Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAJUK PROGRAM : PROGRAM

NAMA PELAJAR :

PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


KOD DAN NAMA KURSUS :

SEMESTER : 7 (Tujuh) /2014

EDU3083 : ASAS KEPEMIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
TARIKH MULA

25 OGOS 2014

TARIKH HANTAR

22 SEPTEMBER 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU SABAH


TUGASAN PROJEK
Hasil Pembelajaran Kursus :
1.
2.
3.
4.
5.

Menjelaskan konsep profesin, etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.


Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional.
Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang
lebih tinggi.
Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang profesional.
Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek
pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Kerja kursus ini mencakupi hasil pembelajaran 3, 4 dan 5.


Objektif Kerja Kursus :
Pelajar dapat mencapai objektif berikut :
1.

Menghuraikan jenis-jenis kepimpinan dan cabaran kepimpinan yang dihadapi oleh


kepimpinan sekolah (Guru Besar / Penolong Kanan).

2.

Menganalisis secara kritikal tentang perkembangan kerjaya seorang guru cemerlang


(mahir / pakar).

3. Melakukan refleksi berkesan berkaitan dengan peranan sebagai pemimpin profesional


dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta perancngan pelan
pembelajaran peribadi untuk menjadi seorang profesional.
Tugasan Projek (100 % - wajaran keseluruhan 50 %)

Bagi melaksanakan tugasan ini, anda dikehendaki menjawab tiga soalan berikut :

1.

TUGASAN 1 (INDIVIDU - 50%)


Secara individu anda dikehendaki menulis satu esei berkaitan tajuk di bawah:
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) telah dinyatakan
bahawa kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua
terpenting selepas kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid. Sehubungan itu,
anjakan kelima dalam PPPM adalah ingin memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.
Berdasarkan pengalaman anda semasa bertugas di sekolah, huraikan secara kritis
tentang jenis-jenis kepimpinan yang diamalkan dan cabaran yang dihadapi oleh
kepimpinan sekolah (Guru Besar / Penolong Kanan) dalam usaha ke arah
kepimpinan berprestasi tinggi di setiap sekolah.

2.

TUGASAN 2 (KUMPULAN - 30%)


Petikan daripada 'Terma Rujukan dan Konsep Guru Cemerlang' dalam laman
www.emoe.gov.my menjelaskan bahawa Guru Cemerlang ialah guru yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam bidang P&P. Secara berkumpulan (3-4 orang) anda dikehendaki
melaksanakan satu kajian kes tentang perkembangan kerjaya seorang guru cemerlang
di salah sebuah sekolah. Dapatkan maklumat berkaitan perkembangan kerjaya guru
berkenaan dari pelbagai sumber (temubual dan dokumen sokongan),.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, analisis secara kritikal bagaimana guru
berkenaan berkembang dari seorang guru cekap sehingga menjadi guru cemerlang
(mahir / pakar).

3.

TUGASAN 3 (INDIVIDU - 20%)


Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan 1 dan 2 di atas.
Penulisan reflektif ini mestilah berpandukan perkara berikut::

i. Sejauh mana tugasan ini mampu meningkatkan pemikiran reflektif anda sebagai
seorang pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran
pendidikan.
ii. Sejauh mana tugasan ini mampu membantu anda menyediakan pelan pembelajaran
peribadi untuk menjadi seorang profesional.
Panduan Pelaksanaan Projek :
1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu dan kumpulan.
2. Hasil kerja kursus anda hendaklah bertaip dengan menggunakan font jenis Arial
saiz 11 dan langkau 1.5 baris.
3. Sumber rujukan hendaklah ditulis mengikut format penulisan A.P.A.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.


5. Kulit tugasan hendaklah menggunakan kertas berwarna kuning tua.

You might also like