyai mutu yang berlainan seperti ton gelap,padat,cerah,kasar,nyaring dan
sebagainya.Di dalam video ini,kita boleh mendengar pelbagai variasi dari segi ton suara.
-Hasil dan mutu bunyi dipengaruhi oleh bahan-bahan alat itu dibuat, cara alat dibuat dan
dibunyikan seperti :
membranofon - gendang, dram
idiofon - kerincing, gong
aerofon - flut, clarienet, trumpet
kordofon - gitar, piano, harp, gambus



3. Bentuk
- Di dalam video,terdapat beberapa rangkap yang berulang dan terdapat gabungan siri-siri pic
yang menghasilkan satu idea yang lebih menarik.
- ABA, berulang, kontras - segmen muzik ( motif, frasa) boleh diulang dan dipelbagaikan.
-Sebagai contoh bentuk ABA :
A : 'Cause I am a champion and youre gonna hear me roar
B: Louder, louder than a lion
A: 'Cause I am a champion and youre gonna hear me roar



4. Tekstur
-Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.

-Sesuatu bunyi yang didengar yang memberi bunyi nipis ( 1 lapisan seperti solo) dan bunyi tebal
( banyak lapisan seperti duet, trio, kuartet, orkestra dan koir).

-Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni:
Monofoni ialah satu bunyi yang sama.
Homofoni ialah melodi yang diiringi oleh alat seperti piano ataupun gitar.
Polifoni ialah dua ataupun lebih melodi dibunyikan serentak.
-Di dalam video,terdapat tekstur berbentuk homofoni di mana terdapat melodi yang diiringi
dengan alat seperti suara dan juga bunyian dram.
-Terdapat juga tekstur berbentuk polifoni di mana terdapat gabungan lebih daripada dua
melodi yang digabungkan dan dinyanyikan serentak.

You might also like